menang ???

saat saya tarikan jari di atas keyboard utk tulisan ini, kita semua sedang nantikan keputusan pilihanraya kecil Manik Urai, Kelantan. Seperti biasa kalau cepat keputusan diumumkan maknanya BN menang….tapi kalau lambaaat sikit itu tandanya Pas menang. Maka saya tangguhkan dulu hasrat berkongsi pengalaman makan angin di Kelantan untuk menghirup suasana membuang undi di manik Urai hari ini.

Saya tidak senang membaca blog yang agak sombong mengatakan Pas pasti menang. Saya juga tak sukalah ada tulisan yang tak habis-habis ‘menghina’ keupayaan UMNO dalam lonjakan keyakinan bahawa kemenangan pas berada di dalam tangan. Sebenarnya, soal urusan gerakkerja dan usaha sudah dilaksanakan…maka natijahnya kita serahkan pada tuhan dengan penuh doa pengharapan dan rendah hati merayu pertolongan….jangan sebelum keputusan diumumkan kita dah kembang hidung kesombongan. Peratus keluar mengundi yang tinggi di Manik Urai saya kira sangat ‘merbahaya’ dan mencurigakan untuk sebuah pilihanraya kecil….bahaya !

Lebih kurang jam 10.30 tadi saya terjaga dari terlelap apabila menerima sms dari Zura di Tanah Merah dgn tulisan “TAKBIR”nya menyambut kemenangan Pas. Saya balasi dengan kalimah ‘ALHAMDULILLAH’ dan menghadapi komputer saya utk meyambung tulisan ini. Baru saya ketahui kemenangan itu sangat tipis dgn majoriti 65 undi….tipisnya,alahai. Bagi saya pula…calon BN Tuan Aziz Tuan Mat adalah individu yang saya kenali ketika di Universiti dan senior yang pernah membantu saya ketika mula-mula menjejak kaki di fakulti FPPSM….tahniah Tuan walau tak berjaya menjadi YB.

Tahniah untuk rakyat Manik Urai dan tahniah untuk Abe Ujie. Apa pun kemenangan sudah dinikmati biarpun perbezaan undi itu tidaklah mengembirakan hati. namun masih ada sekelumit rasa bahagia yang Allah izinkan untuk kita rasai….bertasbih dan bersyukurlah .

Saya mengunjungi ‘blog’ pro Pas yang agak sombong tadi untuk membaca tulisan terkini, namun tak ada pula yang update kan entri….mungkin terkejut ternganga dan rasa macam bermimpi….mengapa Pas boleh menang tak bergaya di kubu kuat sendiri. Maknanya trend menang bergaya parti dari Pakatan Rakyat dalam beberapa siri PRK sebelum ini tidak menjadi realiti di negeri saya ini.

Allahuakhbar !
apa pun andaian yang boleh kita katakan tentang situasi ini, atau pelbagai keputusan post mortem yang boleh kita perolehi nanti, saya ingin kita ada rasa keinsafan bahawa apa yang berlaku adalah keizinan tuhan dan kita telitilah dengan teropong iman. Berpolitik juga adalah sebahagian dari medan meninggikan agama dan medan kita menzahirkan iman, maka iman, ihsan, ikhlas, taqwa dan sahsiah hendaklah kita jaga. Tiadalah kesalahan berpropaganda tapi janganlah sampai meletakkan kita ditahap takbur, riya’, ujud dan merasa bangga. Nikmat Allah boleh hilang dan ditarik bila-bila masa.

Saya mendoakan wakil pas yang menang dapat memberi kekuatan kepada usaha jihad pas di kelantan untuk menentang kemungkaran dan mengajak rakyatnya kepada keimanan. Begitu banyak usaha dilakukan untuk mencorak kehidupan rakyat supaya berteraskan iman namun cabaran sangat-sangat getir saya rasakan. saya doakan parti pas di kelantan diberi kekuatan utk berperanan menyebarkan dakwah islam dan mencorak kehidupan rakyatnya bertunjangkan ajaran Islam. Takbir !!..ALLAHUAKHBAR

” (iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang maaruf dan menegah dari perbuatan mungkar. (al-Haj :41)

4 Komen

  1. fikru1mustanir said,

    15 Julai 09 pada 9:23 am

    Salam,

    Kemenangan tipis in seharusnya menjadi pembuka jalan utk PAS memuhasabah diri.

    Apakah pendekatan selama ini, yang mula melunakkan suara Islam dan meliberalkan Islam yang menjadi landasan perjuangan, menyebabkan para pengundi mula bertanggapan bahawa PAS dan UMNO tiada bezanya?

    Perkara ini seharusnya difikirkan oleh para pemimpin PAS dalam menentukan hala-tuju perjuangan untuk hari-hari yang mendatang.

    Wasalam.

  2. rahmanw said,

    15 Julai 09 pada 6:31 pm

    salam….
    tak jadi kehairanan kalau menang tipis…sebab setiap kali PRK,kita akan menghadapi JENTERA KERAJAAN,bukan jentera umno.waktu PRK la banyak duit RAKYAT dilaburkan….tapi pendapat peribadi saya mengatakan….faktor undi merosot ni ada penyebab dari PAS juga…
    1)isu kerajaan perpaduan masih belum padam dari ingatan.
    2)calon….yang sesetengahnya mengatakan tidak berkelayakan kerana faktor akademik.
    3)janji2 umno lagi power dari PAS.
    tapi papepun………janji menang…hehehe….
    alhamdulillah….

  3. ummuhanah said,

    15 Julai 09 pada 6:32 pm

    salam FM,

    kalau anda teliti situasi p/raya di Kelantan….dia macam tu lah.
    sekejap menang tebal…sekejap menang tipis
    kekadang tewas sama sekali

    pun begitu…tak rugi jika menang atau kalah, kita tetap melaksanakan muhasabah diri.

    orang kelantan ni pelik sikit
    kadang boleh dibeli…kekadang ‘mahal’ sekali
    kadang ada jati diri…kadang hanyut dibawa arus duniawi.

    suara islam perlu dilunakkan tapi bukan diliberalkan.
    Islam diminati dan menyentuh hati orang kafir kerana kelunakan dan
    kelembutan sifat dakwah islam.
    dalam Islam ada toleransi tapi bukan campur adukkan.

    Pas akan nampak ketara berbeza dgn UMNO
    kecuali pada orang yang rabun mata hatinya.

    InsyaAllah, pas masih di atas orbitnya dan tiada yang tak kena dengan dasar islam serta hala tuju pas…

  4. ummuhanah said,

    16 Julai 09 pada 5:26 am

    salam….rahmanw.

    prk ni lain skit…lebih-lebih lagi di Kelantan….kalau kita perati memang ada suatu keunikan atau kak cik lebih suka kata ‘kepelikan’. Cuba tengok rekod pilihanraya kelantan yang Ust Tantawi tulis.

    . Dun Pengkalan Pasir : PAS kalah dengan majoriti 134 undi dalam pilihanraya kecil Disember 2005. Namun dalam pilihanraya umum 2008, PAS menang dengan majoriti 2,348 undi.

    . Dun Semerak : PAS kalah dengan majoriti 778 undi dalam pilihanraya kecil Ogos 1997 namun dalam pilihanraya umum 1999, PAS menang dengam majoriti 1475.

    . Dun Pulai Chondong : PAS menang dengam majoriti 118 undi dalam pilihanraya kecil 1996, tetapi dalam pilihanraya umum 1999, PAS menang 2318.

    jadi tunggu pilihanraya umum la kita nak tengok trend ni berlaku lagi atau tidak.

    hmmm….mungkin betol isu UG mempengaruhi undi di manik urai kali ini. Sebab memang ramai dikalangan org kelantan yang tinggi ‘thiqah’ dgn tok guru sampai tak boleh nak opposite langsung…payah jugak ni.

    kak cik juga rasa ada sedikit kelonggaran dalam kepimpinan pas kelantan bila wujud pertandingan utk jawatan ketua pemuda kelantan tempohari…begitu juga muktamar pas baru-baru ini menyaksikan tiada ‘wakil kelantan’ dlm majlis tertinggi…
    tambah isu ‘erdogan’ datuk Husam Musa pun masih ‘segar’ lagi…
    Pas kelantan should do something utk kembali mantapkan pergerakan pas di kelantan.

    mmmmm….tah, ta’tao


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: