tajuknya…. sejarah!

Beberapa minggu saya biarkan blog ini sepi.

Saja saya tak updatekan dgn entri.

Memang saya bercadang untuk pencen sebelum waktu

tak pun cuti rehat beberapa minggu

Bukan saya sudah jemu

atau tak bersemangat seperti dulu

cumanya ada tuntutan lain yang perlu saya utamakan dahulu

Saya cuba usahakan satu blog khusus untuk murid-murid saya, yang akan memuatkan semua perkara berkaitan subjek sejarah yang saya ajar di sekolah…InsyaAllah.

Sungguh masa begitu menghambat kita semua. Tambahan pula persekolahan bakal melangkah ke penggal kedua. Banyak sungguh perkara yang nak kena setel. Termasuk kena lebihkan masa bersama putera sulung saya. Muaz bakal menduduki upsr pada bulan september dan saya makin terasa betapa ‘teruknya’ masa mendera saya. Tercungap-cungap saya dibuatnya.

Cerita sibuk saya adalah cerita boring dan cerita ‘perasan’….macam le saya sorang yang sibuk kat dunia ini ….eh perasan ke saya ??…Suka hati saya ler nak perasan ke nak apa…..ni blog saya …lantak saya lerrr……aahhhh bencinya, saya nak tulis apa yer….. takkan nak tulis tentang rindu dan tentang cinta ??…saya bukan blogger remaja yang teruja untuk mengecap makna cinta…saya sekadar guru sejarah yang tua yang pernah calar hatinya dan luka parah…kah kah kah...saya dengar ada yg sedang tertawakan saya….berdekah-dekah tawanya…aarrrgghhh

Hmmm…nak citer apa ya…hmm…meh kita cerita pasal sejarah…

Sekarang minggu exam di sekolah. 2 minggu lagi sekolah akan bercuti. Pesan saya pada pelajar-pelajar tingkatan 1 Redha dan 1 Taqwa “ antum carilah buku   SETELAH ROBOH KOTA MELAKA tulisan Abdul Latif Talib. Ini novel airmata…tidak seperti membaca novel cinta, novel ini membuatkan muallimah sebak dan bercucuran air mata” . Saja ler saya memancing selera mereka supaya berasa teruja untuk membacanya. “Daripada antum leka buat taik mata cuti nanti, baik antum alirkan airmata membaca sejarah tentang kejatuhan Melaka. Antum pasti terasa seperti kembali ke zaman pemerintahan sultan Mahmud Syah yang lemah, zaman Melaka tersungkur di kaki penjajah.”

Menariknya kelas sejarah di tingkatan satu kerana dapat bercerita tentang sejarah Melaka. Bermula dari pengasasan Melaka oleh Parameswara, usaha-usaha membangunkan Melaka, kegemilangan Melaka dan akhirnya kepada kejatuhan Melaka di tangan kufar Portugis.

Hebatnya Melaka kerana suatu ketika dahulu pernah gemilang sebagai pusat pengembangan dan penyebaran Islam. Agama Islam yang dikatakan asalnya dibawa oleh seorang mubaligh Arab dari Makkah bernama Syeikh Abdul Aziz, akhirnya Islam tersebar ke seluruh Melaka dan menjadikan Melaka muncul sebagai pusat kegiatan dakwah. Melaka bukan saja terkenal sebagai pusat perdagangan antarabangsa, bahkan ia juga turut menjadi medan pertemuan ulama’ dan pendakwah dari Arab dan Pasai. Islam semakin subur di Melaka kemudiannya turut tersebar ke seluruh nusantara.

Mengapa Islam mudah diterima di Melaka ?? banyak faktornya dan antara sebab ketara Islam mudah berkembang di Melaka ialah kerana peranan raja Melaka itu sendiri. Baginda menyambut baik kedatangan Islam dan terlebih dahulu memeluk Islam sehingga kemudiannya dituruti oleh rakyat dan pembesar. Minat dan sokongan pemimpin Melaka terhadap agama Islam cukup tinggi. Sultan mempunyai saham yang besar dalam menyokong dan melibatkan diri ke atas usaha mengembangkan Islam di Melaka. Istana dijadikan tempat pengajian ilmu agama. Segala usaha menterjemah, menyadur dan menyimpan kita-kitab agama Islam turut dilakukan di Istana. Sultan Mansor Syah pernah menghantar pembesarnya Tun Bija Wangsa ke Pasai semata-mata bertanyakan hal-hal agama kepada ulama’ di sana. Melaka menjadi terkenal sebagai pusat pengajian ilmu tasawuf  bahkan pembesar Melaka seperti Tun Perak dikatakan ahli sufi yang bijaksana dan masyur.

Di zaman Sultan Muzaffar Syah, banyak diwujudkan institusi agama seperti masjid, madrasah dan surau. Institusi ini menjadi tempat berkumpul untuk mempelajari Islam dan membaca Al-Quran. Sayangnya semua binaan ini hilang tiada terkesan dan tiada sedikit pun tinggalannya tersisa untuk tatapan generasi sekarang. Ini sejarah yang patut kita tangiskan kerana apabila menyebut Melaka, yang tergambar menjadi mercu tanda adalah Kota A Famosa yang penuh kebanggaan. Biarpun sekadar tinggalan pintu kota yang sudah usang, tapi ia masih gah tersergam dan tidak putus-putus menerima kunjungan. Ia seperti parut luka lama yang hodoh untuk dikenang tetapi ia kekal ke hari ini sebagai warisan penjajahan yang menjadi tarikan pelancongan. Sedangkan binaan Islam di Melaka, tiada sedikit pun bangunan pusaka Islam kita dibiarkan kepada kita sebagai kenangan. Semuanya dikuburkan tanpa sedikit pun bayang sebagai menjayakan misi Portugis menyebarkan krsitian di alam melayu. Ketika inilah bible sampai di Melaka dan gereja mengambil tempat masjid untuk membolehkan mubaligh kristian ‘berdakwah’ di Nusantara.Portrugis menakluki Melaka selain dari memecah monopoli perdagangan rempah oleh pedagang Islam, misinya juga mencari Prester John yang dipercayai akan meninggikan agama kristian di Timur.

Dalam karya lama berjudul ‘Sejarah Melayu’ yang dikarang pada tahun 1612, ia menyelitkan kisah keprihatinan dan sikap bertanggungjawab Sultan Alauddin Riayat Syah menangani masalah kecurian di Melaka. Baginda melakukan penyamaran sebagai rakyat biasa dan berjalan bersama Hang Isak dan Hang Siak mengelilingi Melaka. Baginda mengambil contoh khalifah Umar Abdul Aziz yang pernah menyamar untuk meninjau keadaan rakyatnya. Begitu sekali sikap sultan Melaka dalam mengadaptasi cara Islam dalam kehidupan baginda selaku pemimpin.

Melaka paling gemilang dalam lakaran sejarahnya ketika Islam utuh dan teguh dalam kehidupan masyarakatnya. Pemimpin menjadi naungan kepada rakyat dan menganggap baginda sebagai pemegang amanah Allah. Raja tidak menjadikan kuasa sebagai lorongan untuk mencapai kepentingan diri. Saya meminta murid-murid saya membaca  novel ‘Setelah Roboh Kota Melaka’ supaya mereka boleh menilai dan membandingnya isi novel dengan isi dari buku teks sejarah. Apakah benar Melaka rebah dan dijajah kerana persenjataannya yang lemah atau angkatan perang portugis yang hebat ?

Melaka lemah kerana pengamalan Islam di kalangan rakyatnya yang goyah. Selain pembesar seperti Tun Mutahir yang bersikap taat setia tidak menepati syariat, sultan juga sudah dibutakan hatinya dengan kemewahan harta dan emas sehingga zalim dan termakan fitnah. Pembesar juga tidak amanah dan rasuah. Fitnah dan adu domba menular dalam masyarakat Melaka bahkan ada rakyat Melaka yang khianat dan belot membocor rahsia pertahanan Melaka kepada musuh. Tiada perpaduan dikalangan muslim di Melaka kerana hasad dan tamak menguasai mereka. Kedaulatan Melaka akhirnya diratah penjajah. Saya pernah mendengar ada armada laut dari kerajaan Turki Uthmaniah dikirim khalifah untuk membantu Melaka tetapi telah dipintas dan dimusnahkan di pertengahan jalan….wallahuallam

Kesian Sultan Mahmud. Airmatanya melimpah ketika mudik di Selat Melaka untuk meninggalkan tanah Melaka bumi bertuah. Tidak putus dia menyesali kecuaianya dalam mentadbir Melaka. Biarpun baginda mendapat Tun Fatimah yang Jelita, tapi baginda kehilangan kerajaan Melaka yang diwarisi dari nenek moyangnya. Melaka kemudiannya ditangan penjajah untuk  ratusan tahun lamanya.

7 Komen

  1. lastman said,

    31 Mei 09 pada 3:11 pm

    bila citer pasal sejarah je, semua diam. takda yang nak komen. walhal banyak yang kita boleh belajar dari sejarah.

    kenapa tak ramai yang suka sejarah? walhal ia suatu yang bukan sekadar penting tetapi juga menarik. Seseorang yang suatu masa dulu dianggap hero, dijulang dan dihormati tetapi ratusan tahun kemudian, sejarah merungkaikan bahawa hakikat sebenarnya tidak begitu. tetapi hanya setelah puluhan atau ratusan tahun barulah generasi terkemudian mengerti sedangkan nenek moyang kita telah bulat-bulat ditipu.

    Sejarah juga akan merungkai apa yang berlaku hari ini. apa yang berlaku pada 2009 ini akan menjadi lipatan sejarah. Mungkin mereka yang kita sangka pejuang, pembela Islam, mujahid atau mujaddid rupanya suatu masa nanti apabila ia telah dikategorikan sebagai ‘clasified’ barulah didedahkan mereka sebenarnya pembohong, pembelot malah penghancur Islam. Faktanya, kita mungkin sekadar jadi mukhlisin yang tertipu.

    Oleh itu, belajar sejarah silam merupakan pengalaman yang boleh digunakan supaya kita tidak mengulangi kesilapan nenek moyang kita. Asasnya adalah fikrah Islam yang cerdas, pemikiran politik yang tajam dan belajar dari sejarah akan buat kita jadi individu Islam yang punya jati diri Islam yang kental.

    Inilah peranan penting cikgu sejarah. Semasa sekolah dulu saya mempunyai stigma, kalau cikgu perempuan ajar sejarah pasti boring dan berbelit,tetapi cikgu lelaki dengan gaya cerita yang menarik buat serba sedikit pelajar tertarik untuk mendengar. Moga Muallimah mampu menjadi cikgu sejarah yang dapat membuka minda pelajar untuk minat dan melihat sejarah dengan kacamata Islam. wallahu a’lam.

  2. ummuhanah said,

    3 Jun 09 pada 8:16 pm

    hamboii..pertama kali singgah kat blog saya sempat lagi berleter ye…

    ramai ke yg tak suka sejarah ??..saya dulu pun tak de le minat sangat subjek sejarah. Saya lebih gemarkan fizik….sebab cikgu Arman yang ngajor fizik tu cute sungguh…keh keh…saya tak boleh lupa ‘tabiat’nya yang suka pegang hidung ketika mengajar….

    dulu spm tak ambik sejarah pun….sekarang bila ‘terpaksa’ mengajar sejarah, best pulak rasa ….rugi sesapa yg tak minat sejarah…

    fakta sejarah ni boleh berubah…bila ada pengkajian baru dgn bukti yang lebih kukuh, maka fakta juga akan berubah…

    cuma yg tak bestnya ngajar sejarah malaysia ni….kena puji ‘kerajaan’ memanjang…..kena suburkan patriotisme kat bebudak tu…..sebab itulah antara objektif kerajaan wajibkan m/pelajaran sejarah di sekolah….hehehe,tapi kekadang saya konar juga….kalau pujian tu nampak ‘tak patut’….

    ……issshh…rasa nak resign le jadi cikgu ni….try buka bisness plak….😀😀😀

  3. haidil said,

    26 September 09 pada 2:23 pm

    sya minat sgt dengan sejarah..lg2 sjrh ttg negeri saya,mlaka..hope dpt cr mklmt2 lagi ttg sejarah melaka..

  4. haidil said,

    26 September 09 pada 2:25 pm

    rasa mcm sejarah yg sy blaja mse skola dulu byk berlaku penipuan..x tau la klu utk jga kpntgn seseorg..minat nk jd pengkaji sjrh ttp x tau dr mana nk mula..

  5. nizam zailan said,

    22 Oktober 09 pada 11:21 am

    buat lah kegimelangan melaka

  6. sweet sejarah said,

    10 November 09 pada 9:53 am

    sye nak cngt tau tentang sume sejarah ….lg pon skarang ni sye tengah de proposol nak wat tentang sejarah si kitol ….cite nye ade kat dlm buku form 1…..tp sye nak lebih detail lg…..klau de mase anta kanlah kat e mail sye….
    B-)

  7. paradop said,

    20 November 10 pada 8:55 am

    Kisah melaka merupakan kisah yg paling tragis dalam sejarah MELAYU dan ISLAM.. ianya merupakan kisah pembunuhan etnik beramai2 kerajaan Melayu pada masa tersebut oleh Portugis.

    darah tumpah di pesisir pantai melaka sehingga pasirnya merah disimbah darah manusia yang terkorban.hampir 200,000 penduduk jelata pada masa itu terkorban disembelih tentera portugis. sedangkan askar upahan (jawa dan parsi) tidak menyedarinya (sedang berkawal di keliling persegi) bahkan ada yg lari bertempiaran menyelamatkan diri.

    semuanya berlaku kerana wujudnya pengkhianat, pembelot dan penipu di kalangan orang melayu, saudagar cina dan india yang memegang jawatan besar dalam kerajaan pada masa itu.

    paling menyedihkan..rakyat Melayu yang ditawan oleh Portugis telah dikerah untuk menjadi buruh paksa dalam pembinaan A Famosa (kubu utama) yang pada hari ini hanya tinggal pintu kota (Porta de Santiago/Gate of St James) sebagai perisai pertahanan. Ia dibina untuk mematahkan serangan daripada pihak luar dan juga sisa kerajaan Melayu yang berjaya lepas lari. Dalam proses pembinaannya, ramai buruh paksa yang telah terkorban kerana suhu tinggi dan kekurangan makanan.

    Kota A Famosa yang hanya mengambil masa 6 bulan untuk disiapkan, sebenarnya menggunakan bahan binaan daripada runtuhan dan buka semula bangunan2 kerajaan Melayu yang sedia ada. Masjid, Istana, lambang kebesaran, kubur2 dihapuskan dan digunakan tebus untuk membina Kota portugis. (Melayu dijajah, dibunuh, ditawan, dijadikan hamba untuk meruntuh hak milik sendiri, dan membina semula untuk penjajah!).

    Masjid tertua di melaka (Masjid Kg. Hulu) hanya wujud 100 tahun selepas penjajahan portugis. (dengan jelas, kita dapat lihat Melayu ditindas drpd mengamalkan Islam dgn bebas pada masa dijajah)

    Tambah menyedihkan, apabila Belanda cuba menawan Kota tersebut drpd Portugis. Belanda telah mengepung dan mengenakan sekatan di keliling kota selama 5 bulan supaya pertahanan dilemahkan drpd dalam. Akibatnya, ramai buruh drpd kerajaan Melaka yang menderita sehingga dicatatkan dalam sejarah, ada yang terpaksa memakan kucing, tikus dan janin bayi!

    Pengajaran drpd kisah Melaka:
    1. Orang Melayu perlu sentiasa waspada. Kerajaan boleh diserang drpd pelbagai anasir luar, dalam (kaum bkn Melayu) dan juga termasuklah pengkhianat dr bangsa Melayu sendiri.

    2. Setelah dijajah,Kerajaan Melayu bukan sahaja cuba dilumpuhkan, malah cuba DIHAPUSKAN sama sekali drpd lipatan sejarah. Semua bangunan2 dan termasuklah kubur yang membuktikan wujudnya penempatan telah dikorek dan dihapuskan (dgn rancangan mmbina kubu).Perlaksanan ISLAM dimansuhkan dgn ketiadaan masjid selama Portugis memerintah. Bahkan, semua2 kitab2 ilmu yang ditulis dan diterjemahkan pada zaman kerajaan Melayu telah dirampas dan dibawa pulang ke Portugal (byk yang musnah kerana hanyut atau tenggelam bersama kapal yang karam). Hasilnya, sejarah Melayu yang kita belajar pada hari ni hanyalah cebisan keping2 tinggalan drpd apa yang penjajah tinggalkan. (Mereka tidak mahu Melayu tahu bahwa satu ketika dulu…sebuah tamadun Islam dan kerajaan hebat pernah terbina di Tanah Melayu untuk menghalang kebangkitan semula)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: