Salah Siapa ?

Pahit sungguh sebuah kenyataan, berat sungguh mata ini memandang, dalam kehairanan saya tercari-cari jawapan MENGAPA INI BERLAKU ?

Saya akui saya jarang berada dinegeri sendiri yakni kelantan…. selepas menamatkan tingkatan 5, saya banyak merantau di negeri orang. Bila berkerja dan berumahtangga, saya juga memilih menetap diperantauan. Kesempatan yg cuma datang sekali-sekala utk berkunjung pulang, tentulah saya lebih peka dan cepat terkesan emosinya dgn perubahan … sedih, perubahan di kampung saya sangat ketara saya rasakan. Bahkan perubahan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu ‘mengganggu’ ketenangan hati saya. Sungguh pun saya melihat banyak kebaikan, tapi ada juga keburukan yang saya kira tidak boleh dipandang ringan, kerana ianya sungguh menyedihkan…

Saya letih dengan kesedihan, saya penat betul dengan kehampaan…
tapi sekadar mencela dan menyebut-nyebut kekurangan tidak mendatangkan apa-apa pulangan, siapalah yang dapat menjawab segala kemusykilan saya …. saya benar-benar tidak faham MENGAPA INI BERLAKU ?

negeri saya indah dipuji orang….
keunikan rakyatnya sering saja diperkatakan…

suasana politiknya diintai kawan dan lawan… keperbezaan negeri dan rakyatnya sentiasa dinantikan, tapi mengapa pula sehebat itu ujian utk negeriku Kelantan…ketika pemimpin negeri berusaha keras membawa Islam ke negeri bertuah itu, rupanya ramai remajanya telah hilang pedoman. Saya menilainya satu kerugian, bahkan satu ancaman terhadap cita-cita perjuangan Islam. Entah siapa yang harus di persalahkan.

Saya tiada niat membuka keaiban … tapi kecewa saya tiada keruan, dan saya tertanya di mana silapnya sehingga beberapa remaja yang saja lihat dan jumpa seperti ‘tiada asuhan’… bukankah negeri saya tersohor negeri yang cintakan Islam dan inginkan kehidupan Islamnya terpancar pada seluruh rakyatnya. Apa sudah jadi dengan remaja saya ?…..tiadakah pembelaan untuk mereka ?…mana perginya orang-orang tua yang sepatutnya memainkan peranan ? Mengapa dibiarkan mereka punah ranah gara-gara ketagihan pil kuda. Bukankah mereka generasi yang bakal mewarisi perjuangan kita….kepada golongan inikah yang kelaknya hendak diserahkan ‘nasib’ negara ??

Mereka menjadi kumpulan yang jauh dari masjid. Tiada langsung aspirasi memperjuangkan agama di hati mereka.Penampilan mereka yang menyakitkan mata, mereka berbual perkara-perkara yang kosong dan lagha, keadaan mereka yang longlai, menghabiskan masa bermotosikal, melepak di mana-mana saja mereka suka, bahkan saya mendengar ada diantara mereka yang menjadi agen ‘menjual nombor ekor’ sesama mereka…astaghfirullah, apa sudah jadi pada remaja negeri serambi Mekah….sedihnya saya.

Ketika di kampung, saya mendengar cerita tentang ‘ gejala pengambilan pil kuda’ yang berleluasa di negeri saya. Di mana-mana tempat dikatakan pasti ada cerita remaja dan pil kuda. Seorang tua di kampung saya mengatakan betapa ramainya remaja Kelantan terjebak dengan ketagihan pil kuda. Entahlah, katanya pil ini diperbuat dari tulang manusia yg dibakar, kesannya bukan saja mengkhayalkan, bahkan boleh mengakibatkan gila atau hilang kewarasan. Boleh bertindak ganas dan luar kawalan. dari cerita seorang ahli keluarga pula , saya mendapat tahu kebanyakan remaja ditempat saya mengambil pil kuda. faktor pengaruh kawan-kawan dan mudah mendapatkan bekalan menjadi penyumbang kepada masalah ini.Soalnya kenapa boleh jadi semudah itu ?


Sedihnya hati saya, orang-orang yang dekat dengan saya pun ada yang terlibat sama. Di kampung pengambilan pil kuda di kalangan remaja dah jadi perkara biasa. Ibu bapa masing-masing boleh bercerita tentang kelakuan tidak siuman anak-anak mereka bila mengambil pil kuda. Sedihnya….anak-anak remaja dikampung saya , yang sewaktu kecilnya dulu begitu comel bermain-main dihalaman rumah saya, ada diantara mereka yang pernah saya usik, saya dukung, cium dan saya manja-manjakan….sekarang rosak gara-gara pil kuda. Saya mendengar mereka mudah mendapatkan bekalan pil kuda semudah mendapat bekalan gula-gula….heran, sebegini mudah ke ?

Sebetulnya saya agak keliru dengan kerana dulunya saya pernah mendengar tentang pil kuda adalah utk kegunaan tenaga batin lelaki. Baru sekarang saya tahu ia disukai remaja untuk tujuan mengkhayalkan diri. Saya tidak tahu adakah itu dari jenis pil yang sama. Cuma saya rasa aneh betol dunia ini, kerana manusia berkecenderungan membinasakan diri sendiri, mereka gemarkan sesuatu yang mencabar kewarasan akal mereka dan memudaratkan manusia lainnya, alangkah dashatnya.

Siapa yang hendak dipersalahkan tentang nasib remaja ini. Adakah mereka telah dibesarkan dalam suasana yang cuai sehingga mereka tiada jati diri lagi. Apalah yang diharapkan pada nilai ‘agama’ dalam diri remaja ini kalau kebanyakan masa yang mereka ada dihabiskan dengan cara yang rugi. Usia remaja adalah usia yang paling ideal untuk dibentuk dan dimanfaatkan potensi diri mereka. Rasulullah membentuk jiwa sahabat diusia remaja. Keremajaan mereka dihabiskan dengan jihad dan dakwah. Mereka memikul beban memperjuangkan Islam dalam usia yang sangat mentah. Tapi ternyata ruh dan jiwa mereka dewasa melebihi usia. Mereka memikul beban risalah islam dengan penuh amanah.Mengambil contoh Ali bin Abi Talib, Zaid Bin Harithah, Talhah Bin Ubaidullah, Zubair Bin Awwam, Salman Al farisi bahkan banyak lagi contoh remaja yang telah melakar sejarah memperjuangkan Islam. Bacalah sejarah, kita akan tahu bagaiman remaja ini memperkuatkan Islam dengan ruh jihad di hati mereka.

Saya kira memang tepat bila dikatakan golongan remajalah yang menjadi tonggak kepada kekuatan perjuangan Islam, kerana sejarah menjelaskan begitu. Rasulullah sandarkan pada golongan remaja untuk menentang taghut di Mekah dan membina ummah.Tapi kita hari ini, dengan remaja yang ‘longlai dan hanyut’ ini, yang lebih bahagia memilih kehidupan kosong dalam fantasi dan dunia khayal mereka, apakah yang boleh kita pertaruhkan ? apakah yang boleh kita sandarkan ? apakah masa depan  agama ini boleh diharapkan kepada generasi sebegini ?..alangkah dasyatnya ujian yang bakal ditempuhi. Semoga Allah memberikan jalan kepada para remaja kita dan memperkuatkan mereka kembali diatas agama ini .


Dicipta oleh saintis Jerman semasa perang  dunia kedua untuk dibekalkan kepada tentera Nazi di medan peperangan . Dikeluarkan oleh Negara China, Myanmar dan Thailand

Berbentuk pil vitamin, berwarna merah bata,biru,hijau,putih & kebanyakannya  tertulis huruf WY

Digunakan secara menelan, menyedut dan suntikan, gatal apabila terkena kulit. Pil Kuda juga dikenali sebagai Moody Pil.

Kesan Pil Kuda

  • Boleh menyebabkan gila jika diambil sebiji sehari selama sebulan
  • Boleh bertindak ganas/agresif apabila tercabar
  • Kesan halusinasi iaitu melihat dan mendengar benda yang tak wujud
  • Penagih merasakan seakan ada ulat merayap dibawah kulit
  • Cepat merangsang otak serta merosakkan sel otak
Advertisements

31 Komen

  1. Mya Zara said,

    5 Disember 08 pada 9:20 am

    salam..

    mmg sy akui ade prubahan drastik di ngeri anda
    ke mana hilangnya ‘keunikan’ ngeri yg dlunya digelar serambi Makkah?
    ke mana saje sy pegi trutama di KL, JB dan bandar2 besar, sy dapati ramai remaja dari negeri anda melebihi remaja2 di kwsn itu.
    dari segi pakaian mereka yg kononnya up-to-date sdgkan terdedah sana sini, ketat dan fesyen yg melampau, merokok, hisap dadah, hubungan bebas lelaki pmpuan.. gelagat mereka tu x ubah mcm rusa msuk kampung.. agak sakit mata melihatnya..hmm

    sy x katakan semuanya bgitu, msh ramai lg remaja dari kelantan yg baik dan tahu membawa diri kat tmpt org..

    mana2 remaja x kira la dari ceruk mana skalipun x ade bezanya.. ade yg ok, ade yg k.o..

    asuhan ibu bapa tu amat penting, usah terlalu mengongkong..sbb kdg2 budak2 nie akn mberontak bile tlalu dikongkong. kebanyakan mereka akan menjadi liar dan bebas bile dpt kuar dari rumah.. itu fenomena biasa yg sy lihat laa.. renung2kan..

  2. nuriman said,

    7 Disember 08 pada 5:58 am

    salam ummuhanah…sebenarnya sy dah lama nak kata benda ni..tp bimbang takut ada org mrah..kalu balik kelantan……….kebanyakannnya anak2 gadis kelantan….tak semuanya…..pakaiannya seperti gadis2 kota yg lain…walhal sypun pernah kawan ngan org yg asalnya kl..anak2 gadis depa takdelah pakai sampai menjolok mata seperti gadis dari kelantan…maaflah….. anak gadis kelantan …………..tak semua tau…kalau kat bandar mmg melampau sangat……di mana kesopanan sebagai gadis negeri serambi Mekah?tak kan duk kg sendiri tutup sana sini..tp bila dah jauh dgn mak pak berani dedah sana sini…sedihnya….sy tak kata kat org lain..bimbang kot terkena batang hidung sendiri…manalah tau sypun ramai anak buah perempuan yg duk kat ipts…kolej2 dan merata di bandar2 besar..harap2 mereka sedar diri………….harap mereka ingt psan mak pak diorang….

    di kg sypun…….ramai yg ambik pil kuda…gantung diri kerana pil kuda…dan mmg kalau sy nak kata lebih teruk dari bandarpun ya ummuhanah…bukan memburuk negeri sendiri…tp kenyataannya…………..

    saya nak ucap salam aidiladha maaf zahir dan batin……

  3. nuriman said,

    7 Disember 08 pada 5:59 am

    eh maksud sy kalu balik kelate tu naik bas sekali ngan demo2 nih lah…….

  4. ummuhanah said,

    7 Disember 08 pada 7:55 am

    mya zara….saya terpaksa setuju dgn pandangan anda. Rasanya seperti zaman sudah jauh meninggalkan saya….sedih yang amat sangat. Dulu bukan tidak ada remaja yang berkelakuan dan berpakaian tidak sopan, tapi dalam jumlah yang terpencil sahaja….itu pun dikatakan pengaruh dari selatan siam, kerana di sana fesyen pakaian memang macam-macam.

    Kalau di zaman remaja saya dulu, gadis kelantan typical ramai yg berkain batik dan baju kurung labuh melepasi punggung, tapi yang ‘terpengaruh siam’ pula akan memakai kain batik singkat serta t-shirt juga singkat tergantung….. senang kita nak bezakan. Gadis macam ini memang akan menjadi umpatan orang malah orang-orang tua juga akan mencemuh.

    Saya rasa orang tua dulu-dulu sangat peka tentang penampilan anak gadis dan remaja lelaki mereka….bukan saja ibubapa, malah orang tua di kampung juga turut mengambil bahagian memarahi dan menegur mereka yang berpakaian menjolok mata. Tapi sekarang saya lihat orang tua sudah hilang kata-kata, membiarkan dan melihat saja sikap ‘ kurang asam’ anak2 remaja.

    Saya tahu banyak sangat pengaruh luaran yang boleh merosakkan anak-anak kita. Jika tidak di sediakan ‘penapis’….punah ranah anak-anak muda jadinya. Kesedaran perlu bermula dari ibubapa, sediakan perisai ketika anak2 masih mentah. Di usia kecil, kita akan jadi cermin bagi diri mereka, memerhati kita saja sudah memberi banyak kecenderungan dan minat kepada mereka.

    Soalnya sekarang, ibubapa terlalu pentingkan keduniaan. Mencapai keperluan keduniaan telah mengaburi mata ibubapa dari memberi asuhan agama kepada anak-anak. Bila anak-anak bekerja dan memberi mereka sedikit wang….’tertutup’ mulut ibubapa nak menegur anak-anak sekalipun dia lihat anaknya itu sudah melupakan tuhan. Begitu juga anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran, tetap selalunya akan menjadi sanjungan ibubapa kerana mereka adalah simbol keluarga yang amat membanggakan sekalipun mereka berkelakuan jauh dari kehendak Islam.

    MasyaAllah,….dasyatnya perkembangan dunia sekarang, kita berdoa Allah melindungi kita semua dan menunjukkan jalan utk menepis fitnah akhir zaman.

  5. ummuhanah said,

    7 Disember 08 pada 8:17 am

    iman, ….eh kita ni dah mengumpat ‘negeri sendiri’…hehehe…

    Saya percaya masih ada ‘keindahan’ pada anak-anak gadis kita. Bukan semuanya memilih jalan hitam utk dilalui dan budaya sumbang utk diikuti. Ketika saya di kota bharu, saya dapat melihat gadis kelantan yang berpakaian manis serta remaja lelaki yg berketayap dan berpakaian sopan mengunjungi majlis-majlis ilmu di sana. Cuma bila ada segelintir remaja yang cuba menconteng arang ni….tentulah kita cukup terkesan dgnnya.

    Bila saya ajukan pertanyaan pada anak saudara saya, katanya orang Kelantan mempunyai kecenderungan berhijrah ke bandar seperti Kuala Lumpur. Mereka juga berpandangan Kelantan ni agak ‘terkebelakang’ sedangkan bandar KL adalah kemajuan. Apa saja yg datangnya dari bandar seperti KL dilihat sebagai pembangunan yg jika tidak diambil akan dikira kolot dan mundur. Termasuklah soal gaya hidup dan cara berpakaian. Mereka membawa ‘kemajuan’ ini utk ditunjukkan kepada orang kelantan yg lain. maka di sinilah juga pengaruh disebarkan….

    Saya rasa ada betolnya juga pendapat ini…..termasuk kita sebenarnya orang kelantan’ yang berhijrah ke tempat orang….hehehe…..nampaknya kita kena ada plan utk balik tinggal di Kelantan, semoga ‘pengaruh baik’ yg mungkin kita ada boleh kita sebarkan di sana…..ye lah, mana tahu mungkin tenaga dan kebolehan kita diperlukan oleh negeri serambi mekah kita tu….

    iman…..selalulah berdoa, semoga Allah membantu memelihara negeri kita dari ‘kemusnahan iman’…. kita berdoa Kelantan mampu berdiri di atas kekuatan Islam di sana dan menjadi contoh kepada yang lainnya…..doakan lah sungguh-sungguh.

    salam Aidil Adha juga utk nuriman….bila nak datang rumah saya ?….ingin sungguh kenal dgn iman….suami orang kedah jugak ke ??

  6. wuzara said,

    7 Disember 08 pada 8:33 am

    Saya sependapat dengan Mya Zara tentang hal ini, tetapi sekadar pemerhatian peribadi yang dipendamkan saja.

    Saya bersahabat dengan kawan-kawan dari Kelantan semenjak tahun 1 di Universiti. Saya seolah dapat merakam perubahan gaya hidup mereka sejak minggu orientasi hinggalah masing2 grad. Dari mulanya menegur saya kerana berseluar pendek, menjaga akhlak mereka hinggalah sampai boleh ke City Square berseluar pendek juga keluar clubbing bersama dengan teman2 wanita dengan bangganya.

    Perkara ini diperkatakan oleh teman2 lain. Ada juga teman2 dari negeri lain yang sebegitu tetapi mereka tidak menunjuk2. Tetapi bagi sahabat2 dari Negeri Cik Siti Wan Kembang ini, mereka seolah bangga dengan cara hidup sebegitu. Walaupun segelintir, ia cukup menonjol.

    Saya bertambah terkejut apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Kelantan dan seterusnya apabila balik kampung di rumah mertua di Kota Bahru. suatu perkara, saya dapati pakaian makcik2 di Kelantan lebih ketat dengan kain batik dan baju yg agak sendat. Sampaikan zaujah turut segan dengan saya.

    Apabila saya fikirkan balik, ia bukanlah perkara pelik. Kelantan walaupun dipimpin oleh Parti Islam, tetapi berapa peratus hukum Islam yang dapat dilaksanakan? Mungkin lebih banyak dari negeri lain, tetapi tidak jauh bezanya. Keterkawalan di Kelantan selama ini bukanlah disebabkan penerapan hukum Islam, tetapi budaya masyarakat yang kurang tercemar. Ia sama seperti kampung saya 15-20 tahun dulu. Hakikatnya niat murni pemerintah Kelantan bukanlah perkara mudah untuk dilaksanakan kerana tetap berkongsi kuasa dengan kerajaan pusat.

    Saya tiada niat untuk menghentam orang Kelantan, tetapi itulah pemerhatian saya menjelajah hampir ke seluruh tanah air. Teringat kata seorang sarjana ” Yang tewas cenderung mengikuti yang menang”.

    Fikir-fikirkan

  7. alsyarqawi said,

    10 Disember 08 pada 8:26 am

    Masih Ada Sinar

    assalamualaikum mlmh..

    La tahzan..buat pengetahuan mlmh ana pun tahu perubahn yg berlaku.ana tiga tahun di terengganu.dalam setahun tu ada la dua atau tiga kali peluang ana ke kelantan.ramai kawan disana.yg jenis rempit pun ada.suka drift kereta pun ada.mcm-mcm.kalau tak disebabkan kursus,seminar ana kesana la.kdg g saje nak tengok tempat orang.memg ana akui berlaku kemelesetan sahsiah remaja kelantan.cukup teruk.ana nak kongsi dimana ana dgn kawan buat pemerhatian tentang remaja di kelantan dan di terengganu.sewaktu di kelantan,ana dengan kwn-kawan ana cukup terkejut dengan perbahan yg berlaku.malam harinya berpeleseran anak muda mudi bersuka-suka.yg berdua lain jantina ada.sama jantina pun ada.itu yg terkejut.tk sangka btl.sewaktu nak pergi solat jumaat.,perkara yg tak sepatutnya berlaku, diperlihatkan kepada kami.kwn-kwn ana pun mengakui mmg muda mudi dh berubah dikelntan…tapi ape pun masih ada sinar Islam di kelantan….ini mungkin membantu perubahan.dan ini menunjukan bukan sahaja pembangunan yg pengaruhi,pengaruh dari luar juga.kes jenayah pun dah menngkat.

    tahun lepas dn mugkin thn ni negeri terengganu no1 jenayah tertinggi.

    ana yg menetap di kl,melihat perkara ini boleh disamakan dengan remaja di kl je..

    ape pun ana percaya dan optimis dengan kerajaan yg sedia ada walaupun ditekan,jalan nak pulih tu ada..walaupun yg tewas cenderung ikut yg menang,ada kemungkinan yg tewas cendurung mencari kemenangan…jd,bg org-org kelntan,kenala kuarantin anak-anak kecil tu.mereka itu yg akan
    merubahnya..

  8. simple-shida said,

    10 Disember 08 pada 11:03 am

    salamun alaik ya kak cik..ehhee..
    windu nye kak..ups.. slmt hari raye… eid adha..
    sesama kite hayati selami erti KORBAn yg hakiki !!
    ada wat korban ke kak? em.. ana beraye di kg melaka..
    pg raye ujan je… em.. hujan rahmat =D

    best entri kak ni..
    yg sblm ni pun best.. tntg cerite pendakwah yg manja..
    byk info DAKwah yg ana bce.
    sblm ni dgr brief how to be the creactive daie/daie’ah..
    next.. join bengkel public speaking + how to berdakwah..

    ana juge baru bce buku min fathi yakan..
    isti’ab -mmg best infonye..
    skit kupasan..

    daie yg benar adalah daie yg hidup utk org lain dan bukan utk dirinya.
    mendobrak pemikiran & kejiwaan seseorang > susah kerana manusia memiliki kondisi kejiwaan yg beragam.kader perlu lalui tahap isti’ab aqidi + tarbawi wa haraki..

    em.. ok.. utk info entri ni, kekadang kita kena tgk byk sudut kak.
    maza.. limaza.. why.. nape jd begitu.. bukan sebaliknye?
    faktor dlmn.luaran mmg ada kaitan..

    kekadang andai sesorang yg kurang didedahkan dgn dunia luar..
    pabila tup.. suddenly masukk akan jd culture shock!!
    so, nk adapt diri bukan ambil masa seminit dua.. sehari dua..
    depends pada indiividu..

    bg ana.. wluapepun. wlu dimana kita berpijak..
    yg penting AGAMA kena kuat.. ia pendinding kita ..
    (bukan tgk konteks ini semata.. tapi..mmg ianya aulawiyat… )

    moge adik2 generasi kita yg bakal memegang tampuk negara..
    akan lebih berani utk keje-keje yg mendatangkan manfaat
    bukannye keje-keje yg menGhancurkan dan menJAhanamkan diri sendiri..

    huhuhu… ayuh ya syabab.. ya mujahidah..
    sama-sama ambil iktibar dgn eid ADHA..
    tingkat pengborbanan fi sabilillah.. wa mardhatillah 😉

    wallahu’alam..

  9. ummuhanah said,

    10 Disember 08 pada 10:41 pm

    salam Aidil Adha untuk wuzara,
    saya tak terkejut….kalau ada sesuatu yang kurang molek tentang negeri Kelantan, itu akan lebih wuzara pandang….bahkan kalau ada yang molek dan elok sekalipun, itu mungkin akan wuzara pendam.Selama wuzara yang saya cuba faham, belum pernah lagi membaca pujian atau rasa senang,….apatah lagi bila wuzara menyentuh tentang kerajaan kelantan. 😀
    Alahai wuzara…biarpun mungkin banyak yg anda tidak berkenan, tapi tentu tak bolehlah nak dinafikan tetap masih banyak lagi wujud keindahan. Kalau tak masakan anda memilih untuk menjadi menantu orang Kelantan.Jangan pula kata itu pun langsung tak de kaitan atau kelebihan…ya wuzara.

    Saya rasa pandangan wuzara ada kebenaran, saya tak nafikan.Saya sendiri dapat melihatnya alangkah berbezanya hari ini dan semalam”…tapi saya tak boleh meletakkan 100% kekurangan kepada sistem pemerintahan di Kelantan atau semuanya kerana kegagalan pentadbiran Islam di Kelantan.Apatah lagi saya melihat usaha yang dilakukan utk memberi kesedaran Islam kepada masyarakat tempatan sentiasa dilakukan.Tentulah ini kerja dakwah dan perjuangan yang tetap Allah nilaikan.Bukan senang nak meraih kejayaan atau kesempurnaan , apatah lagi Allah hanya memberi hak kepada kita utk berjuang tanpa rasa putus asa, sedangkan berjaya atau tidak itu adalah hak Allah semata.Mungkin ada hikmahnya kejayaan ini Allah tangguhkan.

    Banyak faktor sebenarnya yang telah mencemari budaya kehidupan masyarakat Kelantan. Bukan Kelantan saja yg mengalami pencemaran budaya, malah seluruh negara turut mengalaminya. Cuma bila Kelantan berada di bawah pentadbiran Islam, orang tentu ingin melihat hasilnya.
    Ini antara tanggungjawab besar yang mesti di galas oleh kerajaan kelantan.Saya rasa mereka mesti mempergiatkan usaha memberi kefahaman Islam dan kesedaran tentang pengamalan cara hidup Islam yang sebenarnya.

  10. wuzara said,

    10 Disember 08 pada 11:05 pm

    alahai kak cik, janganlah marah begitu sekali kepada saya.

    saya tak nafikan apa keunikan dan kebaikan yang ada di Kelantan, cuma tak saya war-warkan di komen ini kerana bukan itu pun topik perbincangannya. Saya pun tak pernah menceritakan pemerhatian saya ini hinggalah kak cik sendiri yang meluahkannya. Kan saya bagitahu, selama ini saya cuma simpan sendiri saja.

    minta maaf ye kak, pasni saya tak komen lagi.

  11. ummuhanah said,

    10 Disember 08 pada 11:12 pm

    syarqawi,…tersenyum muallimah membacanya….
    pelik jugak ya….macamana nak kuarantin anak-anak kecil ni… 😀

    Berbanding dengan zaman kami dulu, anak-anak sekarang lebih ‘dikuarantinkan, mereka banyak hilang kebebasan bahkan jadual kehidupan harian disusun utk dipenuhi dgn perkara yang agak membebankan.Cubalah buat pengamatan….anda akan dapati alangkah tertekannya anak-anak zaman sekarang.

    kami dulu membesar dengan alam. Bila dah pandai berjalan dan berkawan-kawan, ibubapa tak berapa nak fikir sangat utk mengenakan sekatan. Kami bebas berjalan dan menikmati alam dikampung dan bermain dengan apa saja sumber alam yang boleh kami jadikan mainan. Tak banyak sangat kebimbangan dgn keselamatan kerana sangat sedikit ancaman.

    Tapi anak-anak sekarang, dari kecil lagi sudah terdedah kepada pelbagai ancaman. Di dalam rumah dan diluar rumah keduanya tiada jaminan keselamatan, cuma berbeza ‘risiko kerosakan’sahaja. Persekitaran yang rosak serta kecanggihan teknologi yang telah membesarkan mereka. Jadi bagaimana nak dikuarantinkan kalau di dalam rumah pun masih boleh terdedah kepada budaya yang sakit ni ?

    Muallimah rasa kuarantin bukan penyelesaian sebenar kepada permasalahan sosial. Pendidikan agama adalah faktor penyelamat yang sebenar. Iman kalau dibawa kemana-mana saja tetap boleh menjamin keselamatan. Malah iman seseorang, jika hidup dalam sistem mana-mana sekalipun tetap akan menjadi penyelamat kepada pemiliknya. jadi anak-anak harus dididik untuk memiliki iman yang kuat supaya dengannya ia boleh menjadi perisai kepada apa saja pencerobohan.

  12. ummuhanah said,

    10 Disember 08 pada 11:22 pm

    simple shida….

    anda benar….akak setuju. Teruskan perjuangan ini tanpa rasa sedih, rasa putus asa, rasa marah dan rasa penat….

    salam perjuangan…

  13. ummuhanah said,

    10 Disember 08 pada 11:25 pm

    aikk….nampak macam akak marah ke wuzara….alamak sori la….
    jangan majuk dah lerr…perjuangan tak boleh dipikul oleh orang manja….kuat merajuk adalah tanda pejuang yang manja..ngeiiihh… 😀

  14. alsyarqawi said,

    13 Disember 08 pada 12:03 pm

    salam mlmh..mmg benar kuarantin tu tak kena.maksud ana kuarantin dari satu sudut lain.dalam rumahkan,parents kena pastikanlah ape cara yg terbaik nak letak diri anak-anak supaya sukakan rumah…Nabi pun ada sebut jadikan rumah kita sbg Baiti Jannati..kadang-kadang parents sendiri kurang amik berat soal ini.mmg keruntuhan remaja boleh disalahkan 100% kepada institusi keluarga itu..berapa ramai parents yg amik peduli soal anak-anak samada disekolah,rumah ke,segalanya.tak de soal kongkong kecuali dicorak sejak kecil dengan serahkan keadaan yg mencorakkan.tp ana akui susah sebnrnye..ish..ish..sedih jugak soal ni.macam mlmh kata soal agama,berapa ramai parents peka tntg soal agama?…guane sekarang?fikir-fikir!….ni la perjuangan..perjuangan yg tiada kesudahan.yg tiada erti penat,letih,rungut.perjuangan yg tidak perlu ada erti putus asa.perjuangan yg sentiasa mengharapkan cahaya terus bercahaya menerangi….dalam Al-Quran Allah swt yg ada sebut mafhumnya andai manusia itu sendiri yg usaha padamkan cahaya agamaNYA,Allah sendiri yg akan terus memelihara cahayaNYA agar terus bercahaya…

    kena masuk islah ni br blh jadi manusia..hehe…bangga betul ana kat mlmh mahani ni…nak buka sesi sekolah dah..dah sedia dan rancang ngaja ke untuk anak-anak smai?….tak lama lagi Tahun Baru Islam..mesti ada sesuatu yg baru yg lebih baik…syabas mlmh

  15. ummuhanah said,

    15 Disember 08 pada 11:59 am

    salam sharqawi,
    muallimah setuju dengan anta…segala-galanya bermula dari rumah. Cuma yang menyedihkan sekarang , ketara kelihatan pendidikan anak2 sepertinya 100% nak di swastakan. Ada kalangan ibubapa yang memang berkemampuan menghantar anak-anak ke sekolah agama swasta walaupun terpaksa membayar lebih dengan harapan anak diberi pendidikan agama, tetapi dirumah sendiri agama itu tidak dihidupkan….anak-anak akan menjadi keliru. Maka bila anak2 tidak terbentuk seperti yg diharapkan, mereka akan menyalahkan pihak sekolah…..itu yang tak kena.

    Muallimah rasa tugas membentuk dan mendidik anak-anak sangat berat sekarang memandangkan cabaran juga sangat hebat.Kita mengharapkan Allah memberi kekuatan kepada kita utk menjadi ibubapa yang mampu memimpin anak2 menjadi insan soleh wa musleh.

    muallimah akui cukup sibuk sedikit sekarang ….. doakan kerahmatan Allah utk muallimah ya.

  16. alsyarqawi said,

    26 Disember 08 pada 8:16 am

    salam mlmh..

    salam maal hijrah.tahun baru islam 1430H.emm…memng berat mlmh.ana kadang-kadang pun takut jgk tgk keadaan sekarang.dah jadi satu kebiasaan gejala jenayah yg melibatkan gol remaja…dah macam satu habit…hari-hari mesti ada yg melibatkan remaja..kat sekolah blaja agama,balik rumah cara agama hilang..sedangkan islam itu satu cara kehidupan..

    sibuk eh..sy pun sibuk jgk.blajo..pening la mlmh..tp seronok di smai sampai sekarg rasa lg.tk blh lp la..segalanya ada di smai…ape pun saya doakan mlmh dan smua mlm dan mlmh di smai.selamat tahun baru hijriah 1430.tahun yg penuh dengan hijrah dari pelbagai segi..

    wassalam

  17. Pemerhati said,

    24 Jun 09 pada 9:59 am

    Tu lah semalam ada seorang bapa muda kene cekup polis kerana memiliki pil kuda di rumahnya sendiri. Mungkin dah cukup masa Tuhan nakkan dia insaf akan perbuatannya dan tumpu kpd bertanggungjawab terhadap keluarganya. Kasihan siibu tunggal yg sanggup berkorban apa saja utk kesenangan anak2nya tetapi kalah akibat anak tanpa kepimpinan seorang bapa. Apa kan daya hendak tolong pun bukan kepalang pelanggaran undang2 apatah lagi hukum agama dan tat susila. Berputih mata le kite.

  18. ummuhanah said,

    24 Jun 09 pada 9:45 pm

    salam,
    sangat mendukacitakan apa yang berlaku…..salah siapa ??

    sebenarnya jika berpeluang pulang ke Kelantan, bukan sekadar isu pil kuda yang telah mengecewakan saya,Saya perhatikan banyak perkara yang kelihatan songsang di pandangan mata…menyakitkan dan menghairankan.

    Susah saya nak berterus terang, namun cukup saya katakan ‘pengamalan Islam dlm kehidupan masyarakat kelantan semakin berkurangan. Islam kelihatan hebat sebagai slogan tapi cacat dari aspek penghayatan….

  19. umie lawi said,

    9 Disember 09 pada 1:01 pm

    askum saudara ummuhanah…

    sy cuma nk komen skit pasal isu pil kuda ni….sebenarnya adik sy pun mengalami masalah ketagihan pil kuda…tp alhamdulillah, skrg ni mcm dh insaf tp masalahnya skrg ni, dia mengalami halusinasi yg teramat2 sehingga menggangu kehidupan seharianannya…..dia mengaku yg dia mengambil pil kuda dlm jumlah yg byk satu masa dlu….adik sy meminta pertolongn sy ape yg perlu utk saya buat???? samada jumpa doktor @ pergi jumpa pakar sakit jiwa @ bomoh….sy pun buntu…sy cuba search dlm internet & terbaca ttg ustaz hj hanafi tp sy xdecide lg utk pergi ke sana….

    adik sy dpt melihat segala sifat2 buruk dan baik dia dlu dr dia kecik hga la skrg…dia nmpk alam kiamat…dia menganggap diri dia dh mati…..ari ahad bru2 ni sy bw dia ke wet world shah alam, dia hya kaku jer….dia cerita ms tu dia anggap semua org sedang tgk dia, semua org sedang ketawakan dia, padahal hakikatnya xde sape pun yg melihat dia….

    saya risau sgt2 takut dia akan kembali mengambil pil kuda tu….. adik sy sebelum ni kerja kapal….sekali balik kpg, sure beribu2 duit habis utk pil kuda tu…..perangainya teruk sekali…duit tu xpernah diberi pada mak… bila duit abis, mak sy la yg menjadi mangsa….skg sy xpasti sejauh mana keinsafan…..tolongla saya utk atasi masalah ni…

  20. ummuhanah said,

    9 Disember 09 pada 2:55 pm

    Allahuakhbar…saya tiada pengalaman dalam hal-hal seumpama ini dan saya tahu ia berat sekali bagi saudari.

    syukurlah adik anda sudah ada keinsafan ttg bahaya pil kuda, tinggal lagi dia perlukan kekuatan utk mengatasi kesan ketagihannya. Pandangan saya selain dari sokongan dan perangsang dari keluarga adik anda juga harus dibawa berubat kepada orang yg lebih arif….elok juga kalau dapat mencuba dgn mana-mana ustaz yg mengamalkan rawatan Islam. Namun perlu berhati-hati juga memilih perawat.

    Selalu dampingi adik anda dan banyakkan berbual dengannya . Berbicara sesuatu yang boleh mengembalikan keyakinan dirinya dan lebih mendekatkan dia kepada agama. Pertontonkan video atau perdengarkan ceramah yang mendatangkan kefahaman bahawa pentingnya meningkatkan ketaqwaan kpd Allah sebagai perisai daripada sebarang gangguan.

    selalunya dlm proses rawatan atau pemulihan, akan banyak cabaran dan halangan…kekadang ia boleh melemahkan dan menjadikan kita putus asa.. Anda harus bersedia utk teguh dan tetap sabar dengan ikhtiar selagi ia tidak bersalahan dgn syarak.

    solat hajat dan melakukan berulang2 dgn iklhas serta yakin Allah akan bantu… sahabat nabi selesaikan masalah dgn solat hajat.

    InsyaAllah saya cuba dapatkan juga pandangan dari teman-teman yg lain.

  21. Tidak Tenang said,

    11 Julai 11 pada 2:31 pm

    Assalamualaikum,
    Sya tertarik hati membaca nukilan ummuhanah kerana saya juga mengalami masalah seperti umie lawi. Saya baru sahaj menyedari yang adik saya juga ada mengambil pil kuda namun tidak tahu samaada die sudah ketagihan atau tidak. Adik saya juga seperti adik umie lawi yang mempunyai kerja yang boleh dikatakan agak selesa. Namun duit yang dia dapat dari gajinya tidak tahan lama. Mengalahkan orang yang sudah berkeluarga berbelanja. Namun barulah saya tahu baru-baru ini dia memang ada mengambil pil kuda.

    Untuk pengetahuan ummuhanah, adik saya pernah mengalami masalah sosial dahulu. Namun sejak dia sudah berkerja dia tidak lagi berperangai speti di zaman sekolah. Namun begitu, sejak tahun lepas die mula terlibat dengan masalah sehingga menyebabkan dia hampir dipukul. Sehaj itu dia sentiasa berjaga-jaga dan ketakutan. Akan tetapi, setelah lama kejadian itu berlaku dia kembali mencjadi takut kerana kononya masih ada orang yang ingin menacri dan memukulnya. Kadang-kadang keadaannya sangat teruk.Imaginasi dan halusianasi yang dialami nya menyebabkan orang sekeliling tertekan kerana percaya yang dia memang dalam keaadaan bahaya.

    Tersekat diantara percaya dan was-was saya tidak pasti hendak mempercayai dia atau tidak.Perasaan kesian timbul bila dia meminta bantuan dek ketakutan namun saya menjadi bingung apabila difikirkan balik keadaan serta apa yang diperkatakannya. Ini kerana kadang-kadang apa yang di cakapkannya itu tidak masuk akal.

    Dan yang paling teruk dia menjadi sangat tertekan sehingga berfikir untuk membunuh diri akibat merasa katakutan. Saya buntu dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Sememangnya ‘benda’ ini amat memudaratkan orang yang mengambilnya.Bukan mereka sahaja malah kita yang berada dekat dan ahli keluarga ini juga turut merasa tempiasnya.
    Ya Allah, saya tidak mampu lagi untuk menanggung tekanan ini.Diharapkan adik saya dapat sedar dan jauh dari segala perkara yang tidak baik.

  22. ummuhanah said,

    12 Julai 11 pada 10:12 pm

    salam, Tidak Tenang.

    Saya sangat bersimpati dgn apa yg anda alami. Dan saya tahu itu antara kesan2 buruk dari pengambilan pil kuda. Seorang saudara saya juga mengalami halusianasi yg teruk kesan pil kuda. Kesian kadang menjerit-jerit sambil mencakar-cakar lantai. Kadang lari tidur bawah katil kerana berasa syiling nak runtuh…bahkan selalu buruk sangka pada org sekeliling. Semua org yg dia jumpa dirasakan sedang mengumpat dan sebelah malam pasti datang mengintai dia.

    Rawatan yang berkesan yg saya dengar ialah perubatan Islam. Ada ustaz2 kat kelantan saya dengar boleh membantu merawat ketagihan pil kuda…mungkin boleh mencuba, disamping kita sendiri boleh berusaha….seperti membaca 70 kali al fatihah pada air setiap hari selama 7 hari berturut-turut sambil berniat utk merawat ketagihan pil kuda. Air itu boleh diminum dan dicampur dgn air mandi. susuli dgn solat hajat dan bermohonlah pada Allah.

    kita sekadar berikhtiar…Allah jua penyembuhnya.

  23. Tidak Tenang said,

    26 Julai 11 pada 12:14 pm

    Assalamualaikum Ummuhanah.
    Terima kasih dgn segala nasihat dan info yang diberikan. Saya berharap perkara dan permasalahan ini dapat diatasi.Semakin lama semakin teruk keadaan adik saya. Sudahnya saya sendiri sudah penat untuk mengambil peduli.Namun jika bukan kerana darah daging sendiri, sudah lama saya tidak ambil peduli. Diharapkan Allah s.w.t dpt mmberi semangat dan jalan kepada sy.

  24. Tuan Putui said,

    27 Julai 11 pada 12:05 pm

    Salam,
    Apabila ada keluarga terlibat dengan dadah walau apa jenis sekali pn orang yang menyayangi nya turut merasa sensara…Jika sudi cuba lah bercakap dengan ..Jemaah dalam sahabat prihatin atau insan prihatin..Mereka adalah cara penagih memulihkan penagih…kejayaan bergantung pada allah…tapi jika pengidap sendiri yang ingin berubah ianya lebih mempercepatkan proses pemulihan…insyalah dah ramai yang berjaya

  25. ummuhanah said,

    2 Ogos 11 pada 3:33 pm

    terima kasih utk perkongsian anda 😀

  26. tornado said,

    7 September 11 pada 8:22 am

    erm….ini sume adalah ujian dr Allah…disini lah pentingnya usaha dakwah….pujuk ,ajak,bimbing sahabat2 kta yg hanyut…

  27. abang yew said,

    26 Januari 12 pada 8:46 am

    Harap dpt kita Usaha dari akar umbi. Cegah sebelum parah. Warmest regards.

    Abang Yew

  28. hamba Allah said,

    26 Februari 12 pada 5:45 pm

    saya mempunyai masalah yang sama di mana abang saya sendiri telah terjebak dalam masalah penagihan pil kuda ini..sebelum ini kami sekeluarga ingat dia di sihir kerana dia suka bercakap seorang diri,sukar tidur malam dan berhalusinasi sendiri..boleh dikatakan dia makin tidak waras. kami ada mencuba rawatan alternatif namun gagal..dia masih begitu..setiap malam dia menjerit2,,saya kasihankan parents saya especially ibu saya,,beliau makin kurus..sedih saya tengok ibu saya begitu,,saya mohon pada sesiapa yang tahu ada rawatan yang baik untuk memulihkan masalah ini,share lah di sini,,saya takut kalau suatu hari nanti dia akan bertindak ganas..saya juga hairan dengan sikap abang saya,bila ayah saya suruh dia minum air yassin dia taknak..bila kami suruh dia mengucap dia memaki and mencarut..saya tak tahu apa yang perlu kami buat..saya lega sikit sebab saya dapat share masalah saya kat sini,selama ini saya pendam sorang2 sebab saya malu nak cerita kat kawan baik saya..saya merupakan pelajar ipta..jadi saya tahu macm mana pemikiran mereka..tolonglah saya!

  29. ummuhanah said,

    1 Mac 12 pada 12:23 am

    Allahuakhbar….. saya mohon maaf kerana tidak tahu rawatan utk ketagihan pil kuda… namun mesti ada penawarnya, saya berdoa anda bertemu perawat yang boleh membantu abg anda utk pulih dari penyakitnya.Di samping itu anda solat hajatlah….minta Allah bantu anda. Niat yang baik InsyaAllah akan Allah mudahkan. Cuma di sg petani ni ada pusat rawatn utk ketagihan dadah maupun pil kuda yg ditawarkan oleh sebuah pusat rawatan alternatif…. http://www.madaniah.com/ketagihan_dadah.php , eloklah sebelum menerima sstu rawatan anda bertanyakan juga ttg kos rawatannya, saya dengar bayaran uk rawatan alternatif sekarang ni pun mahal juga..

    saya doakan anda berjaya

  30. suzana nawi said,

    28 Jun 12 pada 3:52 pm

    salam..saya sedang mencari info tentang pil kuda.terjumpa entri ini dan mahu berkongsi rasa.adik saya juga terlibat dengan masalah ini..malang sekali adik saya masih bersekolah..sejak terlibat dengan pil kuda ni,adik semakin tidak dapat dikawal,ponteng sekolah,panas baran..saya kecewa teramat sangat..buat masa ini,hanya pada Allah swt tempat kami sekeluarga mengadu dan berdoa.moga Allah bukakan hati adik untuk seperti dulu…

  31. ummuhanah said,

    4 Julai 12 pada 11:04 pm

    semoga Allah membantu anda dan memimpin adik anda kembali seperti dulu. jangan putus asa berdoa.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: