demam semuanya…

Anak-anak saya demam. Keempat-empatnya demam. Dari hari isnin sehingga sekarang mereka on off demam. Bila kena ubat  je depa okey lepas tu panas balik. Tengah malam lagi teruk,  bergilir gilir mereka kejutkan saya kerana ‘tak larat’

Orang kata ni musim ‘demam berangkai’, sorang je kena nanti satu rumah berjangkit sama. Kebetulan suami tiada bersama kerana sebulan kursus di Shah Alam….issk, ini sudah masuk episode paling sedeyy…huhuhu

Saya cuti hari ni. Anak-anak juga cuti kerana demam tak kebah lagi. Esok depa mula exam dan Syamil bertanya kepada saya :

“umi, esok pereksa syamil nak jawab apa ?

“jawab je le apa-apa yang ingat”

“kalau tak ingat ?”

” Istighfar”

“kalau tak ingat jugak”

” selawat banyak-banyak”

“tak ingat juga”

“tawakkal lepas tu tembak”

Hmmm, sudah beberapa kali bila tiba musim exam bebudak tu demam. saya pun tumpang le sakit-sakit badan dan sakit kepala. Orang yang ‘menjaga’ pun teruk jugak tau. Tekanan darah mula naik dan belakang tengkuk rasa berat je…issyy…ni episode lagi lagi sedeyy..

Saban malam babanya telefon, dua tiga kali. Katanya “umi okey ke ??”…”hamm.. kalau umi kata tak okey camana ?” kata saya menduga. “baba balik malam ni juga”perrgghh romantiknya!…donwori, umi okey jer” kata saya ” baba suruh le bini muda tolong kiterang kat sini, bila lagi nak buat bakti kat bini tua ” selamba smash dari saya ” kah kah kah kah” gelak babanya ” bini muda pun demam juga ” tambah babanya pula.

Sekarang semua anak-anak tido, kesian ada yang kroh kroh berdengkur dan ‘mencerit’ bunyi nafasnya kerana hidung tersumbat. Doa saya semoga semuanya sembuh seperti sediakala dan esok dapat ke sekolah semula. Saya pun ingin kembali bekerja kerana kesiankan kawan-kawan yang terpaksa gantikan kelas saya…mudah-mudahan mereka juga redha dan memahami saya.

Advertisements

Dusyum !!@#

hanah

Penumbuknya sering singgah dimuka saya. sasarannya ialah pipi dan mulut saya. Cubalah halang apa-apa kehendaknya atau nafikan apa-apa cakapnya…tangan itu pasti akan menggenggam penumbuknya dan….dusyum ! dihayun ke muka sesiapa saja yang berdekatan dengannya…adoii dan sememangnya saya lah yang sering menjadi mangsa tumbukannya, sebab suka benor mengusik dan mengacannya. Terkadang bila mencium pipinya yang comot dengan tompokan air milo, maupun pipi gebunya yang di sapu baby johnson talcum powder, saya akan seronok memanaskan hatinya dengan berkata...ummmm uchuuuknyerr…Hanah tak mandi ke ? dan seperti selalunya….duusyyuum…memang kena lah saya.

Sebenarnya bukan tak pernah mencuba…kekadang melangit juga saya memuji dan memuji dia…..ummm wanginyer..comelnya…putiihnyer…tapi dusyum jugak yang saya terima. Tatkala saya menggoda dan memujuk rayunya dengan mengatakan …Hanah, janganlah sayang, kesiaaaan sakit pipi ummi….meh cium pipi ummi sayang..cium ummi sikiiit...dusyuummARRRGGHH menjerit juga saya dengan penangan dari penumbuk kecilnya itu….Hiish saya pun tak faham dengan watak peninju yang ada dalam dirinya..nak kata mewarisi kesrikandian saya…..mmm macam tak kena jugak. Memang ler zaman kecil saya sering bergusti dengan Jami dan Yanie…tapi gusti saya setakat gigit-gigit lengan dan tarik-tarik rambut je..tak pernah tumbok-tombok ni rasanya….kenapa dengan hanah niagaknya yer ??

Hanah adalah keindahan perasaan dihati saya….memandangnya adalah kedamaian, menciumnya adalah kehangatan kasih sayang, membelainya adalah limpahan kecintaan, memujuknya adalah selautan rasa belas kasihan…malah mengingatinya pula adalah gelora rindu yang tidak tertahankan…….kerana dia masih muda, usianya baru hampir mencecah tiga…jesteru itu penomboknya masih nikmat saya rasa….anda nak merasanya ??

Hanah …. kecuali sikap suka menumbok , yang lain tu hanah banyak mewarisi ummi….terutama suka merajuk !!! hmmm..teruknya kita…

Newer entries »