jeng jeng jeng saya nak ‘makan angin’ lagi ….ngeh..ngeh..ngeh
Malu nak habaq nak pi makan angin lagi
Tapi benar…InsyaAllah esok malam saya akan berangkat bersama rombongan sekolah saya ke Kelantan.
sekali lagi malu nak kabo ni
kali ini makan angin saya.. err…err.. ke Kelantan…negeri sendiri..hek eleeh..
Apa hal makan angin ke Kelantan …. dah tak de pilihan ??
biarkan !
Seperti biasa, kesempatan masa sanggang yang ada ini saya ambil peluang untuk belayar ke alam cyber sebelum saya bakal hanyut di lautan mimpi. Dah lewat sangat ni, memang patut pun saya melayan mimpi. tak pa saya nak menulis skit je lagi.
Tersinggah di blog ustaz hasrizal dan membaca entrinya yang sedikit menjadi ubat bagi hati ini. Susunan Allah barangkali saya terbaca tulisan beliau yang telah menghiburkan hati saya yang agak ‘senak’ sehari dua ini.
Saya letakkan cebisan tulisannya di sini .
Politik ialah soal pengurusan bidang kuasa.
Ada pun semangat dakwah, berpesan-pesan dengan kebenaran dan bertolong-tolongan dalam perkara kebajikan dan taqwa, ia suatu medan yang berbeza.
Jika dilihat kepada pemimpin-pemimpin PAS seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden, dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Mursyid al-Am, mereka adalah Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Negeri dalam konteks siasah. Tetapi mereka adalah ustaz, tuan guru, pendakwah dan pendidik yang tidak pernah berhenti mengajar di kuliah-kuliah dan ceramah, membuka kitab dan juga bercakap soal ilmu dengan penuh kesarjanaan.
Malah mereka berdua juga mendukung manhaj Salaf di dalam pendekatan mereka memahami nas dan tafsiran agama.
Tetapi di dalam siasah, mereka tidak naif atau lurus bendul, menjadi tekstual dalam memindahkan 1001 petikan al-Quran, Sunnah, Sirah dan Sejarah kepada realiti.
Jauh sekali saya mahu melabel maksum kepada sesiapa sahaja kecuali Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Tetapi sekurang-kurangnya aspek ini harus diberi perhatian.
Siasah adalah seni pemerintahan yang bukan hanya bergantung kepada keterangan teks ilmu, tetapi ia memerlukan kepada pandangan jauh, pengalaman yang luas dan panjang, agar kita sama-sama faham mengapakah Yazid bin Muawiyah menjadi pemimpin umat, ketika sahabat-sahabat yang senior masih ada.
Siasah dan kepimpinan bukan sekadar sebuah kesarjanaan.
Ia adalah ketajaman membaca persekitaran dan kebijaksanaan dalam memimpin.
Ada pun soal dakwah, ia adalah kenderaan berat yang merempuh semua halangan persepsi, label, ketua negara atau banduan penghuni penjara. Sesiapa sahaja yang memberi ruang kepada dakwah, menjadi satu kesalahan bagi pendakwah untuk mensesiakannya.
Tetapi kompromi siasah dan perkongsian kuasa, ia adalah subjek yang berbeza.
Saya mempelajarinya dari teladan para ilmuan yang bukan bersantai di kerusi pemerhati, tetapi mengotorkan kaki dengan jerih dan pedih realiti umat.
maka saya telah tinggalkan komen sebegini,
tulisan yang ‘indah’ sekali dan mententeramkan hati saya ini. Sebetulnya saya usai membaca buku Islam Dan Demokrasi’ oleh TGHH kemudian saya ‘terbelek’ kembali buku Tasawur Asasi Gerakan Islam oleh Dr Fathi Yakan. Seperti ada sedikit ‘pertembungan’ yang menyesakkan dada dan saya agak sebak kerana tak berupaya merungkainya.
Terima kasih kerana tulisan ustaz ini terdapat sedikit jawapan utk saya dan ia ‘menghiburkan’.
Apa yang menghiburkan ? hanya saya yang faham.
Saya akui menikmati bahan politik agak berat bagi saya, tapi ia tetap saya gemari . Sering saya ketemu pelbagai permasalahan yang menyediakan pemahaman yang sukar dan saya letih manafsirkannya 😀 tak patut sengeh sebab ini sangat menyedihkan saya.
Agak terkilan kerana tak banyak yang dapat saya kongsi dengan teman yang berada di sekitaran. Sering kebuntuan yang saya ajukan dinoktahi dgn ‘wallahuallam’. Saya miliki beberapa teman yang agak ‘sufi ‘ dan ketekunan mereka dalam hal ibadat sedikit sebanyak mendorong saya utk mencontohi. Tapi ‘tak puas ‘ pula bila bertukar pandangan tentang politik ini. Kesian saya 😀
Tak pa lah …. saya tutup dulu buku “ISlam Dan Demokrasi” yang belum saya habisi.
Saya nak makan angin dulu ….. nak ringankan kepala yang sebu.
” love Kelantan and its budu ”
saya nak cari sontam dan nasi kerabu….nyum ..nyum…
nuriman said,
13 Julai 09 pada 7:56 pm
ala ummuhanah pergi lah manik urai..selain dari perang poster perang durian hehehe..sedap budu keterah ya…anak sy duk kelatepun dah pandai make budu kalau tidak x mau makan ngan sy hehehe..
ummuhanah said,
14 Julai 09 pada 5:30 pm
salam nuriman,
saya tak pegi manik urai…agak jauh le dari kota bharu. lagi pun lawatan sehari saja…tak sempat…..
depa ‘melepak’ kat pasar siti khadijah sikit punya lama … saya pulak berdengkur kat masjid muhammadi….alahai !
batuhitamlegam said,
15 Julai 09 pada 10:03 am
TIDAK KE MANA
Berlari di tempat
Tidak ke mana
Biar berpuluh tahun
Biar beratus dan beribu tahun
Tidakkan ke mana
Ya Allah
tunjukkan jalan
pada hamba Mu
kerana selagi syariat tidak genggam
selagi Islam tidak dilaksanakan
umat Islam takkan ke mana
perjuangannya juga takkan ke mana
peradaban Barat sudah di hujung jalan
demokrasi sudah di hujung hayatnya
selagi kita ikut barat
kita takkan ke mana
IKHLAS DARI BATUHITAM YG SANGAT LEGAM
ummuhanah said,
15 Julai 09 pada 6:19 pm
salam batuhitam legam 😀
saya faham sajak ni…errr tapi macam tak faham.. 😀 😀
ukuran ‘tak kemana’ agak tak kena
janji tuhan, Islam ini akan tetap ada yang memperjuangkan
jangan gelojoh mengharap natijah
namun tak bermakna lesu menyerah kalah
bekerjalah, ada pencatat untuk kerja-kerja kita
saya setuju kita kuburkan peradaban barat
tapi yang batil dan kufur sahaja.
masih ada yang baik untuk kita manfaat
pernah dengar rasulullah saw menghantar beberapa sahabat
ke Jerash ? suatu daerah di Yaman dibawah pengaruh kerajaan Parsi?
mereka memiliki ketamadunan dlm penciptaan senjata. sahabat2 ini dihantar utk mempelajari kemahiran tersebut.
Jadi ‘tamadun’ ini biar pun bukan dari barat tapi dari daerah kufur yang menolak keimanan pada Allah…pun masih Rasulullah ambil manfaat.
demokrasi barat kita tamatkan
kita gantikan dengan warna Islam
bubuhlah nama apa pun
kalau elergik atau tak suka dgn namanya demokrasi
yang penting ia berdiri di atas syariat islam
Allah adalah tuan punya kekuasaan mutlak
tiada yang setara denganNya
syariat islam tidak pernah memberikan hak mutlak kepada rakyat utk menghalal atau mengharam sesuatu
Hanya Dia yang layak mengadili makhlukNya
” keputusan itu hanya kepunyaan Allah, Dia memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia ” – yusuf : 40
tapi umat Islam di beri kekuasaan sebenar
yakni hak menegakkan undang2 Islam di muka bumi ini
demi tugas suci ini kepimpinan Islam yang amanah mesti dipilih
yang diberi mandat oleh rakyat untuk menjaga kesucian agama ini
dan mandat melaksanakan hukum-hukum Allah.
maka peluang memilih pemimpin ini melalui ‘kuasa’ rakyat
hendaklah kita manfaat.
“dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu di sentuh api neraka” – Hud :113
sajak anda menarik
saya andaikan ia mungkin dideklamasi pada
26 Julai di Dewan Cempaka, Kompleks PKNS Bangi.
Jadi…selamat bersajak 😀