mencari kejernihan

Ya Allah jadikanlah kami orang yang berkasih sayang keranaMu.

Ya Allah jadikanlah kami orang yang berkasih sayang keranaMu.

Saya kira isu UG ini sangat panas. Ramai yang memberi respon pada kata-kata tok guru tempohari. Ada yang memuji dan ada yang mencela.Tak kurang juga pihak luar yang cuba menambah perisa.Turut merasa tempias hebat dicerca ialah ketua pemuda Pas pusat di dalam blognya.Saya turut tersenyum membaca komen pembaca yang cuma tahu marah saja, membuat andaian dan menafsir sesuatu atas pandangan luaran sahaja.Pada saya samada yang memuji dan menghina, kebanyakan kita masih samar ttg apa itu UG.Ramai yang membawa terjemahan ‘perpaduan’ dari ilmu sendiri, bukan dari tafsiran tuan yang mencetuskan idea ini.

Bukan senang melalui perjalanan ini.Bila kita mencari kemuliaan tuhan, kita sering kelihatan hina dimata manusia. Bagi yang tahan jiwanya akan dapat merasa inilah saatnya cinta Allah sedang singgah di hati kita.

Secara pribadi, saya bersetuju atas pandangan untuk membuka jalan perbincangan dgn sesiapa jua, termasuk dengan UMNO. Kerana dlm UMNO bukan hanya ada Najib dan Rosmahnya, tapi dlm UMNO juga mungkin ada pak sedara, sepupu2 dan kaum keluarga kita ? lebih malang lagi jika dlm UMNO itu mungkin ada ibubapa kita. Tidakkah kita terasa ingin menyelamatkan mereka ? Tidak kita kita terasa ingin membawa mereka kepada Islam yg sebenarnya ?

Kita berdakwah atas kehendak Allah yang esa, bukan kehendak manusia. Allah meminta hal kebaikan/Islam ini diberi dan disampaikan kepada sesiapa sahaja muslimin atau kafir, Sebab itu dakwah kita tidak boleh terhad kpd orang-orang pas sahaja…dakwah kita juga mesti kpd semua yg ada di sekeliling kita termasuk PKR, UMNO, MIC, MCA dan sesiapa sahaja.Kita perlu guna apa saja cara yg terbaik utk islam ini bukan sekadar sampai kpd mereka bahkan islam boleh hidup dan dijelmakan dlm segala tindakan mereka.

Adalah tidak wajar kita menuntup jalan perbincangan dengan mana-mana pihak atas pengalaman lampau yg teruk dengan mereka.Memang kita boleh berhati-hati tapi kita tidak boleh serik.

Islam selain menyeru kita berhati-hati dan mengambil iktibar dari kesilapan lampau, tapi islam juga turut menekankan kpd kita hal kesabaran dan memaafkan kesilapan orang terutama ketika kita berkuasa utk membalas kesalahannya.

Jadi di sini, terserah kpd kematangan kita utk membuat pertimbangan dan memilih tindakan yg paling baik.

Pada saya, dakwah pas tidak berjalan hanya kerana kata2 TGHH. Dakwah pas juga tidak terhenti dengan hanya ada saranan TGNA. tapi dakwah dalam pas berjalan kerana kemuliaan ajaran Islam yg tinggi, dan ia tidak bersandar pada kekuatan mana-mana pribadi. Adapun kedua tok guru ini disayangi dan dicintai…jua kerana perjuangan utk agama ini.

Dalam isu UG ini biarpun kita sedar ttg nilai kebaikan yg ada padanya , tapi dalam situasi kini, saya rasa memahami penegasan dari tok guru agar jangan diungkit tentang isu ini adalah lebih utama……kita yakin ada asasnya tok guru begitu tegas sekali dan saya rasa tidak rugi untk kita diam seketika memberi ruang kepada semua pimpinan mendapatkan penjelasan/perincian sebelum ia di buka kpd umum.

mungkin benar ini bukan masa yang sesuai utk memperkatakannya, namun saya yakin suatu masa nanti seluruh pimpinan pas akan sebulat suara dan satu nada dlm menerima atau menolaknya.Memang kita perlu satu suara dan satu hati dlm hal ini kerana di situlah ukhwah kita dan ia adalah sumber kekuatan kita selama ini. Banyak pihak cuba meruntuhkannya, banyak pihak cuba menimbulkan isu, mensensasikan cerita dan memprovokasi untuk melihat kita lebih bercakaran dan berbeza pandangan

Meneliti kerja2 Islam dlm sebuah harakah, ukhwah adalah perkara usul sedangkan strategi dakwah adalah perkara cabang. Jangan pula kita berlebihan berkrisis hal-hal cabang sehingga merosakkan ukhwah yg betol-betol mesti kita jaga.

Saya bersyukur bila ada hasrat dari tok guru utk mengadakan perjumpaan ukhwah dgn kepimpinan pas pusat bagi membincangkan hal ini.Saya yakin Allah bukan saja menurunkan ujian utk kita bahkan Dia akan sediakan jalan pada kita selagi kita tetap berpegang teguh pada agamaNya.

Saya ucapkan selamat berjuang utk semua saff kepimpinan pas. InsyaAllah masih ramai yg ada dibelakang anda semua yang cintakan perdamaian dan kesatuan. Kita akan tetap bekerja utk Allah dan rasulNya, serta menjadikan cemuhan dan hinaan manusia itu kecil belaka.Serulah doa rabitah dlm munajat kita kepada Allah, bila Allah satukan hati kita, tiada siapa yg mampu merungkainya.

Kembalilah kepada Allah, bersatu hati dan berkasih sayanglah kita dijalan dakwah..

اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَي مَحَبَّتِكَ، وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ، وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ، وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ،
فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا، وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا، وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لَا يَخْبُوْا، وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ، وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ، وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَي الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَي وَنِعْمَ النَّصِيْرِ، اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَي سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَي آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ.

“Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu, bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.
Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami”.

Allahuakhbar..

7 Komen

  1. lastman said,

    22 Jun 09 pada 9:07 am

    semoga kalian kembali bersatu dengan asas iman dan persaudaraan Islam.
    juga semoga kalian kembali bersatu untuk berjuang atas minhaj kenabian.

  2. 22 Jun 09 pada 12:09 pm

    Assalamualaikum…

    Ya, kembali bersatu semula atas dasar Islam. Itu penting.

  3. pakndak said,

    22 Jun 09 pada 12:16 pm

    kalau niat kita baik, insyaALLAH

  4. ummuhanah said,

    22 Jun 09 pada 9:02 pm

    lastman, saya aminkan doa anda…cumanya,

    kalian ???…anda terkecuali ke ??

    saya rasa lebih baik kalau gantinama kalian itu diubah kepada ‘kita’…..kerana walau siapa pun kita, selagi cintakan perjuangan Islam yang benar maka semestinya kita juga cintakan kesatuan.

  5. ummuhanah said,

    22 Jun 09 pada 9:53 pm

    salam farid rashidi,

    InsyaAllah, kita akan kembali bersatu utk Islam yang dicintai..

    dan pak ndak….kita tidak mahu sekadar bersandar pada ‘niat kita yang baik…tapi kita inginkan cara dan tindakan kita juga turut baik…InsyaAllah.

  6. lastman said,

    23 Jun 09 pada 7:41 am

    betul gak tu ummuhanah,…🙂
    semoga kita semua bersatu dengan asas iman dan persaudaraan Islam.
    semoga kita semua bersatu berjuang atas minhaj kenabian, bukan minhaj ru’symaliah mahupun istirakiah.

  7. ummuhanah said,

    23 Jun 09 pada 11:48 pm

    masyaAllah, lastman guna istilah yang saya tak berapa familiar…tambahan pula saya ‘rabun arab’😀😀😀

    tak pa saya akan cari dan tanyakan maknanya… TQ


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: