hari pertama (4)

hari pertama…

kami di Kedah memulakan persekolahan sessi 2012 ni pd hari selasa 3 januari. Alhamdulillah anak2 saya bangun awal pagi kerana teruja nak memulakan persekolahan  hari ini. Paling excited sekali ialah Cik Mek  Hanah yg masuk darjah satu.

Saya memimpinnya ke kelas, mencium pipinya dan berkali-kali memuji Hanah cantik dan kemas dlm pakaian seragam sekolah. Dia tambah seronok kembang tak sudah… babanya turut bersama Hanah pagi ni menemani anak bongsunya ke kelas. ” ummi tinggal dulu ya sayang, baba akan  temankan hanah sekejap,  nanti bila baba pergi kerja,  hanah dok baik2…masa rehat nanti ummi datang semula “ pesan saya pada Hanah. Saya tidaklah bimbang meninggalkan  Raihanah. Sekolah ni dah macam rumah dia,  sejak umur empat tahun saban pagi dia di sekolah ini menunggu van pak cik Don membawanya ke tadika. Dia menjadi pelanggan tetap kedai koperasi dan kantin sekolah, hampir setiap pagi mesti dia singgah walaupun saya dah sediakan bekal ke sekolah.

Sewaktu saya nak beredar  meninggalkan Raihanah saya di sapa oleh seorang waris pelajar. Rupanya dia ini ibu kepada murid saya di tingkatan 2 Abu Ubaidah tahun lepas.” muallimah masih mengajar matematik kat kelas depa?” tanya puan itu pd saya. ” tak , tahun ni saya ajar sejarah InsyaAllah” kata saya. Berkali-kali dia mengucapkan terima kasih pada guru2 dan pihak sekolah kerana mendidik anaknya. Kemudian dia meluah rasa sedih dan malu pada pihak sekolah atas masalah yg pernah di timbulkan oleh anaknya. Katanya, berbagai usaha dilakukan utk membentuk anaknya menjadi org yg berjaya, namun anaknya tetap menunjukkan kelakuan yang sebaliknya. Dalam bercerita itu saya lihat wajahnya sayu dan ada air mata yg bertakung dlm kelopak matanya. Sebagai ibu yg mempunyai anak remaja, saya memahami gelisah dan duka yg sarat di hatinya.

” ujian anak2 ni puan, memang kita kena banyak sabar. Apatah lagi anak yg memasuki usia remaja. Saya sendiri pun kadang menitis airmata juga berhadapan dgn karenah anak2….. Usaha mendidik ni bukan usaha yg mudah, ia penuh dengan ujian susah dan sering membuatkan rasa sabar kita pecah. Istighfarlah dan mohon ilham dari Allah, jesteru melaksanakan amanah sebagai seorang ibu sangatlah susah. Anak2 juga punya cabaran luaran dan dalaman yg tersendiri. Dalam diri mereka juga tetap ada pertarungan antara sifat baik dan sifat buruk yg cuba menguasai diri. Sebenarnya mereka juga inginkan kebaikan, tapi sering tewas dgn hasutan nafsu yg menarik mereka utk cenderung kepada perkara buruk yg menyeronokkan. Puan jangan putus asa, ada ketikanya usaha baik kita dlm mendidik anak2 tidak dapat kita lihat hasilnya sekarang. Namun jika kita sabar berusaha, Allah pasti memberi rezeki jugak utk kita di suatu masa. Cuma di peringkat remaja ini, perhatikan betul2 siapa yg menjadi rakan baik anak2 kita…Rasulullah saw sangat menitik beratkan memilih sahabat yg baik dan soleh kerana ia banyak mempengaruhi pemikiran dan cara hidup anak2  kita.

Kemudian saya nasihatkan dia supaya bersabar, jangan putus asa dlm berusaha,  serta banyakkan berdoa …. Allah takkan sesiakan doa seorang ibu utk kebaikan anaknya. Di sudut hati seorang ibu harus sentiasa ada kemaafan utk anak2 dan berdoalah semoga Allah juga memaafkan kesalahan anak2 kita. Di samping itu muhasabah lah, mungkin dlm memikul amanah mendidik anak2 ini, kita juga ada berbuat salah atau  cuai dengan Allah. Kesusahan dan kepayahan dalam memberi iman kepada anak2…besar nilainya di sisi Allah.

Saya melangkah ke hari pertama dgn hati yg ceria. Kebanyakan kami sudah pun mendapat tugasan dan bidang tanggungjawab masing-masing. Memang ada yg berubah dan ada yg mebuatkan rakan guru saya gelisah. Adat perubahan, bukan senang diterima orang, apatah lagi perubahan tersebut menggugat kebiasaan dan keselesaan. Untuk diri saya yg banyak kekurangan ini saya pohon  Allah takdirkan yg terbaik utk saya, sesuatu yg mampu saya pikul , bertepatan dgn potensi dan bakat yang Allah berikan…Allah lebih tahu diri saya.

” Ya Allah mudahkan bagiku apa saja yg Kau takdirkan untukku, ku pohon keberkatan rezeki utk kukongsi dgn keluargaku, lapangkan jalan bagiku, berilah ilham di saat aku buntu, bantu aku mendidik anak2 muridku, berikanlah cinta mereka kepada ku sebagaimana kuberikan cintaku kepada mereka, ikatkan ukhwahku bersama rakan guru, jadikan kami golongan yg saling membantu dan jauh dari rasa cemburu, teguhkan sekolah kami sebagai institusi melahirkan generasi Rabbani….

untuk tahun 2011 yg pergi, ia meninggalkan kenangan manis di hati. Kepada siapa lagi yg layak disyukuri jika tidak kepada Allah yg maha memberi. Tahniah kepada pelajar2 PMR 2011 yg cemerlang. Seramai 11 orang memperolehi 9A, 12 org 8A dan kebanyakan matapelajaran mencapai kelulusan 100%. Paling membanggakan matematik telah mencatatkan lebih 50 org mendapat A. Ini cukup disyukuri kerana pelajar kami sekita 73 orang sahaja.

Untuk ketiga  anakanda saya yg menduduki peperiksaan akhir tahun lalu, syukurkerana  Muaz memperolehi kesemua A dalam 16 matapelajaran yg diambil. Ia  lebih baik berbanding 9A tahun lalu. Muhammad Syamil pula 9A, juga lebih baik berbanding 2A tahun lalu, dan Insyirah juga 9A.. walaupun merosot sedikit berbanding 14A tahun lalu….ummi tetap bersyukur. Ingatlah….tidakkan sama peperiksaan di dunia berbanding peperiksaan di akhirat kelak. sedangkan di akhirat  itulah yg lebih utama. Saya menulis ini bukan utk rasa riak dan bangga, cuma jika suatu hari ditakdirkan Allah sudah menjemput saya dan tulisan ini masih ada utk dibaca, harap anak2 faham  betapa umminya mengharapkan dlm mengejar kecemerlangan di dunia, anak2 tidak lupa berusaha mencapai  kecemerlangan di akhirat, dan umminya lebih bahagia jika anak2 mengutamakan utk hidup mereka diakhirat.

Hari pertama….kami sudah mula menyusun program utk sukan tahun ini😀 awalnyaaa… 

2 Komen

  1. mama adam said,

    6 Januari 12 pada 7:29 pm

    salam, semua orang mempunyai cerita tersendiri. anak-anak, parents…. semua ada konflik dalaman masing-masing…. cuma cara menanganinya berbeza.

    Seronok la cek mek masuk sekolah🙂

  2. ummuhanah said,

    7 Januari 12 pada 3:26 pm

    mama adam ….itulah kehidupan seorang manusia…hidup mereka sering diintai cabaran sebagai penguji iman….

    blog mama adam indah …. dan catatan mama tentang Adam juga sangat indah. Suatu masa jika Adam sudah mampu membaca catatan2 mamanya, dia pasti dapat rasa cinta mamanya yg luarbiasa…tahniah dari saya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: