sekadar lakonan….

Sibuk ?…eh sibuk sangat ke saya ? mana ada orang tak sibuk kat dunia ni sebab di dunia memang tempat orang sibuk. Tempat berehat dan sunyi dari sibuk hanyalah di akhirat saja yakni di syurga….itu adalah sebaik-baik tempat istirehat dan bersuka ria.

Saya berhasrat nak menyapu ‘sawang’ di laman blog saya ni dan kembali menyerikannya dgn tulisan saya pada november nanti…hmmm memandangkan november bakal menjengah beberapa hari saja lagi…tak pa le saya ‘masuk ofis’ awal sikit. Ada yg nak dikongsi di sini. Sebenarnya tulisan ini adalah hasil dari lontaran pandangan saya dgn seseorang di sebuah laman forum.Elok juga saya ‘tempek’ pandangan saya itu di sini.

Saya mula menyedari trend drama TV dan filem masa kini menunjukkan kecenderungan kepada cerita berunsurkan agama atau bercorak Islamik. Watak pelakon wanita bertudung dan lelaki yang soleh dengan akhlak yang mulus sekali telah dipaparkan untuk dijadikan bahan tontonan kepada peminat drama. Bukan saja drama tempatan, bahkan drama dari seberang juga turut membawa ‘warna’ yg sama. Maka kedengaranlah suara pujian di sana sini kerana ini dikatakan sebagai perkembangan yang baik dalam dunia drama dan artis lakonan masakini.

saya pula tak tenteram hati. Seperti juga drama komedi lawak bodoh, filem seram dan tahyul, cerita merempit motosikal, saya merasakan drama Islamik juga sekadar memenuhi trend semasa dan sekadar mencari untung semata-mata. Ia sebenarnya langsung tidak berpijak di alam nyata.Jika drama Islamik ini diakui mereka ini sebagai sebahagian cara mempromosikan agama, maka drama-drama ini bolehlah dikatakan sebagai program promosi agama yang tak mungkin akan berjaya.

Memang ‘hebat ‘cerita-cerita di tv ni mentarbiyyah masyarakat. Artis seksi pun sanggup menutup aurat walaupun hanya sekejap semata-mata nak ‘hidupkan’ watak. Bila dah habis acting nanti mereka akan kembali kepada kehidupan dedah aurat dan selamba aje buat maksiat. Inilah dashatnya bila agama dijual murah…..ia sekadar jadi bahan lakonan dan penipuan golongan yang memakai topeng agama di depan lensa kamera tetapi jelas dalam kehidupan biasa bermaksiat pada Allah. Baik drama tempatan atau drama dari seberang semuanya sekadar ‘berbohong’ dan tidak mampu mendidik org awam.

Biarpun begitu banyak drama /filem berunsur agama ditayangkan kepada org awam namun ia tetap tidak mampu membawa perubahan atau benar-benar menginsafkan kerana ‘pendakwahnya’ sendiri tiada kesedaran untuk kembali kepada Islam.

sesungguhnya….agama dan menghidupkan agama dalam diri itu bukanlah lakonan !

Artis dan pelakon ni……mereka diupah dan dibayar untuk memakai tudung, menjadi ustaz, menutup aurat, berakhlak baik dan melaksanakan kepatuhan pada Allah. Amal baik yang mereka laksanakan sekadar memenuhi tuntutan cerita atau drama yang mereka lakonkan. Semuanya atas faktor bayaran dan habuan…sedangkan mereka pendusta dalam amalan baik mereka. Zahirnya saja bertopengkan amalan soleh dan mulia sedangkan hakikatnya mereka banyak melakukan nifa’ dan dosa terhadap Allah.

Cuba bayangkan artis yang berlakon dalam pakaian yang bertudung litup, menghiasi diri dengan sahsiah muslimah yang solehah, mempamerkan cara hidup yang baik tetapi di dada-dada akhbar dengan bangganya mereka mangaku bahawa ‘itu sekadar lakonan sahaja sedang hakikatnya mereka tidak begitu.Bahkan mereka turut bangga mengakui pemakaian tudung mereka hanya karana lakonan sedangkan dlm kehidupan seharian mereka lebih selesa mendedahkan tubuh badan.” Alangkah bodohnya kita mengagumi artis yang sebegini. Mereka menjadikan kemuliaan ajaran Islam hanya layak sebagai lakonan sahaja. Maka kita terpesona dengan lakonan mereka dan mengaku terkesan dengan dakwah mereka. Mana mungkin orang yang tidak melaksanakan kebaikan mampu menarik org lain berbuat kebaikan.

Saya disinis sekiranya seorang penagih dadah datang memberikan nasihat takkan kita kena tolak semata-mata kerana dia tu penagih dadah. Sepatutnya nasihatnya diterima, soal siapa dia dan apa latar belakangnya itu lain cerita…hmmm macam betol je pendapat ini.

Namun bagi saya, sama ada penagih dadah atau artis dedah…kedua-duanya jelas bermaksiat kepada Allah dan menyimpang jauh dari kehendak Islam.

Tentu saja mereka ini boleh turut berdakwah atau menasihati masyarakat kepada kebaikan, jesteru kebaikan itu sebenarnya berasal dari agama. Hak memperkatakan dan menunjukkan kebaikan adalah hak semua orang dan hak kita semua.Tapi soalnya di manakah ‘kefahaman dan penghayatan’? Bayangkan seorang penagih dadah yang lalok datang menasihati kita supaya menjauhi dadah. Atau artis wanita yang seksi menjolok mata selamba je menyeru kita supaya menutup aurat…

Adakah ianya munasabah ?
Adakah anda rasa ia sebahagian dari cara berdakwah ?
Adakah anda rasa ia mampu mentarbiyyah ?
Seandainya kita diizinkan untuk mengajak orang lain berbuat kebaikan sedangkan diri sendiri kita dorongkan kepada maksiat, maka apa ertinya amaran Allah dalam surah as saff “ wahai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat ? Amat besar kemurkaan Allah jika kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan”

Pendapat saya ditempelak kerana selaku penonton kononnya kita sepatutnya pilih yang baik dan tolak yg tidak baik. Menurutnya, Hasan al-Basri pernah ditanya, “Siapa yang mendidik dirimu hingga menjadi baik?” Hasan Al Bashri mengatakan, “ Diriku sendiri.” “Bagaimana begitu?” tanya orang itu kepadanya. Ia mengatakan, “Jika aku melihat kebaikan yang dilakukan orang lain. Aku akan menirunya. Jika aku melihat keburukannya. Aku berusaha menjauhi perilakunya itu”.

Pada saya, inilah kebenarannya. Hasan Al Basri mengaku akan meniru kebaikan yang dilakukan orang lain, bukan kebaikan yang dilakonkan orang lain..
saya tidak menyalahkan ‘kebaikan’ yang disampaikan tapi saya salahkan ‘bagaimana’ kebaikan itu disampaikan.

Memang boleh artis ni nak menunjukkan contoh-contoh yg baik , tapi penghayatannya di mana jika ia sekadar lakonan tanpa penerusan dalam kehidupan harian ? tidakkan kita rasakan artis yang kita sokong lakonan baik mereka ini telah mempersendakan syiar dan amalan islam ? mereka melakonkan nilai-nilai baik untuk diambil pengiktibaran tapi mereka sendiri tidak pula mengambil iktibar. Mereka yakinkan masyarakat bahawa yang baik itu mendatangkan kebaikan tetapi mereka sendiri hidup dalam kejahatan.

Kalau semua penonton pandai memilih nilai baik ditiru dan nilai buruk untuk ditolak, Alhamdulillah. Tapi alangkah malangnya bagi penonton yang agak ‘longgar’ dan tidak mampu nak mengasingkan mana yang batil dan mana yang benar kerana yang batil dan benar itu bersatu di dalam satu acuan.

“katakanlah, tidak sama yang buruk dan yang baik walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu berjaya ( al maidah : 100)

Makanya pada saya ini, tidak salah melakonkan kebaikan. Yang salah menjadikan kebaikan sebagai lakonan.Sebagai artis beragama islam, aktiviti ‘keartisan’ mereka juga harus berjalan di atas prinsip2 agama yang murni ini supaya mereka juga menjadi muslim yang baik dan menjadi contoh kepada orang lain.

Sebagai penonton , kita juga kena hati-hati …
jadilah mukmin yang halus meneliti, jangan kita mudah tertipu dan aksi lakonan yang nampak suci murni….namun ‘hakikatnya’ lompong dan kosong tak berisi, bahkan disisi Allah ia tetap dikeji.

12 Komen

  1. alsyarqawi said,

    26 Oktober 09 pada 8:13 am

    salam mlmh..
    lama tak entry.sekali entry ‘tajam’ penulisanya…..betul apa yg dikatakan.itu tidak termasuk contoh2 pembawakan “diluar” lakonan.inilah manusia yang adakalanya menjadikan agama sebagai pakaian sahaja…rasa nak pakai,pakaila.tak nak,buang je.itu hakikat bila mana manusia tidak meletakkan asas dalam diri mereka.”semua manusia adalah hamba” dan “tidak semua hamba itu adalah manusia”…bilamana tidak mencapai tahap sebagai seorang hamba,mana mungkin seluruh kehidupan semuanya bersandarkan kepada Allah.mana mungkin penyerahan itu “totaly” kepada Allah.sama-sama kita usaha dan bawa diri ke arah menjadikan kita “hamba”NYA.contohnya menuntut ilmu : sejauh manakah ilmu yang dituntut itu mampu mencapai tahap kita kepada “makrifatullah” yakni kita mengenal Allah?kalau itu tidak mampu dicapai, mustahil seorang itu akan dipandang dengan ilmu yang ada dan sia-sia dengan apa-apa ketinggian/kejayaan/kegagalan yang dicapai olehnya jika ilmu itu tidak mampu membawa kepada tahap kehambaan sebagai seorang hamba.

    blog ana tgh cuti.not found.maybe akan bertukar alamat kot.

  2. ummuhanah said,

    27 Oktober 09 pada 5:54 am

    salam,

    terima kasih atas komen syarqawi.
    banyak sangat sampah kat siaran TV malaysia. Selain dari tayangan drama dan berita perdana , aksi-aksi lakonan dalam iklan juga memualkan kita ……tak tau le nak cakap apa….’mengong’ dah siaran TV kita😀

  3. soleh-M said,

    27 Oktober 09 pada 5:35 pm

    bila siaran tv dh mengong,apetah lagi realitinya..
    isk..
    bnyak sungguh!..
    naek seram ana…

  4. ummuhanah said,

    27 Oktober 09 pada 10:40 pm

    nak buat camana …kalau nak menonton jugak kena tapis le soleh M…tapis sungguh2….sebab ‘channel putih’ macam astro oasis pun bercampur aduk abis…..bahkan menonton cerita katun pun senak jugak rasanya, Budak Hagemaru tu kurang asam betol ..😀😀

    tengok kerja orang TV sekarang cukup merosakkan… jelas kita akan nampak semua golongan mereka heret terlibat dalam rancangan maksiat…..dari anak muda, remaja, kanak-kanak, suami isteri, orang cacat…malah orang tua senja pun turut diheret ke kancah perbuatan tak bermoral …

  5. soleh-M said,

    28 Oktober 09 pada 12:50 pm

    huhu..
    ana rasa tu la pasai ayah ana buang astro..
    haha..

  6. ummuhanah said,

    29 Oktober 09 pada 10:19 pm

    pasaipa pulak buang terus, masih ada ruang/cara bagaimana nak manfaatkan astro ni. Lock aje channel yg tak elok tu…buka saluran National geografic ke, animal planet ke, TVIQ ke…

    lagi pun kita mesti melatih diri utk mempunyai keupayaan memilih dan menyaring…..betoi tak ??😀😀😀

  7. soleh-M said,

    1 November 09 pada 7:56 pm

    stu nye pasai yg diatas..
    tp yg utamanye..
    pasai bila ada astro kami ni melekat tros kat tv..
    tdoq pon depan tv..
    haha..

  8. nuriman said,

    3 November 09 pada 11:33 am

    sy tengoklah jugak nur kasih ni..tp sat ajelah sbb kul 9.30 tu ada semanis kurma….tp comei artis2 yg seksi2 ni bertudung..manalah tau satu hari nanti diorang bertudung…

  9. eikorina said,

    6 November 09 pada 11:11 pm

    insyaallah..moga2 diorg ni terbukak ati nak pakai tudung…jgn laa pakai kerana fesyen..biar laa pakai kerana Allah taala…

  10. DNA said,

    10 November 09 pada 7:39 pm

    Assalamualaikum!
    huh! betul-betul tajam menikam la tulisan kak cik ni. tahniah.
    sesunguhnya kita tak boleh lari dari kebenaran dan ‘lakonan’ mereka berjaya memukau seluruh Malaysia

    mari kita sama-sama berdoa agar hati mereka terbuka untuk berubah.
    Insya’Allah.

  11. ummuhanah said,

    11 November 09 pada 1:07 pm

    salam nuriman…

    suka menonton TV jugak ke ?…saya tak berapa sempat nak menikmati siaran kegemaran saya, asyik berebut dengan anak-anak. hmm depa layan katun sampai maknya nak tengok ‘Halaqah’ pun tak dapat…cheeewaah, baiknya mak dia. Sebenarnya saya jarang menonton…..tu yang macam katak bawah tempurung….berita semasa selalu dapat dari member2 di sekolah. Kerja rumah berlambak ….kesian saya huhuhuhu

    ekorina, sama-sama kita doa semua artis muslim di Malaysia ni membawa ‘penghayatan yg hakiki’ dalam drama lakonan mereka.Kalau bertudung tu bukanlah kerana keinginan atau keistimewaan….tapi kerana kewajiban dan amanah.

    Nazri, wah lama tak dengar berita….anda di singapura ?? kak cik tulis tiada lah niat nak tikam sapa-sapa, sekalipun tajam ia sebenarnya berisi makna…. maka ‘makna’ itulah yang kak cik nak sampaikan sebenarnya.

  12. DNA said,

    19 November 09 pada 8:43 pm

    saya macam ni je la kak cik!
    baik-baik sahaja.. dan terima kasih kerana bertanya.😀
    untuk pengetahuan kak cik, saya masih diSingapura, menjalankan tugas yang diberikan. kekalnya saya disini ibarat setianya saya kepada mata kail kepada joran. ada kala dibuang dekat dan jauh dan ditarik semula..
    (hiss… mengigau gaknya budak ni!)

    tapi memang seronok baca hasil tulisan kak cik ni. penuh dengan makna.😀
    teruskan kak cik!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: