berpindah ke Wadi Insyirah

Sudah lebih tiga minggu saya kesibukan dalam urusan berpindah ke kediaman baru. Dari membersihkan rumah, packing barang2, mengangkutnya dan mengemas serta menyusun kembali di rumah baru ini.Letih juga rupanya urusan pindah memindah ini. Dan tidaklah ‘indah’ semuanya bila ‘masuk rumah baru’. Adat rumah baru, memang terdapat beberapa masalah teknikal yg tak dapat dielakkan atau dijangkakan.Letih juga kami suami isteri cuba menyelesaikannya. Ke sana ke mari menguruskan itu dan ini.


Malam raya kami masih bergelap di rumah ini….masalah betol lah 😀 …. Dari corong pembesar suara di masjid yang berdekatan saya mendengar takbir raya berkumandang.Suara memuji Allah itu cukup jelas kerana masjid cuma lebih kurang 200 meter saja dari rumah saya. Saya berdoa agar beroleh keberkatan ‘tinggal berdekatan masjid’ dan mendapat percikan nur hidayah Allah sepanjang saya menginap di sini.

Kemuncaknya kami mengadakan kenduri korban pada raya ketiga di kediaman baru kami dengan menjemput saudara mara, rakan taulan serta jiran tetangga. Syukur kepada Allah, ini kesempatan baik saya berkenalan dengan jiran-jiran baru.

Terima kasih untuk rohaya, rogayah, kak siti, kak chak, mak cik serta menantunya yang sudi datang membantu saya. Ramai juga teman yang tak dapat memenuhi jemputan kenduri saya kerana masing-masing juga ‘sarat’ dengan jemputan kenduri saudara mara di sana sini. Saya memahaminya.

Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar pada hari kenduri tersebut dan saya mengucapkan terima kasih pada tetamu yang telah sudi datang. Kediaman ini kami namakan WADI INSYIRAH.

هَذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ

“Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan ni’mat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia”
(an-Naml :40)

5 Komen

  1. rahman said,

    2 Disember 09 pada 5:28 pm

    salam…
    kakcik…
    rumah baru…alamat pun mesti baru kan?
    nanti leh bagi tak?

  2. ummusaif said,

    2 Disember 09 pada 9:38 pm

    tahniah dok rumah baru dah.ingat baca surah albaqarah dan yassin serta ada a few lg tp ktun tk ingat,tanya ustazahle.

  3. ummuhanah said,

    2 Disember 09 pada 10:15 pm

    salam,

    amboi Rahman, nak alamat ke ??….InsyaAllah boleh. Tak de masalah…

    kak ton
    terima kasih ingatkan saya, balik klate ke tak dengar kabar berita tentang kak ton…. awat la tak mai kenduri saya….tak sihat ke ?
    banyak sangat ke buat ketupat raya aritu ???huhuhu

  4. DNA said,

    8 Disember 09 pada 3:22 pm

    tahniah kak cik!
    ini la rezeki anak-anak orang kata. 😀
    Alhamdulilah..

    teringin jugak nak ada umah sendiri macam kak cik ni, tapi kena bersabar dulu kot!
    sebab banyak benda yang lebih penting kena utamakan.
    doa kan saya ye kak cik ye..
    😀

  5. ummuhanah said,

    9 Disember 09 pada 10:46 am

    InsyaAllah…. kak cik doakan DNA dilimpahi rezeki yg halal dan berkat oleh Allah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: