pendidikan seks tahun satu..


Seorang bekas murid saya meninggalkan pesanan di kotak mesej facebook saya “ muallimah setuju ke kerajaan nak ajar pendidikan seks utk murid tahun satu sesi 2011 ni? ..geli lah”

saya belum sempat membalas mesejnya, asyik sibuk semedang. Biarpun dah masuk cuti sekolah tapi saya tak de la cuti pula. Memang selalunya macam ni la. Cuti mengajar, bukan cuti pergi sekolah. Kena redha la sebab kita bekerja, bukan makan gaji tapi ‘ nok dok ssajo”..😀 camput tolak, ada le lebih kurang seminggu yang betol2 dapat full cuti pada bulan Disember :D…okey ler.

Pendidikan seks di sekolah? mmmm…cam ni la…saya tidak boleh melulu menolak inisiatif kerajaan ini, ditambah saya tidak mengetahui modul serta silibus yg disediakan pihak kerajaan. Iltizam saya, jika ia kebaikan akan tetap saya terima sekalipun ia atas usaha kerajaan Barisan Nasional. Errr….tapi……pasaipa la sebut pendidikan seks. Letak je la Pendidikan Moral dan Hubungan Antara Jantina…sodap la skit bunyinya.

Pendidikan seks….difahami dari sudut yang pelbagai. Ada yang melihatnya sebagai pendidikan yang mengajar tentang apa saja yang ada kaitan dengan hubungan seksual lelaki wanita, ilmu reproduksi, perubahan naluri terhadap lawan jenis, perkembangan dan fungsi organ kelamin dan pelbagai fahaman lagi. Bagi saya, apa pun terjemahan yang ada diminda kita, saya yakin bahawa usaha kerajaan mengadakan pendidikan seks di sekolah ini adalah kerana memenuhi keperluan semasa terutama mengatasi masalah sosial dikalangan pelajar yg membabitkan salahlaku seksual.

Alahai bukan perkara baru masalah salahlaku seks remaja sekolah ni……benda dah lama daaah, cuma bila dah macam ‘kanser stage keempat” baru nak buat kimoterapi..huh!

sangat menakutkan sebenarnya. Google dan bacalah cerita zina dan rogol di kalangan budak2 sekolah……memang menakutkan. Perbuatan zina, rogol, buang bayi, hamil luar nikah dikalangan pelajar sekolah menunjukkan peningkatan yang membimbangkan. Ia menular bukan saja dikalangan pelajar menengah yang sudah mencapai usia baligh, bahkan turut membabitkan pelajar sekolah rendah sekitar usia 7 – 11 tahun. Bayangkan usia begini dah pandai berzina dan rogol orang. Dah pandai bunuh bayi kemudian buang. Ini sangat menyedihkan dan ancaman hebat terhadap perkembangan generasi mendatang. Negara akan ada lambakan anak luar nikah, perzinaan akan menjadi kebiasaan dan kepimpinan negara akan diwarisi generasi yang liar serta rosak moralnya.

Tidak salah mendidik dan menyampaikan ilmu bagi maksud murid lebih faham, dan mampu mengamalkan. Termasuk dalam hal pendidikan seks, ia antara perkara yg dicakup dalam ajaran Islam. Apa saja ilmu yang dipelajari atas roh agama ianya bernilai pahala. Bahkan menikmati kehidupan seksual yang sempurna selaras dgn kehendak agama juga adalah perkara yang disukai Allah…maka sebenarnya, apa saja urusan untuk mempelajarinya agar ia terarah untuk memenuhi kehendak agama adalah satu usaha yang mulia. Abdullah Nasih Ulwan menggambarkan ‘pendidikan seks sebagai mengajar, menjelaskan, memberi peringatan kpd remaja tentang isu yg berkaitan dgn seks, naluri, syahwat…dan hubungannya dengan perkahwinan…sehingga mereka membesar dalam keadaan mereka memahami erti kehidupan, mengetahui apa yang dibenar dan ditegah, dan menjadikan akhlak Islam sebagai praktik dalam kehidupan”

Cumanya saya tidak pasti bentuk didikan seks untuk murid tahun satu dan rasionalnya kerajaan memilih usia yang sebegitu. Saya harapkan isi pengajiannya tepat dan sesuai dgn peringkat mereka…sebab selama yang saya ingat, dalam hal membuat perubahan pendidikan, kerajaan sering jadikan tahun satu sebagai ‘bahan ujikaji’nya dan mereka kerap menjadi mangsa ‘percubaan’.

Saya tertanya-tanya, apakah benar masalah sosial hari ini muncul kerana kurang faham atau buta tentang seks di kalangan pelajar kita? Ilmu seks yang bagaimana yang tidak diketahui sehingga membawa kepada terlibat dgn salahlaku seks? Pada saya, sekalipun pendidikan seks diperkenalkan di sekolah , tapi ia bukanlah jaminan kepada mengatasi masalah sosial pelajar kita. Saya yakin mereka banyak tahu…. mereka tahu perbuatan merogol serta bunuh bayi satu kejahatan dan jenayah yang kejam tapi mereka masih tetap melakukan. Kenapa? Mereka tahu keaiban yang ditanggung dan segala keburukan hubungan seks tanpa perkahwinan tapi mereka masih tetap melakukan. Kenapa ???…. jawapannya ialah kerana mereka ini lemah iman, syahwat terdedah pada rangsangan, tiada kawalan agama utk kesalahan yang dilakukan, dan persekitaran yang merosakkan.

Sebenarnya, Pendidikan sekularlah yang melemahkan mereka….menjadikan mereka pincang dan terpesong dari didikan agama. Agama di sekolah untuk peperiksaan bukan untuk diamalkan. Di mana kerajaan letakkan pendidikan islam jika nak dibandingkan dengan matapelajaran2 lain ? Kenapa kerajaan menggalakkan percampuran bebas pelajar lelaki dan perempuan di sekolah. Percampuran bebas pelajar laki perempuan dalam aktiviti sekolah dianggap sebagai perangsang kemajuan pelajar. Sekolah tidak diarahkan mengambil saranan agama dalam etika berpakaian sekolah. Pagi ke sekolah pelajar perempuan bertudung singkat, petangnya pula berseluar ketat. Dari aktiviti bersukan sehinggalah pertandingan debat,pelajar lelaki perempuan boleh duduk dekat-dekat. Bersentuh dan berjabat tidak dianggap mudarat asalkan tak sampai berdakap. Urusan akhlak,adab, solat dan syariaat sekolah langsung tidak titik berat , bahkan aktiviti ‘dunia’ menjadikan jadual sekolah begitu padat.
Jadi apa diharap dengan pendidikan seks yang menyebabkan jadual semakin berat, sedangkan dalam masa yang sama ‘ruang’ maksiat semakin subur dan sihat?

Perkara paling pokok dalam apa saja pendidikan adalah menarik pelajar kepada iman. Segala aktiviti sekolah baik kurikulum atau kokurikulum dirangka supaya mampu menarik pelajar kepada iman. dan sekolah pula turut menyediakan ruang utk pelajar sentiasa boleh menjaga iman. Ajaran agama sebagai amalan, bukannya dihafal sekadar untuk “A” dalam peperiksaan. Jiwa yang sentiasa berzikir pada Allah akan ngeri melakukan kemungkaran. Allah memberi jaminan ketenangan bagi jiwa yg zikrullah. Syahwat yang terangsang akan tunduk tenang dalam ingatan kepada tuhan…kepada pelajar sekolah, ini yang perlu disemai dan disuburkan.

Sebenarnya, bukanlah masalah “tiada pendidikan seks” maka munculnya gejala sosial pelajar sekolah, tapi kerana jalan kpd maksiat yang tumbuh merata-rata, lubang kepada tarikan syahwat yang ternganga dimana-mana sahaja, dan sikap kerajaan yang selamba ‘menaja kegiatan tidak sihat’ itulah antara puncanya. Malu tundingkan jari ke muka, kerajaan sekali lagi datang dengan solusi yang tidak kena.

Berubahlah wahai kerajaan yang memimpin Malaysia. Koreksilah….ambil agama dalam mencari penyelesaian kepada masalah. Aplikasikan pendidikan agama di sekolah, tegakkan undang2 Islam dalam negara, tutup semua aktiviti maksiat dalam masyarakat, dan suburkan nilai-nilai Islam yang murni dalam kehidupan.Ini pasti mengundang berkat.

Saya bagi jaminan, sekalipun pendidikan seks dilaksanakan di sekolah, tapi jika kerajaan masih berkiblatkan sistem pendidikan barat, merujuk undang2 barat, mengagumi nilai-nilai barat, masih mengizinkan program maksiat…..usaha kerajaan itu tidak akan sampai kepada matlamat.

At lastnya apa yang dapat ? …..dapat le PENAT …

3 Komen

  1. Azizah Khalil said,

    17 Disember 10 pada 4:37 pm

    Assalamualaikum..

    Saya amat bersetuju dengan pendapat Saudara. pada saya tak sesuai, umur yang sedemikian didedahkan dgn ilmu pendidikan seks..pada saya setelah umur balig barulah kita perjelaskan..tentang pendidikan seks..pada saya jika umur yang terlalu muda, mereka masih tidak dapat menentukan buruk baik, apa yang mereka tahu..perasaan ingin mencuba..jika kita dedahkan terlalu awal dibimbangi keadaan semakin menjadi rumit..gejala sosial, takut semakin berleluasa..

    Saya berpendapat..anak-anak di peringkat tadika dan rendah , perlu diterapkan nilai-nilai yang baik secara teori dan praktikal..kerjaan perlu lebih menekankan soal-soal agama, tentang setiap balasan jahat dan baik, surga dan neraka..serta ditegaskan tentang halal dan haram.Contoh bila tersentuh dengan perempuan dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan..perlu ditekankan semasa kecil lagi.Pelajar itu juga perlu dididik dengan sentiasa berzikir, berselawat dan sentiasa ingat dengan kematian dan balasan yang bakal diperolehi bergantung kepada perbuatan baik dan jahat.Bila. anak-anak itu tadi membesar dengan zikirullah dan sentiasa bersalawat dan membaca Alquran, hati anak-anak tadi mudah lembut dan mudah menerima perkara yang baik.Kemudian, ditekankan dengan solat berjemaah ketika disekolah. Bila waktu azan diwajibkan berhenti dan bersolatlah beramai-ramai yang diimami oleh seorang guru..Solat wajib diutamakan daripada urusan yang lain. Semua perlu memainkan peranan jika kita ingin melihat semua anak -anak kita dan anak-anak orang lain juga berada dilandasan yang betul.
    Ini bermakna pelajaran agama hendaklah menjadi pelajaran wajib lulus dan setiap hari perlu ada pelajaran mengaji Al-quran .

    Saya yakin, bila pelajar tadi didedahkan dengan keindahan Islam, Apa itu Surga, sudah pasti mereka akan bersungguh-sunguh melakukan kebaikan.Kita juga perlu menjelaskan kepada mereka kesan – kesan yang diperolehi sekiranya melakukan perbuatan seperti mencuri , bergaul bebas, dan sebagainya.

    Hanya setakat ini sahaja pendapat saya.Terima kasih

  2. ummuhanah said,

    17 Disember 10 pada 5:31 pm

    sama-sama…. terima kasih kembali atas pandangan saudari.

  3. yuss said,

    23 April 11 pada 12:03 pm

    yang lebih baik pendidikan sex adalah dari kedua2 ibubapa…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: