diskriminasi

letih mengadap TV….dengan suasana gamat yg buat saya asyik terkejut dgn jeritan emosi…. bukan kerana gamatnya stadium Gelora Bungkarno menyambut gol pertama pasukan mereka tadi, tetapi sorakan 3 lelaki di rumah saya ini yg begitu teruja dan mengharap pasukan harimau muda menembusi gawang pasukan Garuda .” ummi sakit dada la dengan hangpa ni..…”. Saya mengambil keputusan masuk ke bilik membuka laptop kecil ini dan tidak mahu menumpu kepada ‘bola’  lagi ….. buat naik tekanan darah ambo je ni.

Sejak hari terakhir persekolahan khamis lalu saya belum bercuti. Memulakan kursus sejak sabtu dan bakal berakhir pada Jumaat yg akan datang buat saya kurang senang dgn situasi yg terhidang. Apakan daya,  ini antara tugasan dan tanggungjawab yg  mesti saya hadapi dengan tenang. Berkali-kali saya memujuk hati untuk rasa lapang dan berdoa  Allah lorongkan hati saya utk rasa redha dan membalasinya dengan pahala. Berbaloi sebenarnya, dicelah-celah rasa kesedihan kerana ruang cuti yg  masih diisi dgn tugasan, banyak ilmu yg singgah di dada saya. Mutiara perkongsian dari pensyarah dan penceramah jemputan menjadi bekalan berharga untuk meningkatkan kemampuan saya menghadapi tugas dan cabaran sebagai guru.

Sedikit informasi dari teman saya sewaktu tea break tadi  ” duit RM100 tu tak jadi, dah ditarik balik, kesian kat waris2 yg asyik dok telefon tanya kat sekolah “

Saya terdiam dlm kesayuan meresapi jauh ke dalam perasaan. Kebencian dan kemarahan semakin berganda .“semoga kerajaan yg memerintah sekarang tersungkur di pilihanraya yg akan datang, mereka zalim dan sangat jauh dari keadilan “ bentak hati kecil saya.

Tutur kerajaan dlm bentangan Belanjawan 2012 yg lalu  “Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.” Sekolah agama swasta seperti sekolah kami turut merasa gembira apabila berita sampai mengatakan peruntukan tersebut akan turut  dinikmati oleh sekolah2 agama swasta seperti sekolah kami. Para waris menyambut baik sedikit tempias keadilan yg dijanjikan  pihak kerajaan setelah sekian lama sekolah agama swasta dianaktirikan dan diabaikan kebajikan mereka. Namun ternyata segalanya  adalah gimik semata-mata . Janji kerajaan meringankan kos sara hidup dengan RM100 setiap murid sekali lagi mengenepikan sekolah agama swasta termasuk sekolah saya.

Terasa sayu hati saya apabila mengenangkan anak-anak sekolah agama dan maahad tahfiz swasta  hari ni. Ketikanya  pelajar-pelajar  sekolah rendah, menengah, sekolah tamil, sekolah cina seluruh negara mendapat RM100 seorang , tapi pelajar2 yg berjihad belajar agama,  melihat al quran, menjalani tarbiyyah islamiyyah dan mendukung cita2 perjuangan agama hanya mengigit jari menatap nasib mereka yang didiskriminasi oleh pihak pemerintah. Apakah dosanya murid-murid dari mahaad tahfiz, sekolah agama rakyat, sek pondok, sekolah agama swasta seluruh negara untuk dihukum sebegitu rupa? …adakah mereka bukan rakyat malaysia ? adakah mereka tak menyumbang apa apa2 kpd negara ? adakah mereka langsung tidak berharga utk diabaikan oleh pihak kerajaan?

Saya doakan waris dan murid2 sekolah aliran agama swasta bersabar dan semakin kuat bergantung kepada Allah. Rezeki dan kelapangan  bukan di atas tulisan tangan manusia , Allah itu maha pemberi rahmat. Bagi yang zalim dan tidak berlaku adil pada rakyatnya, Allah janjikan kamu azab yang pedih andai masih sombong dan tidak bertaubat.

Semoga ini tidak menggugat sokongan dan penglibatan kita terhadap institusi pendidikan sekolah agama dan kita terus komited utk menghasilkan generasi rabbani pewaris perjuangan Islam di masa mendatang biar apa pun cabaran yg melintang.   “Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” ( Surah Al-Imran ayat 139 ).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: