pulau pinang

Saya berada di Holiday Inn, Batu Feringgi. Mengikuti suami yg terlibat dengan sebuah konferens di sini. Untuk 3 hari cuma. Kalau tanya hati jujur saya, saya ingin rehat saja di rumah setelah 7 hari kursus dan tak sempat ‘tengok’ rumah lagi. Terlalu banyak kerja yg menanti. Tapi demi meraikan suami dan anak2, maka kesempatan ini saya gunakan utk bawa anak2 bercuti dan bermain pantai di Batu Feringgi. Pantai ni suatu ketika dulu pernah terkena tempias ganasnya tsunami.

bilik penginapan.

waktu hampir maghrib..view dari tingkat 10, dari balkoni bilik kami.

Anak2 sedikit kecewa, musim cuti sekolah pengunjung sangat ramai ke sini…kolam mandi penuh dengan orang dewasa dan budak2 kecik berbikini. Anak saya tak dapat main kolam kali ini….tak lalu tengok org seksi.. Itulah saya lebih suka kalau menginap di hotel di luar musim cuti persekolahan, pernah satu ketika kami bercuti di Langkawi pada weekend seminggu selepas cuti sekolah habis. Hotel kembali lengang tanpa kebisingan muzik atau penghuni lain, kolam mandi mcm  ekslusif jadi miliki kami sekeluarga, anak2 puas mandi dan bermain-main di kolam, saya dan suami tumpang sekaki tak lepaskan peluang yg terhidang sebegini  …🙂.

Di Holiday Inn saya turun breakfast jam 6.30 pagi tadi dan terus ke kolam…tunaikan hajat Raihanah dan Syirah yg merengek-rengek nak main kolam. Budak2 camtu lerr. ” eh, ummi nak mandi kolam jugak ke ni? tanya baba depa pada saya. ” tu laa…tertinggal bikini, tak rugged le mandi ngan baju kurung ni ” kata saya pula…. bayar cash kat dia.😀

okey ler.... tak kempunan la depa🙂

Pulau Pinang, pulau kecil yg sangat berharga. Jadi buruan British dalam era kegilaannya memburu tanah jajahan dan monopoli perdagangan di kepulauan Melayu. Dalam sejarah, Francis light di sebut sebagai tokoh yang membuka Pulau Pinang…sedangkan pulau pinang sudah wujud lama sebelum itu menjadi warisan kesultanan melayu islam di kedah. Ruang penjajahan yang telah merampas dan menghilangkan hak Kedah ke atas Pulau Pinang, maka berduyun-duyunlah imigran cina masuk terlibat dalam sektor perniagaan dan dan perdagangan di sini. Sehingga kini pulau kecil ini jelas mempamerkan ketaranya perbezaan taraf hidup antara kaum cina dan melayu.Bukan mudah mengubah sejarah P.Pinang. Saya berharap kita semua berdoa Lim Guan Eng memperolehi hidayah kepada agama Allah dan menyirami pentadbirannya dgn sinar wahyu Allah…InsyaAllah

sesekali luangkan masa bersama begini...mudah-mudahan mengeratkan kasih sayang sekeluarga.

dah tua-tua baru nak belajar dating tepi pantai🙂

Sekejap lagi kami akan check-out. Petangnya akan singgah kat Tahfiz An Nahdhoh P.Pinang utk hantar abg chik ikuti 2 minggu kem di sana. Ada satu kenduri yg perlu dihadiri tapi tak tahu saya sempat singgah ke tidak ni….

Cuti sebenarnya baru je nak bermula bagi saya, tapi dicelah-celah cuti itu ada hari yg saya terpaksa hadir ke sekolah juga. Dah dapat schedule lengkap utk ‘hari bekerja’ pada bulan disember termasuk due date utk assignment SPIM  saya yg dah dipenghujung semester…. eh dah nak grad dah ker?? hahaha.

santai menikmati indahnya suasana pantai Batu Feringgi

Apa pun saya akan gunakan ruang cuti sebaiknya. Mengharapkan Allah sentiasa membantu saya dalam proses mujahadah saya utk meruntuhkan nafsu dan segala keburukan yg ada dlm diri saya ini.Tiada yg lebih utama selain menjadi hamba Allah yg bertaqwa. ….yg hidupnya sentiasa dipimpin Allah. Saya mendoakan rahmat Allah turun sebagai jalan pertolongan bagi saya ketika rebah, ditegur  ketika bersalah, diturunkan sakinah ketika gelisah, diampunkan dosa  tikanya saya terkeluar batas …..

2 Komen

  1. badrul_muhayat said,

    30 November 11 pada 1:07 am

    nice place…belum tercapai hajat nak ke pulau mutiara ni
    SPIM tu ape kak? -zu

  2. ummuhanah said,

    30 November 11 pada 12:23 pm

    Syahadah Perguruan Islam Musleh.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: