mengertilah..

Kawal dorongan emosi dengan pandangan akal. Sinari pancaran akal dengan kehangatan emosi. Iringi imaginasi dengan realiti. Terokai realiti dengan bertemankan khayalan tentang cita-cita yg indah.

Memang  indah barisan kata-kata yg saya jumpa ini. Mengandungi makna yg besar dan pengertian yg sungguh istimewa. Walaupun tiadalah perkaitan secara langsung dgn entri kali ini, saya telah quotekan di sini kerana tercuit oleh maksud yg terkandung didalamnya. Tak tau la pula jika ada yg memahaminya dari sudut yg berbeza dgn saya dan tak terasa apa-apa pun 😀 😀

Semalam di kelas Sejarah Tingkatan 5 Ali Bin Abi Talib, sekali lagi saya muntahkan ‘rasa terkilan ‘ saya pada anak2 murid. Pelajar lambat masuk ke kelas saya sedangkan loceng tamat masa rehat berbunyi sudah lebih 10 minit yg lalu. Ada yang masih mengunyah makanan ketika saya ingin mulakan pelajaran. Ada yg masih bersembang, berjalan berlenggang  ke kelas dan ada yg masuk je kelas terus meminta izin utk ke tandas. Macam-macam ragam dan kelakuan yg nak test kesabaran. Bukan kali pertama tentunya, malah sejak mulanya saya menjadi ‘muallimah’ di sini lebih 10 tahun yg lalu, inilah antara ‘rutin’ yg sering saya hadapi bahkan dialami oleh guru-guru lain juga barangkali.

tidur dalam kelas ??

Saya ingatkan mereka  bahawa itu akhlak dan adab yg tidak baik  terhadap guru. Ia boleh meragut keberkatan anda dalam menuntut ilmu dan tidaklah memberi sumbangan yg baik jika anda benar-benar berhasrat membina kepribadian soleh di sini..mesti sentiasa serius dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Namun tidaklah bermaksud mengenepikan langsung gurauan yg benar dan mengukir senyuman  serta ketawa. Saya tekankan bahawa antum  mesti memiliki sifat ‘malu’ dan sensitif, amat peka dlm menerima perkara yg baik dan menyaring perkara yg tidak baik. Sesungguhnya generasi yg sedang berjuang di medan ilmu, mereka pula bercita-cita  ke arah kebangkitan semula  kegemilangan islam serta mahu pula membina masa depan islam yg cemerlang adalah generasi  yg terbangun pada jiwanya rasa izzah dgn kemurnian akhlak  dan sahsiah yg ada dlm ajaran islam. Seterusnya mereka saling membantu utk menzahirkan akhlak Islam yg indah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari. Dalam memujuk perasaan utk tenang dan bersabar dgn karenah mereka, rupanya agak panjang lebar juga saya ‘sound’ anak-anak murid di kelas …

Ahhhh…itu adalah kesalahan yg sangat kecil di kelas. Sebenarnya pelbagai macam kesalahan dan perlanggaran disiplin lagi yg saban hari berlaku di sekolah.Tidak pernah jemu kami mengingatkan dan memberi teguran sekalipun ada sesetengah situasi tertentu , ia seperti curahan air ke daun keladi.

Bukan mudah memahami anak-anak pelajar kita. Begitu pula tidak mudah membawa mereka memahami, menghayati dan meresapi apa yg menjadi pengharapan kami guru-guru terhadap mereka. Seringkali teguran diterima sebagai leteran. Peringatan dirasakan merimaskan dan penguatkuasaan peraturan dianggap penghalang kepada kebebasan serta menekan perasaan. Lalu sebesar mana pun keinginan guru-guru untuk memberi bimbingan dan tarbiyyah, namun jika jiwa pelajar sendiri tidak ada kesediaan , kesanggupan dan dorongan dalaman untuk ditarbiyyah, maka usaha ini akan menjadi sangat-sangat sukar.

wahai anak-anak didik kesayanganku, guru-gurumu tidak mungkin jemu utk mengingatkanmu selalu, dan tidak akan mampu utk membiarkanmu berterusan dalam kelalaianmu, sekalipun engkau sepertinya sudah ‘tepu’ utk mendengar mutiara nasihat dari guru-gurumu.

Saluti dirimu dgn akhlak yg tinggi dan hargai kesempatan ‘masamu’ di medan ilmu ini…kami disini, utk mengasihimu sepenuh hati dan berusaha memimpinmu bersama menuju  redhanya Ilahi…..bagaimana lagi kami mampu utk membuatkan antum mengerti…

18 Komen

  1. Aishah said,

    10 Februari 10 pada 9:38 pm

    Teringat begini jugak prasaan ms jd mlmh dulu. Cr plg best klu tgh marah, dok diam2(sambil napas turun naik turun naik tak ikut irama)……klu x, marah sampai jantung pon dup dap dup dap…silap2 kita yg pengsan sbb x kawal marah….kita yg sakit jantung, darah tinggi….anak murid..???

  2. Aishah said,

    10 Februari 10 pada 9:44 pm

    Tp sya sering tertanya2 sendiri…ADAKAH SY SEORNG GURU YG BAIK?? adakah soalan ini juga sering terngiang2 di minda anda??

    ataupun patut sy tya, ‘ADAKAH MEREKA MURID YG BAIK??!!’

  3. ummuhanah said,

    11 Februari 10 pada 9:52 am

    salam aishah….baru jengok ke blog Aishah, waahh makan angin ke Sarawak yer…bestnya…

    memang benar, kadang kita stress dengan anak-anak murid yg pelbagai karenah…kita pun frust dan tension satu macam je…masa ni nafsu nak marah sangat sukar dikawal.
    Tapi bila saat kita tenang dan tenteram semula …. iman akan datang memujuk kita, kesedaran dan keinsafan akan memimpin kita utk teguh meneruskan usaha mendidik mereka….. inilah ujian dan inilah cabaran dalam mencari pahala dan redha Allah…tentulah bukan mudah 😀

    Guru juga ada kelemahan, kerana mereka juga insan biasa yg terdorong berbuat kesalahan, namun selaku pelajar….biar banyak mana pun kelemahan gurunya, menghormati guru, taat dan sentiasa menjaga adab kpd guru sangatlah diutamakan bahkan tidak pernah merugikan.

    semoga Allah memberkati guru-guru yang pernah mendidik kita dan memberkati kita juga selaku guru-guru yg mendidik anak-anak murid kita. 😀 😀

  4. aniisa_tasnim said,

    11 Februari 10 pada 8:04 pm

    huhu… ingt lagi dulu.. suka tido dalam kelas.. tambah2 kalo kelas tambahan sebelah ptg.. masa form 3.. mintak maaf muallimah.. mntk halal ilmu dan ajaran..

  5. ummuhanah said,

    11 Februari 10 pada 8:35 pm

    aniisa, mlh gelak beso…enti rasanya memang juara tido dalam kelas, bukan saja masa kelas tambahan….masa exam pun enti lentuk bukan main, selamba jer….kah kah kah…sekarang ni kuat tido lagi kaa ?

  6. 12 Februari 10 pada 5:56 am

    Salam Muallimah,
    Lama tak jenguk blog muallimah….Bila baca entri muallimah ni,teringat kat islah…..terima kasih muallimah dan semuanya,sentiasa beri galakan dan dorongan buat ana…
    Berbeza dengan sini,lain pula yg cikgu2 tu cakap….:(
    SAtu soalan,salah ke kalau ana tulis fasal satu guru ana ni,dlm blog ana,ayat terakhir…”Iffah,you do……………..”http://www.roseislam18.wordpress.com/
    doakan semoga ana dpata membuktikan akhlak islam yg sebenar…Demi memperjuangkan agama islam..Semoga jihad ini akan mematangkan kita ke arah mujahadah islam yg lebih bermakna..(ana suke la ayat ni…)
    IFFAH NABIHA

  7. aniisa_tasnim said,

    12 Februari 10 pada 9:18 am

    hahaha.. masa kt u.. dalam kelas tk tido.. sbb masa flexi kot.. now tgh praktikal.. lg tk smpt nak tido.. keje banyak.. hehehe.. sum times je amik short nap before zohor.. 😀

    ala.. muallimah.. tido sbb nk bg otak fresh.. hahaha.. tue kan alasan paling femes.. 😀

    dulu masa ngajar sekejap.. bila tgk student tido dalam kelas.. rasa kesian sgt.. bagi la diorg tido je.. hahaha.. tp geram jugaks.. 😀

  8. shafifah said,

    12 Februari 10 pada 5:26 pm

    Mutiara Nasehat al-Habib Umar bin Hafidz : http://wp.me/piAx4-191

    Ceramah Maulidur Rasul – Habib Ali Zainal Abidin(today) : http://wp.me/piAx4-18J

    JADUAL LENGKAP MAJLIS ILMU & MAULIDUR RASUL 1431H : http://wp.me/piAx4-17X

  9. Aishah said,

    12 Februari 10 pada 8:34 pm

    ana x pernah tgok pelajar tido dlm kelas ana….hahaha…xde yg berani kot….

    kak mahani, km p sarawak akhir tahun lepas…igt nak ajak kak mahani p, tp kak mahani mesti pergi holiday oversea pya, heheheh

  10. qatrunnada said,

    15 Februari 10 pada 9:06 pm

    salam ‘alaiki muallimah.
    ingt lagi tak?
    saja blog walking. sorry sgt3, lama tak contact.
    dlm kesempatan ni, nk mntak maaf atas suma salah silap dulu(an pun slalu tdo kot dulu)

    halalkan suma ilmu eh muallimah

    ana doa muallimah sejahtera slalu, dunia akhirat 😉

  11. Wan Asiah said,

    16 Februari 10 pada 4:42 pm

    Salam.
    Dulu ana pun ada rasa mcm ni..hehe3..
    Memang ngantuk waktu tingkatan satu dulu. Tambah-tambah waktu sejarah..masyaALLAH…
    Waktu form 1 tu ana rsa xpernah dgr mlmh ngajar dlm kelas smpai tgh tahun…hehe (sori mlmh)
    Bukan apa, baru nk sesuaikn diri dgn menginap di asrama. Kat rumah biasa tidur awal, bila mai asrama kena tidur lambat plak…tu yg jdi haru biru sikit…

  12. ummuhanah said,

    18 Februari 10 pada 11:32 pm

    aishah, mananya depa dapat tido dlm kelas Aishah…hampir separuh kelas berdiri atas bangku 😀 saya nak cuba buat camtu jika dalam kelas saya ada yg mata kuyu…

    qatrun…best tak sekolah baru ??
    terima kasih mendoakan muallimah..

  13. qatrunnada said,

    23 Februari 10 pada 9:34 pm

    muallimah,an dah habis sekolah la. hehe. knal tak ni? risau an.
    sek dulu okay la. islah pun best.
    mna2 pun sma je kan?

    an kt mtrk uia dgn wan sakinah skrg.

  14. ummuhanah said,

    24 Februari 10 pada 11:39 pm

    keh keh keh…qatrunnada mohd faiz rupanya….

  15. Dianamimi said,

    15 Mac 10 pada 10:14 am

    mlmh kami form 3usman suka xtido dlm kelas
    kalau suka ana ketua kelas 3usman mintak maaf erk
    halalkan ilmu yang mlmh bagi erkk
    hehehe…

  16. ummuhanah said,

    20 Mac 10 pada 10:07 am

    banat 3 usman baik baik belaka…mlh sangat suka berada di kelas antum semua…. ceria dan rajin berusaha…..berlumba mencium tangan mlhm ketika pelajaran sudah dihujung masa…

    sejukkk rasanya..

  17. sakinah dahalan said,

    24 Mac 10 pada 9:14 pm

    Salam Muallimah…

    Harap muallimah sihat..hehe..Insyaallah..
    Ana teringat waktu time sekolah islah dulu…Time kelas mlmh even klu ngntuk skalipon..xberani nk tido takut mlmh tnya..huhu..kmudian wktu 1st time ngajar kt SRAI sbgai guru sandaran tu pon dah wat ana terfikir..Rupanya byk perasaan bila jadi mlmh ni..byk ragam murid2 yg ana ketahui…n bru tau cmner perasaan mlmh bila kmi tido dlm kelas..hehe..

  18. ummuhanah said,

    25 Mac 10 pada 1:20 am

    kawan mlh yg juga seorang guru…bawak pistol air ke kelas utk tembak pelajar yg tido….waahh best betol…

    tapi anak-anak Islah ni manja…..belom tembak ngan peluru air, tembak ngan peluru ‘leter’ saja dah muncung sedepa….huhuhuhu


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: