Dunia tanpa suami….

Mungkin sempat satu dua entri lagi untuk tahun ini sebelum saya mengambil ‘cuti tahunan’ nanti. Saya berkemungkinan mampu mengisi blog ini hanya sehingga hujung bulan ini, ada tuntutan lain yang rasanya lebih utama maka nak kena pandai pilih keutamaan.

Seronok menulis ni…ianya seperti bercakap sorang-sorang…..bukan tak siuman tapi lebih selesa bila dapat luahkan perasaan. 😀

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tempat yang paling baik dan paling selamat bagi seorang wanita bergelar isteri adalah di sisi suaminya. Saya rasa tiada lagi tempat yang lebih baik dari itu.Perasaan wanita akan tenteram, rasa selamat , berkeyakinan dan bahagia bila berada bersama suami tercinta.Hati akan resah dan tidak ceria bila terpaksa berpisah sekalipun untuk tempoh singkat seperti berpisah kerana berkursus atau bertugas di lain tempat.

Tanyalah mana-mana isteri, tiada yang lebih besar rahmat dan lebih hebat nikmat selain di sisi suami. Apatah lagi jika berpeluang mengemudi rumahtangga dan mendidik anak-anak bersama adalah satu kesempatan yang cukup berharga dan tiada wang ringgit yang mampu untuk menilainya. Jesteru itu adalah suatu kesedihan dan perkara amat mendukacitakan bila terpaksa mengharungi hidup sendirian tanpa suami bersama. Lebih malang lagi kehidupan sendirian itu diharungi secara terpaksa sekalipun diri bukanlah seorang janda, balu atau digantung tak bertali.Bukan juga kerana suami hilang upaya atau hilang tanpa khabar berita. Keterpaksaan ‘menjalani kehidupan dunia tanpa suami’ ini adalah gara-gara dizalimi oleh undang-undang rimba ISA yang gila.

Tahniah untuk Norlaila Othman aktivis GMI(Gerakan Mansuhkan ISA) juga isteri kepada seorang mangsa tahanan ISA yang gigih memperjuangkan pemansuhan akta zalim itu. Akta ini menjadikan kerajaan Malaysia begitu bacul dan pengecut serta menjadikan ianya undang-undang keselamatan negara yang 60 tahun mundur ke belakang.Ia mungkin sesuai untuk tarzan atau hidupan rimba yang liar bukan manusia yang bertamadun seperti kita.

Kak Laila singgah di sekolah saya Jumaat lalu dalam siri program penerangannya tentang kezaliman ISA dan merayu sokongan terhadap pemansuhan akta tersebut. Dengan kerjasama Wanita JIM Sg. Petani Kak Laila mengadakan sesi penerangan kezaliman ISA dan menceritakan pengalaman perjuangannya bersama GMI sehingga membawa beliau ke Geneva. ISA telah jadikan kak Laila wanita berani. Dan ramai lagi ‘wanita besi’ lahir dari penderaan ISA terhadap suami .

Saya melihat penerangan ini bukanlah bersifat pribadi biarpun beliau memang lebih dekat dengan isu ini kerana suaminya sudah 7 tahun terkurung di Kemta. Tapi bagi saya isu ISA ini adalah satu isu nasional yg boleh digunakan oleh penguasa utk menzalimi kita semua bila-bila masa sahaja dan juga boleh mengancam kebebasan rakyat Malaysia seluruhnya. Ia undang-undang yang kuno dan lapok dan patut dihapuskan sama sekali. Rakyat harus disedarkan tentang ISA dari segi maksud, pelaksanaan serta kesan buruk darinya.Ia bukan sahaja menahan orang tanpa dibicara tapi ia juga melaksanakan penderaan mental dan fizikal serta menafikan hak yang dituduh bersalah itu dari dibela.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh orang perseorangan, NGO dan parti-parti politik, bermula dari surat pribadi kepada kerajaan sehinggalah kepada memo bantahan dgn puluhan ribu tandatangan, dari perjumpaan empat mata sahaja sehingga kepada demonstrasi jalanraya …semuanya dilakukan untuk meminta supaya kezaliman ISA dihapuskan sahaja .Tapi sehingga sekarang ISA masih berkuatkuasa dan masih digunakan pemerintah secara ganasnya.

Kebelakangan ini saya mendengar respon dari TPM untuk mengkaji semula akta ISA. Entah berapa kali perkataan ‘mengkaji semula’ dari pemimpin negara dapat saya dengari tapi kita seperti dibodohkan dengan penangkapan-penangkapan baru selepas itu. Lebih kurang 2 hari lepas berita astro Awani menyiarkan pandangan Pak Lah supaya ISA dikaji semula dan digantikan dengan akta yang lebih baik. Kerana katanya ISA sudah tidak relevan dengan kekebasan asasi rakyat dalam sebuah negara demokrasi.

Saya rasa pak Lah nyanyok atau mamai dari mimpinya. Dah turun dari takhta baru nak kepoh pasal ISA. Masa isteri2 mangsa ISA ke Putra Jaya nak jumpa dulu tu pak lah menyorok kat mana ?bukan main susah nak jumpa. Nak kena ‘ambush’ baru boleh kasi ‘surat cinta’. mana Pak Lah masa rakyat demonstrasi, dan masa rakyat nak serah memo bantahan ISA ? YB dari pembangkang bersuara di Parlimen Pak Lah tido ke ??…saya betol-betol rasa loya dgn lakonan pak lah.

Bagi Kak Laila pula, tanpa ada kemampuan dari pihak kerajaan untuk membuktikan kesalahan suaminya itu, suami beliau telah dipaksa berada di tahanan Kamunting dengan tuduhan palsu, jahat dan fitnah sama sekali. Kak Laila sudah 7 tahun menjalani hidup seperti seorang janda sementara anaknya pula membesar tanpa ‘sentuhan’ seorang bapa laksana seorang anak yatim. Alangkah zalim dan bengisnya ISA yang memisahkan mereka yang berkasih sayang di atas jalan yang halal. Kak Laila sudah kering airmata. Sekarang dia cuma mahu berjuang membela nasibnya yang teraniaya. Senjatanya cuma pengalaman pahit dan semangat yang tumbuh dari penderitaan rasa malu, terhina, rindu untuk bersama suaminya, membela nasib anaknya serta perjuangan hak rakyat Malaysia yang lainnya.

Dasyatnya sebuah pemerintahan yang menjunjung kezaliman. Dasyatnya rakyat yang ditipu dgn pelbagai pembangunan dan kemajuan tapi ada satu kem tahanan yang melayan manusia seperti binatang. Ia seperti satu jenama dgn Guantanamo atau penjara Abu Ghrib.Saya tidak mampu bercerita di sini, tapi jika anda ingin ‘menikmati’ pengalaman ngeri tahanan ISA di Kamunting anda boleh membaca buku Subki Latif ( Ini Sah Aniaya – ISA). Kalau anda tidak menitis airmata atau berasa sedih membacanya, anda manusia yang tidak ada ‘hati’.

Marilah kita memberi sokongan terhadap perjuangan memansuhkan Isa dan bersama mereka ini(GMI) dalam usaha menggesa ISA segera dihapuskan. Semoga semua tahanan diberikan kesabaran dan kita doakan suami-suami dan ayah-ayah yang masih dipenjarakan akan segera pulang kepada insan yang mereka rindukan.

4 Komen

  1. rahmanw said,

    20 Julai 09 pada 3:59 pm

    salam….
    baru2 ni pak lah ada keluarkan kenyataan….supaya ISA dimansuhkan…
    bila baca kenyataan pak lah ni,rasa nak carutkan dia pun ada….
    waktu dia berkuasa,kenapa dia taknak mansuhkan?tapi bila dah tak berkuasa baru berani bersuara….dasar mangkuk tingkat besi yang selalu bangla guna….

  2. lastman said,

    20 Julai 09 pada 4:07 pm

    Membaca kisah tahanan ISA memang menyedihkan. Cuma keadaannya tidak seteruk tahanan pada zaman 70an adan 80an yang diseksa fizikal dan mental dengan lebih teruk. Malah isteri-isteri mereka dicuba dengan pelbagai godaan dari SB2 bangsat. Jika kita baca seksaan pejuang Islam di tempat lain malah lebih teruk, ia masih berlaku hingga kini. Ada tahanan yang disimpan dalam peti sejuk, ada yang dialirkan arus elektrik yang kecil berpanjangan,ada yang disuntik darah yang tercemar dengan virus HIV, sesetengah Muslimah diperkosa, buah pinggang dipecahkan, mata dicungkil, diberi minum air yg tercemar logam berat, kuku tangan dan kakinya dicabut, alat kelamin dibakar, kulit disiat dan pelbagai bentuk siksaan lagi. Yang saya senaraikan tadi sebatas bentuk penyeksaan yang dilakukan oleh pemerintah di negara umat Islam sendiri baik di Mesir, Pakistan, Uzbekistan, Syria dll. Jelas pejuang Islam di tempat lain menerima seksaan yang berganda ngerinya berbanding kita di Malaysia. Kita mohon dijauhkan dari kezaliman tersebut, tetapi kita juga tidak sanggup saudara-saudara kita dizalimi sedemikian rupa sedang kita rasa bahagia di luar sini. Andaikata kita ditaqdirkan menghadapi ini semua, semoga Allah menjadikan iman dan ketaqwaan kita malah bertambah kuat untuk terus istiqamah. Kita perlukan khilafah untuk menghentikan ini semua. Marilah berusaha tegakkan khilafah secara langsung tanpa rizab lagi.

  3. ummuhanah said,

    20 Julai 09 pada 10:29 pm

    alahai rahman, ekau ni kalau marah abis keluar mangkuk, senduk, garfu, besen…haiyyaa..

    Kak cik pun rasa ‘geram’ dgn kenyataan beliau. Cuma cuba bersabar dan bersikap positif. Sekurang-kurangnya dia dah buka mata, buka hati , buka telinga dan buka mulut. Mungkin beliau sudah insaf dan kita harapkan beliau serius utk menggesa kerajaan UMNO dan BN hapuskan ISA.

  4. ummuhanah said,

    21 Julai 09 pada 1:38 am

    salam lastman,

    saya menyedari penyeksaan yang dilalui oleh pejuang Islam yang terpenjara. Ia kejadian sedih semenjak dulu lagi. Pelbagai bentuk penyeksaan dan penderaan dilakukan yang diluar batas kemanusiaan. Bahkan ramai yang sudah menemui syahid akibat didera dgn kejam.

    ISA di Malaysia tidak kurang bengisnya. Anda bacalah buku yang saya nyatakan. Ia berisi dgn pelbagai pengalaman trajis mangsa yang pernah di dera ketika dalam tahanan.

    ISA malaysia menyumbat mangsa tanpa mengira bangsa dan agama. Ia senjata ampuh kerajaan pondan seperti UMNO untuk melepas geram kepada sesiapa yang mengancam mereka.

    Tiada kesalahan memperjuangkan penegakan khilafah sebagai solusi kepada segala ancaman kerosakan dunia dan pencabulan terhadap keamanan ummah hari ini.Tapi kita juga tidak perlu terlalu menunggu sehingga tegaknya khilafah atau munculnya khalifah, maka baru kita dapat bebaskan suami kak Laila dan hapuskan ISA….saya rasa kita berdosa mengambil sikap begitu.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: