Itu lebih selamat …

Cuti raya cina, suami tunaikan janji untuk kelik klate. Kali ini kami terus ke rumah kami yang terletak di tengah2 pekan  Tanah Merah. InsyaAllah, selepas ini rumah kosong 3 bilik, tanpa perabut itu akan jadi rumah singgahan kami setiap kali pulang ke Kelantan nanti.

Tiada banyak perkara menarik, ia pengalaman macam biasa setiap kali kelik klate …. cumanya, tak saya sangka sewaktu di Kelantan ada saudara saya yg bertanyakan pendapat saya tentang Anwar Ibrahim. “ rasa2nya Anwar Ibrahim tu betol ke? Bakpo la susah sangat dia nak bersumpah. Kalau dia bersumpah tu tentu orang tak boleh nak kata apa dah la”. saudara saya itu membuat perkiraan. “hmm.. belum tenta lagi laa” kata hati saya

Saya menjawab , “ saya tak ambil tahu sangat isu2 yg macam tu, banyak lagi isu yang lebih penting untuk diikuti, pada saya ia dah jadi isu politik murahan yg mendorong kita bermaksiat pada tuhan ”. Orang awam macam saya yg tak mendapat maklumat sahih ini kena amik sikap berhati-hati. Saya tidak mahu terjebak menyokong pada org yang mungkin bersalah, ataupun berpihak pada org yg licik memfitnah. Maka Allah sebaik2 tempat kita berserah dan sebaik2 tempat dikembalikan pengadilan utk isu yg rumit ini.

Saya tidak perlu bersusah payah berdebat, bertikam lidah memberi hujah menyebelahi mana-mana pihak. Ia tidak wajar dan rugi untuk saya. Cuma saya bersetuju dgn pendirian Pas supaya pengadilan kes sebegitu perlu mengikut hukum syarak, diadili di mahkamah syariah…digunakan pengadilan sebagaimana yg diperuntukkan oleh agama Allah ini.

Jijik sebenarnya kerana ia menjadi peluru  atau modal pertembungan politik dua gagasan parti. Kisah yang aib ini meleret dgn susulan kerja-kerja jahat yg merosakkan masyarakat. Gambar lucah, video lucah, tulisan maki hamun dan mencarut menjadi iklan promo utk menghangatkan isu. Saya benci isu sebegini menjadi hidangan penuh berselera di pentas politik…ia keji, jijik dan memualkan. Ia memberi didikan yg sangat buruk kepada generasi hari ini.

Saya tegaskan pada saudara saya itu, bahawa Allah tahu…pasti diantara Anwar dan saiful, salah seorang diantara mereka telah berdusta. Seorang dari mereka adalah pelaku maksiat besar kepada Allah dan sedang mencabar kekuasaan Allah yg maha luas ilmunya. Walau didunia ini tiada siapa yg mengetahui secara pasti, namun  tiada yg mampu terlindung dari pengetahuan Allah yg maha mengetahui. Pasti antara mereka ini ada yg tidak yakin dgn dashatnya balasan Allah pada pelaku kejahatan.

Masyarakat yg bersih jiwanya mengharapkan pertarungan politik disaluran demokrasi yg bersih. Sudah-sudah la menjaja cerita seks mana2 pribadi yg tak mampu dibawa bukti. Berhentilah ‘menumpu’ kepada usaha mencipta kisah2 lucah dan keji utk modal perbalahan politik di negara kita ini. Tumpukan pada mengulas dan meneliti  menifesto serta perubahan pentadbiran yg dikempen oleh kedua-dua parti. Jika pakatan rakyat menjanjikan penurunan harga minyak andai mereka berjaya memerintah , pihak barisan nasional boleh lah datangkan hujah kenapa ianya tidak munasabah. Jika pakatan rakyat akan hapuskan tol andai mereka menang pilihanraya, barisan nasional sepatutnya mengulas dan keras menolak jika didapati ia tidak rasional…begitulah kira2nya.Ia nampak sihat dan matang.

Jadi saya katakan pada saudara saya itu … dlm melihat diri Anwar ini, lihat yg zahir yg mampu dilihat yakni sebagai politician, bukannya yg tersirat dan terhijab iaitu pesalah liwat…. InsyaAllah, utk kita itu lebih selamat.

1 Komen

  1. 1 Februari 12 pada 7:18 am

    salam mlmh, satu jawapan yang terbaikkk…lebih baik ambil sikap berhati-hati. kadang kala masalah furu’ ini terlalu dirisaukan dan diperbahaskan sedangkan masalah yang jauh lebih besar berkaitan aqidah terutama ‘ejek-ejek’ manusia mengenai hudud dibiarkan dan dipandang sahaja perbuatan yang jelas-jelas mengundang jatuhnya aqidah. ini yang bertambah sangat menyedihkan saya bila mana melihat org islam sendiri bertepuk tangan kerana menyokong sorang bukan agama islam memperlekehkan hudud. dimana para ulama’ dan pakar agama negara kita yang membisu dek kerana terlalu “menghormati” masyarakat majmuk yang sebenarnya semakin berkeceramuk dan semak. Selain terlalu mengambil sikap “tolenrasi” pelbagai kaum itu. Dek kerana 1malaysia, hampir semuanya tergadai. Saya sangat mengharapkan ada manusia di negara kita muncul dan menjadi “Prof. Dr.Ahmad Ibrahim” pada masa sekarang.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: