lambakan kisah ‘cinta’…

Saya singgah di sebuah kedai buku di Seberang Jaya. Sementara menanti suami dan anak-anak lelaki saya selesai solat jumaat saya ‘jamu mata’ di kedai buku tersebut. Seperti biasa Raihanah cukup happy membelek ‘colouring books’ yg terdapat gambar kartun barbies, mickey mouse, upin ipin dan memacam lagi. Saya terpandang satu sudut yang terdapat beberapa rak yang dipenuhi buku dan menjadi tumpuan ramai pengunjung kedai itu. Kebanyakannya remaja perempuan.Rupa-rupanya itu sudut buku-buku novel yang hampir kesemua novel di situ bertemakan cinta….banyaknya !!!

hmmm…singgah le mana-mana kedai buku, anda akan dapati lambakan novel cinta dalam pelbagai bahasa. Memanglah remaja seronok membacanya kerana ia agak ringan dan boleh berangan.Tambahan pula ia terbit dari rekaan dan peristiwa yang diada adakan. Mungkin ada sedikit terselit kebenaran pengalaman tapi ia tetap diberi sentuhan tambahan untuk lebih memberi kesan.

Pada saya lambakan novel cinta adalah satu ancaman hebat terhadap remaja masakini apatah lagi kepada remaja muslim. Pembinaan kepribadian dan jatidiri boleh terbantut jika kerap tenggelam dalam bacaan novel-novel cinta. Dengan gaya bahasa yang indah, khayalan cerita cinta yang asyik serta olahan watak yang ‘sempurna’ dan hebat boleh mendorong pembaca untuk hidup dalam khayalan cerita berkenaan.

Pembaca akan ‘berangan’ sakan ketika membaca novel itu dan perasaan jadi terbuai-buai. Kebanyakan novel cinta remaja lebih mendorong pelajar untuk berkhayal dan mendambakan ‘peristiwa’ cinta yang sama berlaku kepada mereka.Lebih parah ia juga boleh mengujakan perasaan dan merangsang remaja untuk bercinta kerana kisah cinta orang bercinta selalunya bahagia biarpun lahiriahnya mereka kelihatan derita dicabar dengan halangan dan dugaan.

Biarpun ramai yang merasakan dalam sebuah novel cinta khususnya novel cinta remaja banyak terselit pengajaran dan nilai-nilai murni yang boleh diambil panduan, tapi saya yakin kesannya tidaklah begitu dominan berbanding hasrat komersil utk mengaut keuntungan dari karya yg dihasilkan.Novel cinta yang tidak diselitkan dengan unsur romantis, keghairahan perasaan lelaki perempuan, atau bahasa-bahasa yang membungakan perasaan tidak mungkin akan mendapatkan sambutan.Ramai yang membaca kisah cinta dari novel adalah untuk menikmati dan menyelami ‘keindahan rasa’ watak teruna dara yang bercinta dalam novel tersebut bukannya kerana mereka mengharapkan dapat meningkatkan kualiti pribadi dan memperkukuhkan diri sebagai individu dlm masyarakat.

Wahai remaja,
bakal pemimpin masa hadapan.

Saya tidak mungkin boleh menghalang kamu dari ‘malayan’ novel cinta. Sama seperti saya tidak boleh melarang kamu untuk bercinta.
Tapi dunia ini nanti bakal diwariskan kepada kamu untuk ditadbirkan. Takkan pewaris kepimpinan dunia akan datang memenuhi usia remajanya dgn membaca novel cinta semata ? keampuhan jiwa yang bagaimana dapat kamu harapkan dari keseronokan ‘bercinta’ sebelum masanya?

Kehidupan adalah jauh lebih ‘besar’ dari sebuah novel. Perjuangan menjadi individu muslim yang sebenar jauh lebih hebat utk dilakarkan dlm cuma sebuah novel. Plot cerita novel adalah khayalan manusia yang berlangsung atas kehendak pencerita.Sedangkan takdir sebuah kehidupan sebenar adalah rahsia. Ia dalam pengetahuan tuhan semata dan langsung tidak terdaya diduga manusia. Jadi saya kira cerita sebuah novel cinta tidaklah begitu bermakna dan berharga. Ia hiburan dan sekadar cerita sahaja.

Kepentingan memilih bahan bacaan yang baik dan kesungguhan memupuk sifat cinta kepada ilmu adalah antara pra syarat kepada pembinaan fikrah dan pribadi yang mulia.Sedangkan pribadi dan akhlak yang tinggi pula adalah asas kepada perubahan yang bermakna. Tidakkah kamu terfikir untuk menebus segala penghinaan terhadap umat Islam suatu hari nanti ? Tidakkah kamu bercita-cita untuk menggantikan segala kejahatan dengan kebenaran Islam ?

Jadi saringlah apa yang kamu santapi sebagai sumber ilmu. Hanya ilmu yang benar dan bermanfaat dapat memimpin kamu kepada fitrah. Carilah ilmu yang bermanfaat untuk melahirkan jiwa bertadabbur dan berkemampuan dalam interaksi dgn kehidupan dan zaman.Jadilah remaja yang boleh disandarkan harapan kerana kamu calon pemimpin masa hadapan.

9 Komen

  1. ummusaif said,

    25 Julai 09 pada 11:21 pm

    yang ni la yg ana selalu kata ‘saudagar mimpi’ tapi bebudak la ni suka bermimpi,fikir nak senang je..maklumla dlm novel tu heroin comel,ayu sopan pijak semut pun tak mati,, hero plak ada title tengku,takpun amat kaya,handsome, romantik, nak apa semua dapat…pastu bebudak pompuan ni pun tangkap lentokla…ralit dianyam mimpi, live happily ever after….

  2. ummuhanah said,

    26 Julai 09 pada 6:18 am

    depa bukan nak dengar nasihat kita, setelah dibius novel cinta apa je nasihat dari orang tua dah tak de maknanya bagi depa, tu yang masih boleh mengadap novel bawah meja ketika cikgu mengajar di kelas.

    macamana nak sedarkan depa ??

    walaupun dah ada novel cinta islamik tapi…..tetap boleh mengkhayalkan rasa jugak. Ni semua lebih kpd ‘nak meniaga’ bukan nak didik manusia.

    saya promote novel bertemakan sejarah pun tak ramai yang suka … sedih !

  3. alsyarqawi said,

    27 Julai 09 pada 7:53 am

    assalammualaikum mlmh….wah,lama tak ketemu..apa khabar mlmh?nak berhenti dah ke menulis di blog?tak dapat la nak tahu perkembangan mlmh.hihi……seronok saya baca “lambakan kisah cinta ” karangan mlmh mahani.mmg tak dapat dinafikan mmg cukup banyak novel cinta ni.baru ni saya gi book fair di PKNS Shah Alam pun sama.banyak sangat.tambah plak sakrg dah jadi trend penulis create novel yg berunsurkan islam….saya pun tak tahu kenape.nak bercakap soal cinta remaja ni,saya pun tak tahu nak kata ape mlmh…ape pun saya cadangkan mlmh wat satu hari “mencari cinta” kat student mlmh.program.sekadar berkongsi dan ingatan shj dan blh bagi “ubat penahan” dr dok jadikan novel sbg teman masa lapang ni..sbb penulisan novel cinta makin berkembang pesat…kdg tue takut jugak sbb kita blh lupa kepada DIA yg sebenarnya DIA yg kita wajib jth cinta.bila kita cintakan DIA,barulah DIA boleh bg kita cinta sesama insan yg sepatutnya agar urusan agama dan kesudahanya InsyaAllah keredhaanNYA.nampak susah,tapi tu la kewajipan kita.termasuklah saya..nak kena kuat…bukan ape,melihat dengan rentak hidup sekrg,kes-kes moral,sosial,sedikit sebanyak bermula dari luahan cinta yg maybe ntah ape-ape tujuan sbnrnya.sekadar berkongsi cerita.dan bagi saya ianya satu kata-kata untuksaling mengingati termasuklah saya.hihi..promote la lagi bk sejarah.saya sk buku sejarah sekrg.sejak awal form five.saya rasa sejarah nie,patut banyakkan mula dgn cerita tntg sejarah Islam.sbb moral of the story banyak sgt kat situ…macam sejarah melaka,sejarah kejatuhan melaka,ada satu buku tu saya baca selain dr ianya rentetan dari kejatuhan Islam kerajaan terdahulu,faktornya lbh krg sama iaitu bilamana sesebuah kerajaan Islam itu mengalami zaman keemasan,mulala timbul sikap tamak,dengki dlln.bangga dengan nikmat dari Allah..kesanya boleh lihat hari ini…..InsyaAllah,kita mohon petunjuk dan diampunkan segala dosa,dipelihara dari sesuatu yg bolah mendapatkan kemurkaanNYA.aamiin

  4. pakndak said,

    27 Julai 09 pada 12:53 pm

    assalamualaikum, emm, tak salah membaca novel berunsur cinta nie, kadang2 ada jugak sedikit panduan untuk menilai perasaan. cuma jangan jadikan novel tue sebagai bahan yang membolehkan diri kita lagha sampai melewatkan yang fardhu. membaca jugak dapat menyegarkan minda untuk berfikir. tapi, sebaik2 bacaan adalah Al Quran, sudah habiskah kita baca terjemahan Al Quran? tepuk dada tanya iman. -peminat novel alaf 21

  5. ummuhanah said,

    28 Julai 09 pada 10:01 am

    salam syarqawi,
    lama anta tak menyinggah sini, mlh pun tak nak kacau, tahu enta sibuk dgn kuliah…. 😀
    Memang ada cadangan utk cuti sebentar dari berblog ni, ntah le… tetiba je rasa nak rehat dan nak buat benda lain 😀

    muallimah pun tak tau nak komen camana….novel cinta ni tarikannya cukup kuat. Ada yang sanggup berbelanja lebih utk beli novel cinta tapi ‘kemut’ bila minta duit utk fotostat lembaran kerja atau duit program2 outdoor yg sekolah anjurkan.
    Ada yang boleh habiskan novel beratus muka dlm masa sehari tetapi ‘liat’ ulangkaji buku sejarah biarpun mlh minta 2 atau 3 mukasurat saja.
    Mlh nampak watak2 dlm novel sedikit sebanyak turut mempengaruhi watak remaja kita masakini samada yang positif atau negetif.

    sekarang keghairahan menghasilkan novel cinta islamik juga semakin menjadi-jadi. Pun demikian bila mlh teliti ia tetap ada elemen2 yang boleh membuatkan remaja leka, terbuai rasa dan merasa ingin bercinta.Walau dibubuh beberapa istilah arab, digambarkan perasaan cinta yg dibaja penuh keimanan tapi telitilah….tetap ada sentuhan2 penulis yg bertujuan memberi kesan rangsangan pada pembaca.

    Rasanya novel cinta banyak buruk dari baiknya. Tak banyak kematangan dapat dicapai menerusi bacaan novel cinta….sedikit je pengajaran yang boleh diambil, yang lebihnya ‘syok sendiri’ dan berangan-angan.

    mlh berminat dgn buku sejarah yang syarqawi maksudkan itu. Boleh mlh dapatkan judul dan penerbitnya ??

  6. ummuhanah said,

    28 Julai 09 pada 10:15 am

    pak ndak

    ada benarnya komen pak ndak. Tiada halangan utk membacanya sekiranya boleh bijak menanganinya. Cuma saya bimbang tarikan cerita cinta menjadikan pembaca ‘terbius’ dan ketagih pula membacanya.

    Sebagai guru saya lebih tenteram jika remaja2 kita memilih bahan bacaan yang membina fikrah mereka. Bahan bacaan yang menjadikan mereka pemikir yang teliti, menimbulkan keazaman utk membela agama, membentuk masyarakat yg islamik dan menyuburkan kebencian kepada kemaksiatan.Saya impikan mereka memiliki pemikiran yang serius utk mengubah masyarakat dan memimpin mereka kepada kesejahteraan hidup bersama islam.
    Tapi saya tiada keyakinan ‘novel cinta’ mampu memenuhi hasrat yang sedemikian.Makanya saya ‘rimas’ melihat lambakan novel cinta di pasaran dan ia menjadi tumpuan dan kegemaran….

  7. alsyarqawi said,

    28 Julai 09 pada 1:33 pm

    Waalaikummussalam mlmh mahani,

    oo..cuti sebentar je.ana luluskan lah.:)..tak la sibuk mana pun.sibuk mana pun kita,mesti ada masa jugak.ana sokmo singgah di Wadi Insyirah nie.cuma bila nak create komen tue,ana simpan dulu..Maaf la mlmh..ana baca sejarah tue masa pesta buku selangor baru nie.tak beli pun.beli buku lain.banyak buku sejarah yg menarik.nanti ana cuba dapatkan.lagipun pesta buku masih berlangsung lagi.minggu nie last.InsyaAllah….bagi ana mlmh,banyak bahan yg kita boleh baca.yg simple ada.berat ada.pelbagai sudut lapangan bolh kita tgk dan dapat..tambah sekarang buku2 yg diterbitkan untuk bantu kita menilai diri,tgk diri kita ke,soal cinta ke banyak.contoh macam buku “pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul”bagus buku tue.banyak lagi la.”Bidadari Syurga karangan Munif Ahmad” dlln.bab nak bangunkan diri itu lagi banyak.tambah pulak “Dont Be Sad” mmg dapat tempat org sekarang.pi mana pun InsyaAllah blh nampak org kita dok baca buku tue…ana rasa tak de masalah kita nak tolak novel cinta nie.hihi..jadi SMAI boleh la dapatkan buku-buku tersebut..sekadar pendapat dan pandangan.Ape pun Alhamdulillah,lambakan buku agama,tarbiyah,pembangunan diri dlm jalan Islam banyak sekarang.bagi ana ini petunjuk yg baik.Org sekarang pun boleh buat pilhan yg sepatutnya….

  8. soleh-M said,

    29 Julai 09 pada 2:59 pm

    salam mlmh..
    mmg novel2 ni sgt me’ralit’kn..
    ana dolu pon bc jugak crita2 camtu..
    skng dah sangat xberminat…
    tgk tajuk pon dah xde perasaan nk bc skang..
    ana lebih prefer bc buku2 sirah..
    yg abdul latip talib tuleh tu..
    best…

  9. ummuhanah said,

    30 Julai 09 pada 6:39 pm

    salam syarqawi dan soleh M…
    2 ‘s’ yang sudi menyinggah di sini.
    terima kasih daun keladi…

    Antara kesedihan yang kami guru-guru rasai yang antum berdua mungkin maklumi…kalau buat spot check kat skolah nanti ‘berlambak’ novel cinta yang dapat kami rampas, kebanyakannya dari pelajar perempuan… teruknya.

    muallimah akur,
    Bacalah apa pun yang anda suka, yang ringan atau yang berat…apa yang penting bacaan kita itu dpt mendatangkan keinsafan dan boleh meningkatkan keimanan kepada Allah. Rasa insaf dan meningkat iman ini tiada siapa yang dapat lihat…kita sendiri yg rasa. Jadi hanya kita yg tahu mana satu bahan bacaan yang memberi kesan ‘menghidupkan’ jiwa


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: