Baru-baru ni telah diadakan satu pertandingan memasak antara group usrah tingkatan tiga. Program ini adalah utk mengisi masa terluang bagi pelajar-pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan PMR. Seramai 9 buah kumpulan usrah yang telah menyahut cabaran ini….he he he… 6 kumpulan banat dan 3 kumpulan banin. Setiap kumpulan telah dibantu oleh mak usrah atau naqib/naqibah masing-masing.

banat tekun membuat persediaan
Menu yang dipertandingkan ialah masakan maggi, ayam bakar dan jus buah…..fuh memang dasyat suasana pertandingan hari tu. Berdentum dentam bunyi periuk belanga berperang dengan sudip. Tambahan pula kak nora telah membawa sudip tembaga pusaka dari keluarganya, kak faizah membawa tudung saji dari kuala Berang…maka saya telah mencabar mereka dengan periuk non stick yang baru dibeli dari langkawi…nawal pula menampilkan tapak memanggang ayam hadiah mak ciknya, yang kemudiannya telah dijadikan barang lelongan olehnya….fullamak sengit sekali saingan yg telah diberi oleh mereka ini.

ewwaah...kak nora dengan periuk nasi barianinya....anak-anak baninnya dijamu terlebih dahulu sebelum dikerah bekerja....baguih la kak nora
kah kah kah kah ….anak usrah yang masuk bertanding, mak-mak usrah pulak yang lencun peluh dalam keterujaan mereka berentap mengetengahkan resepi masing-masing. Resepi istimewa mlh syikin ialah maggi silat melayu…kak nora pula maggi kasih sayang, mlm wadi dengan maggie patayyanya….huh saya cabar mereka semua dengan maggi goreng Italiano Semberono..humang aiihh !!!

ni meja masak group kak faizah...tengok tudung sajinya...isshh saya jeles sekali...kot tudung saji tu yang bagi markah tinggi..

proses memasak maggi goreng Italiano semberono...he he he....periuk dari langkawi saya 'rasmikan' bagi menyahut cabaran memasak maggi ni... 😀
Ayam panggang percik dari kak faizah seperti menarik tumpuan ramai, kak nora telah menepisnya dengan ayam bakar kasih sayang….saya cuba pintas pula dengan ayam panggang ala carte…kami bersaing hebat dgn ayam bakar masing-masing sehingga akhirnya mlh noraini dengan selambernya mengecewakan kami bila beliau mencuri simpati pengadil dgn ayam panggang rendam asam jawanya …he he he…sori kak ani, saya mengutuk kat sini…er errr ayam panggang aritu sapa yang menang ya ?? lupa lah….

persembahan dari group saya....haiyyaa daun pisang maa... 😀 😀

persembahan dari group Kak Faizah
Untuk jus buah pula….chewwaah, nampaknya saya menang bergaya dengan jus kegemaran saya, sweet corn and coconut shake in vanilla flavour…fullamak memang boleh masuk hotel jus saya ni.Kalau warung atau gerai tepi jalan rasanya tak berapa sesuai sebab namanya glamer dan panjang pula….ada tak hotel yang nak beli resepi jus saya ni ??

ehem...juri-juri yang kekenyangan....nak bangkit pun sukar sekali..ngeh..ngeh ngeh
hmmmmm….Bila keputusan diumumkan….utk keputusan keseluruhan, saya dapat tempat ketiga…tak aci tak aci tak aci ….pengadil tak aci…. rasanya group kami resepi yang best sekali…camana tak boleh dapat kedudukan paling tinggi…tak aci tak aci tak aci….saya tak puas hati waaaaa…huwaaaaa…huwaaaaa……kak faizah dapat nombor satu sebab tarikan tudung saji….hu hu hu…pengadil tak aci le camni…
ngeh…ngeh…ngeh… …acah je tu..
tempat ketiga…. ishh..okey la, yang penting semua seronok dan dapat enjoy masak serta kenyang makan sama-sama…
Tahniah utk kumpulan yang menang, dan terima kasih utk juri yang sudi memberikan mata. Harapan saya anak-anak usrah dapat pula mencuba kat rumah resepi masakan dan minuman yang dipertandingkan

tempat ketiga...isshhh okey laa..
sebagai tanda kegembiraan, saya sertakan resepi jus yang telah group usrah kami menangi.
sweet corn and coconut shake in vanilla flavour
1 gelas air kelapa muda
3 sudu isi kelapa muda
1/2 cawan susu pekat manis
3 sudu sweet corn creamer (dlm tin)
3 sudu ais kerim vanilla
1 gelas ketul ais
blend je le…samada jadikan ais blended atau dituang ke dalam gelas berisi ketulan ais….sedaaap !
rahmanw said,
11 November 09 pada 3:14 pm
salam….
kak cik……tahniah…..no tiga pun ok je tu….
lama tak dengar kabar kak cik….
moh join shukur balik….
diorang dah start online balik ni….
kak cik….17hb jangan lupa….hehehe
ummuhanah said,
11 November 09 pada 6:42 pm
salam,
ni cari kak cik kat sini ni kes rendu la ni… 😀
kak cik sihat…Alhamdulillah
memang lama tak singgah shukur, sibuk skit loni…tengoklah kalau lapang kak cik join …ada isu politik yg panas-panas ke sekarang ??…
amenda 17hb tu….yang kak cik ingat tu birth date mek hanah …meh la sg petani, kak cik nak buat muffin blueberry utk hanah…ekau bolehlah join skali man, kan rahman teringin nak jumpa hanah….. sweet betol hanah sekarang, kalau sengeh tu gigi depannya nampak tunggul je….kah kah kah
rahmanw said,
12 November 09 pada 6:03 pm
salam….
memang tengah rindu kat kakcik la ni…hehehe…
isu tak ada la yang panas…macam biasa…shukur jadi tempat luah perasaan…hehehe….cuma sekarang diorang cuba nak idupkan shukur balik…
tu la maksud saya….hanah punya b’day la…hehehe…..
huhuhu….sungai petani jauh tu….tapi insyALLAH….satu ari nanti saya nak gak datang umah kakcik….andai rezeki luas…dapat beli kereta..saya bawak mak saya sekali jalan2 umah kakcik…hehehe….insyALLAH…
DNA said,
12 November 09 pada 8:20 pm
Assalamualaikum kak cik!
aduhai!
sakit tengkuk den baca entri kak cik kali ni! muaahhahahha…
no.3 pun ok apa!!
dulu masa saya form4 ada join jugak pertandingan memasak kat sekolah, punya la ramai peserta.. ada la dalam 60 pasangan. tapi nasib tak menyebelahi saya, saya dapat no 23.
(kita buat sandwich jek! :p )
misslolypop said,
13 November 09 pada 7:51 am
slm..
teruja tgk makanan2 tuh..meleleh ayq liuq…nk resipi maggi italiano semberano plezzzzz..!
AdNiSya_3108 said,
14 November 09 pada 4:01 pm
Salam.Jemput ziarah ke http://q-firstboutiqe.blogspot.com/
Dapatkan pelbagai koleksi muslimah untuk dimiliki.
Wan Asiah said,
16 November 09 pada 6:28 pm
Wah…bestnya prtndingan msak2…dulu msa ana kt islah xpernah buat pun mlmh…..xaci…xaci….hehe
ummuhanah said,
17 November 09 pada 12:36 pm
salam,
meh la rumah kak cik, kalau dapat bawak mak sekali Alhamdulillah, dapat keluarga kak cik kenal omak ekau pulak rahman. Ada rezeki boleh bawak ziarah ke kampung mertua akak, you’ll see the beauty of kampung mak mertua pulak….cantikkkk pemandangan kebun getah dan sawah padinya… 😀 😀
cik lolipop nak resepi maggi goreng Italiano semberono ???…isshh tetiba je akak rasa kedekut nak bagi, lebih-lebih lagi kalau ada rayuan pellizzz tu….hmmm tengoklah akak pikiaq dulu….kot nanti orang manipulasi resepi akak ni tak pepasai lembu punya susu lactogen yg dapat nama….oooo neverrr never ! 😀
mmm…nanti lapang akak tulis kat sini ya…loni bizi sengoti !
adnisya…fuh sakan meniaga nih, dengar cerita ada kenduri nasi minyak ? sampaikan salam mlh pada farahliana…ada rezeki mlh sampai nanti rumah anti, kalau tak tersampai jangan lah kecik hati ya.
kesian asiah… ni memang aktiviti baru, saja kami rancang nak bagi Asiah and de gang yg tinggalkan kami ni jeles dan cemburu…fuh! harini ada f3 buat bbq pulak, minum ayaq nyiuk yg kat belakang bilik guru tu dan makan pizza … hmmm best kan ??
Wan Asiah said,
17 November 09 pada 5:53 pm
owh..ye ke…xbaik nye…kmi nk merantau jgk mlmh…jauh prjalnn, luas pnglmn…
p/s : baru tahu btpa truknya bdak skolah luar…
ummuhanah said,
19 November 09 pada 2:00 am
opps, DNA..sori lambat respon :D,
masuk pertandingan buat sandwich ?hmmm…okey jugak tu. Kedepan ni kita boleh anjurkan pertandingan buat sandwich utk banin saja….lagi simple.
kat sekolah dulu kami pernah bertanding masak bubur asyura antara kelas. Bubur asyura kelantan masaknya sehari suntuk yakni dari awal pagi sampai maghrib….dari beras yang putih sampai bubur asyura yang hitam legam, bergilir-gilirlah kami mengacaunya. Bila hampir masak bubuk akan memekat dan gebek gebek gebek mendidih dalam kawah….masa ni agak kritikal sikit sebab suka terpercik kat kaki. Sorang kawan kak cik terkena kakinya sehingga melecur teruk, meraung dia kesakitan dan langsung cikgu bawak ke hospital…..hasilnya, parut hodoh kat kakinya kekal sampai sekarang. Sejak itu tiada lagi masak bubur asyura kat sekolah….
gurau aje la Asiah…ke mana pun kita pergi tetap bumi Allah yang kita pijak dan langit Allah juga yang kita junjung. Jadi paling penting walau di mana kita berada , Allahlah matlamat kita….tak pa, hijratuhu ilallahi warasulih…
teruk ke budak sekolah luar ??…hmmm maknanya tu teruklah anda sebab anda sekarang ‘budak sekolah luar”…kah kah kah…. :D..joke je Asiah….InsyaAllah ini peluang dakwah dan peluang utk buktikan istiqamah dgn apa yg telah anda perolehi di Islah ini.
DNA said,
19 November 09 pada 8:37 pm
fuh!! mencabar sungguh resepi bubur asyura ni ye kak cik!!!
rahman, kalau aku cabar ko, ko nak buat tak? 😀
AdNiSya_3108 said,
19 November 09 pada 11:53 pm
Tak dak laa sakan mana pun. Biasa-biasa jaa bermodal seciput…. Ya, kenduri ujung tahun nie. Jemput laa datang, kad undangan pun dah dihantar, sudi-sudikan diri mai Balik Pulau ni. Yea laa kalu irg tak sudi mai pun kita nak kata paa. Sapa laa kita???
simple-shida said,
25 November 09 pada 1:06 am
salam zulhijjah..
wah..meriahnye… jeless tgk..
sure sedap masakan tpmpang ni..ehhee..
aiwah..imarahkan teen circle.. halaqoh + dinamik group ni 😉
mantopnye.. teruskan syiarkan dgn mengIzzahkan liqa’ sbegini..
kak.. rye hj ni..sy p kltn..haa… bleh jumpe kak..hehhee..
sy beraya di umah housemate..area ketereh..
insyaallah akan ke machang jumpe bakal pgntin ..
jge nk jln2 KB nnti…hehe..
planning btolak dr kl khamis.. eiter ptg o mlm…
myb till ahd o isnin d kltn..
nnti kak sms ye sy.. ** no nnti sy fwd via email
simple_shida@yahoo.com.my
salam eid adha. maaf zahir batin 😉
kullun am.. wa ukhtie. bikhair…sokmo..hehee..
salam sayang..salam perjuangan…
Zainal said,
25 November 09 pada 2:48 am
walaweh, tamam jayyidan ni muallimah, hidangan2 yang nampak sgt mantap! ana sini masaka standard org bujang jer, takat spaghetti bolognese tu boleh la…hahaha 😀