Daurah Nuqaba’

Pengisian yang telah menyuntik semangat dan kesedaran tentang hakikat keberadaan saya di sini. Daurah nuqaba’ yang saya hadiri petang khamis lalu cukup menginsafkan. Terima Kasih Ustaz Sobri di atas mutiara kata yang berharga yang telah dititipkan untuk kami para muallimin dan muallimat.

Memang kami kena sering diingatkan tentang betapa besarnya amanah yang dipikul selama kami bergelar guru di sini. Kami kena sering disedarkan tentang cita-cita dan tanggungjawab membina insan Rabbani yang menjadi dasar serta matlamat kepada perjuangan kami. Yang cuba kami bina di sini bukanlah bangunan tinggi pencakar langit. Yang cuba kami latih di sini bukan robot yang tersedia untuk diprogramkan….tapi kami membina insan, yakni manusia yang punya nafsu dan perasaan, minat dan kecenderungan, akal dan fikiran, sejarah maupun pengalaman. Maka bukan mudah membina mereka ini sebagaimana mudahnya membina bangunan dan mencipta robot yang boleh diprogramkan. Memang sukar memimpin mereka memilih kebaikan kerana dorongan utk keburukan juga cukup banyak  berada di sekitaran. Sekiranya tidak cukup persediaan, kita akan gagal membentuk mereka menepati acuan.

Kekuatan hendaklah sentiasa dibina bagi menghadapi cabaran tugasan ini. Kami para guru kena membina hubungan yang mantap dengan Allah dan memiliki rohani yang kuat sebagai syarat utama untuk menggalas kerja yang besar ini.  Jika kami pendidik tidak mempunyai kekuatan dalaman yang cukup, tidak mungkin kami akan ada kemampuan untuk menggapai cita-cita membina generasi Rabbani.

kata ustaz Sobri jangan tinggal qiamullail, amalan-amalan sunat yang lain seperti puasa , solat sunat rawatib, bersedekah, zikrullah dan segala amalan kebaikan yang lain. Jangan terputus rasa pergantungan pada  Allah dan bersungguh-sungguh menjaga niat  yang ikhlas semata-mata kerana Allah”

12 Komen

  1. AdNiSya_3108 said,

    20 April 09 pada 1:10 am

    Salam Ziarah.

    Wahhh…….Ustaz SOBRI
    Setelah sekian lama akhirnya dpt jugak melihatnya
    hehehehe

    Kim salam naa kat USTAZ SOBRI dgn lafaz assalammualaikum
    Anak muridnya ini masih senakal n seligat dulu
    hihihihi.

  2. ummuhanah said,

    20 April 09 pada 7:24 pm

    InsyaAllah muallimah sampaikan salam dari anti nanti ya…. salam ustaz sobri aje ke ?

  3. sejarah said,

    22 April 09 pada 5:11 am

    sila lawati blog ana..untuk sejarah perjuangan..dalil aqli🙂

  4. ummuhanah said,

    22 April 09 pada 5:41 am

    syukron….😀

  5. Nasya_3108 said,

    24 April 09 pada 7:54 pm

    heheheehhe…
    Kim Salam ngan lafaz ASSALAMUALAIKUM gak kat semua mualim n mualimah yg pernah mgajaq ana dulu
    Cuma Ust. Sobri len skit…..setelah lama tak bersua (misteri ni)
    heheheh

  6. sufiyyah said,

    23 Julai 10 pada 7:45 pm

    salam..bgmn ana nk jemput ustz sobri utk ceramah ya..ana ingat nak buat daurah nuqaba’ jg di sekolah ana..kat sek ana ni br dibentuk usrah pelajar..

  7. ummuhanah said,

    25 Julai 10 pada 3:48 pm

    email saya ummuhanah@gmail.com, InsyaAllah saya berikan no fon ustaz Sobri utk enti hubungi

  8. sufiyyah said,

    6 November 10 pada 11:22 am

    Salam..ana dah cuba emel enti utk dptkn no hp ust sobri tp gagal..blh ke enti tolong emel no hp ust pd ana dgn segera ya..ini emel ana sufi_sufiyyah@yahoo.com

  9. ummuhanah said,

    6 November 10 pada 12:28 pm

    sufiyyah…maaf saya kehilangan handfon lama, jadi no ustaz sobri sudah tidak ada. saya boleh tanyakan pada anaknya di sekolah esok, cumanya kalau enti urgent, Enti boleh menghubungi pejabat sekolah dan bercakaplah dgn Saripah Bee kerani ..InsyaAllah, dia pasti ada no ustaz sobri. (pej : 04-4386866)

  10. sufiyyah said,

    7 November 10 pada 1:38 pm

    Ummuhanah,insyaallah ana boleh tunggu enti utk dapatkan no tel ust sobri drpd anaknya esk.syukran ya ummuhanah krn bantu ana..

  11. sufiyyah said,

    5 Januari 11 pada 1:58 pm

    Salam.ummuhanah,saya cuba hubungi ustaz sobri melalui no hp yg enti berikan tapi ana tak dapat hubungi ust.enti ada no hp ustaz yg baru ke?ana ada cuba hubungi no pejabat sekolah yg enti berikan tapi kakak kerani pun xtau kerana ustz tdk mgajar lg disitu.

  12. ummuhanah said,

    5 Januari 11 pada 10:59 pm

    salam, insyaAllah esok saya cuba sekali lagi tanyakan pada anaknya di sekolah….sabo yer…

    sufiyyah boleh emailkan pada saya dan bercerita sikit ttg diri sufiyyah…selain ustaz sobri, saya boleh cadangkan beberapa ustaz lain yg juga bagus utk dijemput memberi pengisian.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: