walimatul urus

Musim cuti sekolah juga adalah musim orang menikah. Musim majlis orang menikah ni menjadikan hujung minggu saya lebih meriah . Berderet jemputan makan percuma dgn menu nasi minyak dan lauk pauk yang beranika namanya…ditambah pula pencuci mulutnya dengan hidangan bubur kacang atau pun laksa .Mau tak kenyang ternganga kita dibuatnya….pastu dikirim pula beg kertas yang sarat berisi kuih kerepek yg siap dipack dan telur rebus yg digantung kat bunga… fuhh hebatnya kenduri kawin kat Malaysia. Tetamu yang hadir memang seronok tak terkira.😀

antara kad undangan kenduri kawin yang saya terima sepanjang cuti sekolah...masyaAllah

Mengadakan kenduri kahwin itu sunat, bertujuan memaklumkan kepada orang ramai tentang sebuah perkahwinan.Tetamu yang hadir menjadi saksi bahawa pasangan tersebut telah diperakui sah sebagai suami isteri. Jesteru memenuhi jemputan walimatul urus ini adalah wajib.

Selain mengembirakan pasangan pengantin, menghadiri majlis perkahwinan juga adalah ruang dan peluang yang baik untuk berkunjungan dan bertemu mengeratkan silaturrahim. Biasanya di majlis perkahwinan kita juga sering berkesempatan bertemu saudara mara serta rakan baru dan lama.Tentu seronok dapat bersalam, berpelukan dan saling bertanya khabar.

Pun begitu, dalam menganjurkan majlis perkahwinan ini hendaklah diperhatikan agar ia benar-benar menepati inspirasi tuntutan ajaran Islam. Majlis yang dianjurkan itu hendaklah menitik-beratkan persoalan halal haram serta menjaga pantang larang agama. Semua pantang larang itu dijaga bagi menjamin keberkatan dan rahmat Allah SWT. Mudah-mudahan majlis yang dianjurkan itu benar-benar meraih pahala yang banyak dan melimpahkan keberkatan kepada pasangan yang baru dinikahkan serta ahli keluarga mereka.

Antara garis panduan yang sangat wajar diutamakan ialah :

Mengadakan majlis yang sederhana, tidak membawa kepada pembaziran sehingga terpaksa berhutang atau bergolok gadai. Sebaiknya mengikut kemampuan . Apa yang penting ia tetap perlu dilakukan walau hanya dengan seekor kambing sahaja . Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya ‘Buatlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.

Mengadakan dengan niat yg ikhlas kerana Allah supaya ia menjadi ibadah dan mendapat pahala .Tidak menimbulkan sifat riyak dan bangga diri dan ingin menunjuk-nunjuk.

Tidak mengandungi unsur-unsur maksiat seperti percampuran antara lelaki perempuan, bersalaman antara jemputan lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tidak menutup aurat dengan sempurna serta wujud hiburan yang melalaikan dalam majlis berkenaan. Jika terdapat perkara maksiat dalam majlis kenduri tersebut , maka gugur kewajiban kita dari menghadirinya.

Tiada majlis persandingan atau majlis mempertontonkan pengantin khususnya pengantin perempuan kepada orang ramai. Majlis persandingan merupakan cetusan daripada ajaran agama Hindu dan amalannya menyimpang dari kehendak agama Islam.

Tidak mengandungi unsur-unsur maksiat dan khurafat seperti mengadakan upacara tepung tawar untuk menolak bala. Penggunaan beras kunyit semasa upacara persandingan untuk memberi semangat kepada pengantin.Ia adalah syirik jika dilakukan dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat.

Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk “li tadlis” mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. “Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah.”( HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas’ud )

Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), “Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu.” (Al-Ahzab: 33).

Jemputan hendaklah terdiri drp semua lapisan masyarakat tidak terkhusus hanya satu golongan sahaja.Nabi Muhammad s.a.w. bersabda maksudnya “Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah apabila orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang.” riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.

Perkahwinan adalah saat paling bahagia bagi pasangan yang bersetuju untuk hidup bersama. Ia detik bersejarah yang akan dikenang dalam senyum kegembiraan setiap kali terpalit kenangan tentangnya. Majlis perkahwinan juga menjadi tanda kegembiraan pasangan pengantin yang turut dikongsi dengan keluarga dan orang ramai. Namun jagalah keberkatan majlis ini agar ia berlangsung atas keredhan Ilahi. Semoga semua pihak turut terpalit keberkatan dan rahmat dari majlis yang dianjurkan nanti.

10 Komen

  1. tekak said,

    9 Disember 09 pada 3:42 pm

    Saya pernah menghantar perkahwinan sepasang ustaz dan ustazah. Sampai di majlis saya sekadar duduk diluar rumah kerana taknak terlibat dengan maksiat persandingan yang jelas haram. Apabila bapa mempelai yang juga seorang ustaz bertanya, secara lembut saya menjawab, persandingan begini dengan mendedahkan aurat dsbnya adalah haram, beliau terdiam. Kemudian saya mendengar ada suara2 dari luar yang menyatakan ia haram. Pengantin lelaki lantas keluar, mengatakan ia tidak apa. Di dalam hati saya, terasa begitu kesal dengan tindakan ustaz tersebut.

    Saya lihat masalah begini ada dimana2. Dua masalah hukum syara yang saya lihat biasa terjadi dalam kebanyakan walimatul urus di tempat kita ni.

    1) pengantin perempuan bertabarruj dan pakaian biasanya bertudung tetapi bersongket ketat dan mendedahkan betis.
    2) peragaan kebanya nyonya, kebarung moden mahupun kurung kedah bak model wanita melayu terakhir oleh hadirin yang hadir.

    Ia seolah sudah jadi satu budaya dalam masyarakat hari ini.Kalau hadirin yang hadir berpakaian begitu mmglah sukar untuk kita elakkan. Tetapi bagi pihak pengatin, kita ada pilihan untuk tampil syar’ie atau tidak. Saya sampai rasa susah nak jumpa majlis yang tidak sedemikian. Antara yang termampu dilakukan adalah mengelak datang pada waktu persandingan.

  2. ummuhanah said,

    9 Disember 09 pada 4:29 pm

    salam tekak…..alahai musykil jugak dgn nama tekak. Orang asli ke ?? maaf sekadar bertanya.
    saya ada kawan yg mengajar di Pahang mempunyai anak murid bernama kerengga dan tunggul … depa orang asli, tu pasal nama depa memang sedap sekali, ngeh ngeh ..melawak je, jangan maree…

    saya alami masalah yang hampir sama dengan anda. Saya juga kurang selesa menghadiri kenduri kahwin sekarang ni. kalau pun tidak ada ‘pelamin’ mereka masih tetap bersanding ‘dimeja’ makan beradat yang dihias indah. Bukan rumah orang biasa …rumah pak pak ustaz pun semacam juga. Si isteri disolek tebal dalam pakaian indah menutup badan tapi mengikut lentur dan lekuk tubuh mereka, kadang kita jadi malu melihatnya. Sekalipun bertudung ia kelihatan berhias keterlaluan. Betol-betol walimatul tak terurus …

    Untung anda Allah beri kekuatan utk sedikit bersuara menegur mereka…semoga Allah merahmati usaha anda. Saya selalunya kelu tak mampu nak kata apa kerana bimbang tuan rumah terguris rasa.
    Dalam kegembiraan berkenduri ramai orang lupa hak-hak agama yang mesti dijaga.

    Saya juga kekadang melewatkan kehadiran ke kenduri perkahwinan atas dua alasan :
    1) utk tidak bertembung dgn waktu rombongan pengantin datang dan mengelakkan dari menonton majlis persandingan…..tapi lauk kenduri pulak yang kehabisan… alamak 😀😀😀

    2) anak bongsu saya Raihanah suka sangat tengok pengantin bersanding …sukar dipujuk utk pulang…selagi tak sampai ke acara potong kek tak berganjaklah dia …kacau !

    kita berdoa semoga ada kejernihan didalam walimatul urus orang-orang kita …benar kita keletihan” melihat majlis perkahwinan yang semakin lari dari kehendak Islam dan ia turut ‘menyubur dikalangan orang-orang ýang mengaku faham islam.

  3. Zainal said,

    10 Disember 09 pada 2:56 am

    ouh, bicara ttg walimatul urus buatkan ana terfikir, la ni rate hantaran berapa noh? aih…duit pun tadak ni, haha.

  4. Aishah said,

    10 Disember 09 pada 12:16 pm

    Slm kak Mahani..

    Cerita ttg puak2 ustaz yg buat2 x tau masalah p’kahwinan mmg menyesakkan nafas. Tp kdg2 bkn slh mrka, tp salah org2 yg b’sm mrk…mak pak menakan, sepupu sepapat, n org2 tua yg sibuk2 dan buat adat2 buruk tu… Senang kawin kat oversea, sapa pon x boleh nak komen apa knduri kita, nak buat kenduri kawin mkn mihun pon xpe…Asaikan kenduri.

    Tp, baru2 nie ana ada p kenduri kawin seorang sahabat dr Syria, (rsnya kak mahani pon p jg kot). Dr pemerhatian ana (swaktu ana p la, lps tu x tau la), knduri tu adalah antara kenduri2 yg sgt bgus. xde muzik, xdak belaghak, pngantin ppuan dok dlm umah (hya org ppuan shj yg masuk utk tgok pngantin ppuan) n xdak plamin n mja mkn pngantin…. Tp rasanya, mesti byk mulut2 blkg yg kata: koman sgguh la kenduri ustaz ni smpai apa pon x dak…..

    Itulah benarnya kata ppatah arab:

    رضاء الناس غاية لا تدرك

    RIDAUNNAS GHAYATUN LA TUDRAK = Kepuasan hati manusia adalah satu matlamat yg TIDAK blh dicapai…

  5. alsyarqawi said,

    10 Disember 09 pada 2:20 pm

    SALAM MLMH,

    pasal kahwin?..mmg banyak sangat la undangan nie. satu hari dah banyak tempat lain negeri. nak pegi macam mana ntah, yg kat area kl&sel nie boleh la pegi. tu pun kejap je. kawan. kena dtg la. yg luar dr kl&sel ni susahla nak dtg. kirim la ape yg ptut.hihi

    bg saya la mlmh, lbh suka awal dtg nie. mlmh lewat dtg. biasanya org melayu kita nie pengatin mai lps zuhur. pukul2 kalau kat sini la. tu yg datang sblm zuhur. dlm pukul12.. pastu cpt2 lari.hehe…

    ni la realiti kat msia. amik konteks negara kita. dah jadi trend dan budaya. mungkin “sepatutnya” dlm kamus melayu ni kita kena delete sikit. macam ust hasrizal kata. tp tu la, mungkin akan jadi jugak kat ahli keluarga kita, mungkin saudara-saudara, kawan-kawan kita jugak yg ikut “trend” nie.bagaimana kita sendiri nak jadi penasihatnya? ini dah masuk dlm tanggungjwb untuk brdakwah.

    org kita disini perlu ada peng”islah”han pada diri dan pemikiran. kita tak islahkan diri sebaliknya kita “reform” diri kita. tue yg haru biru tu. nak u-turn susahla…saya takut keadaan macam nie jadi untuk generasi akan dtg. jika sekarang ini sudah mula menjadi satu kewajipan. mesti ada jugak karaoke dan dlln. tak boleh tak ade. tak boleh katakan adat itu boleh menjadi ibadah jika ianya jelas-jelas tidak atau hampr melanggari mematuhi tuntutan agama.

  6. tekak said,

    10 Disember 09 pada 4:27 pm

    Kalau kak cik biasa bertekak macam saya, sayugialah juga memakai nick tekak tu. Menegur dan menerima teguran adalah sesuatu yang bukan mudah, tetapi ia wajib.

    Apa pun walimah saya sendiri dulu, saya memang benar2 berkeras agar tiada sesiapa yang masuk campur agar tidak jadi sebegini. walaupun saya akui mungkin ada mengguris hati makcik2 yang tak faham, tetapi redha Ilahi lebih kita cari.

  7. ummuhanah said,

    11 Disember 09 pada 1:04 am

    zainal…tak tau la pulak rate hantaran berapa sekarang…..selalunya 7k atau 8k ke atas ….mahal tak ??
    terlanjur dok oversea tu zainal kawin kat sana je la…muallimah dengar kat o/sea ‘mudah berkira’ ….😀

    Aishah, syukron atas komen aishah, kak mahani memang hadir kenduri ustaz wadi….Alhamdulillah, majlis kenduri yang baik saya rasa. Saya masuk bersalam dgn pengantin yang terjaga di kamarnya tanpa dijengah oleh mana-mana tetamu lelaki…semoga perkahwinan mereka diberkati.

    Beruntung kawin kat oversea….tak terdedah kepada caca merba dlm kenduri, tu pasal agaknya ramai yang kawin kat siam sekarang ni …ngeh3x.. melawak jerr…dok syria tak pe boleh selesaikan segalanya kat sana, tapi bagi yang berada di negara sendiri…keluarga tak bolehlah kita nak tolak tepi.memang sukar berhadapan dgn tekanan keluarga dan sanak saudara….kerana malu dipandang ‘lekeh’ kadang akur dgn saranan mereka sekali pun tidak tenteram terhadapnya.
    Syukurlah urusan kahwin saya dulu ada beberapa perkara yang saya pertahankan mengikut kehendak saya terutama soal hantaran dan beberapa adat lama orang kelantan yg tidak bersesuaian dgn kehendak Islam.

    syarqawi
    setuju dgn anta punya pandangan….pokok pangkal kepada perbuatan kebaikan adalah dari ‘rasa keimanan kepada Tuhan’….. adat yang bercanggahan bukan mudah untuk dibuang jika tidak didorong oleh keimanan yg kuat kepada kehendak tuhan.
    Syarqawi masih berpeluang utk meraih keberkatan dalam majlis walimah anta nanti…InsyaAllah😀,
    jadi atur daripada sekarang dan pasakkan betol-betol utk menganjurkan majlis kahwin yang benar2 menepati kehendak agama…

    tekak …jangan terasa hati dgn saya, kepelikan nama anda tidaklah isu besar sangat pada saya…sekadar bergurau sahaja. Tahniah kerana berjaya menjaga dgn baik majlis walimah anda.

    Kuat bertekak juga rupanya…nampak macam cool jer…ngeh3x.. yang ni pun saya melawak jugak laa

  8. Nurul said,

    23 Jun 10 pada 5:41 pm

    Assalamualaikum…
    Saya pun ada masalah yang sama ttg perkahwinan nie..
    ada seorang kawan saya tu…anak ustaz ustazah..dan dia pn bakal ustazah…bertudung litup n berjubah…kalau dikalangan kami ni mmg dia la paling nampak baik terutamanya di kalangan mata lelaki walaupun kami semua ni bakal ustazah……

    tup..tup..bila dah berkahwin baju ikut badan…tudung arini singkat tidak melepasi siku n melekat kat badan…make-up…mak oi…mengalahkan artis…tak tahulah nak cakap ape…..

    cuma satu je dia tak bersanding..kira ok la tu…kwn2 ramai juga yg complain ttg dia..sebab ape la jadi mcm tu…

    moga ALLAH jauhkan dari saya perkara mcm tu..nauzubillah…

  9. Nur said,

    2 November 10 pada 11:06 pm

    Salam,

    saya punye masalah lg rumit.. saya impikan majlis yg sederhana, tiada persandingan di tmpt awam..tp ibu bapa saya pulak yg beria-ia suruh saya bersanding..alasan mereka, saya anak tunggal perempuan mereka..and salah satu cara utk perkenalkan ahli baru keluarga kami..

    saya dah beralah, bersetuju bersanding tetapi hanya keluarga kami shj yg melihat (selepas nikah-di rumah,kiranya acara tertutuplah)..alih2 hampir majlisnye, ada pulak yg pandai2 tukar agenda..

    aduh…bingung rasanya…klu dibantah..parent saya…

  10. ummuhanah said,

    6 November 10 pada 12:45 am

    saya tak tahu nak cakap apa…..hati ibubapa harus dijaga, tapi syariaat Allah tak wajar diambil mudah, memperkenalkan ahli baru dalam keluarga bukan dgn cara mendedahkan diri pada dosa.

    kalau rasa majlis sanding anda mampu dijaga dan dipelihara dari melanggar batasan syarak…. anda teruskan, tapi kalau yakin ia pasti mengundang murka Allah, tetap sabarlah di atas kebenaran dan teguh menghalang maksiat sekalipun semua org mencela…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: