mukhayyam dan maulid nabi

mengujakan…

Nampaknya tahun ini kami mukhayyam lebih awal  berbanding tahun-tahun sebelumnya. Okey la jugak kerana pertengahan tahun atau hujung tahun nanti mungkin kami lebih sibuk. Cuma yang suspennya bila  ‘lokasi mukhayyam’ kali ini masih dirahsiakan hingga ke saat ini…..berkali-kali saya tanyakan pada ustazah Salma naqibah saya tu, tapi beliau hanya senyum dan berkata ….RAHSIA….ngeh3x. Saya tak kisah berkhemah di mana-mana sekalipun, tapi jangan Gunung Jerai udah ler…. tak sukerr dan tak serasi pula  😀 😀

Yang agak melegakan ialah mukhayyam kali ini diadakan pada hari cuti umum iaitu ketika cuti bersempena maulidul rasul. Bukan apa, bila program kami jatuh pada hari cuti  umum, urusan  ‘nak tinggal anak-anak’  jadi lebih mudah . Saya tak pasti cik abe saya nanti ada program atau tidak on that day , tapi setakat ni dia kata “InsyaAllah’….. yesSS…harap-harap laluan saya utk ke sana mudah dan cerah 😀

maknanya akan bermukhayyamlah kami pada cuti sempena maulid nabi kali ini. Tak dapatlah nak tengok lintas langsung siaran perarakan maulidur rasul kat tv nanti …isshhh..

hmmm, bercakap pasal perarakan maulid nabi ni saya bersetuju sangatlah dgn pandangan TGNA dlm isu ni bahawa  ‘tiada fadhilat’  berarak beramai-ramai sambil membawa sepanduk dalam menyambut ulangtahun kelahiran Rasulullah saw.

Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan, menyatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul yang diadakan setiap tahun di negara ini, tidak mempunyai fadhilat seperti fadhilat di bulan ramadhan. Kenyataan ini dikeluarkan berikutan isu pembatalan perarakan sempena maulidur Rasul di Pulau Pinang.

Sudah menjadi tabiat kepada TGNA apabila selalu mengeluarkan kenyataan yang menjadi perhatian ulama dan umat Islam di negara ini. Kadangkala kenyataannya menimbulkan pelbagai tanggapan negatif selain ada juga yang merasakan agar kenyataan TGNA ini dapat diperjelaskan kepada umat Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika mengulas kenyataan itu, menyatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul yang dilakukan di negara ini boleh mengeratkan tali silaturahim di kalangan umat Islam. Ia membawa banyak fadhilat kepada ummah selain menanamkan rasa kecintaan kepada nabi Muhammmad saw.

Tidak pernah ada pun saranan dari Nabi saw  maupun dari kalangan sahabat2 baginda sendiri agar muslimin berarak beramai-ramai setiapkali tibanya tarikh kelahiran baginda saw itu. Saya ada membaca bahawa merayakan Maulidur Rasul tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW, begitu juga halnya para sahabat yang mulia, para tabi’in, para tabi’it tabi’in. Mereka tidak pernah ada perayaan khusus untuk menyambut hari keputeraan junjungan besar SAW. Kegiatan berbentuk perayaan ini muncul di masa berikutnya, iaitu ketika waktu Fathimiyyin di Mesir yang sangat jauh masanya dari zaman Rasulullah.

Pada saya, banyak lagi cara nak ekspres rasa kasih dan sayang pada Rasulullah saw selain dari berarak beramai-ramai sambil mengangkat sepanduk dan berselawat. Rasulullah tentu tak minta kita berarak utk tunjukkan kita cinta pada  baginda. sebaliknya segala ajaran islam yg telah baginda tinggalkan untuk kita adakah betol-betol dilaksana ? Kerajaan 1 Malaysia tajaan Datuk Najib bukan main hangin lagi bila ada cadangan untuk tak de perarakan semasa maulid nabi. Hamboii janganlah nak tunjuk betapa kuatnya Islam kita ini dengan hanya berselawat penuh semangat dan berarak masa maulidur Rasul saja,  sedangkan ajaran Islam yg sudah jelas dan langsung tak de khilaf tak sungguh2 pun kita nak laksana. Hatta Isteri sendiri nak disuruh tutup jambul dan pakai tudung menutup aurat pun macam tak mampu, konsert maksiat, program lagha, pusat judi, night club, penajaan program-program yg meruntuhkan moral bermaharaja lela di sana sini tak sungguh2 pun nak benteras, tetapi datang je musim maulud nabi beriya pula nak berarak..….macam ni ke sayang nabi ?

Program berarak tu apa baiknya ? silaturrahim mana yg dapat dieratkan kalau terpaksa abiskan duit ribu-ribu utk buat persiapan ? dari tempahan baju yg seragam, buat spanduk, taja jamuan , lepas tu berkumpul laki perempuan berjalan beriringan. Dek kerana kepenatan sampai ada yg pengsan kepanasan. Wanita bersolek mulut merah menyala…yg keluar berarak tu entah solat ke idaknya…macam ni cara tunjuk sayang kat nabi ???

Saya minta kita jujur dlm melahirkan kasih sayang pada baginda. Memang tidak salah kalau nak berselawat dan lahirkan perasaan memuliakan baginda, bahkan itu memang dialu-alukan , tapi mengapa memilih berarak dgn pakaian seragam beranika warna yg sudah pasti menelan belanja, bercampur lelaki dan perempuan dalam suasana ria gelak tawa , malah bersolek pula perempuan utk cantik dipandang orang, mengenakan tudung sebagai syarat berarak tapi selepas tu selamba bukak,  program rehearsal pula bukan main sakan….wah inikah tanda sayang pada baginda saw ?

saya tekankan ttg sikap sesetengah muslim dikalangan kita yg berangin sangat nak berarak masa maulid nabi, tapi dalam kehidupan seharian tak teringin pun nak beramal dgn islam yg dibawa oleh nabi. Mana yg lebih utama berarak masa maulid atau beramal dgn hukum2 Islam?  lebih-lebih lagi yg bersifat qata’i. Kerajaan pimpinan Datuk Najib nak taja sangat program berarak, baik minta PM kita taja dulu isteri beliau utk tutup aurat. Ini lebih dinanti-nantikan dan diharapkan oleh rakyat. Iman itu bukan dinilai dimulut sahaja, tapi benarkanlah ia dgn kata-kata. Tunjukkanlah ingatan kita yg sempurna pada baginda dgn beramal dgn ajaran Islam yg benar, bukannya beramai-ramai berarak tapi tak bernilai ‘kebajikan’ pun di sisi syarak.

Pada saya , banyak lagi cara utk memuliakan baginda di hari ulangtahun kelahiran baginda berbanding berselawat secara berarak  lepas tu terselit juga ’secalit maksiat dan pembaziran’ dlm program tersebut. Anda ingat Rasulullah saw ‘gembira’ ??? makanya pada saya ,  tindakan kerajaan Pas Kelantan tidak mengadakan perarakan maulidur rasul itu saya sokong sangat-sangat.

cumanya, saya harap bukan isu sambutan maulidur rasul saja tok guru kita tunjuk sikap yg cermat. Isu ucapan selamat utk deepavali, Thaipusam atau ucap selamat hari natal terhadap non muslim juga lebih patut dizahirkan sikap yg lebih warak dan tepat. Sekalipun ia mengundang juga keberagaman pendapat, tapi sebagai pimpinan , pilihlah tindakan yg paling selamat dan lebih mendekati syarak. Dada kita tak rasa sesak dan aqidah pun akan lebih mantap..

4 Komen

  1. 19 Februari 10 pada 2:54 am

    Baru sekejap tadi ana dan ibubapa ana bercakap fasal ni,rupa-rupanya bila ziarah ke blog muallimah,muallimah terus tekankan mengenai topik ni..hehe…macam tau2 aje..:D
    Setuju dan sokong sangat-sangat.’Bersihkan hati dalam masa yang sama menambah noda di jiwa’..’Mengikut sunnah dalam masa yang sama tak ikut islamiah'(ark?ikut sunnah ke?)
    adakalanya itu yang ana tak setuju dengan orang sekeliling.Waktu ana ‘ziarah’ facebook,ana terbaca satu komen.”Susah nak cari sahabat”katanya.Bawah komen ‘manusia’ tu,katanya,”angkat jari tengah awak!”Apa ke halnya ‘manusia’ tu?
    kadang2,ana berfikir,semua manusia ni ada sifat keji.Dan ana tanyakan kepada ayah ana,katanya….
    “Ya,semua manusia ada sifat keji.Namun di situlah kita perlu mujahadah.Siapa yang sifat tamaknya lebih sikit,kena la mujahadah lebih sikit.Siapa yang sifat riaknya lebih sikit,kenala mujahadah lebih sikit…….ok ayah nak pergi universiti.”
    ala,itu yang tak syok tu.Baru khusyuk dengar.hehehe.Kalau muallimah sudi,boleh tak muallimah ulas perkara ni?Ingin dengar pandangan seorang guru yang banyak menyuluh jalan seorang pengembara…’Jalan-jalan cari ilmu…’hehehe..:D
    oklah.Maaf andai ana ganggu muallimah..
    IFFAH NABIHA AHMAD JAILANI

  2. 19 Februari 10 pada 6:08 pm

    Assalamualaikum,

    Amalan keagamaan yang bersifat retorik begini memang diberi perhatian oleh pemerintah di Malaysia. Dari program beginilah mereka cuba meraih populariti dengan menyapu maskara dan blusher Islam mereka. Memandangkan kebanyakan Pengerusi Masjid dan Surau dari latar belakang pemerintah, ia seolah wajib dilakukan tetapi surau tetap juga sepi dari petunjuk. Kerana itu saya kena jatuhkan Pengerusi Surau saya,bukan senang kerana beliau mempunyai penyokong Ameno yang ramai. Doakan kami berjaya 28hb ini.

  3. ummuhanah said,

    24 Februari 10 pada 11:38 pm

    iffah, malulah muallimah….berbanding ayah iffah yang banyak ilmunya, muallimah ni tak de apa….ayah enti paling baik utk menadah telinga mendengar mutiara ilmu darinya.
    usahakan juga utk banyak bertanya dan mendengar jawapannya… 😀

    badrul muhayat
    ada komplot menjatuhkan pengerusi masjid nampaknya ini…ngeh3x…kalau boleh gunakanlah cara demokrasi, jangan gulingkan dengan ganas sehingga ada yg tersinggung dan sakit hati… 😀

    itulah yang saya peliknya, ada yg beralasan berarak masa maulidulrasul utk memupuk perpaduan dan eratkan silaturrahim….sedang masjid dan suraulah paling baik melahirkan rasa perpaduan dan rasa persaudaraan. Beraraklah ke masjid atau surau utk solat jemaah dan makmurkan masjid…

    saya doakan anda berjaya memulihkan pentadbiran surau di tempat anda nanti 😀

  4. Azlyn said,

    21 April 10 pada 5:02 pm

    Hai Iffah….Ingat Azlyn x? Kami semuaselalu cakap pasal Iffah sejak Iffah ada blog sendiri…. Ramai yang buka blog Iffah. apapun Azlyn ucapkan Iffah sentiasa bahagia dan gembira……. AMIN…….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: