Allahuakhbar….alangkah pelik kehidupan manusia ini…semuanya nampak ‘bermasalah’ baginya. Jika ada kebaikan yg diura-urakan dan kebaikan itu bukan dari kumpulannya, langsung tidak ada kesudian utk turut mengusahakannya. Bahkan dicari dari sudut dan ruang mana boleh dicungkil kelemahan pihak yg ditentang dan tidak dipersetujui itu disebarkan sehingga mempengaruhi org ramai.
Isu negara berkebajikan yg disebut-sebut oleh TGHH bukan saja menjadi ejekan dan momokan UMNO yg memang benci dgn islam, tapi turut disangsi dan diserang oleh golongan yg mengaku sayangkan Islam dan saudaranya. Bagi ahli Pas, saya mendoakan mereka mampu bersabar dlm proses menyelami dan memahami maksud tuan presiden ini. Saya faham bukan semua mampu menerima dgn tenteram apatah lagi ada usaha2 dari kalangan gerakan dakwah sendiri yg mempertikaikan.
Adalah menjadi perkara biasa sikap yg diambil oleh pucuk pimpinan kadang2 menimbulkan perasaan kurang senang dan tidak puashati dari sesetengah kalangan ahli bawahan sendiri, kerana mereka tidak memahami sebahagian atau seluruh sikap atau dasar yg diambil itu seperti mana yg difahami oleh pihak yg bertanggungjawab di dalam pucuk pimpinan jemaah.
Dalam satu kisah masyur, di mana saidina Umar Al khattab pernah melahirkan tidak puashati beliau terhadap keputusan perjanjian Hudaibiyyah oleh nabi saw, padahal Umar adalah antara sahabat yg sering mendapat ilham, tapi dlm isu ini beliau tidak dapat menyelami hikmat tersirat di sebalik perjanjian itu sehingga Abi bakar menerangkan dan meminta beliau utk iltizam. Maka beliau berpuashati dan hilanglah keraguan di hati. Sekiranya beliau bertindak menyebarkan rasa tak puashati dan mempengaruhi umat islam lain melahirkan sokongan terhadap sikap tidak puashatinya, tentulah keadaan akan buruk sekali.
Saya memiliki beberapa buku tafsiran surah dari TGHH, antara yg saya miliki ialah tafsiran surah dari kitab at Tibyyan yg begitu detail sekali dan surah al Insan yg dikupas secara perinci. Atas pengalaman ini saya menyakini TGHH org memiliki ilmu dalam pentafsiran ayat dan tidaklah mungkin ada keinginan utk menyeleweng tafsiran ayat bagi kepentingan pribadi. Jika diberi pilihan kepada sayautk cenderung kpd kefahaman terhadap satu ayat quran dari seorg jurutera berbanding seorg ulama yg tua ilmunya, anda boleh teka yg manakah akan menjadi pilihan saya ini. “mmm kalau dah taksub”…itulah tuduhan yg saya terima selama ini…biarkan.
TGHH menulis di laman Fbnya,
“ Respon kepada mereka yang mempertikaikan Negara Berkebajikan yang dikemukakan oleh PAS :
Itu adalah kenyataan orang yang tidak membaca apa dia politik Islam. Insya’Allah, saya akan terbitkan satu buku yang akan menerangkan apa itu negara berkebajikan, berlandaskan perlembagaan PAS yang berpandukan Al-Quran, hadis, ijmak ulamak dan qias. – tok guru haji hadi.
Maka harap semua yg melihat komitmen Pas dlm menyediakan politik yg lebih adil kepada rakyat, dapat bersabar menanti penjelasan TGHH jika rasa sangsi dan masih tidak cukup dgn penjelasan setakat ini. Saya yakin siri penjelasan akan muncul selepas ini dari pimpinan Pas, dgn KP Pas juga menulis di Fbnya berjanji utk turut menyentuh isu ini dlm waktu terdekat ini
Pada saya yg sering dilabelkan sebagai ‘memenangkan akal’ berbanding ayat Allah, akal saya sudah tentu akan tetap berkata ‘bukankah Islam itu memperjuangkan kebajikan hidup manusia didunia dan akhirat ? Bukankah apa saja yg nabi lakukan sebaik mendirikan pemerintahan Islam dimadinah adalah bermotifkan menjaga kebajikan?…bagaimana nabi membersihan sungai, merancang penempatan penduduk adalah utk kebajikan?..maka apa yg ‘harunya’ mempromosikan istilah negera berkebajikan setelah bertahun2 membawa ‘negara islam’ ia tidak mampu disahut secara sempurna oleh rakyat seluruhnya. Saya tidak nampak Pas mengubah dasarnya, hanya memberi nama baru utk usaha dan cita2 yg sama. Dasar pas masih islam . Jika mampu membariskan apa nilai2 yg dicakupi oleh ‘kebajikan’, maka antara maqasid kepada peraturan dan undang2 dlm islam juga adalah untuk menjaga kebajikan umat manusia…. kebajikan itu islam, mana ada kebajikan selain Islam….mana ada Loteri kebajikan atau kelab kebajikan peminum arak dalam islam?
Untuk ayat yg TGHH contohkan memang ayat ini digunakan mengikut asbabun nuzulnya adalah kpd kaum saba’, tetapi di mana ada kaedah diguna pakai mufassir dlm mentafsirkan ayat Allah swt iaitu al ‘Ibrah bi umumillafzi la bi khususissabab, yg bermaksud : pengajaran dari ayat itu bukan kerana khusus sebab turunnya ayat itu, tetapi pengajarannya adalah dilihat pd lafaz yg umum.
Baldatun Tayyibah mmberi maksud antaranya ialah negeri yg ada kebaikan dan kebajikan. Maka di mana salah kalau TGHH mnjadikn tema Negara Kebajikan dgn ayat ini. Antara tanda betapa Al-Quran itu adalah mukjizat Allah saw ialah fleksibiliti petunjuk ayatnya untuk difahami dan dihayati di sepanjang zaman walaupun kebanyakan ayat2 quran ini diturunkan ada asbabun nuzul atau sebab khususnya.
Entahlah, saya mungkin benar taksub….pentaksub kepada kebaikan seperti saya ini terkesan dgn ngomelan ustaz zawawi yusof ketika merasa gembira dgn kemenangan pasukan bolasepak Terengganu ke atas kelantan dgn kata beliau “ seronoknya hidup bila mengejar gol, ramai penyokong, banyak umpanan sebab itu berpeluang mencipta gol. Islam juga perlu ada yg mengumpan dan menyokong. Sama2lah membantu bukannya menambah buntu. Kalau tak boleh menjadi pemain jadilah penyokong, islam perlukan ramai penyokong dan pembantu.
Tinggalkan Jawapan