‘saya rasa ‘malu’…


REMBAU 18 Jan. – Jika sebelum ini, orang ramai hanya memperlahankan kenderaan untuk menyaksikan sesuatu kemalangan di lebuh raya, namun berbeza pada hari ini apabila mereka berpusu-pusu datang dengan lebih dekat.

Manakan tidak, sebanyak RM75,000 wang syiling bertaburan di atas jalan apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD), Toyota Hilux yang membawa wang itu terbalik di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Malah pengguna lebuh raya sanggup menggadai nyawa untuk mengutip wang syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas lebuh raya dan kawasan rumput berhampiran.

Kejadian berlaku di Kilometer 243, susur keluar Pedas, dekat sini, apabila kenderaan terbabit yang membawa sebuah peti besi berisi syiling itu dirempuh sebuah kereta BMW, pukul 3 petang.

Rempuhan tersebut mengakibatkan kenderaan itu terbabas dan terbalik. Kereta BMW itu juga terbalik di dalam longkang berdekatan lebuh raya.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan kejadian itu dan pihak polis sedang menjalankan siasatan kemalangan berkenaan.

“Kejadian itu berlaku selepas kenderaan 4WD dilanggar dari belakang dan menyebabkan ia terbabas dan terbalik.

“Akibatnya, wang yang dibawa bertaburan di atas lebuh raya. Pihak polis ketika ini memantau keadaan di lokasi kejadian dan akan menghalang orang ramai daripada terus mengutip wang syiling berkenaan,” ujarnya di sini hari ini.

Pemandu Toyota Hilux itu, Zairul Hisham Mansor, 28, yang ditemui Utusan Malaysia di lokasi kejadian berkata, dia bersama seorang rakannya dalam perjalanan membawa wang syiling berkenaan dari Shah Alam, Selangor menuju ke Melaka.

“Semasa kejadian itu, saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana wang syiling diletakkan di belakang kenderaan kami sudah tercampak di tengah lebuh raya.

“Ia menyebabkan beribu-ribu wang berkenaan bertaburan di merata tempat,” katanya yang masih tergamam dengan kemalangan itu dan menyebabkan rakannya cedera di tangan, manakala Zairul pula mengalami cedera ringan dan diberi rawatan kecemasan di lokasi kejadian.

Menurutnya, wang syiling berkenaan mahu diedarkan di beberapa pasar raya di Melaka dan difahamkan jumlah berkenaan RM75,000.

Difahamkan juga, dua lelaki yang menaiki kereta BMW berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor.

Mereka yang berusia 30-an itu hanya mengalami kecederaan di kepala dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJ) di sini.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati orang ramai ‘hilang pertimbangan’ sehingga ada yang sanggup mencangkung di tengah-tengah lebuh raya untuk mengutip wang syiling itu.

Wang syiling berkenaan turut dikutip di kawasan rumput hingga menyebabkan kedua-dua laluan lebuh raya berkenaan menjadi sesak.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Astaghfirullah….harap ‘buruk sangka’ saya ini tidak benar belaka. Membaca berita ini dan menatap gambar yg dikepilkan saya sukar memujuk hati berbaik sangka mengatakan bahawa ‘depa tolong kutip untuk pulangkan balik’ pada tuan empunya. Sepertinya hati saya berat mengatakan mereka sedang mengambil kesempatan ‘mengutip rezeki’ dari sumber yang tak diduga…..sedihnya andai kata ini adalah wajah rakyat Malaysia yg sedang ‘berpesta’ di atas musibah dan malang yang menimpa orang lain….saya malu jika benar mereka ini sedang mengutip…errr mencuri duit2 syiling yang jatuh bertaburan dari sebuah kenderaan yg terlibat dlm kemalangan. Harap gambar ini memberi terjemahan yg berbeza dari apa yg berlegar difikiran saya…saya sedih dan malu jika yg mengutip rezeki haram itu adalah saudara muslim kita…

teringat pada satu cerita dari khutbah yg saya dengar di corong Radio pada satu jumaat. Khatib bercerita tentang satu kisah di zaman nabi bahawa seorang sahabat yg baru kematian isteri, sering tergesa-gesa pulang setelah selesai solat berjemaah tanpa sempat berdoa.Apabila di tanya oleh baginda saw, maka beliau menjawab bahawa beliau mempunyai seorang anak kecil yang ditinggalkannya di rumah dan beliau bimbang jika anaknya itu memakan buah kurma jiran yang gugur di halaman rumah mereka, kemudian makanan itu akan menjadi darah dagingnya pula. Katanya ” aku mendengar daging yang disuburkan dari benda haram tidak layak masuk syurga”.

Subhanallah…hebatnya jiwa yg begitu cermat menjaga kebersihan ‘rezeki’nya, menolak kurma orang lain yg gugur di halamannya.Semuanya kerana iman dan taqwa….apa pula nilai kita yg mengutip duit syiling org lain yg bertaburan di jalanraya yg kebetulan mereka itu sedang musibah pula?… malunya..

2 Komen

  1. aishah said,

    21 Januari 11 pada 3:34 pm

    harap2nya kutip untuk bagi balik kepada tuan punya.

  2. ummuhanah said,

    24 Januari 11 pada 11:43 am

    mmmm…kita harap begitulah….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: