Minggu lepas, atas pertolongan seorang kawan saya menghubungi sebuah agensi yang menawarkan perkhidmatan mencuci kediaman. Tenaga kerjanya sudah tentulah wanita-wanita indon yg datang dari pelbagai lokasi dan juga latar belakang . Manakala majikan yang saya hubungi itu adalah seorang wanita cina dan sangat ramah melayan saya dalam perbualan kami ditelefon. Setelah memberikan maklumat tentang lokasi rumah saya, akhirnya seorang tukang cuci yg dijanjikan telah dihantar ke rumah saya pada hari jumaat , jam 8.30 pagi.
Sebaik sahaja cleaner tu turun dari kenderaan majikannya….saya sedikit tersentak, berdebar dan mood saya seperti hilang melayang bila terpandang ‘maid’ yg akan membantu membersihkan rumah saya bagi tempoh 5 jam itu. Apa taknya, dia datang dengan berseluar pendek paras peha sahaja, dengan t-shirt ketat lagi senteng….. aduh!
Saya bernasib baik kerana suami bekerja pada hari jumaat dan dua anak lelaki saya terlibat dengan aktiviti di sekolah. Namun begitu, saya hulurkan juga kepadanya sebatang penyapu, mop lantai , kain buruk dan beberapa keperluan mencuci yg lain. Dia memperkenalkan namanya sebagai Samie sahaja. Berpandukan sedikit penerangan dari saya , dia terus mulakan kerja membersihkan ruang tamu dan dapur, sedang saya pula beredar utk selesaikan tugas mengemas di tingkat atas.
Anak saya si hanah berlari mendapatkan saya ” umi, kakak tu tak tutup orat la umi ” sementara si syirah pula menyampuk ” dia pakai seksinya umiii “ Saya tahu kedua puteri saya sungguh terkejut, dan saya cuma mengisyaratkan dengan jari telunjuk dimulut saya meminta mereka jangan menguatkan percakapan mereka itu . ” kakak tu cina, tu la pakai seluar pendek” saya bersuara kemudiannya cuba menyedapkan hati anak2 yg merasa pelik melihat wanita dewasa berseluar pendek di rumah saya.
Sami tekun melakukan kerjanya, langsung tidak melayan pelawaan saya supaya dia berhenti minum minuman sejuk yg sudah saya letakkan di atas meja. Dari lantai rumah sehingga ke bilik air dibersihkannya, dan tanpa di arah dia menyambung tugas diruang atas pula. Sehinggalah jam 12.30 tgh, saya minta dia berhenti rehat dan makan nasi bungkus yg saya belikan untuknya.
Ketika di meja makan itulah saya mengambil peluang berbual-bual denganya. ” kamu islam ? ” tanya saya . ” ya Islam” jawab Samie pula . ” sudah punya suami ? “ tanya saya lagi. ” ya , udah ” jawab Sami. ” suami saya masih di Lombok sama anak lelaki saya “ sambung sami lagi.” sudah lama kerja di sini ?”tanya saya lagi” baru sebulan kak, saya ngak tahu bagaimana mau habisi dua tahun lagi kontrak saya ini…baru kerja sebulan saya sudah rasa nggak tahan”. Maka bermulalah luahan cerita Sami yg berisi duka dan kesedihan hatinya itu kepada saya. .
Rupanya dia ditipu agensi dari Indonesia sendiri. Dia dijanjikan kerja kilang beserta penginapan di asrama kilang seperti yang dialami beberapa temannya yg pernah datang bekerja di sini. Suami mengizinkan kedatangannya ke rantau orang kerana kehidupan yg susah ditempatnya. ” cari hari ini makannya untuk hari ini ” Sami menjelaskan tentang hidupnya yang kais pagi makan pagi sewaktu di Lombok. Indonesia bukan semuanya miskin seperti Sami. Ekonomi kapitalisme turut menjadikan golongan kaya di sana mewahnya macam raja dan bertokok tambah sentiasa sedang si miskin tidak dibela serta semakin sempit hidupnya. Ketika mendapat tahu majikannya seorang cina dan kerjanya adalah mencuci rumah orang dan pejabat, dia melawan dan ingin pulang semula ke Lombok, tapi akhirnya mengalah kerana sedar nasibnya akan lebih buruk jika melawan.” apa boleh saya lakukan kak, paspor saya sama majikan, bahkan saya nggak punya uang untuk pulang, mau mengadu sama siapa saya, sekarang saya lagi di tanah orang ” Matanya berkaca ketika berbicara ttg nasib dirinya.
Sami tidak diizinkan sembahyang, dan dipaksa berseluar pendek sentiasa sekalipun dia berjilbab ketika pertama kali sampai ke sini. ” saya minta sama kakak cina itu supaya diijin bercelana panjang, tapi nggak pernah dikasi. saya malu pakainya begini” .Waduh, Saya tetiba rasa terpukul dgn prasangka saya pada penampilan seksi Sami, sedang dia sebenarnya tidak rela begitu namun tidak berdaya membela dan melindungi maruah diri dari diaibkan majikan kafir yg tiada simpati . Setiap hari ketika turun bekerja , perutnya cuma dialas segelas milo tanpa gula bersama beberapa keping roti. Dia akui itu tidak cukup utk memberikan tenaga ketika bekerja atau sehingga dia makan tengahari dirumah sesiapa yg mendapatkan khidmat mencuci darinya.Waktu malam tidak diizinkan tidur awal, biarpun badan keletihan kerana seharian bekerja. Dan dia juga tidak diizinkan menghubungi keluarga untuk tempoh dua tahun kontraknya itu. 6 bulan tidak dibayar gaji sebagai pelunasan ‘hutang’ untuk pembiayaan kedatangannya ke sini. Katanya, dia rindu benar pada suami dan anaknya….dan membayangkan bakal kehilangan suami kerana tempoh dua tahun tanpa dapat berhubung memungkinkan suami mencari penggantinya.

gambar hiasan semata2
Makan malamnya adalah lebihan makanan majikannya dan dia tidak tahu makanan apa yg diberikan padanya. Kerana lapar dia makan apa saja yg dimakan oleh majikan cinanya…..
Saya sedih kerana sekadar mampu mendengar ceritanya.Ini mungkin sebahagian dari cerita malang pekerja asing yg datang mencari nafkah di sini tapi di lakukan wewenangnya oleh majikan yg zalim dan tiada simpati. Isunya bukan terletak pada majikan kafir berbangsa cina atau muslim dari bangsa kita sendiri, tapi jika manusia itu tebal dengan sifat insani, tidak akan ada yang tergamak menzalimi insan lain. Kalau binatang seperti anjing dan kucing boleh dibela lagi disayangi, mengapa pula sesama manusia ada yg terputus sifat manusiawi ? Hubungan majikan terhadap pekerja wajarkah berlangsung begini sekalipun majikan adalah pihak yang membayar gaji ??
Jika kita berada di bawah sistem pemerintahan yg teguh melaksanakan Islam dalam kehidupan masyarakatnya, tentu tiada yg berani sesuka hati menindas golongan yg dirasakan lemah seperti Sami ini….kerana Islam pasti membela sesiapa saja dari dizalimi tanpa mengira bangsa dan agama. Mungkin ada peruntukan peraturan bagi menjaga kepentingan golongan imigran yg bekerja di sini, tapi segala peraturan dan undang2 itu adalah cenderung utk mencari untung dan menyumbang pd pendapatan negara semata. Sepatutnya kerajaan ada satu sistem pantauan yg rapi dan tersusun ke atas majikan yg menggaji pekerja asing agar majikan melaksanakan tuntutan kemanusiaan serta melangsaikan hak utk melaksanakan tuntutan agama para pekerjanya.
Saya hulurkan telekong sembahyang dan minta Sami solat zohor setelah selesai makan. Itu kewajipan saya dan hak Sami juga…saya tidak berbudi apa-apa padanya. Sebelum mengakhiri perbualan, saya lontarkan pandangan saya dan nasihat untuknya, mudah-mudahan ia ada gunanya. ” Kamu tidak perlu merantau sejauh ini utk melaksanakan sesuatu yg bukan menjadi tanggungan kamu.Selagi suami berkemampuan, hak mencari nafkah kekal menjadi bebanannya. Isteri paling baik mendapat pembelaan ketika di sisi suaminya. Tiada lokasi lebih mulia utk isteri melainkan kesempatan di sisi suami. Sekalipun sempit kehidupan harian, tapi maruah diri isteri tentu ada yg turut menjaga dan membelanya. Bahagiakah jika mampu mengumpul wang tapi terpisah dari kehidupan berkeluarga ? keperluan bukan pada wang semata, tapi menjalani kehidupan yg bebas dari penderaan serta perhambaan manusia lain itu jauh lebih bermakna. Apa ertinya wang, jika urusan agama terpaksa ditinggalkan ? apa ertinya kebendaan jika jiwa isteri dan keibuanmu tidak dapat kau sempurnakan? Berusahalah utk mencari rezeki anda di sana, di sisi suami dan anak anda…..disamping tidak putus berdoa pertolongan dan kemurahan rezeki dari Tuhan……
saya sekadar berkata dari apa yg dirasa, takdir saya dgn Sami tidak sama maka tidak pasti pandangan saya ttg kehidupan ini memenuhi kebutuhan takdir hidupnya. Tapi Sami meluahkan rasa menyesalnya kerana memilih utk tinggalkan keluarga kerana mencari rezeki di Malaysia….. dia menyesal tapi cuma adalah pilihan utk terima dan bersabar.
Semoga ada jalan keluar utk sami yg ingin pulang ke Indonesia…..
Iffah Nabiha Ahmad Jailani said,
2 Mei 10 pada 5:12 pm
Salam…
sayu rasanya membaca kisah ini…banyak manfaatnya, mlmh…
andaikan Malaysia mengamalkan cara hidup islam yang sbenar…pasti kehidupan insan lemah sperti ini akan dibela…
baru2 ini, ana ada bertengkar dengan beberapa org kafir yg menghina islam di youtube, dan ana agak tergamam apabila dia membalas komen ana..
“All you care about ARABIA 400 years ago!Look!there are no Muslim that so peaceful right now and 100 years ago!!”
Ya..ana akui itu…cara islam sudah kelam di dunia ini..
semoga Sami dikurniakan jalan keluar oleh Allah…
ummuhanah said,
4 Mei 10 pada 2:24 pm
benar Iffah, antara sifat iblis dalam diri manusia ialah suka memaksa kepertuanan manusia lain ke atas dirinya…..maka di situ lah akan adanya manusia yg ditindas oleh manusia juga.