Doa Keberkatan Ilmu

Ya Allah aku berlindung dengan Mu daripada ilmu yang tidak diamalkan,
Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk kemegahan.

Tuhan… Ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan. Jangan pula kehidupan orang lain tersuluh tapi kehidupanku gelap,
Di akhirat kelak menjadi hujah & saksi mengapa aku tidak amalkan.

Ya Allah aku memohon kepada-Mu betambah amalku,
Jangan sampai usahaku orang lain selamat & aku tidak,

Ya Allah aku berlindung dengan Mu daripada ilmu yang tidak diamalkan,
Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk kemegahan
Tuhan… Ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan,
Jangan pula kehidupan orang lain tersuluh tapi kehidupanku gelap,
Di akhirat kelak menjadi hujah & saksi mengapa aku tidak amalkan,

Ya Allah aku memohon kepada-Mu betambah amalku,
Jangan sampai usahaku orang lain selamat & aku tidak,
Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk mujahadah
Serta membantuku untuk beribadah & bertaqwa

Ya Allah aku berlindung dengan-Mu jangan sampai ilmuku melaknatku
Semula kerana bermegah-megah & tidak amalkan,
Jadikanlah aku bertambah-tambah ilmu bertambah dekat dengan-Mu,
Bertambah ilmu bertambah ibadah & amalan,

Tuhan jadikanlah ilmuku boleh memimpin diri & orang lain,
Boleh menyuluh hatiku & menyuluh hati orang lain,
Seterusnya jadikanlah ilmu itu sentiasa memberi manfaat & syafaat
Amin Ya Rabbal Alamin..


Ketahuilah olehmu orang yang suka menuntut ilmu..

Sesungguhnya apabila tujuan engkau dalam menuntut ilmu untuk bersenang-senangan & bermegah-megahan & untuk mendahului kawan-kawan sesamamu, serta untuk mengarah muka manusia supaya merasa segan kepadamu, maka perjalanan engkau yang demikian adalah untuk meruntuhkan agama engkau, serta menjual akhiratmu dengan duniamu, maka perniagaan dan perdagangan engkau akan kerugian.


Begitu juga orang yang mengajar serta menolong engkau dalam membuat maksiat, tak ubah seperti penjual pedang kepada seorang perompak di tengah jalan, sebagaimana nabi bersabda: “Barangsiapa menolong orang membuat maksiat maka dia itu sekutu dengannya. Dan jikalau niat & tujuan engkau dalam menuntut ilmu untuk memperolehi hidayat daripada Allah S.W.T bukan semata-mata mencari riwayat, maka bergembiralah engkau, kerana bahasanya para malaikat membentangkan sayapnya untuk engkau, dan ikan-ikan di lautan meminta ampunan kepada Allah untuk engkau apabila engkau berjalan dengan keredhaan Allah.


( Imam al-Ghazali )

6 Komen

  1. Saujana Hati said,

    18 November 08 pada 9:29 pm

    askm..kalau mlmh rajin tinjau-tinjau la blog ana..macam2 ana dah letak..

  2. ummuhanah said,

    18 November 08 pada 11:17 pm

    ya lah…InsyaAllah, saya ke sana…

  3. wuzara said,

    19 November 08 pada 9:35 am

    Bertahun lamanya saya mencari jawapan bagaimana untuk benar2 mencari ilmu samata kerana tuntutan dari Allah swt.

    Walaupun kewajipan menuntut Ilmu cukup jelas, tetapi sayangnya dalam sistem sekular, untuk mengaitkan aktiviti menuntut ilmu dengan hubungan kita terhadap Al-Khaliq bukanlah perkara mudah.

    Sekiranya, seseorang itu belajar dalam bidang akademik(selain bidang agama), apakah pembelajaran sains, kejuruteraan, perubatan, pengurusan tersebut benar2 untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah atau disebaliknya ada ganjaran material yang kita kejar? Jika kita mendakwa untukmenunaikan fardhu kifayah, berapa banyak masa pula kita gunakan mempelajari ilmu agama yang hukumnya juga fardhu? Saya rasa sejauh mana keikhlasan, hanya tuan punya diri dan Allah yang tahu.

    Saya kira mereka yang belajar dalam bidang agama lebih sukar lagi. Untuk melaksanakan apa yang kita belajar, saya kira tidak sampai 10% dapat kita laksanakan. Apakah benar kita mempelajari agama sebagai suatu tuntutan fardhu kifayah atau segulung ijazah dan jawatan yang lebih kita kehendaki? Terkadang sukar untuk membezakan antara mengajar agama dengan mendakwahkan agama. Ada benang halus yang membezakannya. Juga antara tuntutan mencari nafkah dengan kewajipan berdakwah.

    Semoga kita tergolong dalam orang yang ikhlas menuntut ilmu, mengamal dan menyampaikannya. Kerana seperti mana yang diberitahu nabi, syirik khafi itu lebih senyap dari semuat yang merayap.

  4. ummuhanah said,

    19 November 08 pada 4:46 pm

    wuzara, tulisan anda banyak kebenarannya dan mencetuskan pertanyaan yang agak kritis kepada diri saya sendiri.
    Sebagai guru saya juga letih menepis emosi mengharapkan ganjaran keduniaan dalam urusan menuntut pelajaran dan mengajar pelajaran.

    Saya dapat lihat yang sistem tarbiyyah yang disusun di sekolah juga kerap digugat oleh ‘pendidikan berorientasikan peperiksaan’ . Kekadang program kecemerlangan akademik sering menuntut lebih laluan kerana ‘cemerlang’ dalam exam lebih mendominasikan fikiran semua orang, dan hal program pembentukan sahsiah pula jadi perkara sampingan….ntah la !
    kalau dalam perjumpaan dgn waris, mereka lebih berminat mengetahui program peningkatan akademik berbanding program tarbiyyah….malah jika berlaku pertembungan antara keduanya….yang akademik akan dimenangkan.

    saya sering berfikir….kenapa ‘suasana menuntut ilmu sekarang teruk sungguh’….dan kenapa kebiadapan pelajar masa kini kekadang ditahap luar jangkaan.

    Saya rasa ia tentu ada kaitan dengan hal ‘tidak berkat’….samada yang mengajar atau yang belajar…ntah la..

    oopss lagi satu…saya tertarik dgn kata-kata anda ttg ” mengajar agama dan mendakwah agama”….hmm…..ada penerangan tak ?

  5. wuzara said,

    23 November 08 pada 9:59 am

    Belajar! Dah dapat jawapannya?

    Saya kira saya dapat jawapannya apabila disyarahkan isi kandungan kitab mafahim hizbut tahir yang berbunyi…

    ………Dahulu, kaum Muslim mengetahui bahawa keberadaannya dalam hidup ini adalah untuk Islam sahaja;…………… (hari ini) mulai berpandangan bahawa tugas seorang Muslim di dunia ini adalah mencari
    kesenangan dunia terlebih dahulu, baru setelah itu sebagai tugas yang kedua menyampaikan nasihat dan petunjuk. Itu pun jika keadaannya mengizinkan……..

    Mungkin bagi siapa yang tidak mengikuti pembahasan kitab ini, sukar untuk memahami maksud sebenar yang disampaikan. Tetapi bagi saya, ia cukup membuka minda saya.

    tentang mengajar agama dengan mendakwah agama tu, … akak fikir la sendiri dulu.

  6. ummuhanah said,

    23 November 08 pada 2:04 pm

    ttg komen di atas akak pun sependapat dgn wuzara ” sebagai orang yg tidak mengikuti perbahasan kitab ini, sukar memahami maksud sebenar yg disampaikan….tapi cukup untuk membuka minda kita. Sekurang-kurangnya minda ini dibuka juga….😀

    dan tentang ‘mengajar agama dan mendakwah agama tu’….InsyaAllah, akak takkan letih utk memikirnya sendiri.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: