my garden…

kebun kecil belakang rumah….ditanami dgn pisang, pandan, kunyit, halia, serai, limau kasturi, nenas dan ulam raja…apa lagi yg patut saya tanam ya??

ualam raja dan pokok limau kasturi

ulam raja yg baru sejengkal…tanah agak berbatu kat sini…payah la skit

pokok kari…mula nak ‘melebat’ dan limau purut di sebelahnya..

pokok buluh madu…ditanam oleh abang ipar saya…tak sabo tunggu rebung sulong..

tanaman hiasan jenis keladi…pemberian kak ton, dulu kecik cuma tiga helai daun…sekarang makin subur..

lagi pokok keladi….

lagi koleksi pokok yg saya gemari

hijau merimbun…mendamaikan pandangan..

kalaulah daun2nya lebih lebat, tentu lebih lawa….tadi saya dah letak baja taik ayam..

dulu kedua pokok hiasan ni saya beli dlm polybag…masih kecil dan harga singgit je satu….sekarang dah ‘tembun’..😀

alahai….kedekut betol pokok ni. Dah lebih sebulan saya jaga, tak juga besarnya.Ni pun pemberian kak ton…dulu hampir mati, syukurlah masih bersama saya lagi sampai hari ni..

lagi spesies keladi….err ye ke ?? saya akui mudah tertarik pada pokok keladi. mudah dijaga dan ‘segar’ pada mata.

hmmm ni ikan koi dan talapia saya….agak pemalu sikit…

ada lebih kurang 15 ekor ikan koi dan 10 ekor talapia….sukar nak snap gambo…masih liar dan suka sembunyi bawah tempayan..

waterfall…

kat kolam ni saya bela ikan2 koi , talapia dan ikan ‘bandaran’… heheheh

harap talapia saya cukup umo pada ramadhan nanti….nak ‘rasmikan’ dgn resepi ‘phat phit’ warisan ibu saya dari Narathiwat..

okey tak presentation saya utk ruang depan ni….macam ‘tak balance’ kan ???….camana nak ‘up’ sikit…

bangku lama tu saya beli dari kedai perabut terpakai…beberapa hinggit jer…kalo saya cat putih ok tak ???

saya tak tahu camana nak ‘hidup’ kan ruang ni…. pokok2 apa agaknya yg sesuai di tanam ?

kws ini hasil tangan suami….rumput, stepping dan batu2….saya cuba ‘serikan’ dgn tanaman pokok2 hiasan…..tapi masih ‘buntu’..

kolam …… pandangan dari balkoni…

saya gemar buka netbook saya atau baca buku kat sini….bunyi air terjun dan kelibat ikan dikolam buat rasa ‘aman’….

lastly…. Tam yang enchem….’ahli keluarga’ yg dah 6 bulan lebih menumpang di rumah kami….tak kencing berak dalam rumah tak pa yaa…

Saya agak kurang berseni dalam hias menghias taman ni, dan bukan jenis menumpu sangat dalam hal hias rumah ni, sekadar saja lah……memandangkan ruang tu ada,  tak elok jika dibiarkan kosong je , saya cuba lah setakat yg mampu untuk  jadikan ianya tak nampak ‘kaku’ sangat….menanam pokok2 bunga bukanlah hobi paling utama kerana saya lebih gemar membaca dan berkarya. Tapi sejak saya usahakan kebun kecil saya disekitar rumah ni….jadi ‘nikmat’ pula tengok pokok2 membesar. Teruja melihat perkembangan dan pertumbuhannya, maka hampir saban petang tatkala pulang dari kerja, saya habiskan masa menyiram, merumput, membaja dan memberi makan ikan2….penat juga sebenarnya….. di campur pula dgn badan yg memang letih setelah seharian bekerja…Harap usaha saya ini bukan hangat-hangat taik idong je la…..😀

“kalau awan tak menangis, mana mungkin taman kan tersenyum”…..maka menangislah awan, biarkan taman saya tersenyum seindahnya…. lantas mengulas pula senyum semanis-manisnya dibibir saya, sekalipun pun pada mekar dan kuntumnya,   adalah kebasahan hati  dek siraman hujan semalam…….menangislah wahai awan……….ewwaahhh “….kan dah pandai melankolik saya…..😀😀😀😀😀

4 Komen

  1. Iffah Nabiha said,

    29 Mei 10 pada 8:21 pm

    Salam..

    Wahh…Cantiknya rumah Muallimah…rasa cam nk terbang je pegi sana…:D

    o0o0 mlmh ada bela kucing, ensem kucing tu..kah3 :))

    Alhamdulillah..Teruskanlah mencari damai yang hilang-x de tajuk len sy ni, tajuk blog saya pun sy buat mencari damai yg hilang..:D

  2. ummuhanah said,

    30 Mei 10 pada 11:31 pm

    alahai…hilang damai ke Iffah…cari jangan tak cari :D….
    kedamaian ini anugerah Allah….ia hilang atau ia datang semuanya dgn kehendak Allah. Damai dikecapi jika kita teguh dgn suruhan Allah dan jauhi laranganNya…banyakkan zikir dan solat…..semoga Iffah temui kembali damai yg hilang dari hati….

  3. Iffah Nabiha said,

    1 Jun 10 pada 7:06 pm

    heheheh terima kasih muallimah…sbb bila tengok dlm diri remaja skrg ni bnyk yg hilang kedamaian yg sbnr…apapun, syukran ya!

    mlmh…iffah ade award utk mlmh..mlmh save dlm komp pastu letak di bhgian tepi kt blog mlmh…ada di blog sy🙂

    hadiah yg x seberapa utk mlmh kan ;D

  4. ummuhanah said,

    2 Jun 10 pada 11:21 pm

    salam…alamak, malunya nak ngaku…mlh tak tau camana nak tempek tepi blog mlh ni…sebab yg dok ada tu semua suami yg bantu…sekarang dia outstation….nanti dia balik mlh mintak tolong dia ya…makasih Iffah…hehehe


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: