hari pertama…

image032a

~masa ~

Saya melangkah kaki ke sekolah hari ini dengan hati yang berbunga rasa kesyukuran. Allah masih mengizinkan saya menghirup udaraNya dan memiliki khudrat utk meneruskan tanggungjawab saya sebagai pendidik bagi sesi persekolahan 2009.

Bermakna tahun 2008 telah saya tinggalkan, dan hari ini adalah hari pertama persekolahan bagi tahun ini. Aah! cepat betol putaran waktu yang berlalu. Sudah setahun rupanya saya tinggalkan ‘hari ini’. Hari di mana saya memasuki hari pertama persekolahan sesi baru. Rasanya seperti baru saja menyambut kedatangan 2008  namun hari ini saya telah mulakan sesi persekolahan 2009. Seakan masih terngiang-ngiang ucapan selamat kembali dari rakan guru dan anak-anak murid pada tahun lalu, namun hari ini saya kembali menerima ucapan yang sama. Rutin hari pertama sekolah dengan para waris yang berduyun-duyun menghantar anak-anak mereka, pelajar yang sibuk mencari kelas masing-masing, suara announcement dari pengurusan sekolah yang nyaring kedengaran di corong speaker, saya yang terpaksa ke pejabat sekolah mendapatkan Buku Rancangan Mengajar dan alatan tulis….rasanya saya lalui situasi yang hampir sama pada hari pertama persekolahan tahun lalu. Aah! alangkah samanya hari ini dan semalam. Alangkah cepat dan singkatnya putaran masa yang beredar melewati kita.Seperti semuanya baru saja kita tinggalkan kerana masa berlalu tidak terasa.

image031a

Agaknya inilah antara kata-kata nabi tentang tanda-tanda akhir zaman dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi. ” Tidak berlaku kiamat kecuali sehingga masa menjadi singkat. Setahun berlalu bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu  bagaikan sehari dan sehari berlalu bagaikan petikan nyalaan api. “

Ulama berpandangan bahawa ‘masa’ sekarang sudah hilang keberkatan. Manusia tidak lagi mengecapi keberkatan masa dalam menjalani kehidupan seharian. Kalau ulama dahulukala mampu khatam al-quran berkali-kali dalam sebulan, seminggu bahkan sehari, tetapi muslim hari ini nak mencuri masa utk membaca Al-Quran barang satu surah sehari kadang-kadang terasa payah. Ulama terdahulu mengarang kitab yang lengkap dalam jumlah yang banyak, tetapi kita hari ini menghasilkan tulisan ilmiah barang sehelai dua kertas pun sukar sungguh kita rasakan. Inilah keberkatan masa kita yang mungkin hilang berbanding ulama dulu-dulu. Hakikatnya kita sendiri yang menghilangkan nilai keberkatan masa kita kerana sikap lalai dan tidak merancang masa dengan baik. Antara tanda hilang keberkatan masa ialah kita merasakan masa bergerak lama bila kita melaksanakan ibadah. tapi bila waktu dipenuhi dengan perkara-perkara lagho dan maksiat, masa berlalu seprti tidak terasa.

Marilah kita berusaha mencari semula keberkatan masa kita dengan mengisi masa-masa yang ada dengan perkara-perkara kebaikan. Semoga dengan itu Allah tidak meletakkan kita sebagai golongan orang yang rugi.

image031

~Tarbiyyah ~

Persekolahan pada hari pertama dimulakan dengan solat taubat dan solat hajat oleh guru-guru dan pelajar. Ianya bertujuan memohon keampunan dari Allah dan bertaubat di atas segala kesalahan serta dosa yang dilakukan selama menjadi hambaNya. Selain itu juga ia bertujuan memohon hajat agar Allah memimpin kami semua dan menjadikan kami orang-orang yang sanggup mentarbiyyah , dan juga orang-orang yang bersedia di tarbiyyah.

Terasa ‘berat bahu’ memandang rijal-rijal yang ada di depan saya. Mereka amanah yang penting yang terkadang saya alpa akan hakikat tanggungjawab saya ke atas mereka.Betapa ya Allah,  tugas membentuk mereka bukanlah satu tugas yang mudah.Kecenderungan saya terhadap mereka mestilah bukan sekadar mengajar di kelas. Tapi saya serta guru-guru yang lain perlu mempunyai iltizam yang tinggi untuk mentarbiyyah mereka menjadi insan soleh wal musleh. Pendidikan atau pentarbiyyahn ini harus dilihat sebagai amanah untuk membina mereka kepada kesinambungan perjuangan Islam di mukabumi ini.

Islam menggambarkan proses pendidikan bukan sekadar proses pengisian ilmu tetapi juga proses tazkiyyah (penyucian), pengajaran (ta’lim) dan juga membiasakan anak-anak murid dengan sifat-sifat yang baik.Ulama menekankan kekuatan jiwa mad’u mestilah dibangunkan seiring dengan pembangunan fizikal dan mental. Segala kekotoran yang melemahkan jiwa hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum mencorakkan hati dan jiwa mereka menjadi muslim yang berkepribadian murni. Jika tidak usaha mendidik mereka akan jadi pelik sekali.Kita gambarkan jiwa yg kotor laksana gelas yang terdapat mendakan lumpur di dalamnya.Jika kita mengisi air yang jernih dan bersih sehingga gelas itu penuh dan melimpah, apa yang kita dapati yang melimpah keluar itu bukanlah mendakan lumpur tersebut, tetapi air jernih yang dituangkan tadi. Selama mana kita mengisinya, air yang jernih itu akan terus melimpah keluar sedangkan mendakan kotor masih di situ. Seharusnya kotoran dalam gelas itu dibersihkan terlebih dahulu barulah air jernih yang bersih sahaja yang boleh diisi ke dalamnya.

image032

Termasuk dalam proses tazkiyah atau penyucian ini ialah menyekat sehabis daya gejala-gejala yang mengotorkan jiwa. Pembersihan tanpa menutup sumber yang mendatangkan kekotoran akan menjadikan usaha pembersihan itu jadi mustahil kerana mana mungkin berlaku proses pembersihan serta proses pengotoran jiwa serentak sedangkan kecenderungan jiwa kepada sesuatu yang mengotorinya lebih kuat kesan pengaruhnya. Ibnu Jauzi menggambarkan kecenderungan jiwa manusia kepada keburukan seperti air yang menuruni bukit yang tinggi, laju dan mudah sekali. Sedangkan kecenderungan jiwa pada perkara kebaikan adalah seperti air yang menaiki sebuah bukit yang memerlukan satu tenaga tambahan untuk menolaknya….tentulah ini satu  kerja yang rumit sekali.

Pun begitu jika itulah realiti yang harus dihadapi dan inilah cabaran yang wajib kami harungi, kami berdoa semoga kamilah yang menjadi tenaga tambahan kepada anak-anak murid kami.Biarpun sukar melawan arus, tapi kalau gigih dan mendapat pertolongan Allah, pasti usaha ini akan membuahkan hasil yang manis jua nanti ….InsyaAllah.

image030

~Hijrah ~

Hari pertama saya memulakan kerja, memasuki kamar guru dan kembali meneruskan persahabatan dengan meja yang sekian lama berkhidmat pada saya di bilik guru tersebut. Meja saya kelihatan suram dan ‘kurang manisnya’. Saya mengaku tidak kreatif dalam hal menghias meja. Setakat ini apa yang saya usahakann sekadar menyusun buku-buku dan segala bahan bertulis yang berada di atas meja saya…itu saja. Saya melawat meja seorang rakan saya di sekolah rendah…masyaAllah cantik betul dia hiaskan mejanya. Muallimah Rohilawati memang wajar dipuji kerana kerajinan dan kreativiti yang tinggi dalam hal menghias meja termasuk menghias cantik kelasnya juga. Saya kira saya perlu mempelajari sesuatu dari sikap positifnya itu. Saya perlu hijrah.

Dalam buku teks sejarah tingkatan 4, antara lain pengertian hijrah yang dinyatakan ialah melakukan perubahan dari satu keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih baik. Maka atas bantuan anak murid saya, saya cuba menambah serikan meja saya dengan harapan ia kelihatan lebih baik dari sebelumnya. Dibandingkan dengan meja Rohila, tidak lah cantik sangat pun hasil tangan saya ini,  tapi yang pasti ia memang kelihatan lebih cantik berbanding yang lalu.Kalaulah usaha ini boleh dikira sebagai hijrah juga dari saya, semoga hijrah ini adalah kerana mencari keselesaan beribadah dan kesinambungan dakwah. Saya berkira-kira bahawa meja yang dihias lebih menarik ini mungkin boleh membangkitkan semangat utk bekerja dengan lebih gigih dan berdedikasi. Jika saya ingin menjadikan ‘kerja’ saya sebagai ibadah dan dakwah, maka saya harap sangat usaha kecil ini masih menepati kehendak hijrah untuk ‘selesa beribadah dan penerusan kerja dakwah.

Dalam ceramah maal hijrah dari ustaz Amri Nason yang saya hadiri tempohari, beliau mengatakan bahawa Hijrah adalah sunnah para anbiya’. Bukan Rasulullah saw sahaja yang melakukan hijrah, malah ianya telah dilakukan oleh nabi-nabi terdahulu seperti nabi Ibrahim, nabi Musa, nabi soleh dan sebagainya.Mereka pernah meninggalkan kampung halaman menuju ke tempat yang lain. Sebagai contoh dalam kisah nabi Musa, baginda dibesarkan di istana Firaun dalam suasana senang dan penuh kemewahan.tapi disebabkan baginda tidak dapat menerima kekufuran Firaun yang zalim sehingga mengangkat diri sebagai tuhan, maka baginda telah berhijrah meninggalkan Mesir menuju ke Madyan dan kemudiannya diutuskan semula untuk memerangi Firaun. Hijrah nabi saw dan nabi-nabi yang lain bukanlah utk mencari keselesaan dunia, tetapi mencari keselesaan ibadah dan kesinambungan dakwah. Keselesaan ibadah ini dalam ertikata keselesaan meyempurnakan pengabdian kepada Allah swt. Kalau hijrah kerana keselesaan dunia maka menetap di Mekah adalah lebih baik bagi baginda s.a.w kerana nabi telah ditawarkan pelbagai kesenangan dan keselesaan oleh kafir Quraisy. Tapi baginda menolaknya dan kemudiannya berhijrah kerana mencari keselesaan untuk beribadah dan kelangsungan kepada dakwah baginda.Menurut Ustaz Amri, jika kita hendak berhijrah dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain, ianya adalah untuk mencari ‘ keselesaan ibadah’ dan untuk meneruskan dakwah menegakkan kalimah Allah dimukabumi ini..

Sesungguhnya hijrah adalah  bertolak dari satu dorongan yang amat kuat iaitu kekuatan keimanan kepada Allah swt. Hijrah Rasulullah saw pada pandangan zahirnya seperti meninggalkan tanahair yang dikasihinya, akan tetapi pada hakikatnya hijrah adalah penjagaan dan keselamatan terhadap usaha untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Maka marilah kita bersama-sama melakukan penghijrahan sebagai tanda cinta kita kepada nabi saw. Penghijrahan hari ini mungkin tidak menuntut kita meninggalkan tanah air, tapi kita berhijrah melakukan pengislahan diri dgn berfikir, mengambil iktibar dan menggerakkan diri melaksanakan perkara-perkara kebaikan. Kita melakukan perpindahan dari kehinaan kepada kemuliaan, dari kelemahan kepada kekuatan , meninggalkan isme-isme dan fahaman sekular serta benar-benar mengikuti jalan yang Rasulullah saw  tinggalkan untuk kita….InsyaAllah.

19 Komen

  1. nuriman said,

    7 Januari 09 pada 8:33 am

    Salam…selamat kembali ke sekolah ummuhanah……..

  2. aniisa_tasnim said,

    7 Januari 09 pada 5:46 pm

    selamat kembali mengajar muallimah… =)

    kadang2.. rindukan juga suasana sekolah.. huhu

  3. ummuhanah said,

    7 Januari 09 pada 10:52 pm

    salam nuriman……terima kasih

    aniisa tasnim….kalau rindu jemputlah ke sini selalu. pesan Muallimah….sempurnakan ingatan kita pada Allah dan rasulNya. moga-moga di situ kita beroleh pengampunan terhadap dosa dan pimpinan dalam tindakan kita …

    hidup ini sungguh mencabar sekali …. ujian Allah kekadang memang berat utk hati….

  4. Aisya said,

    7 Januari 09 pada 11:14 pm

    Salam’alaiki Murobbi Mulia..

    Ana nak tny,muallimah mengajar di sekolah mana?Sekolah rangkaian MUSLEH ke?

    Wassalam

  5. ummuhanah said,

    7 Januari 09 pada 11:30 pm

    salam aisya
    ya dari rangkaian MUSLEH. Mlh di Sg Petani.

  6. alsyarqawi said,

    8 Januari 09 pada 2:25 pm

    salam mlmh..amboi..tak de ke kelas khas untuk yg dah hbh macam ana ni..haha..tgk bdk2 dlm gambar tu rasa teringin nak melangkah kat islah mai lagi..masa ana dulu tak dak plak wat solat taubat dgn hajat masa first day.tak aci ni..agaknye kami dah mmg molek doh mase tu..ye dok?ape pun slmt mengajar ana ucapkan..tlg ingatkan kat bdk-bdk tu “dont love-love”…ni time blajaq,time tarbiyah..sayonara dl

  7. alsyarqawi said,

    8 Januari 09 pada 2:28 pm

    opss..satu lagi mlmh,bagitauu depa jangan dok berangkat-rangkat..adik angkat ka,kak ka,abg ka…yg sudah tu sdh la..hihi..agaknye saya teringat masa time saya dl..keh keh

  8. Aisya said,

    8 Januari 09 pada 5:25 pm

    ooh..

    Ana sekolah rangkain MUSLEH juga..sekolah SRI Al-Amin Bangi..
    Masa mula2 bc blog ni..terfikir2 muallimah mengajar di mana.
    Ok..alhamduliLLAH..skarang dah tau.
    Ana minat tulisan mlmh.

    Wassalam

  9. ummuhanah said,

    8 Januari 09 pada 10:21 pm

    terima kasih….😀

    oh Aisya pelajar musleh jugak rupanya….kalau datang ke Kedah ni bolehlah jumpa muallimah di Islah ni.
    masih di SRI sudah ada blog sendiri ?…tahniah….jadikan laman maya ini sebagai medan dakwah….InsyaAllah.

  10. ummuhanah said,

    8 Januari 09 pada 10:31 pm

    syarqawi ….😀

    jangan lah jeles …setiap ‘zaman’ tu ada keistimewaan tersendiri. Zaman anta dulu pun tak kurang manisnya, takkan dah lupa.

    Kami memang cuba membudayakan solat hajat di sekolah. Pagi tadi pun kami adakan solat hajat utk muslim di Palestine dan pelancaran tabung bantuan Palestine. harap-harap usaha kecil ini diberkati Allah.

    Alhamdulillah zaman ‘berangkat-angkat’ tu dah lama ditinggalkan….
    InsyaAllah mungkin mereka sudah faham lebih baik mengangkat durian sepuluh bakul dari mengangkat bukan mahram sebagai abang atau adik angkat.

  11. Aisya said,

    13 Januari 09 pada 7:16 pm

    oh..syukran ya murobbi.
    SRI tu bukanlah maksudnya sekolah rendah..tp nama SRI tu adalah nama sekolah sendiri..

    Ana berada di tingkatan 5,insyaAllah tahun ni bakal ambik SPM. Pohon doa jugalah dr mustajabnya doa seorang guru🙂

    Tahun lps ada juga pgi kursus ‘Idad Du’at di Sekolah Hira’ Jeram. Tak silap ana sekolah al-Islah pun ada wakilnya sekali.:)..Mlmh x pergi sekali?
    Mana tau,entah2 prnh jumpa tp x kenal.

    di sekolah ana juga sekarang ni..stp kali lepas solat fardhu,akan ada solat hajat utk Palestin.

    Wassalam

  12. ummuhanah said,

    15 Januari 09 pada 9:15 pm

    aisya, hmmm…pelajar SMI rupanya. Muallimah tak mengiringi program ‘idad du’at yang lepas, tapi ada muallimah tanyakan pada anak murid yang ikut serta. Mungkin ada di kalangan mereka kenal dengan aisya….
    biasanya mlh temankan pelajar utk program krs(psfm)….InsyaAllah kalau hujung tahun nanti aisya pergi jambori mungkin kita boleh jumpa😀

    selamat berjuang utk spm nanti….aisya dah baca buku ” Siti Fatimah – watak remaja masakini ? “…kalau belum muallimah nak encourage aisya supaya baca.

  13. Aisya said,

    17 Januari 09 pada 11:25 pm

    oh.Jambori?Ana ada pergi program KRS kursus kenaikan pangkat Srjan kat Setiawan tahun lepas.

    Em.Belum baca lagilah buku tu.Keluaran publisher mana yeh?,sbb rasanya tak pernah nampak lagi tajuk tu,InsyaAllah..ana cuba tgk2 kat kedai nnti.Sebabnya saranan seorang guru pasti bagus-bagus utk sesiapa pun.:D

  14. ummuhanah said,

    21 Januari 09 pada 9:12 pm

    salam aisya….lama jugak tak menjenguk blog…mlh agak sibuk kebelakangan ini…SUKAN kat skolah.😀

    kalau sukar mendapatkan buku tu di sana dan anti masih berhajat utk memilikinya, boleh kirim aje dari mlh di sini…InsyaAllah

  15. menjejaki said,

    3 Mac 11 pada 10:33 pm

    assalamualaikum muallimah,sy amat tertarik utk menekan link blog ini sudah terlalu lama.alhamdulillah,skrg sy sudah temui owner blog ini.alhamdulillah.
    muallimah,
    jika tidak keberatan,sy ingin berkongsi sedikit coretan.izinkan sy menyampaikan coretan itu kpd emel muallima.jazakillahu khairal jaza`.=)

  16. ummuhanah said,

    4 Mac 11 pada 11:40 am

    salam

    silakan…. Mlh bersedia berkongsi, bahkan sangat teruja sebenarnya utk kenal enti.😀

  17. menjejaki said,

    4 Mac 11 pada 11:49 pm

    InsyaAllah muallimah.alhamdulillah.bleh bg alamt emel muallimah?=)syukran

  18. ummuhanah said,

    5 Mac 11 pada 10:55 pm

    ummuhanah@gmail.com

  19. menjejaki said,

    10 Mac 11 pada 2:38 pm

    syukran =)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: