saya kembali meminati novel …

Ketika remaja saya gemar membaca novel. Saya sering ke perpustakaan sekolah meminjam novel-novel yang menarik kemudiannya saling bertukar-tukar dengan teman bila habis membacanya. Waktu itu jika ingin membelinya sendiri memang tidak mampu. Jadi kebanyakan novel yang saya baca adalah dipinjam dari perpustakaan sekolah. Itu pun jumlahnya cukup kecil dan terpaksa pula berebut dengan rakan-rakan yang lain untuk meminjamnya.Selalunya novel yang menarik dan diminati ramai tidak akan sempat untuk berada lama di rak buku. Ia sering bertukar tangan terutama di kalangan pelajar perempuan

….ahhh…Jiwa remaja dengan novel memang sangat intim. Bahan bacaan sebegini mampu meruntun emosi dan menyentuh hati yang masih sangat muda. Dulu, novel karangan Dr Hamka “Tenggelamnya Kapal Vanderwick ‘ saya bacanya berulangkali dalam rembesan airmata yang mengalir tanpa dapat ditahan lagi…waktu itu hati saya sendu sungguh meratapi sebuah kisah cinta dua sejoli yang tak kesampaian. Seperti tenggelamnya kapal Vanderwick, saya juga turut karam dan lemas meresapi derita kesedihan Zainuddin yang kempunan untuk melayari bahtera cintanya…rasa kesedihan pembaca seperti dibuai-buai bila Zainuddin yang sarat memendam rasa diceritakan telah mengucup buahatinya yang sudah kaku tidak bernyawa dalam rasa kekecewaan yang tidak terhingga. Orang berkata karya itu adalah karya agung lantaran penulisnya adalah seorang yang cenderung kepada kesufian. Dan tulisannya pula agak halus dan mulus membawa gelojak rasa cinta dalam warna keimanan….hmm,

Tapi saya ini pula…. hmmm alangkah ‘senget’ nya pemikiran saya masa itu….alangkah membazirnya ’emosi’ yang tumpah untuk sebuah kisah cinta teruna dara yang belum ada ikatan sah .Seperti membazirnya emosi anak-anak murid saya berperang dengan sebak di dada ketika membaca novel ‘ayat-ayat cinta’.Sedangkan masih banyak kisah cinta yang patut ditumpahkan rasa sedih dan merana lantaran pencintanya tidak berjaya meraih dan mengecapinya….mungkin seperti kisah Khalid al Walid yang sangat cinta kepada mati syahid ketika berperang, tapi akhirnya beliau meninggal di atas katil kerana sakit biarpun sebahagian usianya dihabiskan dimedan pertempuran. Ini kisah cinta yang tak kesampaian yang mungkin lebih patut saya merasa terkesan…

Tapi mujurlah ketika di kampus saya tak tercenderung sangat kepada tulisan dalam genre novel. Saya dah mula terdedah kepada tulisan ilmiah dan lebih suka memiliki buku-buku pembinaan fikrah serta buku politik islam. Barisan penulis seperti Al Maududi, Abdullah Nasih Ulwan, Sayyid Qutb, Fathi Yakan dan Mustafa Mashor dan Hasan Al Banna mula saya kenali. Tulisan mereka ini banyak saya jadikan koleksi pribadi.  Mereka ini juga ada menyelit nostalgia kisah cinta pejuang silam yang menguja perasaan. Sebenarnya jiwa terasa makin dibangunkan dengan kisah kesengsaraan pejuang-pejuang islam zaman lampau.Betapa mereka ini juga adalah golongan yang asyik dalam cinta dan menempuh pelbagai halangan dalam bercinta. Bahkan mereka mengecapi penderitaan dalam meraih cinta dan ada yang terkorban untuk mendapatkan cinta. Bezanya cinta ini adalah yang suci untuk yang esa, bukan cinta kepada manusia. Pengalaman menjamah tulisan ringan yang banyak bunga bahasa seperti novel tentulah tidak sama dengan pengalaman menikmati tulisan dari tokoh gerakan islam….hmmm…lebih kurang camtu lah..

Tapi kebelakangan ini saya seperti kembali teruja dengan pembacaan novel. Saya membaca novel ‘Sultan Muhammad Al Fatih : Penakluk Konstantinopel’ dalam masa setengah hari saja. Terputus sebentar ikatan saya dengan urusan-urusan lain ketika menatap novel ini. Helaian demi helaian yang diselak ternyata saya semakin jauh mengembara sehingga terasa betul-betul sedang berdiri menghadap pintu kota yang hebat itu. Ketika perang sedang berkecamuk, dahi saya berkerut menahan lelah dan getirnya berhadapan dengan tentera musuh. Perasaan ‘geram’ dan tidak sabar untuk memecah masuk bersama tentera muhammad Al Fatih terasa membuak-buak. Hati seperti turut merintih memohon bantuan Allah segera tiba untuk memenangkan tentera Islam ke atas ketumbukan Maharaja Konstantine. Kesombongan raja Rom itu seperti mahu ditimbus bersama runtuhan benteng kota yang dibedil tentera Muslimin. Kerajaan Rom yang angkuh itu juga seperti mahu dikoyak-koyak sebagaimana surat Baginda saw yang pernah dikoyak oleh rajanya dahulu.Ahhh…saya benar-benar seperti berada disana , bersama Muhammad al Fatih dalam usaha menakluki Konstantinopel, kota kebanggaan kerajaan Rom Ortodoks itu.Tidak tahu berapa kali kolam mata saya melimpah dengan cucuran airmata meniti kisah sejarah yang gemilang ini. Ketika laungan takbir tentera muslimin menggentarkan penduduk konstantinopel , saya turut berdebar-debar menanti saat Muhammad Al Fatih melaungkan takbir kemenangannya….sungguh, baginda sultan Muhammad Al Fatih antara manusia yang allah beri keuntungan. Hampir keseluruhan hidupnya disusun atas peritnya sebuah perjuangan….subhanallah

Alangkah besar nilai kata-kata baginda. Penaklukan Konstantinopel bermula dari zaman khulafa Ar Rashidin lagi, dan diteruskan ke zaman muawiyah, dan pemimpin-pemimpin Islam selepas itu. Semuanya kerana ingin merebut untuk meralisasikan hadis baginda saw apabila menyebut ‘ Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik ‘. Mereka mengharapkan sangat bahawa diri mereka lah yang baginda maksudkan sebagai pemimpin yang baik dengan tentera dan rakyat yang baik. Muhammad Al Fatih tentulah memiliki kehebatan darjat iman seorang pemimpin apabila beliau muncul dan dipilih Allah sebagai penakluk konstantinopel sepertimana yang pernah baginda Rasul gambarkan dalam hadisnya..

Hebat… saya menggemari tulisan Abdul Latip Talib dan memiliki kebanyakan novel sejarah karya beliau ini. Saya kira dia penulis hebat kerana memiliki kreativiti menukilkan lembaran sejarah tokoh-tokoh Islam dalam bentuk novel. Selain dari Sultan Muhammad Al Fatih, saya turut menjadikan beberapa novel pahlawan Islam karya beliau ini sebagai koleksi pribadi.Kebanyakannya dihadiahkan oleh suami. Kepada anak-anak murid saya turut bercerita dan berkongsi rasa teruja membaca novel -novel Abdul Latip Talib dan saya galakkan mereka untuk turut membacanya.Memahami agama tidak sekadar membaca buku-buku akidah, feqah mahu pun buku syariah.Buku tentang kisah hidup dan perjuangan tokoh-tokoh islam lampau juga mampu menyuburkan iman kerana dari situ kita melihat bagaimana islam dihidupkan dalam diri manusia.

Beruntunglah orang yang Allah campakkan kecintaan kepada perjuangan Islam, setiap tarikan nafasnya adalah impian untuk meninggikan agama Allah. Dihujung usia ketika sakit menanggung bisa diracun, Sultan Muhammad Al Fatih sempat berpesan pada anaknya..

“Ayahanda dilahirkan ke dunia ini seperti semut kecil, kemudian Allah kurniakan kepada ayahanda nikmatnya yang begitu besar. Bekerjalah kamu untuk meninggikan agama Allah.”

Saya masih dalam proses menghabiskan novel “Abu Ubaidah penakluk Parsi“….kalau mampu bertahan dan melawan rasa mengantuk, saya akan cuba habiskan malam ini , minat saya membaca novel seperti tumbuh kembali...saya tak sabar untuk bersama Abu Ubaidah menakluki parsi.

6 Komen

  1. siti noorazlina said,

    30 September 09 pada 4:27 pm

    saya berminat untuk membeli buku tenggelamnya kapal vanderwick di mana boleh saya dapatkanya?

  2. timah naailah said,

    22 Mac 10 pada 6:47 pm

    salm mlmh,ana nk tnya…mlmh ada ka bku tenggelamnya kapal vanderwick?? kalau ada ana nk pnjm…boleh kn mlmh???

  3. ummuhanah said,

    25 Mac 10 pada 1:15 am

    salam kembali fatimah,

    tak ada la fatimah….dah lama sangat novel tu…mlh baca masa zaman mlh sekolah dulu….hmmm lagi pun persembahan dan gaya bahaanya mlh rasa mungkin enti tak berapa suka…..bahasa lama sikit….
    cuba cari kat library awam…..mungkin ada kot…

  4. seni nilam said,

    1 September 10 pada 2:48 pm

    salam alaik..alhamdulillah semua buku2 di atas ana telah khatam..ana juga amat minat membaca dan akan membaca apa sahaja buku..suka blog ini sebab banyak ksiah2 buku..teruskan!!

  5. ummuhanah said,

    3 September 10 pada 9:44 pm

    terima kasih seri nilam

  6. affandiz said,

    22 September 10 pada 8:06 am

    Salam bt kwn2 sume. Bg mendapat kan koleksi buku-buku ilmiah utk sume genre, umur, sila lawati http://www.stormreaders.net/rak_ilmu.

    Tq
    Wassalam


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: