Palestine di hati (3)…

Antara nikmat terbesar yang Allah kurniakan kepada kita rakyat Malaysia ialah nikmat keamanan dari bencana peperangan dan nikmat kemewahan kebendaan. Ini perlulah kita syukuri dan dikongsi kenikmatan yang diperolehi ini dengan golongan lain yang kurang bernasib baik. Jika niat menolong itu diatur atas satu niat yang ikhlas murni kerana Allah, maka Allah pasti menolong kita kembali.

Rasulullah saw bersabda “ Allah akan menolong hambaNya selagi hamba tersebut menolong saudaranya ( riwayat muslim ). Dalam satu hadis yang lain pula Baginda saw menyebut “ sesiapa yang tidak mempedulikan nasib kaum muslimin, dia bukanlah dari kalangan mereka” (riwayat Baihaqi)

Kepedulian kita terhadap nasib sesama muslim menjadi tanda bahawa kita tergolong di kalangan muslim juga. Malah kedudukan hadis ini memberi gambaran bahawa muslimnya kita ini masih boleh dipertikaikan sekiranya mengambil sikap tidak mempedulikan apa-apa musibah yang menimpa saudara seislam walau di mana mereka berada. Maka zahirkanlah sikap kepedulian kita terhadap saudara muslim di Palestine. Selain doa, apa saja bentuk usaha bagi meringankan beban rakyat palestin dan usaha menentang kekejaman Israel hendaklah kita laksanakan . Biarpun kelihatan kecil, kita berdoa semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada satu jihad besar yang mampu kita realisasikan terhadap Israel laknatullah suatu hari nanti ..InsyaAllah.

dsc000442

Program Malam Amal Palestin telah diadakan pada 6 Febuari 2009 yang lalu bertempat di lapangan letak kereta sekolah kami. Ia adalah anjuran PIBG , PPAI dengan kerjasama JIM Sg. Petani. Sebenarnya program amal untuk Palestin telah kami jadikan sebagai program tahunan. Tahun ini adalah kali ketiga program seumpamanya diadakan bertujuan untuk menarik rasa keprihatinan warga sekolah terhadap nasib saudara di Palestin khususnya di Gaza. Pihak sekolah telah melancarkan Kempen Boikot Barangan Israel dan pelancaran Tabung Derma Palestin pada Januari lepas. Setakat ini hasil kutipan derma telah disalurkan ke Gaza menerusi pertubuhan kebajikan AMAN Palestin.

Saya bersyukur kerana para pelajar, waris serta kakitangan sekolah menunjukkan respon yang baik terhadap kempen kutipan derma ini. Saya diberitahu oleh Lajnah Kebajikan Sekolah bahawa tabung derma bergerak ke kelas-kelas, tabung yang diletakkan di kantin sekolah dan juga di pejabat telah mendapat sambutan sangat baik dengan derma yang datang mencurah-curah. Malah para pelajar juga digalakkan mewujudkan tabung Palestin di rumah masing-masing dalam usaha mendorong pelajar menginfak wang untuk membantu saudara kita di Palestin. Untuk Malam Amal tersebut, kami berjaya mengumpul sebanyak RM5800 menerusi sumbangan dari para pengunjung dan sehingga 10 Febuari lalu derma yang terus mencurah menjadikan angka telah meningkat kepada hampir RM10,000…Alhamdulillah.

Program Malam Amal Palestine dimulakan seawal jam 6.30 petang. Pada malamnya kami mengadakan solat maghrib dan isya’ berjemaah dan disusuli dengan solat hajat. Kemudian kami dipersembahkan dengan alunan nasyid intifadah Palestin dari pelajar sekolah menengah. Program diteruskan dengan tayangan multimedia Palestin oleh Dr Roslan, seorang pensyarah USM yang aktif menjalankan aktiviti penerangan isu Palestin kepada masyarakat di sini. Program juga turut diisi dengan ceramah oleh seorang pelajar UUM (rakyat Palestin) dengan diterjemah oleh Ustaz Amri Nason. Pertunjukan pantomen ‘Kenapa Kamu Diam’ telah menjadi persembahan penutup pada malam itu.

dsc00047

Terdapat juga gerai jualan makanan dan minuman yang turut memeriahkan aktiviti pada malam tersebut dan telah  mendapat sambutan paling menggalakkan. Selain gerai makanan , pengunjung juga boleh mengunjungi  gerai cenderamata Palestin yang menjual sticker, button, book mark, buku dan T-shirt. Hasil kutipan sewa tapak gerai telah disumbangkan untuk mengisi Tabung Derma Palestin. Saya berdoa usaha murni semua pihak yang terlibat menjayakan program ini mendapat ganjaran keberkatan dan pahala dari Allah swt. Semoga ia bukan bermula di sini dan berakhir di sini….selagi Al Aqsa dan tanah suci yang diberkati itu masih dicengkam Israel dan yahudi zionis, selagi itulah api jihad untuk Palestin menyala di hati kita semua bahkan akan terus bersemarak menunggu saatnya membakar Israel laknatullah itu….Allahuakbar !

4 Komen

  1. ismi_yana said,

    13 Februari 09 pada 9:19 pm

    sdey coz x dpat p mlm 2..tp dok dngar crita dr kwan2..ok la tu..

  2. ummuhanah said,

    14 Februari 09 pada 7:14 am

    pasaipa yana tak pi ??….

  3. 26 Februari 10 pada 5:13 am

    salam…
    hm,ana pun x de mlm tuu….jeles giler mase sume org duk cerita fasal tu…ana tak pergi sebab ayah ana ade ceramah…mak ana tak berani drive sorg2…so ana pun x pilah…dahtu ade pulak tuisyen malam tu….eeeiiiii gerrammnnyyeee….
    Namun alhamdulillah ana bersyukur sangat mase muallimah Maryam(x silap ana jawatan PK Hem ek??ke Bahagian disiplin??)umumkan kutipan derma sekolah mencecah RM 10,000….Alhamdulillah ana terkejut sangat…Dan bangga dengan usaha guru2 dan pelajar2 dan semuanya…
    yg ana tahu,tak puas hati betul tak boleh pergi…..anak sulung ayah yg sorg ni merajuk dengah ayah die malam tu hehe…:D
    oklah semoga tertanam nilai-nilai jihad islamiah dalam diri kita sebagai mujahadah…Insyallah…

  4. ummuhanah said,

    2 Mac 10 pada 11:59 am

    iffah…dah ada niat nak pegi tu okey la…dah dapat pahala utk niat yg baik tu..InsyaAllah.

    kutipan malam tu tak berakhir di situ…seminggu slps tu sumbangan masih mencurah….banyak juga, tapi dah lupa jumlah kesemuanya.
    Tahun ni InsyaAllah, akan ada lagi program utk Palestine…sekolah dah jadikan program tahunan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: