Wajib Belajar Dan Lulus Agama

Saya bukanlah prejudis terhadap tindakan Kerajaan yang mahu mewajibkan lulus subjek Bahasa Inggeris untuk SPM .

Namun tindakan itu dilihat agak keterlaluan dan jelas mempamerkan keangkuhan kerajaan UMNO dan BN .
Belumpun selesai krisis PPSMI yang dibantah oleh rakyat justeru rata – rata melihatnya ianya tidak adil kepada rakyat terbanyak dalam banyak aspek sebagaimana yang ditegaskan oleh Gerakan Mansukhkan PPSMI .
Saya tidak nampak alasan kukuh kerajaan untuk mewajibkan lulus Bahasa Inggeris bagi Sijil Pengajian Malaysia ini . Sebaliknya apa yang kita lihat ialah betapa kebimbangan pakar – pakar dan para pejuang bahasa kian menjadi kenyataan .

Dulunya mereka berhujjah hanya untuk pengajian sains dan matematik di ajar dalam bahasa inggeris , justeru ia adalah bahasa teknologi yang perlu dikuasai oleh pelajar melalui bahasa inggeris . Biarpun dibantah keras oleh pejuang bahasa lantaran negara – negara maju boleh mencapai ketinggian teknologi tanpa mengorbankan bahasa ibunda mereka dalam apa jua subjek pelajaran .

Kini mereka mahu memastikan Bahasa Inggeris adalah subjek wajib lulus dan wajib belajar untuk SPM . Saya agak jengkel dengan langkah Kerajaan . Bukan kerana saya tidak suka bahasa Inggeris bahkan tidaklah salah kita belajar dan menguasai bahasa inggeris , tetapi mengambil langkah mewajibkan lulus bagi subjek itu sangat keterlaluan dan menekan pelajar .
Saya lihat dasar kerajaan tidak peka dengan apa yang dialami oleh rakyat hari ini sedang pelajaran atau pendidikan sangat berperanan untuk mencorak minda dan syakhsiyah rakyat .
Kenapa kerajaan tidak mewajibkan sahaja pengajian Agama atau pendidikan moral kepada pelajar setelah dilihat bagaimana runtuhnya aqidah , akhlak dan moral masyarakat hari ini dan rata – rata mereka mewakili remaja dan pelajar yang masih dibangku sekolah .
Jika kerajaan peka dengan apa yang berlaku dan memandang jauh ke hadapan demi masa depan rakyat dan negara , Pengajian Agama atau moral [ bagi non muslim ] dilihat lebih utama untuk diwajibkan ke atas pelajar agar mereka mendalami agama guna membentuk jati diri dan nilai insan serta menjadi bekal hidup mereka di dunia dan akhirat .

Sehingga kini kerajaan masih gagal melahirkan satu dasar yang seimbang untuk membina sumber manusia yang benar – benar berkualiti bukan sahaja terhenti pada kepintaran aqal dan kecerdikan akademi tetapi juga benar aqidah dan minda serta segar spiritual

episodeperjuangan.blogspot.com

7 Komen

  1. simple-shida said,

    16 Jun 09 pada 3:17 am

    salam alaik..
    moge sihat kak😉 lame kite xhiwar..

    isu ppsmi… mmglaa bguih bljr BI omputih.. utk sains.
    tapi.. gov perlu pndg jauh.. bndr + luar bndr.
    sdgkn pljr d bndr pun, bukan sume yg good in BI.
    ditmbh pula.. sblm ni pljr tersebut suke sgt math.. but then bilamana telah diubah alih bhs ke BI..lgsung minat luntur.

    bg ss insan yg serbi simple ni.. cukup sekadar BI di’BI kan.. (mmg laa.hihi)
    yg BM di’BM dan diperkasakan.. ups..bukan baitul muslim..ehehii

    ironisnye math diajar BI..pljr tersbut tpksa bljr 2 benda dlm satu masa.
    math.. dialih bhs.. kena fhmkn konsep.. tmbh dgn belek kamus bg yg rjin..etc.. pk critically dlm kalam skop ss di atas..ehhe.
    ayat cmpuq..sory naa. dh awal pg, dok tido lg ni.😉

    then.. bgus juge diWajib LULUskan.. BI. ada pro + kontra..
    kalu cam tu. kite tunggu menteri baru bg idea wajib kredit / LULUS utk PENDIDIKAN ISLAM..

    haa.. ade setuju?? sokong 200% hihi..
    wallahu’alam

  2. lastman said,

    16 Jun 09 pada 8:43 am

    Saya rasa, kalau silibus Pengajian Islam sekarang ni, lulus tak lulus sama je.

  3. ummuhanah said,

    16 Jun 09 pada 7:18 pm

    adinda simple shida,
    semoga sihat sejahtera dan diberkati Allah sentiasa.

    Ada benarnya pandangan shida, akak dari awal tak setuju ppsmi .
    Bagi akak, ppsmi dilaksanakan secara paksa tanpa kajian yang mendalam, tanpa diberi peluang rakyat lahirkan pandangan dan tanpa dilakukan ujian. Bila dilaksanakan kemudiannya timbul ‘masalah’ maka mulalah kerajaan mengelabah dan melakukan pelbagai ‘penipuan’ untuk menyatakan bahawa ‘tindakan yg telah diambil mereka adalah tepat.

    Dalam satu slot pertemuan kami dgn pemeriksa kertas maths, beliau mengatakan tahap lulus/passing mark utk matematik diturunkan markah untuk membolehkan lebih ramai pelajar lulus matematik. Katanya lagi biarpun soalan disediakan dlm dwi bahasa, guru-guru hendaklah menggalakkan pelajar2 menjawab dalam bahasa Inggeris kerana ‘markah lebih’. Ini supaya kerajaan boleh umumkan bahawa lebih ramai pelajar memilih menjawab soalan dalam BI berbanding BM……

    Lagipun isu ini akak nampak ada melibatkan percaturan politik.Tengoklah perbelanjaan yang kerajaan habiskan untuk ppsmi….syarikat-syarikat kroni yang mengambil tender/kontrak membekalkan segala ‘bahan2’ utk program ppsmi ini.Dari mengeluarkan buku teks, buku-buku rujukan, termasuk alatan teknologi seperti komputer dan LCD…..berapa banyak yang dah lingkup/rosak dan tersadai di sekolah-sekolah. Tapi penguasaan pelajar dalam matematik tak ke mana…malah b.Inggeris pun tak meningkat juga. Akak rasa itu ‘membazir’ sahaja.

    Sepatutnya kalau nakkan orang kita pandai b. Inggeris mantapkan P&P(pengajaran dan pembelajaran) b.Inggeris itu sendiri. Kerajaan kena fikir bagaimana nak tingkatkan bahasa inggeris melalu pengajian b. Inggeris itu sendiri bukan menginggeriskan sains/maths.

    Atau kalau betol la nak terror cakap b. inggeris, biar murid2 bercakap betol-betol dlm kelas b. Inggeris. Rasanya penguasaan pelajar melayu dlm b.inggeris masih terkebelakang .bahkan selepas sekian lama ppsmi dilaksanakan tak meningkat pun BI kat sekolah.
    Ini cetusan rasa dari guru BI sendiri…kata mereka ‘tak de beza’…pelajar masih lemah BI. Memang tak salah sekadar mengambil sejam dua belajar maths sains dlm BI, tapi yang salahnya pelajar dapat betol2 ‘faham’ ke ?….kalau betol nak menguasai teknologi dan menguasai bahasa Inggeris sekaligus, kenapa Inggeriskan maths dan sains sahaja ??…kenapa tak diinggeriskan juga sejarah, geografi, kemahiran hidup ?…apakah mata pelajaran ini tiada kena mengena dgn teknologi ?….kalau nak sangat cakap inggeris selain dlm kelas BI, kenapa tak Inggeriskan semua subjek lain utk memberi peluang lebih kepada pelajar berbahsa Inggeris di kelas….. kenapa dipilih maths dgn sains saja?…

    Dan bagi akak juga, Isu sebenar ppsmi bukan sekadar ancaman kepada bahasa ibunda…kalau pun ada ancaman ianya kecil sahaja. Tapi perjuangan akak menolak ppsmi kerana memikirkan nasib pelajar kita dlm mempelajari matematik dan sains .Seorang pensyarah matematik dari MPSAH berkata “kajian menunjukkan pembelajaran dan penyebaran sesuatu ilmu itu adalah paling baik dlm bahasa ibunda.”

    Empayar sains dan teknologi asalnya dibina oleh tamadun Islam dan dikuasai dlm bahasa Arab. Kalau pun ada cita-cita ingin membina empayar….tak kiralah politik atau teknologi, biarlah empayar itu dibina atas nama Islam dan juga bahasa Arab.kerana bahasa Arab adalah bahasa syurga . Bertutur bahasa Arab adalah berpahala, mempelajarai dan menguasai bahasa Arab jauh lebih tinggi manfaatnya…..

    Apa hebatnya bahasa Inggeris ni ??

  4. ummuhanah said,

    16 Jun 09 pada 7:34 pm

    salam utk lastman,

    saya setuju dgn pandangan anda…sangat bersetuju.
    Maknanya pendidikan agama di sekolah-sekolah sekarang ini adalah pincang.Yang score A dlm pendidikan Islam bukanlah semestinya seorang yang kuat pegangan agamanya

    Pendidikan agama di sekolah tiada bermakna jika dilaksanakan sekadar bersifat luaran tanpa ‘roh’nya…

    Pelajar disuapkan dgn mata pelajaran agama sekadar untuk cemerlang peperiksaan sedangkan dalam kehidupan seharian tidak dapat ditegakkan kerana tiada penghayatan…Pendidikan agama cuma dlm kelas agama atau m/pelajaran agama sahaja tetapi tidak pada masa-masa yang lain.

  5. pakndak said,

    18 Jun 09 pada 4:57 am

    kenapa tak ditekankan bahasa arab?.. sbb kita bukan org arab kot, tapi kita jugak bukan mat salleh. puak orientalis, istishraq dan tabshir sendiri berusaha untuk memahami bahasa arab sbb banyak buku2 yang ditulis oleh ilmuan dan ahli falsafah Islam dulu. entahla, bagi saya kuasai banyak bahasa mungkin dapat kuasai dunia selagi hidup berpandu atas syariat yang betul. di samping lulus bahasa inggeris, mesti jugak mewajibkan lulus bahasa melayu dan agama.

  6. ummuhanah said,

    19 Jun 09 pada 2:57 pm

    setuju tu pakndak….

    Memang sangat pelik kerana pemimpin negara kita sangat obses dgn bahasa Inggeris. Sikit -sikit fikirkan nak tingkatkan bahasa Inggeris…..kalau sebut nak maju mesti nak kaitkan menguasai bahasa Inggeris. Memang minda penjajah betol…

    Saya tak menentang segala program nak tingkatkan bahasa inggeris, tapi jangan kesampingkan peningkatan ilmu lain yang lebih utama.Termasuklah ilmu2 agama.

    Berbanding bahasa inggeris, bahasa Arab lebih perlu dikuasai kerana ia bahasa kitab suci kita. Majoriti melayu Islam membaca quran tanpa penghayatan kerana tidak memahami makna. Sebagaimana pelajar melayu islam di sekolah kerajaan diwajibkan belajar bahasa inggeris, mereka juga patut diwajibkan belajar bahasa Arab..

  7. ekosulistio said,

    12 Ogos 09 pada 2:24 pm

    makasih infonya,…. sangat membantu,.. tak tunggu kunjungan baliknya


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: