Pemergian..

Sudah seminggu sekolah bercuti, tinggal seminggu lagi cutinya berbaki. Tak banyak perkara menarik yang saya lalui sepanjang seminggu ini, Saya sekadar pergi ke sekolah utk program gerak gempur spm dan pmr, kuliah SPIM, menghadiri kenduri dan menyemak kerja kursus serta kertas peperiksaan pertengahan tahun murid-murid saya. Saya kena bereskan beberapa perkara kerana lusa saya akan bawa anak-anak makan angin ke KL selama seminggu. Tiket bas sudah di beli dan anak-anak tak sabar nak jumpa babanya di KL nanti. Selalu saya khabarkan pada suami yang anak-anak rindu sungguh padanya ” ummi tak rindu ker?”...tanya babanya….” hmmmm ntah lerrr…” kata saya pula…ngeh ngeh… lebih kurang camtu le saya kontrol ‘ego’ saya…

sebenarnya naik kembang telinga saya menadah pertanyaan anak-anak “bila nak naik bas ni”…” best tak naik bas ummi ?”. paling tak larat dilayan ialah si kecil hanah, hari-hari merengek nak pergi Kolumpo…hadooiiii….ingat pi kolumpo tu macam pi dapor ke hanah oiii…

Kalau diizin tuhan dan ada kelapangan, saya bercadang nak menulis sedikit untuk blog saya ini ketika di KL nanti.. insyaAllah, harap sempat juga ke muktamar pas di Shah Alam.

Petang tadi hujan turun mencurah di sini, lebat membasahi bumi. Saya kira hujan tadi adalah selebat hujan pada pagi selasa yang lalu. Pagi ketikanya kami mendapat perkhabaran sahabat yang kami sayangi sudah dijemput tuhan. Setelah sekian lama bergelut dengan kanser ususnya, kak Sabariah telah kembali kepada Allah pada pagi selasa 26 Mei yang lalu sekitar jam 7.20 pagi. Kami bergegas ke rumah ibubapanya dalam hujan lebat yang mengiringi pemergiannya pada pagi itu.

Kami sempat menziarahi beliau beberapa hari sebelum pemergiannya. Nafasnya tercungap-cungap kerana kuman kanser sudah menyerang paru-parunya. Sebaik sahaja dia terpandang kami, dalam serba kepayahan dia menyebut “lama tak jumpa”…”rindu”kemudian dia menangis seperti anak kecil dan di sambut oleh tangisan kami semua. Hari itu kami bergilir-gilir menciumnya dan berbisik sesuatu kepada…hanya Allah yg tahu… Semoga Allah merahmati dan mencucuri rahmatNya ke atas roh beliau, serta menempatkannya di kalangan orang-orang yg soleh. dan semoga pemergian itu juga memberi peringatan bagi kami yang masih bernafas di mukabumi ini bahawa kematian adalah pasti bagi sesiapa jua.

Kecut perut saya…gerun dan takut sekali…betapa kita bernafas hari ini adalah untuk persediaan bagi satu hari yang pasti akan datang jua, hari yang akan menjadi pemisah antara kita dengan kehidupan di dunia ini…Allahuakhbar,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: