agensi umrah

Saya meghadiri 3 kali taklimat umrah yg dianjurkan oleh egensi yg saya pilih. Sebenarnya sejak dua tahun lepas, saya cuba belajar2 hadir ke kuliah haji bersiri yang diadakan di masjid depan rumah saya. Walaupun ada siri kuliah yg saya tertinggal , saya akui  kuliah haji/umrah di masjid ini telah menambahkan  lagi ilmu ttg ibadat haji/umrah. Bila betol-betol saya dapat menjejakkan kaki ke Mekah …. di dada terasa bahagia kerana sebahagian dari ilmu itu dapat dipraktikkan…Alhamdulilah.

Tidak rugi mengambil ilmu walaupun saya tahu tarikh haji saya terlalu jauh ….. ^ ^

Ia juga satu dorongan untuk saya tidak pernah lupa berdoa agar  Allah segerakan rezeki  dan kemampuan saya utk tunaikan rukun islam kelima itu.

Sepanjang hadir ke taklimat umrah, saya cukup gembira dgn panduan dan nasihat yg disampaikan oleh wakil agensi. Ia barisan ustaz dan ulama tersohor di sekitar Kedah Perlis. Saya sangat berharap memperolehi mutawif yg mampu memberi bimbingan dan pimpinan yg saya harap-harapkan. Sepanjang siri taklimat tersebut hati dan nurani saya disentuh, sebak  dan keterujaan saya begitu terasa  untuk dapat bersama-sama mereka hadir bertamu di rumah Allah yg mulia itu ……sehingga akhirnya baru saya ketahui, tiada seorang pun tenaga pembimbing tersebut bakal menjadi mutawif kami ketika di sana. Kerana kami bakal diserapkan kepada kumpulan lain pula dan dijanjikan mutawif dari Kuala Lumpur. Seingat saya nama yg disebut itu  ustaz Takiyudin. Ini membuatkan saya agak kecewa setelah begitu selesa dgn barisan pembimbing umrah di sini. Untuk hasrat saya yang tak kesampaian itu saya  memujuk hati “ Allah tahu apa yg terbaik untuk saya “.

Peringkat awal ketika membuat pilihan, ada 3 pilihan tarikh yg disediakan oleh pihak agensi. Harga pakej yg ditawarkan juga berbeza. Yang paling awal ternyata paling murah. Suami memberi penghormatan pada saya membuat pilihan dan saya gembira diizinkan  membuat pertimbangan tarikh yg sesuai utk kami ke sana .

Apa yg muncul difikiran saya ketika itu ialah saya mesti memilih tarikh yg paling baik  dan membuka jalan kemudahan utk saya terhadap beberapa urusan. Termasuk yg saya pertimbangkan ialah tentang urusan anak2 sepanjang pemergian kami. Dua anak remaja lelaki  menolak menumpang dirumah saudara mara dan sanggup tinggal di rumah sahaja sekalipun berdua. Itu tidak munasabah dan mengundang kebimbangan saya. Akhirnya saya berhasrat menempatkan kesemua anak2 di asrama sekolah kerana merasakan sekurang2nya ada pihak yg boleh dipertanggungjawabkan utk menjaga dan mengawasi mereka.

Perkara lain yg termasuk pertimbangan saya ialah  tentang peluang melaksanakan ibadat di sana. Sebolehnya saya ingin berpeluang  ke masjid dan solat berjemaah  sepanjang waktu. Sebolehnya juga saya cuba  mengelakkan waktu cuti solat saya.Tempoh umrah adalah singkat , saya tentu sedih jika sebahagian  dari hari saya di sana  tidak boleh memasuki masjid, bertawaf dan melaksanakan ibadat khusus yg lain. Maka tarikh  paling awal yg diawarkan  itu nyata paling bersesuaian. Ia masih di dalam minggu  persekolahan dan tarikh ‘selamat’ untuk saya 😀

Cuma, pakej 1 hb tu tak termasuk makan … ia sekadar pakej penginapan dan ziarah sahaja” .. kata suami saya. Saya sedikit gusar apatah lagi memikirkan ibu mertua turut bersama kami mengerjakan umrah, bimbang pakej umrah ‘makan sendiri’ ni menyusahkan beliau. “ tapi tak pa ummi, kedai makan banyak di luar masjidil haram. Kita bebas nak makan bila-bila pun, tak terikat dgn dengan waktu makan yg disediakan oleh agensi” suami cuba mententeramkan saya.

Ini kunjungan kali ketiga  suami ke tanah suci. Dia pernah mengerjakan umrah dan ziarah Istanbul ketika masih remaja dan kemudiannya mengerjakan haji bersama ibunya dua bulan sebelum kami menikah. Atas pengalaman itulah ia sedikit melegakan saya…. Saya berpendapat, sekurang2nya pengalaman itu boleh membantu kami selama di sana….insyaAllah.

Pengamatan saya, semua orang inginkan pakej umrah yang selesa, dikendalikan oleh agensi berpengalaman dan mahir dalam menguruskan urusan mengerjakan umrah dan ziarah. Dari soal pemilihan pesawat penerbangan, lokasi hotel yg berdekatan dgn al haram, bilik yg selesa dan makanan yg enak2. Kita berhak membuat pilihan mengikut keinginan dan kemampuan, ia bukan kesalahan jika kita benar2 ada kemampuan kewangan.Terdapat banyak agensi yg menawarkan pakej yg menawan dgn pelbagai kadar bayaran.

Namun sesuatu yg patut menjadi peringatan kita semua, kita ke Mekah bererti kita ke medan mujahadah. Ke tanah haram bererti untuk berbuat ibadah dan menanggung susah. Yang menentukan kita utk rasa senang dan selesa hanyalah Allah , yang nak memberikan kita rasa susah dan gelisah juga adalah Allah. Biar bagaimana selesa pun pakej yg kita  tempah ia bukan jaminan mutlak utk ‘keselesaan’ kita di sana. Allah pilih siapa yg nak diberi rasa selesa dan siapa yg nak diberi rasa susah.

Semasa kami menziarahi Hudaibiah, mutawif bercerita pengalaman beliau menemani sorang dato’  yg datang dgn pakej umrah yg mewah. Selain gagal melihat kaabah, ibadat tawaf dan sai’e nya  juga  jadi lambat dan susah…dia sentiasa kelihatan gelisah dan tak pernah boleh berada lama di masjid untuk iktikaf. Sekadar solat jemaah dan bergegas pulang selepas salam. Dia tidak selesa berada di Mekah apatah lagi di rumah Allah. Jadi asas keselesaan kita ialah banyakkan bergantung dgn Allah. Pohonlah ketenangan hati dan merasa nikmat dlm ibadat. Sentiasa dibibir merayu agar Allah permudahkan apa saja urusan kita selama di sana.

Pilihlah agensi yang boleh dipercayai, bertanggungjawab dan amanah. Jika masih terdapat masalah jangan cepat melepas marah, sebaliknya banyak berbaik sangka dan merasa itu semua mungkin susunan Allah yang pasti ada hikmah. Pada satu waktu solat saya duduk bersebelahan dengan jemaah dari Malaysia yg marah2 dan mengutuk agensinya. Rupanya dia mendapat bilik yg kurang selesa dan jarak hotel yang agak jauh dari masjid. Saya kira jika dia jujur mengamati, Allah sedang sediakan landasan pahala untuknya.Semakin banyak kiraan tapak perjalanan ke masjid, bermakna semakin banyak pahala untuknya, bilik yg kurang selesa itu tentulah jauh lebih selesa dari sekadar pelepah tamar je yg jadi pelapik tidur rasulullah saw, sabar dan syukurlah😀

Sebagai mukmin, untuk semua kesusahan yg dihadapi, ia akan jadi mudah jika kita sentiasa ingat Allah.

Sungguh ajaib urusan kaum mukmin karena semua urusan adalah baik baginya, dan itu tidak dialami kecuali oleh orang mukmin, apabila ditimpa kebaikan dia bersyukur  itu lebih baik baginya dan apabila ditimpa kesusahan dia sabar dan itu juga kebaikan baginya. (HR. Muslim)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: