Dapur Kawe

Menambah satu lagi kategori untuk entry2 di blog saya iaitu “Dapur Kawe”.Lepas ni boleh la saya cerita tentang dapur saya pula. Bukan la terer sangat di dapur, setakat masak yang simple2 je. Seminggu ni saya giatkan sikit aktiviti di dapur…memandangkan ada masa lapang sikit, saya layan kehendak anak2 yang gemar dgn ‘air tangan’ saya. Teringin juga untuk menjahit sebab dah lama tak ‘hasilkan’ sesuatu, tapi mesin tua saya tu pula buat hal maka keinginan menjahit cadar dan alas meja saya lupakan saja.

ruang 'bekerja'

Bagi seorang ibu dan isteri, dapur adalah kamar kedua….maknanya dapur jatuh dirangking kedua pentingnya kepada isteri/ibu selepas kamar tidurnya. Dulu sewaktu urusan merangka pelan rumah kami ini, saya minta secara khusus kepada suami bahawa urusan ruang2 yang lainnya terpulang pada suami, tapi untuk ruang dapur saya, saya inginkan yang luas sikit, lebih selesa bergerak, mudah untuk susun atur peralatan dapur dan memberi kegembiraan pada saya ketika ‘bekerja’… dapur saya sekarang tidaklah seindah mana yg layak untuk dimuatkan di dada majalah Anjung Seri, tapi ia ruang dapur terbaik yang pernah saya miliki, terima kasih untuk suami dan saya sangat hargai.
saya kongsikan beberapa ‘hasil’ yg sempat saya rakamkan beberapa hari ‘bersilat’ di dapur saya ini.

set makan malam 😀

Makan malam yang ala-ala kampung. Singgang ikan tongkol, ikan goreng, salad dan brokoli celur cicah dgn budu.Kebelakangan ini anak2 saya mula sukakan ulam2an dan sayur, dulu cuma ambik lauk aje…saya gunakan ‘petua rahsia’ untuk menarik anak2 berselera kepada hidangan yg kita sediakan untuk mereka.. 😀

sup tulang rusuk....makanan berasas 'daging' ni tak boleh makan selalu, tak elok


laksa utara....ada kalanya laksa putih saya gantikan dgn spagheti, lebih sedap.


sluurrrrp...ni laksa yg berlinangan kuahnya, asam keping yg bertenggek kat atas tu bagus untuk 'kuruskan' badan..


sambal udang


ayam masak merah...lebih ummph kalo pekena dgn nasi tomato


nasi goreng....breakfast yg saya sediakan hasil lebihan nasi sebelah malamnya.


asam pedas ... suami saya cukup menggemarinya, dihirupnya macam hirup sup..


yang ni pan cake...org kelantan panggil 'roti lengge'...org kedah panggil pekngo ( tempek kat belango)...johor panggil 'lempeng'


pekngo cicah dgn kari...makan masa musim hujan...perrghhh


mee goreng .... breakfast untuk keluarga saya.


puding kentang...tersergam dalam peti ais..


Puding kentang ini saya buat beberapa hari lepas, subhanallah berbaloi kerana mudah disediakan dan enak pula. Lemak berkrim , sejuk dan mendamaikan tekak….menu petang untuk suami dan anak2.

masak lemak pucuk paku dgn udang....


ikan goreng ... :D...sedap jugak w/pun sgt simple..


kek kukus lapis coklat dan cream cheese


I love this one very much, semalam saya sediakan kek ini sebagai menu minum petang untuk suami yg pulang dari kerja. Memberi kelainan pada rasa kek coklat dan pasti memenuhi selera penggemar cheese.Lebih enak jika disimpan dalam peti sejuk …

Ayam goreng berempah..


Nasi Dagang dgn gulai ayam


nasi dagang ni lebih enak dan lebih baik dipadankan dgn gulai ikan tongkol. Ikan tongkol kaya dgn omega 3 yg baik untuk kecerdasan otak.Tapi sebab saya berhasrat menghantar sedikit nasi dagang ni ke rumah ipar saya yg kebetulan anak2 depa tak makan ikan, jadi saya gantikan dgn gulai ayam.

Petang ni saya janjikan “potato Bread’ untuk anak2. Saya akan ke kedai membeli bahan2 untuk resepi roti kentang saya ni…semoga Allah mengikat kasih sayang kami sekeluarga dan membantu saya menjadi ibu dan isteri yang baik. Saya tidaklah sempurna dan banyak kurangnya, tapi saya ingin ahli keluarga saya dapat merasa bahawa saya sangat cintakan mereka..

Advertisements

6 Komen

  1. badrul muhayat said,

    24 Disember 10 pada 11:53 pm

    Assalamualaikum Muallimah,

    Kenapa asam pedas tu penuh minyak je?
    Warna pun macam kurang power….

  2. 26 Disember 10 pada 8:18 am

    Assalamualaikum Muallimah,

    Tak sangka selain pandai sejarah, muallimah juga pandai masak. Tapi muallimah tak pernah pun masak kat kami… 🙂 Teringin ni… Tak berani lah pulak nak komen masakan muallimah macam bro kat atas tu, sebab saya ni masak telur pun tak empuk2. Hahaha… Mungkin bro kat atas tu chef terkenal kot… hehehe

  3. ummuhanah said,

    26 Disember 10 pada 6:36 pm

    salam en badrul….pandai komen plak ekk.

    biasanya asam pedas kedah direbus saja, bahan bumbunya tak perlu ditumis dgn minyak. Tapi asam pedas yg saya buat tu ditumis, saya memang lebihkan minyak supaya tumisan saya masak sempurna,wangi dan lebih sedap. Minyak yang berlinang tu saya ‘kaup’ buang dgn sudu bila nak makan. Warna yg kurang power sebab saya kurangkan cili kerana anak2 tidak boleh pedas sangat….

    mana tau kurang power…hubby kita kata okey jer….. 😀

    hafizuddin….
    tak pernah ke masak kat enta?…dah tu tak pernah mai umah mlh….Berapit ngan tikam batu bukan jauh pun…helo je kat mlh, insyaAllah ada le sikit ‘air tangan’ yg boleh mlh hidangkan..:D
    tak pandai sgt masak….mmm, boleh la… 😀

  4. Khusaini said,

    23 Januari 12 pada 7:00 am

    assalamualaikum Muallimah,
    Hampir nak keluar air liur saya tengok laksa tu.. mcm nak slurrpp saja laksa tu.. >.<

  5. ummuhanah said,

    23 Januari 12 pada 9:32 pm

    khusaini ni mesti orang utara … 😀

  6. sze said,

    25 Januari 12 pada 5:15 pm

    terliur jugak ni…hmmm;)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: