Kelab Media Dan Penerbitan

Buletin sulong dari Kelab Media dan Penerbitan (KMP) akhirnya selamat diedarkan. Lisanul Hasanah mula diterbitkan bulan ini dan InsyaAllah akan menjadi buletin bulanan bagi warga Sek Men Al Islah.Nama Lisanul Hasanah adalah cadangan dari pelajar saya dari tingkatan lima. Pelbagai nama yang dicadangkan tapi yang ini kami berkenan. Terima kasih atas cadangan antum, nama ini pasti jadi kenangan dan sumbangan antum sangat bermakna kepada kelab ini

Kelab Media dan Penerbitan adalah kelab baru ditubuhkan tahun ini. Saya yang sekian lama bersama Kelab Kesenian menawarkan diri untuk bersama kelab ini di atas faktor minat dan keinginan untuk bersama menggerakkannya. Selamat tinggal Kelab Kesenian dan selamat tinggal DiBaBoNa…ngeh ngeh ngeh…

Setakat ini Alhamdulillah, saya selesa bekerjasama dengan Ustaz Wadi Anuar dan Muallim Baihaqi, dua orang guru muda yang baru bertugas tahun ini.Orang muda memang banyak idea boombastic. Kelab yang cuma dianggotai oleh 20 orang pelajar sahaja ,tapi kami berazam untuk berusaha menjayakan segala aktiviti yang sudah dirancang.Saya bersyukur semangat ahli kelab sangat tinggi dan sokongan yang diberikan amat baik sekali.

Jika diizinkan Allah, kami dalam usaha untuk menerbitkan majalah sekolah pada awal tahun hadapan. Segala kerja pengumpulan bahan dan maklumat sudah pun berjalan dan akan terus berlangsung sepanjang tahun ini. Dijangka percetakan akan bermula pada November nanti.

Selain dari Lisanul Hasanah, KMP juga akan mengadakan tayangan media filem-filem yang bagus dan terpilih untuk para pelajar dan guru. Bayaran masuk yang ‘murah’ akan dikenakan sebagai usaha untuk mengumpul dana bagi mengisi tabung Kelab. Penghasilan CD juga akan diusahakan untuk segala program dan aktiviti sekolah yang akan dijual dengan harga yang rendah juga….jangan lupa beli noo.

Selain itu KMP juga InsyaAllah akan membina laman web sendiri yang akan dimuatkan dengan segala berita kelab, galeri foto, bank soalan, aktiviti dan permainan ,serta ruangan forum untuk warga sekolah. Laman web ini akan dikendalikan oleh Muallim Baihaqi.

Kelab juga akan mengadakan pertandingan menamakan majalah sekolah dan membuka peluang untuk pelajar berkarya bagi dimuatkan dalam majalah tersebut. Pelajar juga dijemput untuk menulis sajak, pantun, teka-teki dan lakaran/ilustrasi bagi dimuatkan dalam Lisanul Hasanah.

Kami berdoa segala perancangan baik yang ingin diusahakan mendapat pertolongan dari Allah dan para pelajar serta seluruh warga sekolah memberikan sokongan baik terhadap KMP ini.

Muat Turun dalam format PDF : Lisanul Hasanah

3 Komen

  1. Nasya_3108 said,

    11 Mac 09 pada 1:23 pm

    Salam Ziarah Mualimmah
    Bestnya ada kelab ni
    Nak joint jugak boleh??
    hehehe
    Hope Lisanul Hasanah terus maju

  2. soleh-M said,

    11 Mac 09 pada 8:12 pm

    wah2..
    bestnyer dah ade bulletin..
    hoho..
    smoge bulletin nie berterusan…
    GAMBATE KUDASAI!!
    AJA-AJA FIGHTING mlmh MAHANI….

  3. ummuhanah said,

    12 Mac 09 pada 4:43 am

    salam untuk nasya,
    terima kasih atas kunjungan dan doa dari anda.

    soleh M,
    keputusan spm keluar hari ni…..hmmmm muallimah nak buat ‘liputan’ untuk dimuatkan dalam LH bulan depan…..mlh doakan dapat result yang terbaik…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: