cabaran dapur kawe

Cabaran dapur kawe ??? …..hmm tak de sapa yg nak mencabar kawe di dapur kawe. Kawe bebas nak masak apa saja yg kawe suka…tak de chef nak komen atau nak singkir-singkir kawe, tak de sapa nak arahkan atau beri apa2 tekanan pd kawe, tak de pin  kebal, tak de bertarung dgn chef ternama …..tak de tu semua, tapi kawe tetap dinobatkan sebagai  MASTER CHEF di dapur kawe…. ada sesapa nak protes?
kuang…kuang…kuang…terkena panahan program master chef  la pulak.😀

rasanya kalo ummi masuk master chef ni boleh menang tak?” tanya saya satu ketikanya kami sedang menonton rancangan cabaran master chef. ” tak yah la ummi, nanti asyik nangis je kalu kena kritik ke komen ke. Kalu tersingkir tak tau la ummi nangis camana”. kata insyirah pd saya. ” eh apa pulak, adat bertanding mcm tu la, mesti ada yg kalah menang, kita kena redha la” jawab saya pulak. ” abis tu pasaipa  ummi  nangis  kalu ada yg kena keluar, akak tengok ummi asyik dok lap mata je” kata syirah lagi ” betol tu, lemon kena keluar pun ummi nangis hari tu” kata hanah pula. ” bukan lemon, Raymond la hanah…lemon tu macam oren” syirah memperbetolkan adiknya. ” eh itu natural ler kakak….org sedeh kita pun rasa sedih gak…ummi bukan boleh tengok org nangis, mesti ummi nangis jugak . ” dalam rasa malu tu saya menjawab jugak. ” kalu hero tamil kena tumbuk pun ummi nangis jugak tu kak” . suami menyampuk dari belakang. ” Kalau ummi menonton rancangan “bersamamu” . …hmmmm…. “ sambung suami saya lagi. Ni nak marah ni….. nak marah sangat ni. tak suka la org perli-perli ni…

 

Jumaat lepas saya buat pulut kuning. Kebetulan sehari sebelum tu jiran bagi pulut kuning sempena anaknya bersunat. Eh ada lagi tradisi pulut kuning  masa bersunat ni ya. ??? Tapi saya buat pulut kuning bersama ‘rendang rekaan’ utk breakfast kami, sebab anak2 yg  minta. Mungkin tak cukup sepinggan yg dihantar jiran saya itu. Tengaharinya pula saya masak pula nasi lemak kukus ( alang2 dah keluarkan periuk kukus ni). Pagi semalam saya masak daging lada hitam sebagai buah tangan yg saya bawa pulang makan tengahari rumah mertua.😀 tapi gambo tak sempat nak upload lagi le ni.Kena resize dulu.

apa pun, hari ni master chef nak kongsi gambo2 dari ‘DAPUR KAWE” masa ramadhan yg lalu. Rasanya dah lama ‘dapur kawe’ tak mengisi ruangan blog ini. Hidangan berbuka yg sederhana…..tapi dimasak dari rasa cinta dan ikhlas utk keluarga. Semoga Allah menilainya sebagai pahala dan ‘modal niaga’ ini Allah terima dalam usaha saya merebut keberkatan yg melimpah sepanjang ramadhan yg lalu.InsyaAllah.

ayam goreng berempah...sering saya padankan dgn nasi ayam.Berbuka hari pertama

masak lemak ikan kembung, pekasam, lauk goreng, ulam,vanilla shake...saya taburkan dengan coklat cip. Budak2 suka la ni.

kadang lauk yg lebih dipanaskan semula. Ada kerabu dan telur dadar 'goreng derita"...😀

nasi lemak....saya alas talam dgn daun pisang. Kasi aromanya mewangikan lagi nasi lemak kukus saya ni.

yg hitam tu cokodok....😀

ni nasi daging.... dipadankan dengan air asam dan sup. nasi daging ni femes kat kedah.

ni pula nasi mandy...saya padankan dgn ayam tandoori dan acar timun.

ni pula nasi tomato...ayam masak merah, salad dan soya cincau. Salad tu saya dadukan timun dan tomato, diletakkan sedikit garam, minyak zaitun dan perahan lemon.

chef nak gi masak dulu…dah 11.27 tengahari, nanti sambung lagi….masak kari je hari ni🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: