Palestine di hati (5)

Gelombang cemas, duka dan marah masih belum reda di hati. Sudah lebih dua hari ketenteraman dikacau dan diasak dgn berita serangan pengganas Israel terhadap misi kemanusiaan melalui pelayaran konvoi kapal freedom Flotilla yg cuba memasuki menghampiri Gaza. Saya mengikuti perkembangan pelayaran mereka semenjak hari berlepas lagi dari update yg dilakukan di lifeline4gaza.org  yg turut saya  linkkan ke blog saya ini. Sokongan sepenuhnya terhadap misi ini yg turut diserta oleh 10 wakil NGO Malaysia termasuk JIM, Aqsasyarif, Haluan Palestine, Yayasan amal dan semua yg terlibat dgn misi ini.

Dipenghujung malam ahad lepas, dan hampir memasuki awal pagi Isnin, saya masih di komputer membaca update di web tersebut…sehingga maklumat2 pendek yg dikirimkan kemudiannya semakin menampakkan konvoi mula diintip bahaya sekatan oleh Israel. Paginya di sekolah, saya kongsikan berita dgn rakan2 guru lain dan menggunakan kesempatan diperhimpunan rasmi sekolah untuk membuat pengumuman  ttg perkembangan misi berkenaan. saya pohon pelajar dan kakitangan sekolah berdoa utk perlindungan dan kejayaan misi bantuan kemanusiaan  ke gaza itu….dan itu juga yg dirayu oleh sahabat2 yg menyertai misi tersebut lewat pesanan yg ditinggalkan di twitter dan web lifeline4gaza.

Pagi isnin itu ketika saya berada di kelas, sekitar jam sepuluh lebih, mesej kedengaran bersilih ganti memasuki handfon dan semuanya berkisar ttg konvoi berkenaan telah mula diserang tentera Israel….ada yg mengatakan Mavi Marmara telah di bom dari helikopter dan 3 org telah menemui syahid. Mata saya mula bergenang basah dan sukar lagi menumpu perhatian pd kelas. Saya ingin segera membuka notebook saya bagi mendapatkan perkembangan yg sebenar. Maka selepas itu, bila internet dapat saya layari,cerita2 yg dibaca sungguh mencemaskan. Warga sekolah mengadakan solat hajat selepas solat zohor dan penerangan ttg isu Palestine bersambung hingga ke hari selasa oleh wakil Aqsasyarif. Dan Malam tadi saya sekeluarga bersama para waris telah mengadakan solat hajat di surau sekolah selepas solat isya’.

Saya tahu, kita mempunyai pelbagai perasaan dan pandangan yg berbeza  ttg ‘kegemparan’ ini. Tapi ia tetap merupakan satu hikmah yg besar utk direnungi bagi mereka yg benar2 hidup mata hatinya. Ini bukan kali pertama misi bantuan cuba dihantar ke Gaza. Malah saban tahun negara2 umat Islam cuba menembusi sekatan Zionis bagi menghantar bantuan makanan, ubatan dan pakaian kpd muslim Palestine tapi akhirnya terpaksa pulang dgn rasa hampa dan marah. Maka misi kali ini datang dgn konvoi yg lebih besar dan perancangan yg lebih rapi. 6 buah kapal terdiri dari 3 buah kapal kargo dan 3 buah kapal penumpang belayar bersama…sedang masih kedapatan beberapa kapal lain yg akan ikut serta. Matlamatnya cuma satu….ingin memasuki Gaza dan menembusi tembok kematian yg di bina olh Israel utk penduduk Gaza.

Saya memang membayangkan misi ini akan dihalang…memang akan dihalang. Bukan namanya Israel jika bantuan utk penduduk gaza dibenarkan masuk dgn mudah. Cuma utk misi ini, saya cuba memujuk hati dan letakkan harapan bahawa Israel akan sedikit menjaga ‘air muka’nya di mata dunia kerana ini adalah misi kemanusiaan yg disertai oleh masyarakat antarabangsa dari pelbagai agama. Tapi rupanya memang Israel dari spesies iblis dan haiwan. Mereka langsung tidak kenal apa itu kemanusiaan jesteru mereka cuma tahu gunakan nafsu binatang dan sikap iblis dlm menghadapi manusia lain selain bangsa Yahudi Israel ini. Mereka memang berpegang bahawa kemuliaan hanya milik Yahudi sedang bangsa lain adalah anjing.Maka biarpun konvoi itu membawa penumpang awam dari pelbagai negara, bangsa dan agama, tetapi Israel tidak kenal sesiapa. Yang menbantu Palestin…semuanya musuh mereka.

Misi ini adalah misi kemanusiaan, ia bukan misi muslim kepada muslim yg lain….jesteru ia disertai oleh muslim dan non muslim dari pelbagai negara. Misi ini belayar atas nama kemanusian bagi mereka yg sedar bahawa sebagai manusia, semua bangsa dan agama ada hak2 tertentu yg tidak boleh dilampaui oleh manusia yg lain. Misi ini belayar atas nama kemanusian yg bersimpati terhadap pencerobohan dan penganiayaan terhadap manusia yg lain dan golongan yg terainiaya itu perlu dibantu. Bagi non muslim yg merenung dgn hati mereka yg bening terhadap apa yg berlaku pada rakyat palestine, hati kecil mereka pasti ‘menolak’ pencabulan hak dan pembantaian terhadap rakyat Palesti ini dan merasakan Isu Palestine bukan isu org muslim semata, tapi isu Palestine adalah isu manusia dan kemanusiaan sejagat…maka dgn itu ada yg datang dgn pertalian  kemanusiaan ini tetap berani taruhkan nyawa sekalipun yg dibantu dan dibela itu tiada perkaitan bangsa dan agama dgn mereka.

Namun bagi kita muslim pula, misi ini adalah misi jihad…..membantu saudara Palestine adalah jihad, dan perjuangan dalam membantu muslim di palestin sekiranya dijemput kematian adalah syahid. Bagi kita pula, sekalipun tidak batang tubuh kita turut serta berjihad di sana, dan tidak pula mampu mengangkat senjata menghadapi Israel laknatullah. tentu masih ada saluran lain yg boleh kita tunjukkan kekuatan kita.

Saya berpandangan, misi ini membawa implikasi yg besar bagi hasrat jihad muslim di seluruh dunia. Sahabat2 kita yg menyertai misi ini tahu bahawa laluan bukan mudah utk ke gaza dan kematian mungkin menjadi taruhan bagi misi ini. Mereka juga sedar bantuan mungkin tidak sampai pada rakyat gaza, dan segalanya akan dirampaz oleh rejim haram Israel laknatullah…namun ikhtiar mengumpulkan sokongan antarabangsa dan kutukan dunia kepada israel adalah diharapkan akan memaksa si laknatullah itu membuka laluan ke Gaza. Tembok kematian harus dipecahkan dan kemarahan terhadap kebinatangan Israel harus turut disumpah oleh masyarakat seluruh dunia. Kita mahu Israel buka laluan ke Gaza atas tekanan antarabangsa….Itu ihktiar yg mampu diusahakan pengorbanan yg dicari dlm misi sahabat2 kita itu.

Saya yakin, dlm menghadapi kebencian dan marah yg amat dalam terhadap Israel, ada kalangan kita yg mengharapkan bala tentera Islam dapat dikirim ke sana. Kita bersatu muslimin diseluruh dunia mengumpulkan kekuatan ketenteraan utk menggempur Israel. Sebenarnya, kalaulah tatkala ini Allah inginkan kemenangan dgn jihad ketenteraan pada Israel….sekelip mata Allah boleh tunjukkan kerana dari segi geografinya Israel dikelilingi negara2 Arab umat Islam yg memiliki kekuatan dari segi bilangan tentera mungkin. tapi Allah ingin uji keimanan kita dan celikkan mata bahawa ramainya kita sekalipun mampu dikumpulkan seluruh negara Arab, kita adalah buih-buih di lautan….Rasulullah bertempur di Badar dgn 300 tentera baginda mengadapi bilangan musyrikin yg berganda……tapi kita hari ini, apa kekuatan yg kita ada  berbanding tentera baginda ?? ‘kekuatan ‘ itulah yg kita tidak ada jesteru Allah belum ‘sediakan’  dan takdirkan medan jihad dgn gerakan satu ummah di bawah khilafah utk menghapuskan Israel. Sekalipun sekarang ini kita mampu memunggah seluruh muslim di dunia menentang Israel,  belum tentu jaminan kemenangan di pihak kita kerana lemahnya dan menipisnya iman2 kita….
mungkin perjuangan muhammad Al Fateh dari ‘tenteranya yg terbaik’ boleh menjadi renungan buat kita. dan mungkin sejarah ‘bilangan tentera ahzab dan Badar’ menjadi pedoman…bukan jumlah yg menjadi taruhan kemenangan.

maka usaha bangunkan roh lebih utama dikala ini…..sentimen dan kesedaran utk kembali kepada iman perlu dilaksanakan habis-habisan supaya bila sampai ketika gerakan jihad menghala ke sana…..pemuda2 kita benar2 bersedia.

Saya pernah mendengar seorang wakil Palestin berucap di sekolah saya bahawa rakyat Palestin tidak harapkan bantuan tenaga dari kita . Mereka tidak harapkan kita berjuang di palestine kerana kedatangan ‘anggota yang ramai dari pelosok’ dunia telah memecahkan mereka dan memperjuangkan aliran pemikiran yg pelbagai. Mereka cuma inginkan senjata….senjata dan senjata utk mereka sendiri menentang Israel…kerana itu yg kurang pada mereka. Katanya lagi, Palestin sudah mewah dgn jumlah pemuda Palestin yg memburu syahid di sana. Mereka adalah warga yg dikandung, dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana jihad….mereka jadikan jihad sebagai makanan kehidupan. mereka tidak ketandusan pemuda yg ingin berjihad menentang israel…namun apa yg kurang dan membantut perjuangan mereka  ialah ‘senjata’….saudara2 tolong kirimkan senjata dan doa utk kami di sana…itu cukup bagi kami “.

Saya doakan “palestin’ sentiasa di hati kita. Isu Palestin harus di hangatkan sepanjang perjalanan masa. Ia isu perjuangan umat islam dgn musuhnya sampai bila2 sehingga datang ketentuan Allah utk kita berjaya hapuskan mereka….Allahuakhbar !

sekadar pandangan dari saya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: