demam semuanya…

Anak-anak saya demam. Keempat-empatnya demam. Dari hari isnin sehingga sekarang mereka on off demam. Bila kena ubat  je depa okey lepas tu panas balik. Tengah malam lagi teruk,  bergilir gilir mereka kejutkan saya kerana ‘tak larat’

Orang kata ni musim ‘demam berangkai’, sorang je kena nanti satu rumah berjangkit sama. Kebetulan suami tiada bersama kerana sebulan kursus di Shah Alam….issk, ini sudah masuk episode paling sedeyy…huhuhu

Saya cuti hari ni. Anak-anak juga cuti kerana demam tak kebah lagi. Esok depa mula exam dan Syamil bertanya kepada saya :

“umi, esok pereksa syamil nak jawab apa ?

“jawab je le apa-apa yang ingat”

“kalau tak ingat ?”

” Istighfar”

“kalau tak ingat jugak”

” selawat banyak-banyak”

“tak ingat juga”

“tawakkal lepas tu tembak”

Hmmm, sudah beberapa kali bila tiba musim exam bebudak tu demam. saya pun tumpang le sakit-sakit badan dan sakit kepala. Orang yang ‘menjaga’ pun teruk jugak tau. Tekanan darah mula naik dan belakang tengkuk rasa berat je…issyy…ni episode lagi lagi sedeyy..

Saban malam babanya telefon, dua tiga kali. Katanya “umi okey ke ??”…”hamm.. kalau umi kata tak okey camana ?” kata saya menduga. “baba balik malam ni juga”perrgghh romantiknya!…donwori, umi okey jer” kata saya ” baba suruh le bini muda tolong kiterang kat sini, bila lagi nak buat bakti kat bini tua ” selamba smash dari saya ” kah kah kah kah” gelak babanya ” bini muda pun demam juga ” tambah babanya pula.

Sekarang semua anak-anak tido, kesian ada yang kroh kroh berdengkur dan ‘mencerit’ bunyi nafasnya kerana hidung tersumbat. Doa saya semoga semuanya sembuh seperti sediakala dan esok dapat ke sekolah semula. Saya pun ingin kembali bekerja kerana kesiankan kawan-kawan yang terpaksa gantikan kelas saya…mudah-mudahan mereka juga redha dan memahami saya.

Advertisements

13 Komen

  1. 20 Mei 09 pada 11:30 pm

    Salam kak Mahani

    Kami pon habis satu rumah kena demam..babanya yang first…kemudian anak2 nya and anak2 asuhan (anak ust.Azli), ana sihat g….Blh jaga semua yang demam….Bila mamanya demam…huhhuhuhu…rumah bersepah2…Skrg nie anak2 mula demam balik, batuk teruk, selsema…sedihla…anak kecik tak sihat…. doakan depa cepat sembuh….

  2. simple-shida said,

    21 Mei 09 pada 12:10 am

    salam ziarah..
    moge kak +sefamili sihat + getting well..
    tgh musim kak.. cam besa.. bykk minum ais..mkn pedas..
    ups.. minum air suam..sky juice.. minum sup 😉

    lme xdgr cite kak..ehehe. lmbt nk wish.. hepi teacher day !
    bersama mendidik anak bangsa menjadi MODAL INSAn..

    okey kak..jumpe lg.. barakillahu..

  3. ummuhanah said,

    21 Mei 09 pada 12:49 pm

    salam ummu abbudey,
    famili demam jugak ke ?…sabo lah yer.
    ooo…ummu abbudey ke yang mengasuh uwais sekarang? beruntung ustaz azli, tak le risau sangat umminya di syria. Kalau dok dekat mesti akak minta jaga Raihanah sama. Kena air tangan ‘ ummuabbudey pasti ‘cair’ depa berbahasa Arab

    simple shida,
    syukron utk doa dari enti tu…..jemputlah datang selalu…. 😀

  4. rahmanw said,

    21 Mei 09 pada 10:46 pm

    salam….
    nak ziarah tak dapat sebab jauh….
    den cuma mampu doa ziarah orang sakit jelah 🙂

    bismillah….
    Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.

  5. ram said,

    22 Mei 09 pada 10:23 am

    MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2] [23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H]

    Anjuran :
    PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
    &
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    OBJEKTIF :

    * Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
    * Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
    * Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
    * Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

    TEMA :
    Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

    TARIKH :
    23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H

    TEMPAT :
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    TENAGA PENGAJAR :

    1. Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
    2. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
    3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    SASARAN :
    Seramai 150 orang yang terdiri dari:
    * Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
    * Orang Awam
    * Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

    YURAN MURAH :
    RM 15 [INDIVIDU]

    MODUS OPERANDI :
    Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

    (Talaqqi kitab/Pembentangan/)

    TENTATIF PROGRAM

    Maklumat Lanjut Klik : http://pondokhabib wordpress.com

  6. ummusaif said,

    22 Mei 09 pada 11:03 pm

    aSalammualaikum, moga Allah berilah kekuatan pada umi yang tanpa baba ni jaga anak- anak, apapun ni kira tarbiyah lah ya, nanti bolehla lagi faham bagaimana perasaan ibu tunggal macam kakwa kita tu ya, jaga anak 6! Insyaallah, sembuh cepat ya!

  7. Zainal said,

    23 Mei 09 pada 4:06 am

    aik, boleh plak iklan kat sini??? anyway, syafakumullah, ana pun x baik batuk lagi, pastu sakit lain plak dtg, kna Infected Sebaceous Cyst kat pipi kiri, siap tulis dlm blog lg, hehe. xper mu’allimah, sakit2 ni ujian Allah tanda Dia sayang kat kita ^_^

  8. ummuhanah said,

    23 Mei 09 pada 4:53 am

    terima kasih rahmanw,
    dah okey dah semuanya….lagipun malam tadi babanya pulang menjengah kiterang semua…jadinya bahu yang senget ni rasa seimbang semula…Alhamdulillah

    salam ummusaif,
    huhuhuhu….tabole lawan kak wawa kita….dia ibu tunggal yang hebat semenjak kehilangan suami tercinta, sgt jarang cuti, dedikasi dah gigih sekali…..saya jadi malu sendiri…huhuhuhu

    saya ingin sehebat kak wa ibu tunggal yang mengasuh sendirian 6 orang anaknya, dan ingin sehebat kak ummusaif yang sanggup redha kalau abg pozi tambah cawangannya…ngeiiiiih ngeh…. 😀 😀 😀

    alangkah manisnya bila ada sahabat yg mengambil berat dan bertanya khabar ketika ditimpa musibah….terima kasih utk doa kak ummusaif dan call yang saya terima tempohari. 😀

    salam Dr zainal….
    sakit apa tu ?…jerawat batu ke ??..nanti mlh ziarah kat blog….kesian…..harap tak terjejas ketampanan sehingga jatuh merudum saham…kah kah kah…

    moga segera sembuh …

  9. pakndak said,

    26 Mei 09 pada 11:51 am

    Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. -Saidina Ali bin Abi Thalib

  10. rahmanw said,

    26 Mei 09 pada 9:45 pm

    salam…
    kakcik…bila nak menulis lagi ni?

  11. ummuhanah said,

    28 Mei 09 pada 7:04 pm

    pak ndak….tengkiu, saya pernah titipkan kata-kata saidina Ali ini dekat satu blog….tapi lupa blog sapa……indah kata-kata beliau, dan cukup motivated !

    salam Rahman….alaaa, kak cik nak rehat jap….sikalang manyak sibuk ooo…

    InsyaAllah cuti ni kalau ada kelapangan, kak cik mengarang le apa-apa…..tak pun copy paste jer…ngeiiihh 😀

  12. soleh-m said,

    30 Mei 09 pada 12:53 am

    salam..
    huh..setelah sekian lama..
    mcm lama sgt..
    hehe..

    dpt gak ana bukak net..alhamdulillah..
    fisrt week cam biase la mlmh..
    bizi sungguh..ni next week dah start kuliah..
    dan dari kacamata ana nih..
    nmpk cam ana akan menghadapi hari yang lebih bizi..
    huuuaaaa..
    takutnyer…
    terima kasih mlmh..
    atas nasihat..
    doa mlmh yang berterusan amat ana harapkan..
    bukan saje untuk ana..
    tp untuk kwn2 lain jugak…
    salam utk semua muallimah..

  13. ummuhanah said,

    3 Jun 09 pada 8:03 pm

    salam solehah,

    rileks…belajar menikmati ‘kehidupan’ di alam kampus…just enjoy it !
    belajar rajin-rajin, mudah-mudahan Allah tunaikan hajat utk menjadi seorang doktor…InsyaAllah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: