Aidilfitri masih indah buat saya…

Masih berada dalam syawal. Hujung minggu masih kedapatan teman-teman yg mengadakan kenduri rumah terbuka. Hari ini, Rohaya jiran depan rumah saya menjemput ke majlis rumah terbukanya, dan hari ni juga sekumpulan banin tingkatan 5 datang beraya di rumah saya. Selepas saya  jamu depa dengan spaghetti bolognese, saya kasi le  duit raya singgit sorang sebagai buah tangan 😀

Rumah saya  sentiasa terbuka utk sesiapa saja teman-teman yg berhajat bertamu ke rumah saya. Cumanya jika kedatangan dimaklum awal, insyaAllah saya masakkan sesuatu sebagai hidangan menyambut tetamu,  namun jika datang mengejut…..kuih-kuih raya dan kerepek masih ada untuk dinikmati bersama kopi atau teh kosong dari saya 😀  Apa pun, raya pertama tempohari saya masak spaghetti. Spaghetti digemari keluarga saya berbanding mee biasa, sebab itu laksa johor lebih saya suka jika dibandingkan dgn laksa kelantan atau laksa utara.

Alhamdulillah, semasa minggu pertama syawal  ada juga kawan2, jiran tetangga, keluarga dan anak2 murid yg bertandang ke rumah saya. Saya sendiri sedayanya tidak menghampakan jemputan rumah terbuka dari teman2 sekalipun awal syawal tempohari keadaan kesihatan ahli keluarga saya terganggu sedikit. Paling manis ialah ketika menghadiri gathering HIUTM Kedah di Kuala Ketil. Biarpun yg hadir itu kesemuanya senior suami saya , tapi saya dapat rasa keseronokan bertemu sahabat2 lama.

Suami saya demam pada raya kedua dan berlarutan lebih seminggu lamanya, selain batuk dan selsema, dia lenguh badan , lemah dan tidak lalu makan. Ubat ditelan cuma mampu bertahan beberapa jam. namun cukuplah untuk memenuhi undangan teman-teman. Si kecil Raihanah pula demam campak seminggu sebelum raya. Nak tergelak rasanya bila hanah asyik merengek lahirkan kerisauan jika bintik campaknya  akan buat dia tak cantik bila raya nanti…..” hissh kat muka tu tak banyak sangat la hanah, pakai bedak tak nampak la nanti” saya pujuk juga walaupun rasa lemas kecik-kecik  dah pandai nak ‘kontrol ayu’. Memang pun  masa raya tempohari, dia yg paling bergaya dan raya sakan. kalau depan kamera tu tahu saja nak posing gaya  menyenget atau senyum kembang.

Anak saya Muhammad Syamil juga demam campak sehingga terpaksa dikuarantin ketika menduduki UPSR. Termasuk yg dijangkiti demam campak ini ialah Insyirah dan dia jika tidak dapat ke sekolah. Seminggu saya terpaksa berulang alik dari rumah ke sekolah setiap ada masa selang. Campak yg berjangkit-jangkit ni buat saya keletihan. Demam dan gatal-gatal jadi lebih kuat sebelah malam menyebabkan mereka tak dapat lena dengan aman.  Namun dalam keletihan ini, saya bersyukur kerana kesihatan saya masih baik untuk tetap berkhidmat dan menguruskan ahli keluarga yg tidak sihat.

Aidilfitri datang membawa ibrahnya yg tersendiri. Saya menyimpan cerita duka utk sambutan Aidilfitri tahun ini. Airmata tidak mampu melindungi kesedihan di hati saya. Biarpun sudah berusaha, saya tidak mampu menyekanya dari menitis mengiringi luka di hati saya. Allah telah susun kelukaan ini menjadi bahagian saya ketika saya seharusnya gembira menikmati suasana raya. Hikmah pasti ada, saya yakin Allah tidak datangkan kepada saya untuk merasa luka ini secara sia-sia, Cukuplah ia menjadi kenangan di hati dan pengajaran bahawa kehidupan ini sentiasa diintai ujian utk menilai iman yg dimiliki. Sebaik melangkah keluar dari Ramadhan, Allah sediakan ‘sedikit ruang’ untuk kita koreksi diri “benarkah Ramadhan telah mendidik diri ini …benarkah Ramadhan telah ikhlas dihayati sehingga melahirkan diri yg solid nilai taqwanya pada Ilahi”. Allahlah penilai diri saya ini dan pemimpin kepada hati. Andai benar wujud keegoan, sombong dan keras hati saya ini…semoga Allah lah yg meruntuh dan meleburkannya.

Salam Aidilfitri semoga Allah menerima segala amal ibadat sepanjang Ramadhan yang lalu. Penerimaan Allah inilah yang memberi makna pada sambutan hari raya kita. Kita keluar dari Ramadhan dengan pengampunan dari dosa-dosa dan Allah kekalkan kita sebagai hamba yg terus istiqamah dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya. Anas Bin malik mengatakan bahawa  maksud hari raya yang hakiki bagi mukmin ialah hari yang dilaluinya pada hari itu tanpa ada dosa yg dilakukan. Dinyatakan lagi antara lain makna hari raya yg hakiki ialah hari ketika dicabut nyawa seseorang itu sedang ia dlm keadaan beriman kepada Allah. Hari raya hakiki bagi kita juga ialah hari di mana kita berjaya melintasi titian mustaqim dan hari dimana kita dipimpin memasuki syurga Allah yg kita akan abadi di dalamnya. Dan sememangnyalah kemuncak kepada raya yang hakiki ialah hari ketika kita dapat bertemu dengan Allah swt.

Sebagaimana Ramadhan yg pergi, 1 Syawal juga telah berlalu dan  hari raya mengengsot meninggalkan kita lagi. Biarkan masa berjalan mengikut fitrahnya. Sedang kita teruskanlah hidup mencari pahala dan redha Allah. Marilah kita suburkan hari-hari kita dengan kebajikan,  dan kita tidak merasa lelah atau berhenti berusaha serta beramal kepada Allah. Kita lakukannya untuk hari raya kita …. untuk saatnya kita benar-benar menikmati ‘raya yang hakiki’ yg Allah sediakan utk kita nanti. InsyaAllah

3 Komen

  1. fadhlinsakina said,

    2 Oktober 10 pada 3:16 am

    salam mlmh..fadhlin nie..kenal tak?maaf tak sempat jumpa mlmh sebelum ana bertolak ke cni..ana cuba telefon mlmh tapi tak leh…mlmh tukar no rasanya… mlmh mcmmana?chat?ana nak mintak no mlmh leh tak?

  2. ummuhanah said,

    3 Oktober 10 pada 4:52 pm

    salam fadhlin,
    mlh sihat, Alhamdulillah. Ayah enti ada bercerita tentang diri enti yg kurang sihat dan dia sungguh risau.Mlh doakan Fadhlin sentiasa beroleh perlindungan dan kesihatan yg baik oleh Allah serta dipermudahkan urusan pengajian enti di sana…banyakkan bersabar dan munajat pada Allah. hantarkan email pd mlh nanti mlh berikan no telefon muaz. Telefon lama rosak jadi mlh gunakan telefon muaz…no lama masih boleh digunakan cuma SIMnya dok dlm telefon lama yg rosak 😀

  3. fadhlinsakina said,

    12 Oktober 10 pada 4:57 am

    -fadhlyn91@yahoo.com.my ^_^


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: