berasap lagi …

Berasap lagi dapur kawe. lama dah tak masukkan N3 pasal koleksi di dapor saya. Ada beberapa resepi yg saya cuba di dapur dan saya rakamkan sebagai kenangan. Saja ler seronok-seronok. 😀 😀

pizza cheese dan gula ..hehehe...resepi paling malas, selalu saya sediakan waktu sahur utk anak2.

Masa cuti sekolah pada akhir mei dan awal jun lalu, saya berkesempatan juga menceriakan dapur dgn menyediakan lauk pauk, pencuci mulut dan dua tiga jenis resepi nasi.  2 minggu lepas saya ada buat nasi lemak kukus dgn ayam berempah, tapi tak sempat pulak nak ambik gambar. lagipun kamera dibawa oleh anak saya yg mengikuti rombongan ke kuala kangsar.

nasi ayam .....saya padankan dgn ayam goreng berempah.

Pun begitu, masih kedapatan beberapa gambar yg sempat dirakam . Elok juga saya tempek kat blog ini sebagai  ‘jamu mata’ dan pusaka utk anak cucu menatapnya 😀

Bukan nak memuji atau masuk bakul angkat sendiri, saya gemar juga memasak ni,  air tangan saya tidaklah teruk sangat…hmmm boleh laaa. Setakat nak melayan selera anak2 tu kira lepas ler… kadang tu anak2 pun pandai ‘angkat’ saya. Bila makan di kedai mesti ada yg kembang kempiskan hidung umminya “ yg ummi masak lagi sedap”. Sebagai ibu mestilah saya seronok lauk pauk dan juadah saya digemari ahli keluarga  . sekalipun resepi saya mungkin biasa-biasa saja, tapi bila di puji anak2 yg menikmati masakan saya penuh berselera  dan makan sampai bertambah-tambah pula, saya jadinya rasa bahagia….dan kembaaang segalanya…keh keh keh

kuih lapis .... tapi warna ada kureng sikit, resepi saya godek dalam internet. Sedap juga bila saya lebihkan lemaknya 😀

Cuma suami memang ‘berat mulut’ memuji saya, memang lelaki macho bukan mudah memuji wanita kerana pujian itu mungkin terendam ‘di dalam’ perasaannya supaya kita ni tak buat kerja kerana berkehendakan pujian.  ” puji-pujian hanya utk Allah…kita manusia ni bukan ada apa2…. tak de apa2”  katanya . Tak pa laa…. melihat dia makan berselera sehingga sendawa dengan gempaknya, itu adalah tanda pujian dan kreditnya utk hidangan saya. Sekurang2nya, tekaknya boleh menerima masakan chef kampung macam saya. 😀

puding stoberi... yg ni hentam je, modified resepi puding yg saya dok buat sokmo... tak sesia. rasa sedap dan depa suka.

kek coklat kukus.... yg hitam camni la yg menawan dan sedap dimakan

yg ni kek pisang....saya guna pisang emas yg dikirim oleh mertua.

Saya tak berapa expert buah kek….kerap kek saya merekah dan tak cantik. Lagipun ia lebih rumit berbanding puding. Setakat ini kemampuan yg saya miliki dlm membuat kek ialah kek pisang, kek santan pandan, marble cake, kek gula hangus dan kek coklat. Saya ‘jeles’ tengok gambar kek Ben 10 yg dibuat sendiri oleh kawan saya sempena birthday anak lelakinya. cantik dan nampak sedap sekali . Dalam FB, saya suarakan keinginan saya belajar darinya membuat kek harijadi.tapi dia jauh di kuala lumpur 😦 Saya juga teringin nak mencuba bakat membuat carrot cake  dan scoone yg di cicah jem strawberry… carrot cake memang favourite saya…

chicken chop....yg ni memang dok buat sokmo coz kesukaan anak2....

puding peach dgn custard sauce...

Saya juga memang menggemari jenis2 puding/agar-agar sebagai pencuci mulut atau hidangan utk minum petang. Selain gemar pada rasa manis, lemak dan sejuk pada puding, saya sukakan puding kerana ia boleh dipelbagaikan dari segi rasa dan bahan temanya. Sebagai contoh boleh dicampurkan dgn  buah-buahan, pandan, santan, telur, gula merah dan susu sebagai perisa. Ini menimbulkan variasi pada rupa dan rasa, disamping membangkitkan keterujaan dan keghairahan untuk mencuba kepada chef amatur seperti saya.. 😀

puding Dragon Fruit ..

nasi kerabu kuning .....

Tahun ini saya lepaskan Kelab Media dan memohon pada pihak sekolah ditubuhkan kelab baru iaitu kelab sains rumahtangga dan saya sebagai guru penasihatnya. ” nak ajar kami urus rumahtangga ke muallimah”, tanya murid saya. ” entah, tak tahu nak letak nama kelab apa yg sesuai, ada cadangan tak?” tanya saya. Apa yang penting saya nak beri peluang pada pelajar banat  belajar memasak, menjahit dan membuat ‘kraftangan’ jika ada yg berminat. Sekolah kami cuma mengambil masa 3 jam sahaja, sebulan sekali bagi aktiviti kelab dan persatuan. Setakat ini saya dan budak2 tu dah buat donat, sadin roll, dan kebab pita . Saya berharap dapat ajar hiasan tudung saji pulak pada perjumpaan akan datang 🙂

Seronok dapat layan dapor, pinggan mangkuk dan sudu garfu…..bergelanggang di dapor memasak apa saja yg menjadi kegemaran kita dapat  memberi kepuasan dan keseronokan pada rasa… maklumlah ‘dapor’ juga elemen penting dlm rumahtangga, dan tempat meluahkan fitrah seorang wanita. saya akan berangkat ke program mukhayam sekejap lagi. Saya dah siapkan ayam masak kicap ala Johor utk anak2, serta kerabu timun campur nenas dan belimbing buluh utk suami. Selamat berjuang utk sesiapa saja yg turn berdemo bersih lusa 😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: