Baju Santa Claus …..

Haram pakai baju samai Santa Claus
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

2010/12/24
JOHOR BAHRU: Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai ‘Santa Claus’ kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad.

Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian.

Setiap kali menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang Islam itu.
Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus, ” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Tahrir berkata, ada sesetengah masyarakat Islam yang bekerja di pusat beli – belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan berkenaan atas kehendak tugas.

Pihak atasan organisasi berkenaan seharusnya sedar dan sedia maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam. Mereka sebenarnya boleh mengarahkan pekerja lain dan sebagai contoh pekerja yang beragama Kristian untuk memakai pakaian terbabit, ” katanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jika memakai pakaian Santa Claus dinilai haram kerana boleh memesong akidah, mengapa ada ulama yang mengharuskan pula ucapan Selamat Hari Krismas kepada penganut Kristian kerana ingin menjaga hubungan kemasyarakatan dalam sebuah komuniti. Ucapan dibenarkan dgn syarat ucapan yang ditujukan kepada mereka adalah suatu ucapan yang bukan digambarkan dengan keredhaan kita terhadap agama mereka tetapi semata-mata ingin menjaga hubungan dan berbuat baik kepada mereka…bahkan sikap ini dari satu sudut utk menunjukkan Islam merupakan agama yang mengamalkan sikap toleransi dengan penganut agama yang lain dengan menjaga batasan syara’ yang telah ditetapkan.

Saya jadinya terkesima….jika demikian, boleh saja memakai pakaian Santa Claus utk tunaikan kerja namun menjaga niat bahawa kita tidak redha. Alahai batas syarak mana yg boleh dijaga jika ucapan tahniah pada apa yg mereka raikan meniti dibibir kita…”niat tidak menghalalkan cara” setakat contoh yang saya jumpa dalam hal niat menghalalkan cara ialah jika kita terpaksa bahkan mudarat jika tidak melaksananya. Namun dalam isu menghulurkan ucapan selamat utk perayaan non muslim ini sudah tentu kita bukan di posisi terpaksa bahkan boleh saja jika nak mengelaknya. Bila masa pula ‘hati non muslim’ menjadi titik kira bila berhadapan dgn urusan menjaga kemuliaan akidah kita.

Ada banyak perkara boleh dilakukan bagi menunjukkan toleransi dalam masyarakat dan menunjukkan rasa hormat sesama manusia, tetapi dalam hal perayaan aqidah ini harus ada garis pemisah yang jelas menjadi pegangan kita kerana silap perkiraan akan mendatangkan fitnah yang besar dan mengundang dosa pada Allah.

Wallahuallam, saya bukan mempersoalkan ulama yg membawa hujah mereka memberikan kebenaran ini, tapi hati saya hilang tenteram melihat tergantung di sana sini banner dari pemimpin2 muslim kita yg memberi ucapan selamat kepada non muslim utk perayaan mereka.
Ia akan jadi ikutan dan membudaya dalam masyarakat …. semua akan bebas berbalas ucap selamat ini, Depa ucap selamat kat raya kita, kita pun ucap selamat kat raya depa juga…padahal kita tahu depa ‘takkan selamat’ selagi depa sambut raya depa…

kalau minum arak, makan babi boleh kita berterus terang dgn non muslim bahawa islam melarang ke atas kita, mengapa larangan ‘mengucap selamat’ utk perayaan depa kita tak boleh terus terang pula…

pening la saya..

2 Komen

  1. wuzara said,

    28 Disember 10 pada 12:00 am

    Salam…

    ALhamdulillah, anda semakin mempunyai pemahaman yang jernih. Saya masih ingat suatu masa dahulu bagaimana kuatnya anda mempertahankan tindakan Tuan Guru Nik Aziz menghadiri sambutan perayaan HIndu, Deepavali, di Gua Musang tidak lama dulu.

    Semoga Allah meredhai kita.

  2. ummuhanah said,

    28 Disember 10 pada 2:12 pm

    salam,

    saya sekadar melontarkan apa yg berlegar di fikiran. Kecenderungan hati saya mungkin benar dan mungkin ada kurangnya. Dengan kelemahan yang saya ada, ia tidak boleh diterima sebagai satu pandangan yang orang lain boleh berpegang kuat dengannya, selebihnya saya harapkan saya melakukan kesilapan ….

    bukan menegakkan benang yang basah, anda pun tahu dalam isu ini, telah menuruti ia dua pandangan yg berbeza yang keduanya dihujahi oleh ulama yg tinggi keilmuannya. Saya tidak berani mempersoalkan pandangan yang mana2, tapi ketenteraman hati saya untuk menuruti pandangan yg mengharamkannya….maka dalam isu ini, kali ini saya berbeza dgn TGNA.

    Biarpun begitu, ia tidak menurunkan kemuliaan beliau di mata saya. Saya yakin ada alasan kukuh di sana dan bersangka baik bahawa tidaklah tok guru telah mengikut hawa nafsunya dalam isu ini melainkan dilakukan dgn kelebihan ilmunya berbanding saya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: