Saya tidak menjamah walau sebutir nasi hari ini. Sehingga malam ini saya belum menjamah nasi. Cuma suami dan anak2 yang makan nasi tadi manakala saya cuma mengambil roti dan susu. Ketika suami menalipon tadi petang mempelawa untuk keluar makan pada malam nanti sebagai ‘sambutan hari guru’, saya menolaknya dengan berkata ” ummi dah beli lauk kat sekolah tadi, nasi pun dah masak”. Anak2 yg mendengarnya rasa ‘frust’. Depa ni kalau bab makan kat luar memang seronok habis.
Tidaklah menjadi keutamaan bagi saya utk menyambut perayaan yang ‘bersempena-sempena’ ni. termasuklah untuk hari ibu atau hari ulangtahun , saya tidaklah jadikan ini semua acara wajib dalam keluarga. Disambut pun tak pa, tidak disambut pun tak de le nak rasa terkilan pula. Jesteru itulah utk hari guru ke, hari ibu ke, birthday ke, anniversary ke… ada ketikanya ia disambut sederhana bersama ahli keluarga dan ada kalanya ia tidak disambut langsung pula. Namun untuk anak2 jika mereka meminta sesuatu sempena birthday mereka, saya tunaikan juga jika ianya munasabah dan saya mampu pula.
Untuk sambutan hari guru hari ini, pihak sekolah tangguhkan dulu kerana murid2 sedang menghadapi peperiksaan. Pun begitu, hari ni tetap ada pelajar2 yg menghantar kek ke bilik guru . Termasuk yg turut menjamu kami dengan kek hari ini ialah pihak PIBG . Entah berapa banyak kek yg saya ‘kecapi’ hari iniĀ š dah kembang rasa pipi. Saya beranggapan trendĀ makan kek utk menyambut hari guru ni patut kena ubah la kot. Sekarang ni dah ramai cikgu2 yg dah berlebihan ‘lemak’ utk ditambah lagi dengan kek yang manis dan berkrim itu…cuba la ‘jamu’ guru2 dengan diet yg lebih sihat sikit. Saya mengidam rojak buah ke, lempeng ke, satay ke, atau laksa pun okey juga sebagai menggantikan kek berkrim. Apa pun, jutaan terima kasih pada anak2 murid serta PIBG yg menghantar kek kepada kami, tanda ingatan itu tetap kami hargai….
Hari Guru atau Hari Murabbi yg lebih popular di sekolah kami ini….
Mengimbau ingatan saya pada sang murabbi yg begitu besarĀ jasanya dalam kehidupan saya. Murabbi yg pernah menjadi naqib saya dan turut pernah menjadi naqib kepada suami saya adalah antara guru yg sangat kami kasihi dan hormati. Alhamdulillah sehingga kini belum terputus hubungan kami dengannya dan kali terakhir berjumpa ialah bila beliau dan keluarga singgah menziarahi kami dlm perjalanan pulang ke Johor beberapa bulan yang lalu. Sebenarnya ketika itu beliau pulang bercuti ke tanah air utk beberapa waktu sebelum kembali ke Jeddah. Saya diberitahu beliau di sana bukan semata bertugas, tapi kerana tarikan kecintaan beliau kepada ilmu dan berguru dengan guru yg mursyid, maka dengan itu beliau berhijrah.
Sebenarnya, selama tempoh saya bermastautin di Kedah ini, telah beberapa kali beliau datang ke rumah kami ataupun kami mengunjungi beliau di rumah mertuanya di Baling. Dalam ertikata lain, kami sekeluarga masih berhubungan dengan beliau, sedangkan kami telah terputus hubungan dengan kebanyakan sahabat2 yang lain. Namun yang peliknya, sekalipun beliau adalah sahabat yg kerap juga kami jumpa….., sepanjang tempoh itu saya tidak pernah bercakap dengan beliau kecuali dengan isterinya sahaja, sedang dalam majlis usrah saya dulu, saya antara yang paling banyak bertanya dan merujuk kepadanya.
Entah la, saya jadinya rasa malu dalam ketinggian rasa hormat saya padanya, apatah lagi pada penampilan dirinya, serta suasana kehidupan dan akhlaknya yg saya perhatikan, ketara tanda2 tawadhuk pd dirinya. Saya akui malu berhadapan dgn guru saya ini ā¦. kerana berhadapan dengannya seperti rasa tersingkap hijab yg menutup keaiban, keburukan dan kelemahan yang ada pada diri saya, maka dengan itu mungkinnya saya ‘hilang kata-kata’ sekalipun terlalu banyak yang ingin saya tanya.
Saya pasti jika saya ada keberanian dan kemampuan untuk bertanya sesuatu kepadanya, dia akan mampu menjawab segala kemusykilan saya dan membantu menjernihkan saya pada apa saja yg saya kabur. . Kerana sepanjang ingatan saya ketika saya bersama teman2 yg dipimpin dlm usrahnya, menadah ilmu di dalam majlisnya seperti menadah mutiara yg bergugusan turun dari langit. Butir bicaranya mampu membasuh kekotoran jiwa, dan cerita2nya subur dengan tarikan jihad dan kegemaran kepada perjuangan. Sekiranya kami ada kesempitan di dada, jawapan2 darinya datang untuk melapangkan pula. Tidak pernah jemu dalam majlis ilmunya. Jika bertanya saya, itulah ruangan tarbiyyah yg terbaik yg sempat saya rasai, dan saya sering sebak mengingati saat itu yg telah banyak mengubah pandangan saya tentang kehidupan ini. Ruangan yang sebentar cuma, tapi sarat dengan manfaat buat hamba Allah seperti saya ini, yg inginkan kebaikan yg hakiki dlm kehidupannya. Saya masih menyimpan buku catatan yg saya gunakan ketika dlm majlis usrah dengannya.
Untuk sang murabbi ini, saya doakan keberkatan dan pertolongan Allah padanya dalam apa saja usaha baiknya. Semoga Allah membalas budinya mencurah ilmu kepada kami, dan Allah izinkan lagi kesempatan pada saya utk berguru dan mengutip manfaat dari perbendaharaan ilmunya nanti.