Episod sebuah perjuangan…..

Kaum muslimin sentiasa diberitahu tentang betapa sukarnya beriman kepada Allah dan beramal dengan ajaranNya, kerana terdapat halangan dan tekanan golongan yang menentang usaha itu. Kaum muslimin juga dihidangkan dengan sejarah betapa golongan yang mengangkat keadilan dan meletaknya dibahu masing-masing akan menjadi golongan yang akan ditentang habis-habisan. Golongan yang memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan umat manusia dan golongan yang ingin membawa Islam ke persada politik negara dgn menumpaskan sekular akan ditentang dan diperangi oleh pemerintah yang mendokong gerakan penindasan.Kerana keadilan hanya akan memutuskan golongan pemerintah yang haloba ini dari kelazatan dunia.Maka dengan itu mereka sanggup melakukan apa saja bagi menggagalkan misi membawa keadilan kepada rakyat.Sebelum mendapat pertolongan Allah, ummat Islam akan diuji dengan tribulasi dan kesulitan dalam menghadapi tentangan taghut dan musuh-musuh Allah. Semoga para pejuang di jalan Allah tetap sabar dan teguh menghadapi ujian ini sekalipun hati tak henti-henti bermunajat meminta para penzalim ini dilenyapkan.

Demikian apabila Allah menghendaki nescaya Allah akan membinasakan mereka tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain
( muhammad : 4)

Saya menulis entri ini ketika majlis angkat sumpah menteri besar Perak yang baru sedang berlangsung. Memang sungguh hodoh apa yang berlaku di Perak. Kehodohan yang tidak mungkin dapat disembunyikan. Saya rasa inilah UMNO yang saya kenal dari dulu hingga sekarang. Merka ditentang oleh kawan dan lawan kerana memiliki rupa paras perjuangan yang hodoh. Tiada perubahan dari mereka sekalipun rakyat sudah ‘mengajar’ mereka dalam beberapa siri pilihanraya yang lalu. Mereka masih ada hati bermain politik kotor sekalipun ketika keadaan rakyat semakin sempit dan terhimpit ekoran ekonomi yang gawat. Agenda membela nasib rakyat mereka kesampingkan dengan menuangkan pelaburan kewangan yang besar demi melayan keghairahan mereka bermain politik. Maka dengan politik yang hodoh ini mereka hidangkan untuk rakyat sebagai membalas dendam kerana rakyat menolak mereka. Sungguh hodoh kerana mereka cuba membuktikan bahawa suara rakyat di kertas undi menjadi tidak berdaya bila berhadapan dengan kezaliman mereka.

Saya bukan pandai sangat berpolitik. Malah membaca perkembangan politik semasa tanahair juga kadang-kadang saya sukar menafsirkannya. Tapi saya sangat benci dengan kehodohan politik UMNO. Mereka bukan saja bergelumang dengan politik kesukuan dan bangsa, bahkan mereka parti politik yang haloba dengan habuan dunia sekalipun mengambilnya mereka terpaksa memijak perut rakyat yang sedia susah dan miskin. Memang mereka penindas golongan lemah, melanyak sistem keadilan yang mereka sendiri cipta dan menghalalkan cara-cara yang jijik dalam mencapai matlamat politik mereka. Sungguh hati saya tidak boleh redha membiarkan kuasa kepimpinan negara terus di pegang dan dimonopoli oleh golongan ini. Mereka mesti ditumbangkan dan rakyat harus dibebaskan dari kuasa kepimpinan yang menjulang panji-panji syaitan. Mereka ini khianat dan bercita-cita melaksanakan kezaliman kepada rakyat. Saya yakin Umno akan lebih dimalukan . Rakyat yang mual dengan permainan kotor mereka pasti akan memuntahkan segala kepincangan dan penyelewengan yang mereka suapkan untuk rakyat ini ke muka mereka kembali.

Namun dari satu sudut yang lain, saya merasa shukur ketika cuba meneropong hikmah ujian ini. Selain membuktikan UMNO masih belum insaf dan masih hodoh amalan politik mereka, ia memberi kesempatan kepada parti politik Islam untuk melakukan diagnosis terhadap perjalanan perjuangan mereka setakat ini.

Imam Hasan Al Banna dalam bukunya ‘ 3 Bingkisan Risalah Dakwah’ menggambarkan jemaah maupun ummah dalam hal kelemahan dan kekuatan, muda dan tuanya, sihat dan sakitnya diibarat sama keadaannya dengan tubuh badan manusia. Terkadang mereka dilihat sihat, kuat dan sangat bertenaga tapi disatu ketika yang lain mereka nampak lemah dan tak berdaya digugat dan diratah penyakit. Mereka akan menangis dan merintih menahan ujian kesakitan sehinggalah rahmat Allah muncul mendatangkan pakar yang mahir dan bijak, mengetahui di mana tempat penyakit itu, pandai mengesan dan mengenali serta dengan ikhlas memberikan rawatan. Kemudian setelah betul rawatannya pesakit dilihat kembali kepada kekuatan asal dan pulih seperti sedia kala.

Kita mengharapkan inilah parti politik Islam kita kini. Mungkin kita sedang menahan kesakitan kerana penyakit, tetapi penawar pasti menjelma untuk memulihkan kita semula dan kita lebih sihat dan lebih kuat setelah mendapat rawatan yang lebih baik.

Hinanya manusia kerana perjuangan yang batil. Keyakinan kita, asas perjuangan itu mestilah akidah yang sejahtera dan iman yang benar-benar mantap. Rantai perjuangan ini kalau turut disambung oleh mereka yang tidak merasa kelazatan makanan Islam, tidak disuluhi nur Al-Quran maka mereka akan bangkit sebagai pengkhianat dan cuba memutuskan kekuatan kita. Dengan itu kita kena berhati-hati dgn golongan ini.

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan orang-orang yang luar kalanganmu sebagai teman kepercayaanmu, kerana mereka tidak henti-henti akan menyusahkan kamu. Mereka mengharapkan kehancuranmu. Sungguh, telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang tersembunyi di hati mereka lebih jahat. Sungguh telah kami terangkan kepadamu ayat-ayat kami, jika kamu mengerti
( Al-Imran :118 )

Sesuatu yang perlu dimiliki oleh golongan yang memperjuangkan pemartabatan agamanya ialah sikap tidak putus asa. Kita tidak putus asa di atas apa yang berlaku ke atas kita. Dan kita mengharapkan ia tetap bernilai kebaikan dalam apa jua maksud samada yang tersurat maupun yang tersirat. Kita percaya bahawa tidak ada yang menghalang kita dan kejayaan selain dari perasaan putus asa. Bila harapan kuat dalam jiwa InsyaAllah kita akan mencapai kemenangan dan kebaikan. Oleh itu kita tidak akan putus asa dan putus asa tidak akan pernah menembusi pintu hati kita.

Suasana sekeliling seperti sedang meniupkan harapan sekalipun ada yang membayangkan sesuatu yang buruk terhadap harapan ini. Dan kita membiarkan mereka kekal dengan sangkaannya. Kita bekerja dan berusaha untuk melepaskan rantai penjajahan yang berat yang lama ditinggalkan membelenggu kita, jua menghambat pergi kepimpinan yang membelakangkan agama yang bersikap semakin memperkemaskan rantai penjajahan ini. Kita percaya rantai yang berat ini tidak akan merantai kita sepanjang masa, zaman akan berputar dan Allah akan merubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Orang-orang yang terpesona tidak akan selamanya terpesona. Kesedaran dan petunjuk akan mengiringi kesesatan, ketenangan akan membuntuti kegawatan, dan kebatilan pasti akan ditumpaskan oleh kebenaran. Maka kita akan terus bekerja untuknya dan menyerahkan perkara yang lepas dan yang akan datang kepada Allah yang maha tinggi kekuasaanNya.

Sesunggunya Firaun telah bermaharaja lela di bumi, menjadikan penduduknya berpecah belah, menindas golongan dari mereka, menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan perempuan-perempuan mereka hidup. Sesungguhnya Firaun termasuk golongan orang yang melakukan kebinasaan. Dan kami ingin memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi dan kami jadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi bumi dan kami teguhkan kedudukan mereka di bumi dan kami perlihatkan kepada Firaun dan Haman beserta tenteranya apa yang sering mereka khuatirkan dari mereka itu.             (Al-Qasas : 1- 6)

Lihatlah kebatilan yang kejam, malah dibanggakan kerana kekuatannya, diyakini kebesaran sehingga lupa pada kebenaran dan hak . Apabila mereka ini merasa senang hati dan gembira dgn apa yang ada padanya lalu Allah menelungkupkan mereka dgn kekuasaaNya. Tiada yang dapat menghalang iradah Allah untuk memberi kemenangan kepada golongan yang ditindas dan dizalimi.

Jadi janganlah menutupi semangat juang kita dengan bersedih dan tersangat bersusah hati. Jalan perjuangan yang dilalui oleh mujahidin Islam dari semua zaman dan tempat penuh dgn dugaan, cabaran serta kesulitan. Sudah menjadi tabiaat pergerakan Islam bahawa ujian itu adalah menjadi sunnah Allah dan fenomena umum dalam kerja jihad umat Islam. Semua ini memerlukan kesabran dan ketahanan iman.Ujian menjadi ukuran mengenal pejuang yang ikhlas. Ujian juga tapisan utk menyaring para pejuang yang paling layak berjuang menegakkan agama Allah. Maka kalau kita faham, kita pasti redha dengan proses penyaringan ini . Islam digerakkan oleh mujahid yang ikhlas dan tinggi ketakwaannya. ia bukan di kuatkan dengan nombor atau jumlah pejuang yang besar tetapi mempunyai nilai yang kosong.

Dalam kerja atau dakwah kita ada pihak yang menyokong dan ada yg menentang, ada yang memandangnya positif dan ada yang memandang negetif, ada yang merasa selaras dgn pandangan mereka dan ada yg merasakan kita bersalahan dgn pandangan mereka . Ada yang mencemuh kita keras dan ada yang mengata kita ni terlalu lembut. jadi kita perlu melatih diri ini menanggung kesemua perkara tersebut kerana apa pun cemuhan yang diterima, kita menyimpan keyakinan bahawa suatu masa kita pasti sampai ke matlamat-matlamat kita kerana bergeraknya kita ini adalah ke arah dasar-dasar keadilan di dunia, menyebarkan nilai-nilai kebaikan serta menentang kezaliman dan kemungkaran. Dengan nilai takut pada Allah yang ada dalam jiwa, kita menyusun kerja yang terus menerus untuk mencabar keangkuhan dan tindakan melampau golongan taghut……. Allahuakhbar

4 Komen

  1. kacamata said,

    7 Februari 09 pada 1:46 am

    terimalah hakikatnya

    mereka lalai dgn kuasa

    16 sept tu sah ke ?

    persoalan saya

    siapa yg mula kacau harimau sedang tido ?

    siapa yg mula bermain dgn api ?

    sekarang rasalah bahana nya

  2. ummuhanah said,

    7 Februari 09 pada 3:39 pm

    salam kenal….

    kalau nak diukurkan lalai, UMNO seribu kali lebih lalai dengan kuasa bahkan tak pernah berada dalam keadaan ‘sedar’ dalam memegang kuasa.

    Saya setuju aspirasi 16 sept bukan sesuatu yang saya suka…malah apa-apa saja bentuk kegelojohan mendapatkan kuasa saya tak dapat terima. Kerana kita sedar kita bekerja bukan sekadar menumpaskan UMNO tapi menjadikan UMNO sedar bahawa mereka juga perlu bersama kita. Jadi pada saya biarlah peralihan kuasa UMNO kepada kita berlaku kerana rakyat kalangan UMNO ni rasa memang mereka wajib bersama kita.

    Jadi jika ada pihak UMNO yang rasa insaf dan ingin melompat bersama kita, itu satu perkara yang memang saya suka. Malah kita perlu membuka ruang kepada mereka ini kerana kita yaqin perjuangan kita dan UMNO sangat jauh bezanya.

    Kepada rakan melayu kita dalam UMNO, kita ajak mereka lompat dgn tawarkan prinsip perjuangan kita yang telus serta adil tanpa sogokan kebendaan….tapi UMNO membeli lompatan Adun dungu tersebut dengan duit berjuta-juta ….inilah beza yang paling mudah antara kita dan UMNO yang anda boleh nampak.

    saya cuma boleh terima kalau tradisi lompat party itu dibawa atas roh ‘hijrah’….. tapi jika atas matlamat habuan dunia ianya adalah ‘jijik’….

    saya ingatkan anda….harimau yang mengaum gagah pun kami sergah, inikan pula harimau yg sering tido dalam parlimen.
    Usahkan bermain dgn api, bermain dengan bom dan senjata nuklear pun kami sanggup redah….jadi kalo setakat gas pemedih mata tu UMNO mengharapkan kita rebah….silap sangat tu.

    maka apa yang anda anggap sebagai bahana ? sedang kami masih menganggapnya sebagai rahmah. Bak kata nabi ” sungguh ajaib situasi seorang mukmin, segala-galanya adalah baik baginya. Apabila ia mendapat kenikmatan maka ia bersyukur, jadi itu baik baginya dan bila ia mendapat musibah ia bersabar, itu juga baik baginya”

    saya hargai kedatangan tetamu kacamata ke blog saya.
    Tapi jangan gunakan email saya dan nama yang pelbagai bila menyinggah….itu sikap tak molek.

  3. Saujana Hati said,

    7 Februari 09 pada 9:40 pm

    salam..kalau muallimah nak tahu knp pelajar f4 tahun nie keluar dari islah, muallimah bka la blog ana tajuk tinggalkan islah bawa misi…harap muallimah faham lepas baca dan meredhakan km keluar dari islah..

  4. ummuhanah said,

    8 Februari 09 pada 2:51 am

    saujana hati….salam perpisahan….sedihnya ….

    Hijrah sering berlaku…tiada jaminan seorang manusia akan kekal di satu-satu tempat, maka hijrahlah sekiranya ia diyakini mendatangkan manfaat khususnya untuk agama. Kami meredhakan kepergian anda semua walau berat hati kerana kasih dan cinta. Tapi yakinlah, selama ini kasih dan cinta juga yang telah mempertemukan kita dan mengikatnya. Jarak dan sempadan mungkin mampu memisahkan jasad, tapi iman dan persaudaraan akan sering mempertemukan hati-hati kita….InsyaAllah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: