Jaulah ke Singapura Dan JB

Seminggu mengambil masa untuk menghilangkan rasa penat sebuah perjalanan, dari utara ke selatan tanah air ,ia satu perjalanan yg memang meletihkan. Saya berhasrat untuk tulisan ini mengisi blog saya sejak ahad lepas lagi, namun kesibukan dan kepenatan membuatkan hasrat saya itu tertangguh, hingga la ke petang ini barulah saya dapat mencuri sedikit masa menulis sementara menunggu murid2 saya selesai menduduki kertas sejarah PMR.

Jaulah ke Singapura….ini bukan kali pertama saya ke singapura. Saya kerap ke sana semasa remaja setiap tiba cuti sekolah ketika mengunjungi saudara saya di JB, beliau seorang kastam di Tambak Johor.Saya sering di bawa melawat Singapura dan membeli belah di sana. Namun Singapura hari ini berkali ganda bezanya. Kami guru2 dan kakitangan sekolah seramai lebih kurang 40 orang melawat Madrasah Al Junied dan kemudiannya singgah di Al Hidayah JB dlm perjalanan pulang.

Madrasah Al-Junied Al Islamiyah

Setelah bertolak jam 8.30 mlm dari sekolah pada Khamis lepas, kami singgah mandi, solat subuh dan bersarapan di R&R Macap. Kemudian bas menghala ke Larkin mencari PKG (Pusat Kegiatan Guru) untuk menyimpan bagasi sebelum memasuki Singapura. Ia adalah permintaan pemandu bas supaya lebih memudahkan urusan di Imegresen. Ketika melewati Skudai, saya terpinga-pinga dan merasakan daerah itu sudah asing dan banyak perubahannya. Ketika di IPT, Skudai kerap juga saya lewati terutama ketika saya ke JB……ahh masa sudah lama bergerak meninggalkan kenangan saya di sini.

Bangunan madrasah..

Sejam lebih sesat di Larkin…PKG yang dicari tidak juga ditemui, sedang hari semakin meninggi. Pemandu bas yang sudah jemu mencari telah mencadangkan bagasi disimpan saja di hotel tempatnya menginap. Kerana tiada pilihan maka cadanganya dipersetujui ramai. Untuk perjalanan yang disertai 40 org peserta termasuk beberapa org kanak2, maka bagi menyelesaikan satu-satu urusan tentulah sedikit mengambil masa. Hampir sejam juga masa diambil untuk penyimpanan beg dan mengisi borang memasuki Sngapura. Ketika di kaunter imigresen, jam sudahpun 11.30 pagi. Seorang ahli rombongan kami ditahan dan disoal siasat pihak imigresen Singapura. Maklumlah dia kerap berkunjung ke Timur Tengah termasuk Syria, Lubnan, Turki dan Mesir….maka ‘detail’ lah sikit urusan di sempadan memasuki negara yang mendapat jolokan ‘Israel’ Asia Tenggara ni.

asyik mendengar taklimat

Suasana dalam kelas

library

sekolah ini memiliki banyak notice board yg memuatkan bahan dalam bahasa arab

pelajar tingkatan tiga yg ramah memberi info kepada saya ketika di library

Tentatively kami dijangka sampai ke Al-Junied jam 9.30 pagi, tapi ternyata dek kerana beberapa halangan, hampir jam 2.00 petang barulah kami tiba di sana. Seperti biasa , kami terlebih dahulu diperkenalkan dgn pihak pentadbiran madrasah dan slide presentation berkaitan sekolah tersebut kami nikmati dalam keroncong perut yang lapar minta diisi. Alhamdulillah kami kemudiannya dijemput makan tengahari di situ dan selepas meninjau persekitaran sekolah , kami bertolak pulak ke masjid Sultan. Di pertengahan jalan sempat singgah di Botanical Garden dgn peruntukan masa 15 minit sahaja.

si cantik yg sempat saya snap

lagi sudut yg indah

Botanical Garden dlm pengetahuan sejarah saya adalah tempat yg pertama ditanam biji getah yg dibawa dari Brazil oleh HN Ridley dan kemudiannya dibawa ke Kuala Kangsar untuk turut ditanam di situ. Macam nak menangis rasanya dengan masa sesingkat itu, mustahil saya dapat nikmati keindahan flora fauna di situ. Saya dan kak faizah masing2 membayar lima dolar  utk memasuki taman orked….masyaAllah cantiknya, subhanallah indahnya…..histeria di hati saya melihat kembangan orkid yg beranika warna, tamannya laksana tempat shooting filem bollywood ketika hero bernyanyi lagu cinta dengan heroinnya…cantik sungguh taman itu. Hanya kami berdua yang masuk ke situ,  maka bergilir-gilirlah snap gambar di sudut-sudut yg menarik hati kami….laju macam katun je bergambo, rasa geram kerana terpaksa keluar biar pun taman belum habis kami jelajahi….sedeyyy. Tak boleh di petik bunga2nya hatta yg gugur ke tanag sekalipun, nanti akan di denda 500 dolar…ishhh nasib baik tak gatal tangan pi  getus bunga orkid yg indah di taman.

bergambar dekat entrance utk ke taman orked

rasa mcm tenggelam dlm keindahan taman

Selepas solat jamak takhir di Masjid Sultan, kami sempat berbelanja di gerai2 yg berdekatan. Saya sekadar membeli key chain dan magnet hiasan peti ais sebagai buah tangan. Kami menghala kembali ke Al-Junied utk solat maghrib dan kemudianya utk satu  pertemuan dgn ikhwah dan akhowat Singapura. tujuannya untuk berkongsi cerita ttg gerakan dakwah di sana. Usai solat, kami dijamu makan malam pula. Saya terharu dengan layanan sahabat Singapura. Makan malam yg menyelera…terutama hidangan lauk ayam masak lemak cili api yg sangat istimewa rasanya….. macam nak tanya jer…’asam pedas tak de ke??”

seri aura kuning

Di Al Junied, pelajaran yg diajar tiada jauh bezanya dari sekolah kami, cuma silibusnya lebih advance dari kami. Pelajaran diniyah diajar sepenuhnya dlm bahasa Arab, bahkan rujukan kitab juga dari Al-Azhar, Mesir. Untuk subjek akademik ia selaras dengan sekolah2 biasa di Singapura. Al-Junied sekolah yg sudah tua usianya dan agak established. Menyoroti sejarah penubuhanya yg bermula sejak tahun 1927 oleh Pangeran Assyarif  Syed Omar ali Al-Junied, madrasah ini dlm perjalanan sejarahnya  telah berjasa melahirkan ramai ulama  di Singapura, Malaysia, Berunei dan Filipina.

penyerahan cenderamata utk Dr Al Bakri

Saya juga rasa tertarik berkongsi pengalaman dengan badan gerakan dakwah di Singapura. Pertama kali diperkenalkan dgn pertubuhan yg bernama PERGAS dan PERDAUS, iaitu antara NGO yg mewarnai landskap dakwah Singapura. Saya sangat keletihan dan mengantuk ketika penerangan diberikan oleh Dr Al Bakri menyebabkan sering ‘hilang’ dlm keasyikan saya mendengar perkongsian pengalaman beliau dan sahabat2 di sana. Muslim adalah minoriti di Singapura, dalam arus pemodenan pesat di Singapura mereka bergerak untk membantu individu dan keluarga muslim memiliki jatidiri agar tidak mudah terpedaya dengan persekitaran yg banyak merosakkan iman di kota singa itu. Disebabkan bilangan mereka sedikit mungkin, saya melihat mereka memiliki kekuatan yg luar biasa utk memastikan dakwah Islam tersebar kepada masyarakat Singapura. Mereka menghidupkan program di masjid dan mengusahakan agar kalangan mereka menjadi pengerusi masjid2 di sekitar Singapura dalam usia muda.

Saya juga tertarik dengan penerangan ttg satu bangunan telah dibina yg mereka istilahkan sebagai tempat melepak. Di situ boleh dikunjungi sesiapa saja baik muslim atau non muslim untuk bertemu dan berbincang. Tempat itu dijadikan lapangan bagi non muslim bertemu saudara atau teman mereka yg sudah memeluk Islam dan bagi mendapat apa saja penjelasan tentang Islam. Saya diberitahu, hasil dari pertemuan dan perbincangan di situ, ramai juga non muslim yg telah turut memilih untuk menjadi muslim. “ sekalipun mereka masih belum terbuka untuk memilih islam, tapi kita ingin mereka mendekati kita dan melihat Islam menerusi kita, sekurang2nya jika tidak menyokong dakwah Islam, mereka tidak menentang dakwah kita. Kita ingin mewujudkan lebih ramai Abu Talib di singapura” Mereka juga menganjurkan skim potongan gaji untuk tabung masjid di Singapura. Potongan antara 1 – 5 dolar setiap bulan, namun amat mengejutkan kerana ramai pula yg membuat potongan gaji lebih dari yg diminta.Soal memperolehi dana tidaklah begitu meruncing di sana, kerana setakat ini kerajaan memberi laluan untuk usaha dakwah oleh mereka ini. Rasa ralat juga, ketika saya hanyut dlm rasa mengantuk dan letih, saya tertinggal banyak isu penting yg diceritakan….mudah-mudahan saya berkesempatan lagi di lain masa.

Kami kembali ke JB hampir jam 12.00 mlm, sesat sekali lagi dalam usaha mencari PKG Larkin, akhirnya kami mengambil keputusan bermalam di hotel tempat kami menyimpan bagasi siang hari tadi….jam 2.00 pagi baru dapat tempat landing….zzzz, letih sungguhhh

saat tiba di Sek Al Hidayah JB

disambut rakan2 guru di sini

Sebelum bertolak pulang, sempat singgah Al Hidayah JB, berkongsi pengalaman dan pengetahuan dgn rakan guru di sana, kemudiannya singgah di Air Hitam shopping lagi, di Melaka pun shopping juga…akhirnya selamat tiba di sungai petani pada jam 2.30 pagi Ahad…..kami masuk kerja jam 7.30 pagi….macam nak rebah ketika saya bergegas thumb print kat pejabat jam 8.05 pagi…haiyaaa dah merah dahhh.

kami di lobi hotel utk check out

kami di lobi hotel utk check out

biarpun penat, kami ceria menunggu bas utk pulang

Keletihan belum hilang walau dah seminggu perjalanan ke Singapura berlalu. Faktor usia barangkali , stamina saya pun dah tak secergas dulu. Saya masih keletihan untuk seminggu ini kerana terpaksa siapkan menanda kertas percubaan SPM, menyediakan soalan utk exam akhir tahun…fuhh…tak tahulah adakah saya masih mempunyai tenaga utk satu lagi perjalanan ke Cameron Highland malam ini…..saya yg uruskan rombongan kelas saya ini, maka tak dapatlah saya menolaknya pula atau menundanya, samentelah ia telah dirancang sejak beberapa bulan yg lalu…… Allah mudahkanlah , mudahkanlah urusan saya ya Allah….