Ikhlas

Persekolahan telah masuk minggu kedua dan masa terus berjalan tanpa henti. Saya jalani rutin sehari-hari dengan harapan Allah sentiasa membantu dan memimpin saya menjadi hamba yg diredhai. Dalam kesibukan dan keletihan menjalani urusan harian ini, saat utk merehatkan badan dan melelapkan mata paling buat saya gembira dan lega…. Alhamdulillah. Tapi liat pula mata nak dipujuk supaya lena … šŸ˜€

Tadi setelah menyelesaikan segala tugasan di rumah , saya mencapai sebuah buku tulisan Qaradhawi yang bacaannya telah saya tangguhkan beberapa kali dan berlarutan pula sehingga beberapa hari. … aduhai, sukarnya menghabiskan satu buku untuk satu hari, saya punya banyak buku untuk dinikmatiĀ  tapi sayangnya saya tidak berapa bijaksana menguruskan waktu untuk buku-buku itu saya habisi. Kadang terpaksa tunggu semua ahli rumah tidur dan suasana sunyi sepi, baru boleh menikmati mana2 bahan bacaan sebagai pengulit mimpi saya nanti…. :D..ngeh heh…

beberapa cebisan tulisan yg mencuit rasa keinsafan pada saya ini. ‘ Ikhlas Kepada Allah Dan Membersihkan Diri Dari Hawa Nafsu’.

Ikhlas,….

kepada sahabat, saya pernah menukilkan keinsafan saya bahawa ikhlas itu, sesiapa pun tidak berupaya menilai keikhlasan sendiri kerana keihklasan itu tumbuh jauh di dalam hati manusia , sulit tidak mampu diintai oleh sesiapa, bahkan tuan empunya diri kadang tidak mampu mengenalpasti akan kehadirannya.

Ikhlas boleh tumbuh bila-bila masa saja namun boleh musnah pula dlm sekelip mata. Hanya Allah yg menilai keikhlasan kita, atau makna lain, keikhlasan sebenarnya memanglah boleh diusahakan, tapi bagi mencapai maksudnya yg sempurna adalah bergantung kepada sejauh mana ‘keterikatan’ dgn Allah itu berjaya dibina.

Adapun hawa nafsu,

Gejolaknya sungguh merbahaya dan menggigit hati sesiapa saja yg mengekangnya. Jiwa yg bersih dan sentiasa diasak dgn rasa takut pada tuhannya , akan terdidik untuk tega merasa sakit dan terseksa menahan hawa nafsu. Kerana dihujung rasa sakit itu ada keselamatan, kesejahteraan dan redha Allah yg menjadi ganjaran dan penawar kepada kesakitan itu.

Makanya, ikhlas sering datang bila hawa nafsu dapat dihadang dgn benteng taqwa dan iman.

Kadang-kadang kita tertanya sendiri, sebanyak manakah usaha dan amalan kita yang telah direkod atau dicop sebagai ‘diterima’ di sisi Ilahi. Sebanyak mana sebenarnya amalan kita yg bernilai pahala dan menanggung titleĀ  ‘ikhlas kerana Allah semata’. Takut kita nak mencongaknya…bimbang amalan kita melata tapi satupun tiada ganjaran pahala atau Allah suka…na’uzubillah.

Qaradhawi telah menulis begini,

tarbiyyah Islamiah melalui Al-quran mahupun sunnah nabawi mengambil berat pembentukan manusia mukmin yg menjadikan matlamat hidupnya ialah untuk mencari keredhaan pencipta bukan pujian makhluk, kebahagiaan akhirat bukan manfaat dunia dan mengutamakan apa yg ada di sisi Allah lebih dari apa yg dimiliki manusia.

ā€œ apa yg ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal ( an Nahl :96)

Tarbiyyah ini juga memberi amaran agar berwaspada terhadap manusia yg menjadikan dunia sebesar-besar kemahuannya dan setinggi-tinggi tahap pencapaian ilmunya. Dengan ini dia beramal inginkan kemegahan dan kemasyuran, atau kerana kepentingan diri, atau kerana assobiyyah yg nyata mahupun tersembunyi.

Lantaran itu, diriwayatkan dalam hadis secara sahih: orang yang mula-mula dibakar di dalam neraka pada hari kiamat ialah golongan yang riya’ dan berdusta kpd Allah. Mereka bergaya kpd manusia bahawa mereka bekerja untuk Allah taala sedang mereka hanya beramal untuk diri dan nafsu syahwat mereka. Meskipun mereka-mereka itu terdiri daripada orang alim yang mengajar, maupun pemberi sedekah yang menyumbang atau mujahid yang berperang !

Untuk itu, hadis Rasulullah saw mengangkat kedudukan ‘tentera-tentera’ yg tidak dikenali. Mereka meleburkan keinginan hati dan mengorbankan usia mereka yang paling berharga demi membantu agama Allah dan taat kpd tuhan mereka, tanpa mendapat liputan massa atau ditunjuk dengan ibu jari ( yakni mendapat penghormatan).

Al-Hakim dan selainnya meriwayatkan daripada Zaid Bin Aslam, daripada bapanya : Umar r.a telah pergi ke masjid dan mendapati Mu’az berada di sisi kubur Rasulullah saw sambil menangis. Beliau bertanya, ā€œapakah yg menyebabkan kamu menangis ?ā€ Muaz menjawab, ā€œsebuah hadis yg aku dengar daripada Rasulullah saw, baginda bersabda : sedikit daripada riya’ adalah syirik. Sesiapa yg memusuhi wali-wali Allah, dia telah mencabar Allah untuk berperang. Sesungguhnya Allah mengasihi org2 yg berbuat kebajikan lagi bertaqwa dan tersembunyi. Mereka ialah orang yg apabila tidak hadir tidak terasa kehilangan mereka. Sekiranya mereka hadir mereka tidak dikenali. Hati mereka umpama lampu-lampu petunjuk. Mereka terselamat daripada semua problem rumit penuh kegelapan.

Muslim sejati ialah mereka yg menjadi hamba kepada Allah bukan hamba kepada dirinya. Di mana saja dia diletak, dia beramal. Ke mana saja dia diarah, dia tujui. Dia melakukannya sama ada berada di hadapan mahupun belakang, menjadi pemimpin ataupun tentera bawahan, tanpa mengidam-idamkan pangkat ataupun dunia.

Rasulullah saw bersabda maksudnya,

Binasalah hamba dinar(duit emas). Binasalah hamba dirham (duit perak). Binasalah hamba pakaian berbelang. Sekiranya dia diberi perkara itu, dia redha. Sekiranya dia tidak diberi, dia marah. Binasa dan berterusanlah dia dirundung malang. Apabila dia terkena duri, dia tidak dapat mengeluarkannya. Beruntunglah hamba Allah yg memegang tali kekang kudanya di jalan Allah. Kepalanya kusut masai dan kakinya berdebu. Sekiranya dia ditugaskan sebagai pengawal, dia bertugas sebagai pengawal. Sekiranya dia ditempatkan di bahagian belakang (pasukan tentera) dia berada di bahagian tersebut.

Semoga Allah meredhai Khalid Al Walid, ‘pedang Allah yang terhunus’. Ketika dia bertugas sebagai panglima, Allah memenangkan Islam dengannya. Allah telah mengurniakan kebaikan (kemenangan) yg banyak di tangannya. Apabila Abu Ubaidah dilantik menjadi panglima menggantikannya, Khalid berperanan sebagai sebaik-baik penasihat dan ahli syura kepadanya. Inilah sikap mukmin yg sebenarnya. .

Sabda Baginda Rasulullah saw :

Antara yang terawal diadili di hari qiyamat kelak adalahĀ  mereka yang mati syahid. Kemudian ditanya kepada mereka : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : Aku telah berjuang untukMu (wahai Allah) sehingga mati syahid

Dibalas : Kamu berbohong, tetapi kamu berjuang untuk digelar “SANG BERANI”

maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.

Ditanyakan kepada (orang kedua) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : “Aku mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membacakan keranaMu Al-Quran”

Dijawab semula : Kamu berbohong, kamu mempelajari ilmu agar kamu boleh digelar ā€˜ALIM, kamu membaca Al-Quran agar digelar “QARI”

maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.

Ditanyakan kepada (orang ketiga) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : “Tidak aku sesuatu yang engkau sukai untukku dermakannya kecuali telah aku dermakannya keranaMu”

Dijawab semula : “Kamu berbohong kamu mendermakannya agar kamu digelar “DERWAMAN”

maka dikatakan kepada Malaikat, lalu telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka ( Riwayat Muslim).

Astaghfirullah….semoga istigfar sentiasa basah di bibir kita dan kita beroleh pengampunan Allah di atas kegagalan kita membajai rasa ikhlas dijiwa.

Semoga Allah juga membantu kita mencapai ‘ihklas’ dalam amalan kita dan kekuatan utk melawan nafsu yg merosakkan rasa ikhlas yg cuba dibaja dan dijaga.

2 Komen

  1. simple-shida said,

    4 Februari 10 pada 11:57 pm

    salam kunjungan mahabbah..
    aiwah.. byks entri kak yg best.. ss dok bce..tatapi..
    tibe mase utk jot down somethings.

    bilamana kecek tntg IKHlas..
    susah kita nk nilai..apetah kita nk tafsirkan mksud IKHlas tu pun sgt absterak.. payah laa teman nk ckp byk..hehe.

    apepun.. sama-sama lg togeter we alwiz sucikan niat kita.
    kunu ansarullah.. hatta kita bantu keje2 Allah.. keje baik..
    insyaallah Allah akan tolon kita juga.. ameen.

    teruskan mendidikn anak-anak bgsa kak !
    moge kak terus disulami dgn bju sabar..
    tudung cekal dan kain tabah ..ehhee.

    barakallahu ya ukhtie..
    salam sayang..

  2. ummuhanah said,

    9 Februari 10 pada 11:31 am

    wah puitis juga susunan bahasa simple shida….terima kasih singgah lagi di blog akak. InsyaAllah selagi ada daya, akak akan terus bertugas mendidik murid2 akak. Shida doakanlah selalu agar akak diberi kekuatan dan ilham oleh Allah.

    lama tak nampak shida di ukhwah …. šŸ˜€


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: