Wanita Fasiq Yang Daring Dan Isteri Solehah Yang Naif..

1. Belayar di alam rumahtangga, ada ketikanya membuatkan kita berada di persimpangan. Apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang sentiasa diuji oleh Allah untuk membezakan di antara hambaNya yang soleh dan fasiq. Syaitan pula menerpa kita dengan pelbagai godaan yang menyebabkan ramai di antara kita yang tewas. Tidak kurang juga yang tewas tetapi sentiasa bangkit kembali mencari keredhaan Allah.

2. Kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapa wanita fasiq pandai menggoda, manakala isteri di rumah yang beriman seolah-olah tidak tahu cara memikat suami. Bagaimana mungkin kita sebagai lelaki beriman dapat mengharungi segala ombak dan badai jika sekiranya kita hanya keseorangan tanpa sebara

ng bantuan. Adalah tidak adil jika isteri menuntut kita sebagai suami agar tidak berlaku curang sedangkan pada masa yang sama si isteri tidak berusaha menjadikan dirinya sebagai alternatif halal kepada segala godaan jahat di luar sana yang sedang menggugat sang suami.

3. Lelaki yang beriman juga seorang manusia biasa. Apabila berada di pejabat, taman rekreasi, pasar, jalanraya hatta tempat ibadat sekalipun akan menemui segala jenis “mak nenek” godaan. Mereka akan berjumpa dengan wanita fasiq yang sangat “daring”. Bukan lelaki yang memulakan bicara tetapi mereka yang membuka kata. Bukan lelaki yang mencari tetapi wanita itu yang datang memukau.

4. Adalah sukar bagi sang suami untuk melepasi fitnah ini tanpa peranan berkesan sang isteri. Bagaimana mungkin si suami mampu menghadapi “keberanian” wanita fasiq yang datang ke pejabat pada waktu senja. Keberanian yang tidak mampu ditepis oleh sesiapa kecuali taqwanya sangat hebat kepada Allah. Keberanian wanita yang dengan sengaja tidak mengenakan butang tertentu pada baju yang dipakai. Wangian yang mengkhayalkan dari Kota Paris, selaku syurga haruman. Si wanita penggoda telah meninggalkan bau-bauan yang mampu bertahan separuh hari di pejabat sang suami. Si bidadari penggoda bercakap dengan suara yang lunak dan manja, mampu memperdengarkan degupan jantung sang suami. Kaum Hawa ini tahu bagaimana mempertahankan bentuk badan yang sangat menarik. Ditambah pula dengan pakaian yang sangat berani dan mendedahkan bahagian tertentu yang disukai oleh si suami. Kaum penggoda tahu menggunakan “penegasan”. Penegasan pada dadanya yang sengaja didedahkan, di “tegaskan”kan dengan rantai leher atau kalung yang menggantung bentuk “love” berwarna merah di tengah-tengah dadanya, suatu

penegasan yang disengajakan untuk menarik mata kaum adam kepadanya.

5. Maka menderitalah sang suami dengan ujian hebat ini. Hasrat di hati untuk menjunjung sunnah Nabi SAW dengan pulang ke rumah mencari isteri yang suci bagi meredakan gelojak yang amat hebat itu. Tetapi, mampukah sang isteri untuk menandingi wanita penggoda tersebut? Si isteri yang beriman ini, hanya tahu memakai bedak wangi berharga RM5.90. Baju yang ada hanya T’Shirt putih hari sukan sekolahnya dengan hanya berkain batik yang mempunyai bau tomyam yang sedang disiapkan di dapur. Lenggangnya tidak menyamai “catwalk” wanita penggoda di luar tadi. Langsung tidak tahu dan amat naif tentang seni di kamar peraduan. Tiada tarian sehebat tarian gadis muda di Betong.

6. Maka tinggallah si suami yang beriman itu keseorangan mempertahankan imannya yang semakin goyang itu. Kepada sang isteri, kasihanilah dan bantulah suamimu.

Ahmad Jailani Abdul Ghani
10/06/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

““““““““““““““““““““““““““““““`

Kebetulan tersinggah di blog Ustaz Jailani, saya tersenyum membaca tulisannya ini. Tak tau nak komen apa….saya asyik senyum je dari tadi….senyum dan tak pasti apa yg sedang melucukan atau menyeronokkan saya ttg hal ini….

Jangan kata di dunia ini hanya wujud godaan untuk lelaki atau suami….consider sama godaan yang perlu ditepis oleh isteri-isteri yang ingin sentiasa berstatus solehah dan penjaga terbaik rumahtangga suami ….dalam menuntut keperluan suami, kena faham sama kehendak isteri….suami2 kena belajar dan patut ambil tahu juga hal ini..

Ramai isteri tak kecoh dgn kehenseman suami. Sebab walau pun selekeh, selebeh, serabai…atau boroi sekalipun…Itu tetap suami. Tapi suami kalau tak puashati dgn penampilan isteri …. ” tak pa, saya cari sorang lagi “….hisss yang ni langsung tak pandai jaga hati dan mudah lupa diri….

Bersetuju tak bila saya kata, lelaki lebih banyak tergoda pada wanita yang menyentuh pandangannya, sedangkan wanita merasa tenteram pada lelaki yang tahu menyentuh hatinya…

ntah…saya agak-agak jer….

tapi ramai kawan-kawan saya kata ” berhati-hati dengan suami yang sedang menuju usia 40 an….itu suatu masa yang agak bahaya dan mudah terbabas pula”

……eh betol ke ??

ntah ta’tau…

4 Komen

  1. pakndak said,

    15 Jun 09 pada 5:34 am

    tepuk dada tanya iman 🙂

  2. ummuhanah said,

    15 Jun 09 pada 7:20 pm

    bukan sekadar tepuk dada pak ndak oii…. 😀
    buat semua benda mesti kena tanya iman….supaya di situ kita sedar ttg batas dan sempadan….

    mana pegi basikal tua pak ndak ?? :C

  3. cik minah said,

    18 Jun 09 pada 4:29 pm

    slm,
    Ya..sy bersetyju dgn artikel di atas..tp nak komen skit jer..
    Pd sy..untk jadikan isteri sehebat penggoda pun perlukan bantuan(kewangan) dn dorongan dr suami.pengalaman sy ber usrah dgn isteri pr da’ie(ustaz),ramai yg mengeluh yg betapa si suami amat susah untk bagi duit belanja untk isteri menghiaskan diri.bila minta duit untk beli perfume,terus tarik muka siap bg syarahan agama supaya berjimat cermat.begitu juga bila minta duit untuk beli blouse baru@skirt…
    Alahhh…bknnya mhl pun perfume avonn@safi cik abg oiii….

  4. ummuhanah said,

    19 Jun 09 pada 2:41 pm

    ngeh..ngeh..ngeh..

    cik minah….kita kena khatam ilmu pujukan kot ??..

    rasanya suami tak kedekut kalau kena caranya…
    ramai wanita bermotivasi menghias diri ketika keluar shopping atau makan angin…. tapi bila di rumah selalu berhias ala kadar aje…tu yang suami rasa malah nak hulur sekupang dua…

    Tak susah menggoda suami saya rasa,
    Berbaju kurung dan berkain batik pun masih boleh tampil anggun jika kena gayanya, tak perlu gaun mahal atau perfume yang semerbak baunya….minyak atar yg dia pakai masa pi solat jumaat kat mesjid tu pun boleh kita manfaatkan juga … 😀

    Tampil sederhana tapi menyenangkan matanya…
    Sentiasa berusaha memikat dan menggoda
    kalau berselisih faham segera selesaikan
    banyakkan sentuhan dan maniskan senyuman…

    Paling penting…sentiasa berdoa utk kita dan dia sentiasa hangat dgn rasa cinta…


Tinggalkan komen