Dalam hati ada cinta…

Saya payah benar nak letak tajuk ni, tak de idea…ntah! saya belasah je le letak topik yang jiwang-jiwang skit. Kalau macam tak de perkaitan dengan tulisan saya di bawah ini kira buat dono je le…nge nge nge.. ūüėÄ cuma kalau ada sedikit ‘makna’ yg saya cuba nak kaitkan ialah “dalam hati saya memang ada cinta”…pada KELANTAN negeri saya ini biarpun saya bermastautin jauh di utara ini.

9 Julai 2009 jam 10.45mlm, saya bertolak ke Kelantan dalam satu lawatan singkat bersama beberapa orang rakan guru, kerani, kakitangan kantin dan 6 pelajar banin serta 5 orang pelajar banat. Perjalanan waktu malam kami isi dengan tidur je le. Tak dapat nak menikmati panorama alam kerana yang ada pada pandangan mata hanya langit yang hitam kelam.

Alhamdulillah tiada sebarang halangan maupun masalah dalam perjalanan tersebut . Jam 4.30 pagi bas kami telah menaiki jambatan Pasir Mas-Salor dan saya terlihat beberapa buah kereta berderet lebih kurang sepanjang 300m di kiri kanan bahu jalan. Beberapa lelaki dewasa berkumpul dalam pakaian t shirt , jeans, topi serta deruman enjin kereta yang mengaum-ngaum kuat. Hiss nak race le ni…saya meneka dalam rasa BENCI. Kan elok masa-masa segini di isi dgn amal ibadat pada Allah dan bersiap-siap utk berjemaah di surau dan masjid. Dok ‘tahajud’ dengan kereta kat jalanraya pasaipa ??…benci lah menengoknya…..memalukan Kelantan je le.

Kami tiba di Pulau Melaka kena pada waktunya dan sempat bersolat subuh berimamkan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Selesai berzikir kami disajikan pula dengan tazkirah dari tuan guru yang mengingatkan supaya kita berpegang sungguh dengan Islam dalam apa saja perbuatan kita. Tuan guru ingatkan bahawa segala masalah yang timbul dalam kehidupan masyarakat kini semuanya kerana manusia tidak berpegang pada agama Allah, dan meminta kita semua supaya memasuki Islam secara menyeluruh. Dalam rasa mengantuk tu saya gagahi juga menyelami rasa hati tok guru dalam tazkirah subuhnya itu.Indahnya kalau semua menteri besar adalah seperti menteri besar saya ini.

masjid tok guru di Pulau Melaka

masjid tok guru di Pulau Melaka

Selesai saja tazkirah itu saya kemudian melihat ramai lelaki muda dan tua mendukung bayi yang masih dalam pantang rasanya, dan membawa kepada tok guru untuk ditahnik….masyaAllah ramainya. Rupanya upucara ini adalah rutin harian dimasjid tok guru ini dan lebih ramai di hari jumaat. Penduduk Kelantan dari segenap tempat datang mengambil berkat tok guru untuk mentahnikkan bayi mereka.

tukang urut suka rela ni agak beruntung...

tukang urut suka rela ni agak beruntung...

berebut nakkan tok guru 'belah mulut'..

berebut nakkan tok guru 'belah mulut'..

rumah tok guru bersama anak-anaknya.

rumah tok guru bersama anak-anaknya.

syukur...sempat saya snap gambo tok guru

syukur...sempat saya snap gambo tok guru

Selesai di Pulau Melaka kami ke pekan KB.Saya sangat nantikan waktu sarapan di negeri cik siti wan kembang ini. Nasi kerabu, nasi berlauk dan pulut pagi saya jamah bersama air kopi. Saya lihat ahli rombongan yang lain juga tidak melepaskan peluang menikmati sarapan tradisi masyarakat Kelantan seperti nasi berlauk, nasi dagang, nasi himpit dan nasi lemak daun pisang.

Yang paling menawan hati dan paling saya sukai bila berpeluang pulang ke kelantan ialah makanan tradisionalnya yang menjadi nostalgia serta membuatkan saya ‘kecur’ bila terkenangkannya.
Nekbak, jala mas, akok, pulut dakap, tahi itik, sagupa, serabe, tepung bungkus, buoh gomok, lompat tikam, kepek idong, puteri mandi, kato, jering rebus, cik mek molek, pokputat……fuuhhhh tak tertulis makanan kelantan yang singgah di lidah dan perut saya di zaman ‘membesar’ di kelantan dulu.

Kami ke Dataran MPKB pada jam 9.30 pagi utk menikmati kuliah mingguan tok guru untuk rakyat kelantan khususnya dari daerah yang berdekatan. Begitu ramai yang ‘turun’ menadah telinga baik kaum muslimin atau muslimatnya. Rutin pagi jumaat ini sungguh menyeronokkan . Majlis ilmu di tengah kesibukan bandar Kota Bharudan pemandangan kuliah tok guru yang dipenuhi pengunjung menjadi tarikan dan keistimewaan Kelantan berbanding tempat lain.Rakan-rakan saya berharap ustaz Azizan dapat mengusahakan perkara yang sama untuk negeri Kedah ini.

dataran MPKB

dataran MPKB

muslimat yang mendengar kuliah tok guru di dataran MPKB

muslimat yang mendengar kuliah tok guru di dataran MPKB

penuh sesak di majlis ilmu tok guru

penuh sesak di majlis ilmu tok guru

Baki masa yang ada kami gunakan utk membeli belah di pasar siti khadijah, pasar Buluh Kubu dan KB Mall. Selain keropok, telekong sembahyang, kain batik dan kain pasang, saya lihat ramai yang membeli kain tudung sebagai buah tangan dari Kelantan. Saya tak la teruja sangat berbelanja memandangkan saya selalu pulang ke kelantan ini. Cuma sempat membeli t-shirt utk anak2 saya, serunding daging, bepang dan beberapa buah buku agama ketika singgah di Kedai Jaafar Rawas. Sementera menantikan ‘orang Kedah’ shopping sakan saya terlena di Masjid Muhammadi sambil memeluk beg tangan….hehehe

Bukan apa, saya dah mendengar banyak cerita kecurian di masjid ini. Teman saya kehilangan dompet dan hanfon sewaktu singgah solat di sini. Seorang pengunjung juga memberitahu saudaranya pernah kehilangan jam dan dompet ketika sedang solat. Betapa cekapnya pencuri di sini, biarpun barangan pribadinya itu diletakkan dihadapannya ketika solat tapi bila selesai sujud je dompetnya hilang.Yang geramnya ketika bersiar-siar di kawasan padang bersebelahan masjid ini, 3 orang anak murid saya telah diugut dan cuba dirompak ….takut saya di buatnya.

pantai PCB...Pantai Cahaya Bulan atau Pantai Cinta Berahi...hehehe

pantai PCB...Pantai Cahaya Bulan atau Pantai Cinta Berahi...hehehe


Lokasi terakhir yang dikunjungi ialah pasar malam wakaf che yeh…..kami singgah sebentar sebelum berangkat pulang ke Sg Petani. Mahalnya barangan kat sini, kat KL pun tak mahal segini rasanya. Harga makanan pun boleh tahan juga tingginya. Sepinggan mee goreng berharga RM 5.50 sedangkan di Kedah ni cuma RM3.00 je. Pakaian yang berkualiti siam dan barangan-barangan berjenama tapi dari ‘Golok’ turut ‘ada harga’ di sini….yang murah hanya pauh siam dan buah mata kucing……iishh cekik darah juga peniaga2 di Kelantan ni….tak mesra pelancong lah kalau camni.

Bas kami meluncur pulang pada jam 11.30 malam dan kami akhirnya tiba di perkarangan sekolah sebelum azan subuh dilaungkan….Alhamdulillah.

2 Komen

  1. rahmanw said,

    20 Julai 09 pada 3:21 pm

    salam…
    kakcik….awat berbeza?
    antara ni…
    https://khamleng.files.wordpress.com/2009/07/kelantan4.jpg?w=300&h=225
    dengan yang ni….

    bila TG renovate ni?

  2. ummuhanah said,

    20 Julai 09 pada 10:21 pm

    salam rahman,

    gambo yang rahman tunjuk tu gambo lama. Sekarang dah lain sikit. Dah salin atap, tuko pintu dan ada penambahan yg ketara dibahagian belakang. Kak cik dengar kebanyakan anak2 tok guru dok sebumbung dgn beliau termasuk nik adli dan nik abduh…mungkin itu agaknya rumah tok guru dah besar sikit.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: