Ramadhan di rumahku

Saudara seislamku, didoakan semoga kita beroleh kebaikan pada tahun ini. Bulan Ramadhan semakin hampir, bulan kebaikan yang membawa rahmat dan anugerah yg banyak dari Allah bagi sesiapa yg berjaya mengharunginya dgn jiwa yg berisi taqwa.

Sungguh, kedatangan Ramadhan yg semakin hampir ini dinantikan dgn rasa rindu di hati…ibarat menunggu sang kekasih, begitulah Ramadhan ditunggu-tunggu dgn harapan dan doa utk bersungguh-sungguh meraih keberkatan dan berniat utk menyempurnakan ibadat puasa, berqiamulail, iktikaf, bersedekah dan menghidupkan malam lailatul qadar serta berusaha memperolehi segala kebajikan yg terkandung dalam bulan Ramadhan. Bukan semua golongan akan merindui kedatangan ramadhan. kecuali mereka yg ditiup perasaan rindu itu melalui ehsan Allah. Rasa rindu, gembira dan sayu utk menyambut Ramadhan memiliki fadhilat dan pahala yg besar sekalipun ibadat puasa belum bermula.

Sabda rasulullah saw “ Sesiapa yang bergembira dengan kedatangan ramadhan, akan diharamkan dirinya daripada simbahan api neraka”

Maka sewajarnya lah segala persiapan awal bagi menerima kunjungan Ramadhan yg mulia ini diberi tumpuan oleh kita semua. Ramadhan sedang dalam perjalanannya menghampiri kita, tapi bagaimana pula dgn sambutan di rumah kita ? Seorang muslimah mestilah membuat persediaan di rumahnya utk menyambut ketibaan Ramadhan . Singgahan sementara Ramadhan sebelum kembali bermusafir tentulah ingin dimanfaatkan sebaiknya . Mungkin ini adalh singgahan terakhir Ramadhan bagi kita .

Pakej Rangsangan ibadat sungguh hebat sekali pada bulan Ramadhan. Janji Allah untuk melipatgandakan ganjaran pahala bagi semua amalan kebaikan yang dilakukan di bulan ramadhan. Pemahaman bahawa Ramadhan adalah bulan puasa semata-mata perlu diperbetulkan kerana ibadat puasa sebenarnya turut boleh dilakukan pada bulan-bulan lainnya. Tidak hanya puasa, bahkan bulan ini adalah bulan ganjaran utk semua kebaikan yg dilakukan semata-mata mencari redha Allah.

Sabda Rasulullah saw, “ sekiranya umatku mengetahui kebesaran dan kelebihan Ramadhan nescaya mereka akan meminta Ramadhan itu setahun penuh”.

Antara persiapan menyambut Ramadhan ialah :

  1. Berpesan pada ahli keluarga agar merasa rindu dan tertunggu-tunggu kedatangan ramadhan. Galakkan mereka untuk bersiap sedia dan khabarkan bagaimana Rasulullah, para sahabat dan salafussaleh ketika menyambut kedatangan Ramadhan.
  2. Mengajak ahli keluarga untuk banyakkan berdoa semoga Allah kurniakan kesempatan, kekuatan dan kesungguhan untuk melakukan ibadat dengan khusyuk, ikhlas dan tawadhuk di sepanjang ramadhan yg barokah. Terapkan dalam jiwa ahli keluarga mengenai kepentingan menghayati Ramadhan dengan akhlak2 yang terpuji seperti merasa belas kasihan, pemurah yakni tidak bakhil dan gemar melakukan infak, memelihara silaturrahim sesama ahli keluarga, saudara dan rakan taulan, bersifat pemaaf dan mendahului dalam memohon kemaafan, qanaah dan bersyukur, serta berkata-kata dengan perkataan yg berfaedah.
  3. Mengajak ahli keluarga untuk mengulangkaji semula ilmu-ilmu berkaitan ibadat puasa dalam hal rukun, syarat, sunah , adab-adab dan hikmah-hikmahnya.
  4. Membuat perubahan pada rumah sempena menyambut Ramadhan. Ia boleh dilakukan dengan mengatur semula susunan hiasan, perhiasan serta memperdengarkan nasyid atau ayat-ayat suci Al-Quran di rumah. Sebagai ransangan kepada anak-anak, boleh digantungkan belon-belon di dalam bilik, disediakan tabung utk infak sempena Ramadhan dan ini sebagai syiar ahli keluarga terhadap kedatangan bulan ‘kekasih’ ini.
  5. Menghapuskan adat kebiasaan yg ditegah di dalam Islam seperti melakukan pembaziran dalam juadah berbuka puasa. Adalah digalakkan muslimah menyediakan menu berbuka utk sebulan puasa bagi keluarganya. Ini dapat membantu kita menyediakan hidangan yg seimbang dan sederhana, merancang perbelanjaan, dan mengelakkan dari membeli barangan yg tidak diperlukan ketika ke pasar. Jauhi dari melakukan aktiviti sia-sia seperti menonton rancangan hiburan yg lagha dan mendengar lagu-lagu yang melalaikan. Hindari juga dari mengumpat, mencaci dan berdebat pada perkara yg sia-sia.

Ramadhan adalah bulan beribadah dan ianya datang sekali dalam setahun. Melaksanakan amalan yg tidak terikat dgn maksud ibadat pada bulan ini dan melepaskan Ramadhan berlalu begitu sahaja adalah perbuatan yg rugi. Ketika munculnya anak bulan, nabi mengajarkan kita dengan doa “ Ya Allah, jadikanlah kemunculan bulan ini ke atas kami dengan keamanan dan keimanan.”

2 Komen

  1. badrul muhayat said,

    12 Ogos 10 pada 10:45 pm

    Salam…

    Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa.
    Sesungguh Ramadhan bukan saja bulan ruhiyah, tetapi juga pemacu kepada siyasah Islam yang lebih gemilang.

  2. ummuhanah said,

    18 Ogos 10 pada 5:21 pm

    salam Badrul……

    sedikit perkongsian…
    di Kedah ni, peraturan dari kerajaan negeri agar pengusaha restoren dan peniaga makanan di bazar ramadhan hanya boleh memulakan perniagaan atau membuka premis mereka selepas jam 4.30 petang bagi mengelakkan org islam yg tak berpuasa membeli makanan . Terdapat penguatkuasa yg menjalankan operasi menangkap org2 yg tak posa ni dan diangkut masuk ke van jenazah bersama-sama dengan pinggan nasi depa….hehehehe..
    saya rasa lucu, tapi satu penilaian yg mudah….masa kerajaan Bn memerintah dulu….tak de nya peraturan macam ni….usahkan org ramai, polis pun tak posa dan tak segan silu makan depan orang ramai…

    Alhamdulillah…ada lah eloknya juga kerajaan pas memerintah kedah…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: