Bila tok guru marah …

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

“Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

“Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

“Apa buat sampah, menyusahkan,” menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai “boneka Umno.”

Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata:

“Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu… keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

“(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

“Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno.”

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata “beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut” pada pilihanraya umum 2008.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini “telah masuk perangkap Umno” berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

“Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah,” katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

“Kalau semua setuju…PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri,” katanya.

“““““““““““““““““““““““““““`
Terkejut,
Tapi seminggu dua ni saya dah dapat menghidu ‘kemarahan’ tok guru. Saya rasa ramai yang sudah dapat merasa bahang dari kepanasan hati tok guru tentang isu ini, tapi itulah padahnya bila ada yang ‘buat tak endah’…

kenapa Tok Guru sangat marah ??

Penilaian saya bukan sekadar perkara2 yang terdapat dalam ‘kerajaan perpaduan’ yang membuatkan tok guru marah.Tapi sifat ‘hilang pedoman’ dan ‘lupa diri’ yang ada pada sesetengah ahli parti yang menyebabkan tok guru begitu tegas sehingga mengeluarkan kenyataan yang keras sekali.

Saya antara yang teruja utk mengetahui isi kerajaan perpaduan, tapi dalam situasi kini, memahami penegasan dari tok guru agar jangan diungkit tentang isu ini lebih utama…..maka saya bersetuju untuk diam dulu.

Saya yakin marah tok guru ada asasnya, lagipun selepas beberapa kali disentuh dan ditegur lembut maka baru kini beliau dilihat naik angin begitu dashat sekali. Berkali-kali beliau tegaskan supaya mendiamkan hal ini namun masih ada yang tidak peduli dan berterusan menimbulkan perkara ini, lebih-lebih lagi dari pemimpin tertinggi pas sendiri.Terkini sebelum ini bila beliau mengatakan sesiapa yang masih menimbulkan hal berkaitan UG adalah boneka UMNO….tut tut masih lagi ada yg terus berbunyi, maka layak lah menerima tempelak dari tok guru ini…

Harap sangat ustaz nasa dapat melihat hikmah di sebalik insiden ini dan kembali kita muhasabah diri….

kekadang disiplin diri dalam harakah Islam ini tanpa sengaja kita lampaui…inilah masanya untuk kembali menghitung diri dan bekerja di atas sikap dan akhlak yang jernih…

Saya berharap ada penjelasan yang lebih baik terhadap tindakan tok guru ini dan saya berharap ustaz nasa dapat bijak meredakan perkara ini

Advertisements

2 Komen

  1. nuriman said,

    20 Jun 09 pada 8:58 pm

    Salam ummuhanah..harap anak beranak ini kembali berdamai seperti dulu2lah ya.

  2. ummuhanah said,

    20 Jun 09 pada 11:50 pm

    macam tu lah harapnya nuriman…doa-doa lah ya..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: