tua atas jalan..

ulama' dihormati bukan ditaksubi..

ulama' dihormati bukan ditaksubi..

Tak keterlaluan rasanya bila saya memiliki rasa sayang dan kasih kepada pemimpim. Perasaan ini menjadikan saya terdorong untuk mempunyai rasa hormat yang tinggi dan rasa ingin membela jika pemimpin ini disakiti dan dicaci. Hasilnya pembelaan saya ini dinilai sebagai taksub serta merasakan pemimpin itu maksum sehingga saya tidak nampak cacat cela mereka….. pandangan ini silap !

Saya sempat berada di dewan muktamar pas yang lalu 3 jam sebelum majlis berakhir. Alhamdulillah hasrat saya tercapai walaupun terpaksa berkejar-kejar untuk ke sana dan bernasib baik kerana sempat mendengar suara Tuan Presiden dalam ucapan penangguhan. Walaupun jauh berada di kerusi pemerhati, saya dapat mengecam sebahagian besar barisan kepimpinan pas yang berada di pentas.

Berada di suasana muktamar memberi sedikit sentuhan semangat untuk kita. Ia bukan sekadar pertemuan suka-suka atau peluang untuk berniaga, jua bukan sekadar pertemuan memilih pemimpin semata….tapi ia pertemuan untuk melaksanakan hasrat agama, yakni untuk mempertautkan hati dan kesatuan kita di dalam jemaah bagi melaksanakan kerja secara bersama-sama.

Tuan Guru Haji Hadi adalah pemimpin yang saya sayang. Saya jadi sebak dan menitis airmata emosi saya ketika pertama kali mendengar suara beliau memulakan ucapan dengan sepotong ayat Al-quran. Saya terkenangkan layanan yang diterima beliau dari luar dan dalam jemaah selama memimpin Pas yang sekarang dilihat sebagai semakin mantap melangkah dalam landskap politik negara. Dia orang tua yang sarat dihina selama dia bekerja untuk agama. Dia orang tua yang laku di dada media untuk diputar belit kata-katanya. Dia benar-benar orang tua atas jalan.

Apa maknanya ‘tua atas jalan’…maknanya dia menghabiskan kebanyakan dari waktu dan usianya untuk perjuangan. yakni dari rambutnya hitam legam sehingga sekarang kelihatan putih di celah-celah serban. Dari gerak badannya yang tegap dan gagah mengatur langkah ketika berjalan, sehingga sekarang agak terketar-ketar dan lemah dihinggapi masalah kesihatan. Tapi sehingga sekarang dia tetap di situ….’ di atas jalan ‘.

Saya kerap membaca kritikan, penghinaan dan gelaran yang macam-macam ditujukan kepadanya…bahkan terhadap rakan-rakan yang seusia perjuangan dengannya. Tidaklah mendukacitakan sangat kalau kata-kata hina itu datang dari musuh politiknya, kerana itu biasa baginya. Jua kritikan dari golongan  yang berlainan wadah perjuangan dengannya, yang hebat menentang pegangan politiknya maupun manhaj perjuangan pas yang dipimpinnya …itu juga tidaklah begitu melukakan saya kira.

Tapi kritikan dan pandangan yang luarbiasa biadapnya juga turut datang dari golongan yang mengaku sebagai ahli jemaah yg menyokong perjuangan jemaah yg didokongnya. Atas nama kebebasan memberi pandangan dan tanggapan ‘ulama’ juga manusia biasa yang boleh silap dan salah tindakannya , maka mereka bersuara mengkritik penuh berselera tanpa hidangan adab dan sahsiah sebagai ahli jamaah. Terutama golongan yang juga tua yang menjadikan laman blog  sebagai medan lumba untuk popular, sehingga cerita ‘rumahtangga’ sanggup disensasikan untuk menarik pengunjung dan mencuit sentimen pembaca. Bahasa tua dalam tulisan mereka ini bukan saya sedap dibaca tapi mudah dipercaya kerana tulisan dari orang tua. Saya anggap mereka juga orang tua atas jalan…. tapi dilorong murahan.

Yang lebih sedihnya, bila diteliti ada  juga antara mereka yang lantang mengkritik ini adalah lapisan muda yang baru nak mula kerja. Ibarat memasuki sebuah gelanggan tinju, mereka ini baru belajar menggenggam penumbok tapi sudah pandai mengkritik dan memandang rendah golongan veteran yang sudah berkali-kali jatuh bangun di tengah gelanggang. Tidakkah ini diluar kewajaran dan sungguh melucukan ?

Saya bersetuju dengan pandangan Rico sahabat saya ” ahli gerakan muda sekarang kurang akhlak haraki, dan sering bertindak sesuka hati, tak macam zaman kita dulu  Pin”.

Sepatutnya kita cermin diri terlebih dahulu dan berusaha menghormati generasi terdahulu sekalipun mereka dimata kita kelihatan serba kekurangan, Sekurang-kurangnya di situ kita faham, jika dibandingkan dgn kita,  mereka itu terlebih dahulu bersusah dalam perjuangan dan jauh lebih awal menjadi mata rantai yang menyambung perjuangan ini.

Mereka lebih tua atas jalan…..

3 Komen

  1. hasellusiby said,

    11 Jun 09 pada 5:44 pm

    salam…tumpang lalu..siapa minat konspirasi, sejarah nusantara yg hilang atau perbincangan sufi, boleh la ke http://www.nusanaga.blogspot.com

    selain tu boleh eratkan tali persaudaraan…nilah zamannya untuk bangkitkan sesuatu…

    wassalam

  2. lastman said,

    12 Jun 09 pada 4:49 pm

    Orang berilmu memang wajar dihormati kerana Islam memang memuliakan orang berilmu. Tak kiralah keilmuan mereka itu dalam bidang agama mahupun teknologi. Saya rasa menghormati ilmuan dalam bidang teknologi lebih mudah kerana ia ketepatan pandangan mereka biasanya boleh dibuktikan secara empirik.

    Menghormati ilmuan dalam bidang agama ini, sebenarnya sedikit sukar dan mungkin boleh tersasar. Macam yang puan punya blog kata le, hormat boleh disalah anggap taksub. Apa lagi kalau kita dah menyakini pandangan seseorang ilmuan itu. Tak payah kata ulama’, saya sendiri dulu pernah cukup menyakini pandangan seorang ustaz. Sebagai orang yang kurang berilmu, saya kagum dengan cara perawakan, penyampaian dan juga kemampuan ustaz itu berceramah dengan banyak dalil-dalil. Saya cukup marah apabila ada orang mempertikaikan pandangan ustaz tersebut. Bagi saya takkanlah ustaz yang cukup berilmu dan wara’ itu boleh salah. Bila fikir balik sekarang ni, memanglah saya taksub pada ustaz tu dulu.

    Cara mudah untuk menghindari ketaksuban adalah dengan belajar, berfikiran terbuka dan tidak sombong. Jika pandangan ulama’/ustaz yg kita percaya itu silap, maka silaplah, tak payah kita pertahankan.

  3. ummuhanah said,

    12 Jun 09 pada 10:52 pm

    mungkin dulu anda kurang ilmu..
    tapi sekarang dah sangat berilmu…
    maka perasaan anda jadinya berbeza..
    saya kenal bahasa tulisan anda

    maafkan saya,
    saya faham ‘taksub’ itu bagaimana…
    dan saya yakin yang ada pada saya bukanlah taksub

    pemimpin ke, ulama ke
    bisa saja salah
    dan silap pandangan mereka
    ia wajar disanggah dan ditegur selayaknya
    bahkan saya sendiri ada merasa
    tidak setuju dan tidak menerima sesetengah pandangan mereka
    tapi kesilapan itu pada perkiraan saya
    tidaklah sampai menjadikan mereka manusia yang layak dicela
    atau menjadikan saya lebih tinggi kedudukan dari mereka
    makanya saya cermat melayani rasa tidak setuju saya..

    pemimpin besar seperti rasulullah pun
    ada pernah sahabat tidak bersetuju dgn pandangan baginda
    inikan pula pemimpin di zaman kita
    mustahil pandangan dan tindakan mereka disetuju semua ahli bawahannya…

    cuma saya sedih cara kita berselisihan dengan mereka
    keceluparan mengatasi susila
    bahasa kesat melempias emosi yang marah menggila
    ulama dikutuk dan dituduh celaka
    hanya atas perselisihan perkara2 furu’ atau hal2 strategi saja

    saya rasa itu bukan ‘cara’ saya…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: