memang BERSIH jika tanpa Ambiga

KUALA LUMPUR, 25 Nov: PAS akan menyertai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dalam perhimpunan Bersih 3.0 bagi meneruskan lapan tuntutan Bersih 2.0 yang belum dilaksanakan kerajaan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, bagi menuju ke arah itu, PAS akan  dan memulakan siri penerangan dan menggerakkan ahli di seluruh negara.

“PAS menyokong keputusan Bersih untuk mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 memandangkan lapan tuntutan Bersih 2.0 hampir langsung tidak diendahkan kerajaan,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Mohamad bagaimanapun berkata, selain PAS, dua lagi parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP membuat kenyataan umum menyokong Bersih 3.0.

“Daripada kenyataan umum, Pakatan bersetuju untuk bersama-sama Bersih 3.0,” katanya yang juga Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat.

Bagaimanapun, PAS katanya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Bersih yang disertai gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dari segi tarikh dan perjalanan perhimpunan.

“Tarikh yang sesuai, tempat perhimpunan semuanya kami serah kepada NGO Bersih sepenuhnya untuk menentukannya,” katanya sambil menambah, pengerusi 3.0 adalah daripada NGO sendiri.

Sementara itu, mengulas mengenai Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata PAS menolak keras RUU tersebut.

Malaysia katanya seolah-olah sedang menggantikan tempat Myanmar dari segi halangan untuk rakyat bersuara.

“Perdana Menteri berbohong untuk bawa Malaysia ke arah demokrasi.

“Myanmar yang kebebasan bersuaranya teruk mengenakan lima hari sahaja untuk mengeluarkan notis berhimpun tapi Malaysia kena bagitahu 30 hari awal.

“Rang Undang-Undang ini menghina rakyat Malaysia,” katanya.

#####################################################################################

Kita bakal melangkah ke tahun baru 1433 Hijriah. Semoga Allah membantu kita untuk keluar dari semua kekotoran dan masuk ke dalam kebersihan agama Islam yg suci ini. Kita berdoa kita bakal melangkah dari darul kufur menuju darul islam, dan seterusnya bersama dalam satu kekuatan muslim seluruh dunia, menuju ummah yg gemilang sama2 bernaung di bawah satu kesatuan dan pemerintahan.

Saya doakan andaikata Perhimpunan Bersih hendak diadakan lagi, harap tanpa Ambiga…tanpa Ambiga.

Secara pribadi saya jadi geli dengan nama Srikandi pejuang hak kebebasan rakyat yang tak berpaksi pada agama tu. Kalaupun dia tu bukan seorang muslim, jika dia berpegang dgn agama Hindu sekalipun tentu dia tahu batas dalam apa kebebasan yg diperjuangkannya.

Semua masih  segar dengan isu Festival Seksuality Merdeka yang turut membabitkan Ambiga, walaupun festival itu gagal mencapai maksudnya ekoran kecaman dan tolakan dari pelbagai pihak termasuk Pas, harap kita boleh ambil iktibar terutama dalam menilai teraju utamanya Datuk Ambiga S ini.  Untuk penampilannya mengetuai Himupunan Bersih 2.0 yang lalu, beliau telah mendapat sokongan banyak pihak dan turut mendapat pembelaan dari pimpinan2 Pas sendiri,  seakan terpadam rekod hitam perjuangan beliau termasuk dalam isu Linajoy. Namun kita harap kali ini, Pas ada pendirian yg lebih meyakinkan terhadap Ambiga.

Memang benar kata tok guru bahawa sokongan terhadap Ambiga adalah terhadap isu yg dibawa olehnya bukan batang tubuhnya, Tapi Ambiga jelas tidak BERSIH. Untuk banyak keadaan, jelas pemikirannya tidak bersih. Saya yakin kotoran dari Ambiga akan terpalit jua pada nama baik dan maruah perjuangan Pas. Tidak ada sebab utk terus beralasan bersama Ambiga dalam apa-apa saja perhimpunan selepas ini…

Tok Guru Haji Hadi pernah memberi komen ketika menyamai sokongan pada Ambiga menepati cara baginda saw dalam peristiwa perjanjian Fudul, “Saya yakin, Datuk Ambiga adalah profesional yang adil. Begitu juga Tan Sri Samad Said. Takkan mereka sama dengan Abu Jahal dan Abu Lahab. Jadi apa salahnya kita bersama-sama memperjuangkan kebaikan yang ingin dibawa oleh Bersih 2.0 pimpinan mereka,” 

Pandangan saya pula, Ambiga mungkin profesional namun sangat jauh dari sifat adil yg diperlukan oleh perjuangan Pas. Dia adalah setaraf dengan pemikiran Abu Jahal dan Abu Lahab, bahkan mungkin lebih halus cucukan jarum penentangannya terhadap perjuangan Islam. Moga kita lebih berhati-hati mengambil laba dari orang jenis ini.

5 Komen

  1. badrul muhayat said,

    26 November 11 pada 3:52 pm

    salam..
    Apa sekali agamanya, aqidah ambiga menuntut ia memisahkan permasalahan kehidupan dari kepercayaan spriritualnya. Aqidah sekularisme ini mengajar ambiga bahawa standard baik dan buruk, benar dan salah, layak ditentukan oleh akal manusia. Oleh itu, kebebasan adalah perkara paling utama yang perlu diperjuang, ia adalah sesuatu yang diagungkan dalam idealogi yang dianutnya itu. Tak kira kebebasan bertingkah laku, berpandangan, beragama mahupun hak milik, apatah lagi sebagai peguam ambiga menentang keras apa2 yang bertentangan dengan apa yang dipelajarinya itu. Mungkin ada yang universal yang sebagai manusia kita sependapat dengannya, kita benci korupsi, penindasan, kezamaliman. Tetapi antara kapitalisme dan Islam itu ada benang merah yang saling bertentangan dan berlawanan, iaitu antara kekufuran dan iman. Mereka yang menganut ideaologi kapitalisme itu ada seperangkat peraturan, lahir dari aqidah kufur yang diperangi Islam. Sejauh mana penerimaan mereka terhadap nilai itu tetapi saja sama mereka itu pendakwah kapitalisme, tak kira namanya ambiga, cheryl benard, karpal singah, lim guan eng atau najib razak.

  2. shafiq said,

    27 November 11 pada 12:57 am

    seksuality merdeka yang diperjuangkan bukan merupakan hak asasi, tetapi ianya satu jenayah. kalau la nak memperjuang hak asasi, dh lama dh patut berlaku. perogol, peragut semua per, akan buat sidang akhbar kata perbuatan mereka ini adalah hak mereka, hak asasi manusia.”ikut suka nak buat apa”.

    kita boleh mendengar golongan seperti “mak nyah”, penagih, gay, lesbian berkata-kata jika sekiranya mereka mahu bertaubat dan insaf, tetapi kita tidak boleh mendengar jika golongan ini mahu menceritakan tentang kehidupan mereka agar diterima kehadiran mereka.

    saya sudah lama kurang setuju dengan ambiga sebelum bersih 2.0, pertikaian kedudukan islam didalam perlembagaan sudah cukup menampakkan permusuhanya terhadap islam dengan jelas.

  3. ummuhanah said,

    27 November 11 pada 12:00 pm

    salam Badrul ,

    Saya menyetujui tulisan anda, dan masih memahami paksi pandangan anda terhadap perkara sebegini…ia dihormati kerana ia ada asasnya.
    Namun saya masih ada sisa rasa setuju saya tentang pandangan Pas utk jalinan kerjasama dengan sesiapa saja yg memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman khususnya terhadap pemerintah Malaysia. Cuma utk isu Ambiga, saya melihat ia jelas lagi bersuluh sikap penentangannya terhadap islam. Bersekongkol atau bersama Ambiga atas apa saja isu slps ini hanya akan lebih merugikan perjuangan Pas . Ia telah mengistiharkan pemikiran yg sangat menyongsang dari kehendak perjuangan Pas … maka saya rasa ruang utknya wajar ditutup… tu je.

    Syafiq….cantik, memang itulah yg muallimah rasakan. Memang silaplah membuka sedikit ruang baik sangka utk Ambiga…. tak berbaloi🙂

  4. badrul_muhayat said,

    29 November 11 pada 12:24 am

    Sisa baki kalau tak disimpan dalam petisejuk, sekejap je basi.

  5. 30 November 11 pada 12:29 am

    saya sangat dukacita kerana gagal memahami maksud kiasan badrul ini dan sangat berbesar hati jika sedikit diberi penjelasan.Bunyinya macam menarik sekali…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: