Ramadhan di hati 2

Salam Ramadhan,

Ramadhan adalah bulan ibadat dan bulan untuk kita lebih memahami hakikat hidup beriman kepada Allah. Ramadhan juga adalah bulan sabar kerana kedatangan Ramadhan membawa bersama kesengsaraan, kesusahan dan kepayahan untuk kita. Tetap akan kita semua merasai dan menikmati ujian di bulan Ramadhan ini kerana ramadhan semestinya adalah bulan ujian . Sedangkan karenah ujian itu  yang hadir untuk menguji kesabaran kita, adalah cukup hebat dan pelbagai. …maka memastikan ramadhan benar-benar terisi dengan ‘agenda ramadhan’ bukan satu tugas yg mudah kerana ilmu, iman, amal  dan istiqamah mesti seiringan….tidak boleh tertinggal salah satunya.

Apa pun, Ramadhan benar-benar menjadikan seorang hamba beroleh kekayaan yg hakiki di sisi Tuannya. Di bulan yg menjanjikan ganjaran Allah yg berganda-ganda ini, kita melaksanakan ‘perniagaan’ utk beroleh untung dan laba bagi membeli syurga Allah.

Sudah seminggu berpuasa…hari ini kesihatan saya lebih baik dari beberapa hari yg lalu….Alhamdulillah.

Hari pertama puasa, saya bergelut dengan sakit perut yang memulas-mulas dan terpaksa berulangkali ke tandas. Sangka saya ia berkaitan dengan makanan yg saya ambil semasa sahur hari itu, tapi tidak pula ahli keluarga saya yang lain sakit perut macam saya. Memulas dan berguling-guling saya menahan sakit. Gastrik kah ??? mujurlah sekolah juga bercuti 2 hari sempena Ramadhan dan bersambung pula cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu. Kalau tidak sudah tentu saya terpaksa mc hari tersebut. Namun saya tempuhi juga Ramadhan hari yg pertama itu dengan harapan perut saya akan pulih juga keesokan nanti.

aduh, cerita sakit perut saya tidak berakhir hari itu saja…..selepas berbuka, badan saya rasa seram sejuk, bisa menyucuk dan perut terus memulas-mulas. Saya terpaksa melupakan hasrat mengikut suami dan anak2 ke masjid kerana saya asyik ke tandas saja. Sebelum ke masjid suami dapatkan saya ubat cirit dan saya tidur berselimut selepas makan ubat….hati sayu dan berdoa Allah beri kekuatan untuk bangun bersolat nanti…..kafarah dosa2 saya barangkali, hari pertama berpuasa, maka saya diuji sebegini….tak putus-putus saya merayu…ya Allah, ampunkanlah saya ini.

Sakit perut saya bukan sehari…berlarutan beberapa hari. Suami membawa ke klinik pada hari kedua berpuasa dan doktor cuma beranggapan perut saya mengalami masalah penyesuaian berpuasa. Saya kurang percaya kerana saya sudah pun berpuasa ketika rejab dan syaaban…jadi pada ramadhan sudah patut dapat penyesuaian.

Sebenarnya situasi perut tidak selesa pada hari pertama berpuasa sering saya  alaminya ….tapi untuk sebentar cuma. Biasanya selepas berbuka pada hari pertama saya akan terasa sakit perut…. tapi akan pulih beberapa jam selepasnya . …dan terus pulih selepas 2 atau tiga hari berpuasa. Saya kira ini kesan kecil dari masalah rembesan jus hempedu dlm tubuh saya. Saya pernah menjalani pembedahan membuang kantung hempedu pada penhujung tahun 2001. Saya mengalami masalah batu hempedu selepas kelahiran anak ketiga dan terdapat 18 biji batu hempedu yg telah dikeluarkan dari salur hempedu saya…😦 ….tapi saya yakin ia tidak mengganggu urusan puasa saya kerana sekalipun tanpa kantung hempedu, rembesan jus hempedu masih ada dan dirembeskan seperti biasa cuma tidak di simpan dikantung sahaja. Lagipun ini bukan kali pertama saya berpuasa tanpa kantung hempedu , tahun sebelum ini okey jer…ntah le….wallahuallam😀😀😀

al kisahnya…bila saya kembali bersekolah pada hari Ahad yang lalu….kecoh satu sekolah kerana rupanya sepanjang cuti 4 hari itu hampir kesemua guru mengalami masalah sakit perut dan cirit. Ada yang termuntah-muntah dan ada yg terpaksa dimasukkan ke wad. Beberapa rakan guru tidak dapat melaksanakan ibadat puasa pada hari pertama kerana muntah dan sakit perut. Seorang kawan saya yg sarat mengandung terpaksa menggunakan perkhidmatan ambulans kerana cirit birit dan turut dimasukkan ke wad….Alhamdulillah kandungannya tidak terjejas…

Ada di antara kami yang masih terasa bisa-bisa dalam perut sehingga hari kelima dan keenam berpuasa….namun saya bersyukur, kesakitan saya tidaklah teruk sangat dan Allah beri kekuatan pada saya berpuasa, bertarawih dan melaksanakan ibadat lain sekali pun kesihatan saya sedikit terjejas.

Kami suspek keracunan makanan dari jamuan kenduri di sekolah pada hari selasa lepas…..saya sendiri kurang bersetuju bila ada cadangan di adakan kenduri sehari sebelum puasa, rasanya tak kena pula kegembiraan menyambut ramadhan diisi dengan aktiviti makan-makan ni. Namun saya akur juga bila ramai yg setuju dan nampak seronok pula.

Mungkin ini iktibar untuk lebih berhati-hati di masa akan datang, atau ini juga mungkin ujian Allah bagi menguji keimanan kami semua. Syukurlah sudah ramai yg pulih dan dapat meneruskan ibadat puasa mereka seperti biasa…

Saya susut sedikit setelah beberapa hari sakit perut….namun harapan saya, pahala saya tidak susut dan saya sentiasa diberi kekuatan oleh Allah utk meningkatkan amal soleh di sisiNya…

2 Komen

  1. armouris said,

    19 Ogos 10 pada 12:18 am

    info tentang puasa Ramadhan di SIHAT SELALUPuasa Baik Untuk Kesihatan

  2. ummuhanah said,

    19 Ogos 10 pada 9:42 pm

    armouris…terima kasih.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: